LANCANG DAN BIADAP SUNGGUH SI RAJA PETRA SEHINGGA TERGAMAK MENULIS TENTANG MENGHAPUSKAN SISTEM BERAJA.DAN MENYOKONG GAGASAN SEBUAH REPUBLIK MALAYSIA.
PENULISAN RAJA PETRA INI BOLEH DI BACA DI SINI.
BLOG RAJA PETRA
BLOG GO MALAYSIA
BERIKUT ADALAH TERJEMAHAN PENULISANNYA:
“Anda mungkin berpendapat bahawa mungkin langkah yang terbaik adalah menghapuskan sistem beraja sama sekali. Maka ini akan menyelesaikan masalah mata pencarian mereka. Sebaliknya, jika kita mengekalkan raja-raja, kita perlu membenarkan mereka menjalankan perniagaan (tentu sahaja tidak sesuai untuk mereka makan gaji, iaitu sebagai pekerja di kilang ataupun pejabat ataupun sebagai jurujual, pelayan dan sebagainya). Jadi, bagi menyelesaikan masalah itu, lebih baik kita hapuskan sahaja sistem beraja.”
“Saya dituduh ‘membela’ sistem beraja kerana saya juga adalah seorang ‘kerabat diraja’. Tetapi sedarkah anda semua bahawa saya adalah sosok yang tidak dikehendaki dalam lingkungan Istana Selangor? Tahukah anda bahawa Sultan Selangor menempelak saya di khayalak ramai, malah di depan para pegawai Kerajaan Negeri Selangor dan juga di hadapan Ketua Polis Negara, Musa Hassan? Ya, wajah si Musa berseri-seri mendengar musuhnya dihentam oleh Sultan Selangor sendiri. Saya bukan (lagi) seorang Royalist ( pro-Raja). Saya memang menyokong gagasan sebuah Republik Malaysia“
“Sekurang-kurangnya satu ataupun dua generasi perlu berlalu sebelum orang Melayu berasa selesa untuk berbincang tentang penghapusan sistem beraja dan mengubah Malaysia menjadi sebuah Republik. Ini pasti akan berlaku kerana sistem beraja, bahkan raja berperlembagaan adalah sistem yang sudah ketinggalan zaman. Jadi, menjelang 2100, kemungkinannya adalah besar bahawa kerajaan yang berasaskan monarki tidak lagi wujud. Pada masa itu, usia saya pun dah lanjut. Mana tidaknya, pada tahun 2010 pun, saya akan mencecah umur 60 tahun. Tetapi ia tetap akan berlaku dan mungkin berlaku lama selepas kita meninggal dunia.”
“Suatu hari nanti, Malaysia perlu berubah. Orang Melayu juga perlu berubah. Semua nuansa masa lalu pasti akan dihapuskan. Tetapi masa diperlukan sebelum semua itu dapat berlaku. Malah kita kini sedang berbicara tentang raja-raja Melayu. Maka kita perlu memberikan waktu bagi orang Melayu bersiap sedia untuk menyingkirkan raja-raja mereka.”
“Di Perancis, orang Perancislah yang menyingkirkan raja-raja mereka. Di China pula, orang Cinalah yang melakukannya; di India, orang India yang melakukannya. Di Malaysia, usaha ini perlu dikepalai oleh orang Melayu dan bukannya orang bukan Melayu“
KOMEN PENULIS:
WAHAI RAJA PUTRA DAN SEMUA MELAYU KETURUNAN JEBAT, BERTAUBATLAH DAN INGATLAH RAJA-RAJA MELAYU ITU IBARAT PAYUNG DAN TIANG SERI BANGSA.
TANPA PAYUNG DAN RUNTUHNYA TIANG SERI MAKA AKAN KEKERINGANLAH BANGSA DAN AGAMA TANPA TEMPAT BERTEDUH DEK KEPANASAN TERIK MENTARI.
SUMPAH KERAMAT SEKELIAN TUAH: TIDAK SESEKALI AKAN MEMBIARKAN RAJA-RAJA MELAYU DISENTUH.!
AKAN SEKELIAN TUAH PERTAHANKAN RAJA-RAJA MELAYU SEHINGGA TITISAN DARAH KAMI YANG TERAKHIR. !
JANGAN LUPA PESANAN ZAMAN WAHAI SEKELIAN JEBAT…!!!
BERPANTANG MELAYU ITU MENDURHAKA…!!!
