OH YE…, TERDAPAT SATU POSTING PENULISAN ADUKA TARUNA DI BLOG TERSEBUT YANG AMAT MENARIK HATI PENULIS. OLEH KERANA TOPENG SPORTING ORANGNYA MAKA BELIAU TIDAK PERNAH KEBERATAN MEMBERIKAN KEBENARAN KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG BERMINAT MENGAMBIL BAHAN DARI BLOG NYA UNTUK TUJUAN PENYEBARAN. MAKANYA TOPENG, IZINKAN PENULIS TOLONG SEBARKAN LAGI SURAT TERSEBUT KE SELURUH MALAYSIA.
JADI IKUTILAH BETAPA MENARIKNYA BAGAIMANA BLOGGER-BLOGGER PAS MENASIHATI TOK GURU NIK AJIS MEREKA..JENG..JENG..JENGGGGG...!!
-----------------------------------
Surat terbuka gua kepada Nik Aziz..
Oleh : AdukaTaruna
Salam Tuan Guru..
Gua dah kekok nak tulis ala2 bahasa biasa dalam surat macam gua belajar time UPSR dulu. Gua hentam jer la cara yang gua dah terbiasa nih. Nak gua tulis ala2 sastera kang segan plak gua kat Anual Bakhri. Nama die jer dah sastera dah tu. Mau dia gelak baca bahasa sastera gua plak nantih.
Salam Tuan Guru..
Gua sentiasa percaya dengan fakta yang telah lu tunjukkan bertahun-tahun bahawa lu jenis yang terbuka. Jenis smol metter punya pemimpin. So, gua harap surat gua ni sesat sampai ke pancaindera lu.
Salam Tuan Guru..
Gua sangat setuju bahawa penaklukan institusi keluarga ke atas pemerintahan rakyat perlu disekat. Ini last punya kaedah la nih. Yakni meminta lu sekat atau pun kurangkan. Sebelum ni gua minta pada keluarga lu sendiri untuk tidak menakluk pemerintahan negeri. Kali ni, last punya usaha, gua minta lu sendiri la sekat.
Salam Tuan Guru..
Gua tak kisah langsung Arifahmi itu dilantik as CEO kalau dia dilantik ikut prosedur yang betul, ikut kelayakan yang betul. Tapi bila dah jadi isu yang memburukkan persepsi, yang mengundang fitnah; maka, memang wajarlah Arifahmi meletak jawatan. Dia pun bukan jenis cikai untuk tidak bergantung kepada kerja-kerja kerajaan negeri.
Itu pasal gua dah berpuas hati dah dengan pelan pengundurannnya. Dan menentang golongan yang tak sabar-sabar nak tarik rambut dalam bancuhan tepung likat. Tamat 1 bab.
Salam Tuan Guru..
Bab anak perempuan lu plak yang tiba-tiba buat kelakar berminat dengan dunia blog. Buat blog hal-hal resepi dah la... tak payahlah menggangu fokus parti dengan mengarut secara emosi perihal parti. Gua dah minta dia supaya berhenti, malah lain-lain pemimpin PAS pun dah minta dia berhenti.
Ni last punya usaha, gua minta lu sekat lah. Gua tak tahu nak buat caner lagi dah. Sebagai ayah yang bukan sahaja dimiliki oleh keluarga lu, tapi juga dimiliki oleh 22 juta rakyat Malaysia, minta lah anak prempuan lu berhenti dari menggangu kerja-kerja orang dalam keahlian.
Lu celakakan blog yang menimbulkan spekulasi Husam letak jawatan. Memang wartawan merujuk kepada Penarik Beca, dan memang reaksi lu menunjukkan betapa pentingnya Husam pada parti. Tapi takdirnya, anak lu sendiri yang berblog meminta satu exco yang dipercayai Husam meletak jawatan jauh lebih dulu dari Penarik Beca sehingga ditegur oleh beberapa pemimpin PAS lain.
Gua harap Tuan Guru baca surat gua nih. Kejayaan satu individu lelaki ada wanita dibelakangnya. Satu individu. Tetapi kemusnahan satu empayar ada wanita dibelakangnya. Satu empayar. Tamat satu bab lagi.
Salam Tuan Guru..
Bab 2 pegawai yang tidak disambung khidmat mereka. Pun gua takda hal punya. Kalau lu nak ambil jalan tengah atau sebarang taktikal politik lain, gua sokong. Jangan Anual jadi bangsat ala kickthefella dah. Bila ditarik khidmat, bertukar jadi niamakahai. Falsafah sesat. Majikan mengupah khidmat, dan majikan boleh menamatkan upah khidmat. Lainlah kalau rakyat yang pilih dan letak dia di situ, barulah rakyat juga yang boleh menamatkannya di situ.
Tapi, dapatkanlah penganti yang bukan PENAKLUKAN KELUARGA dan BUKAN PENAKLUKAN HUSAM. Ambillah orang yang layak dan berkecuali. Jika tidak, gua terpaksa bantah. Bantah secara kebebasan bersuara lah.
Biarlah Nik Aziz sendiri yang pilih, bukan Husam dan bukan Nik Abduh atau Arifahmi. Settle 1 bab lagi.
Last kopek.
Gua terbukakan surat gua ni kerana model Islamic State itu terletak di Kelantan. Dan Kelantan itu terletak atas kepala lu. Dan skang ramai pihak turut nak naik atas kepala lu. So, kedudukan model Islamic State sudah goyang seh..
Harap awan hitam berlalu. Harap lu dapat kembalikan Kelantan yang kami sayangi seperti dulu. Tanpa campur tangan keterlaluan dari keluarga, tanpa cengkaman dari satu exco secara perseorangan, dan tidak seimbang. Meletak orang2 aneh dengan kontrak kerja aneh seperti kickdefella bukan sahaja di PMBK tetapi di agensi kerajaan negeri yang lain.
Hentikanlah semua ini.
plis... plis... plis..... kamu jangan nakal.
------------------------------------------
KOMEN PENULIS:
ADA TIGA PERKARA YANG PALING MENARIK HATI PENULIS DI DALAM SURAT TERSEBUT…
‘SEBAGAI AYAH (NIK AJIS) YANG BUKAN SAHAJA DIMILIKI OLEH KELUARGA LU, TAPI JUGA DIMILIKI OLEH 22 JUTA RAKYAT MALAYSIA’
(KOMEN PENULIS: WOII..!! RAMAINYA AHLI PAS.., 22 JUTA KE..?)
‘MODEL ISLAMIC STATE ITU TERLETAK DI KELANTAN’
(KOMEN PENULIS: BELUM MUNCUL LAGI YANG ISLAMICNYA..YANG KHALWATNYA ADALAH)
‘PLIS... PLIS... PLIS..... KAMU JANGAN NAKAL.’
(KOMEN PENULIS: ROTANKAN AJE...!!)