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
6 Comments:
Kebanyakan rakyat dalam dunia ini yg menentang raja mereka adalah kerana raja mereka sendiri yg tidak bertgjwb dan mengkayakan diri sendiri.....tak kira raja atau hamba, di hadapan Allah pasti tidak akan terlepas.....!!!!!!
Belum ada rakyat di Malaysia ni yang di inaya oleh Raja-Raja..
Rakyat di Malaysia amat bertuah..
Hidup aman damai..
Rezeki mudah di cari..
Kerja mudah..
Pelajaran hampir percuma..
Perubatan hampir percuma..
Senang lenang dengan kereta besar berjenama..
Senang lenang dengan rumah tersergam indah..
Jadi bersyukorlah dengan nikmat dan rezeki melimpah ruah..
Alhamdullilah Malaysia masih mempunyai Raja-Raja yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya..
Wahai abangtuah..syabas..!!
Kami juga akan turut serta bersama abangtuah mempertahan kedaulatan Raja-Raja Melayu..
Ye biar ketitisan darah terakhir..inshallah..!!
DAULAT TUANKU 3X
ALLAHU AKBAR 3X
Salam .....
Abg Tuah ..2 X )
Tak cukupkah lagi umno memperbodohkan orang melayu untuk kekalkan kuasa. Sekarang ini nak tunjuk Hero nak mempertahankan Sultan kononnya:
Abg Tuah siapa yang sebenarnya menderhaka kepada raja , kalau bukan umno. Walau pun kata Tun Melayu Mudah lupa, tapi yang mudah lupannya melayu umno je , kami tak akan lupa tentang sejarah umno menderhaka: Aku buktikan tiga contoh disini:
Masihkah Kau Ingat Abg Tuah ingat pada 29 April 1993 apabila seorang pemimpin Umno Kelantan ketika itu menabalkan seorang raja pada satu majlis di Ketereh.
Masihkah kau ingat Abg Tuah : bagaimana seluruh jentera UMNO dan kerajaan telah digunakan oleh UMNO/BN untuk memalukan, menghina, mencerca, mengaibkan dan seterusnya merampas hak kekebalan Raja-raja Melayu pada tahun 1993.
Masihkah Kau Ingat Abg Tuah Pada Mac dan April 2008, pemimpin dan penyokong umno yang diketuai oleh Idris Jusuh menghina Sultan Terengganu dengan perkataan ?natang? semasa isu pelantikan Menteri Besar tidak dihebohkan seperti sekarang.
Janganlah mula umno bersikap biadab menggunakan raja - raja untuk mengekalkna kuasa yang semakin hilang akibat dari keangkuhan dan kesombongan selama ini.
sekian.
Bila berkata penderhakaan raja.. maka bertempiklah juak2 penipu rakyat bahawa UMNO yang menarik kekebalan Raja2... itu la yang disalakkan hingga kini.. tapi mereka lupa bahawa yang beria2 untuk menarik dan melaksanakan penarikan kekebalan itu ialah Dato Seri Anwar Ibrahim... itu fakta sejarah... aku teringin benar dengar apa kata pencacai PR seperti jebat...
Jangan lupa juga raja segala raja kepada rasuah... siapa lagi kalau bukan sahibul samahah anwar ibrahim... itu juga fakta sejarah... agaknya yang menggelapkan 100B di zaman Tun M rasanya bukan Tun tapi.. bekas timbalannya yang jugak tertuduh liwat..
Salam,
Sebenarnya malas rasanya nak layan artikal Raja Petra Kamaruddin atau nama timangan manjanya "RPK" yang bawa makna " ROSAK PUNYA KERABAT". Siapa RPK ini?.RPK adalah seorang pelarian yang diburu polis. Kenapa dia lari?. Kerana takut dengan Fitnah yang dibuat terhadap isteri Perdana Menteri kita tanpa bukti. Adakah dia seorang pejuang bangsa Melayu?. Kalau pejuang takut nak mati jangan jadi pejuang. Ini pejuang taik kucing. Baru nak siasat dah lari kononya sistem keadilan negara tak betul. Pejuang sebenar seperti Dr.Martin Luther King Jr dan Mahathma Ghandi tidak pernah takutkan ancaman bunuh atau dipenjara. Mandela menghabiskan 3/4 hidupnya dipenjara. Jose Rizal mati dibunuh oleh Sepanyol..ini baru pejuang!. RPK?...seekor kucing kurap yang mengeledah sampah untuk mencari sisa makanan di belakang Restoren Nasi Kandar Mamak. Dia ini berketurunan Raja yang dibuang negeri oleh penjajah ke Pulau oleh penjajah British dalam perebutan kedudukan dalam kerabat DiRaja. Inilah sebabnya kebencian terhadap raja-raja Melayu di Tanah melayu meluap-luap da tak pernah padam api kebenciannya. Rasnya tak perlulah ungkit kerabatnya yang sudah arwah. Tak baik kita sebagai orang Islam. Ramai orang Muda yang syok baca artikal-artikal RPK dblognya akan merasa panorama indah penipuannya. Pendebatan yang diusulkan oleh RPK tentang Duli-Duli Raja Melayu adalah satu pendebatan yang mirip telah berlaku di England mengenai kerabat Di Raja semasa pimpinan Parti Buruh di England. Pada masa semua blog di England sibuk pasal hal ini. Maka "kucing kurap" ini yang sedang sembunyi dari pihak berkuasa negara ini di England membongkar sampah ini dan bawa cerita ini ke blognya yang pembacanya Cina dan India saja. Blog dia ini janganlah ikut. Cerita dia ini semuanya karut. Sesuai untuk si anom seprti atas yang tak ada otak. Ambil jari sendiri jolok mata. spesis kurang upaya berfikir. Kalau raja-Raja melayu tak ada tak adalah ketuanan melayu. Tuan Tanah ini Raja-Raja Melayu. Bukan kita. Kita cuma berlindung dibawah payung Raja-raja Melayu untuk keturunan kita. Ini teknik meracuni pemikiran bukan Melayu supaya mereka bangkit menetang Raja- Raja Melayu tanpa menyedari sejarah Tanah Melayu.
Duli- Duli Raja Melayu adalah sebahagian dari sejarah yang masih hidup di Tanah Melayu (The living History). Kita kena tekankan "Tanah Melayu" kerana Sabah dan sarawak tidak ada Insitusi Sultan. Pulau Pinang ini sebenarnya Kepunyaan kesultanan Kedah cuma penjajah gunakan desepsi politik memperolehinya dari keSultanan Kedah. Duli- Duli Raja-Raja melayu juga adalah sebahagian dari Kebudayaan Melayu itu sendiri. Asal usul kebudayaan Melayu dari Kesultanan Melayu. Maka Ikatan orang Melayu dan Kesultanan Melayu "seperti Aur dan tebing".
Kita rakyat sebenarnya tidak pernah didominasikan oleh Raja- Raja Melayu sehingga kini tetapi yang dominasikan rakyat ini adalah Ahli Politik. Raja-Raja Melayu di negara ini adalah Nuetral dalam perebutan kuasa politik.
Kebudayaan Melayu dan Agama Islam sentiasa dipelihara baik oleh Raja-Raja yang kita Junjung dan dikasihi. Dalam banyak keadaan Majlis Raja-Raja Melayu bangkit dan mempertahankan kesucian agama Islam dinodai di negara ini yang sukar dilakukan oleh UMNO. Parti Pas yang suatu masa dulu buat slongan "Undi Pas boleh masuk Surga" telah dibidas oleh Majlis Raja- Raja Melayu dan Parti Pas akur dengan teguran itu dan serta merta berhentikan slongan itu. Inilah pentingnya ada satu pihak dihormati oleh kedua pihak yang bertelagah.
Oleh kerana Perlembagaan Negara Malaysia meletakan Yang Di Pertuan sebagai ketua Negara dan ia menjadikan kerajaan negara ini adalah kerajaan bebas. Maka pemelihara Demokratik negara ini ialah Duli Yang Mulia Raja-Raja Melayu. Daulat Tuanku...Daulat Tuanku..Daulat Tuanku!!!.
p/s: Topik seperti ini tidak harus dijadikan pendebatan kerana ia akan menimbulkan pro dan kontra dalam pendebatan. Bangsa Melayu di negara ini yang berpecah kerana aliran dan fahaman politik masing-masing janganlah hendaknya membabitkan Insitusi Raja yang Mulia untuk kepentingan peribadi. Apa yang Mamak harapkan janganlah hendaknya kita memperjudikan Kedaulatan raja-raja Melayu kita dalam pendebatan dan kerakusan kuasa berpolitik. Harap moderator yang bijaksana faham maksudnya.
Post a Comment