Isnin, 14 Disember 2009

KETUANAN MELAYU DAN VIDEO BTN ANUAR KHALID.


Ketuanan Melayu bukan rasis

Oleh SOPI SAMAILEutusansarawak@utusan.com.my

KUCHING 13 Dis. - Ketuanan Melayu atau ketuanan bumiputera yang seringkali dilaung-laungkan oleh kaum pribumi bukan bersifat rasis sebaliknya hanya slogan yang berbentuk semangat patriotisme.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ketuanan Melayu adalah ungkapan sejarah yang mengingatkan bumiputera bahawa mereka adalah rakyat pribumi negara ini.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, ketuanan Melayu bukan sebuah undang-undang yang boleh mengundang kemudaratan kepada kaum lain dan tidak ada sebab mereka berasa sensitif dengan ungkapan tersebut.

"Kenapa ada pihak yang berasa sensitif dan marah apabila disebut ketuanan Melayu?

"Adakah selama ini kita bercakap mengenai ketuanan Melayu maka kita akan memusuhi kaum-kaum lain. Perkara seumpama itu tidak berlaku kerana selama 52 tahun Malaysia merdeka, kita tidak pernah ungkit mengenai mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Perkasa Negeri Sarawak di sini hari ini.

Ibrahim berkata, penubuhan Perkasa juga bukan bersifat rasis sebaliknya bertujuan menyuarakan serta mempertahankan hak-hak kaum bumiputera yang termaktub dalam fasal 153 Perlembagaan.

Pada masa yang sama, Ibrahim turut membidas pihak yang sejak akhir-akhir ini membangkitkan isu peruntukan pembinaan masjid dan rumah ibadat bukan Islam yang ternyata sensitif dan mengguris hati orang Islam.

PANDANGAN PENULIS:

MEMPERTAHANKAN HAK-HAK MELAYU DAN BUMIPUTRA SEBAGAIMANA YANG TERMAKTUB DALAM FASA 153 PELEMBAGAAN ADALAH TIDAK RASIS MALAH SATU PERJUANGAN YANG MULIA KERANA MEMPERTAHANKAN MARUAH DAN HAK SENDIRI.

YANG SEBENAR-BENAR RASIS LAGI CHAUVINIS IALAH MEREKA YANG SENGAJA MENGENEPIKAN KEADAAN SEBENAR SERTA FAKTA-FAKTA SEJARAH MALAH CUBA PULA SEDAYA UPAYA MEMUTAR-BELITKAN SITUASI DAN FAKTA TERSEBUT BAGI MEMASTIKAN YANG BERHAK DAPAT DINAFIKAN, DIKETEPIKAN HAK MEREKA DAN DIRAMPAS PULA HARTA, MARUAH DAN HAK KETURUNAN MEREKA.

APAKAH BOLEH PENULIS IBARATKAN MEREKA INI MENYAMAI PERANGAI ZIONIST YANG SENTIASA MENGINTAI DAN BERUSAHA TANPA JERIH UNTUK MEROBOHKAN DAN MEMUSNAHKAN ?

YANG LEBIH BURUK, LAGI HODOH, ADALAH SEGELINTIR BANGSA YANG OPPORTUNIS LAGI MUNAFIK YANG SANGGUP MENGADAI SEDIKIT SISA-SISA HAK BANGSA YANG MASIH TINGGAL DEMI KEPENTINGAN POLITIK SEMPIT MEREKA.

APAKAH BOLEH PENULIS IBARATKAN MEREKA SEBAGAI SEJENIS DABAT 'MOOOWWW...MOOOWWW' YANG PARAS OTAKNYA SEPARAS DENGAN EKORNYA ?






1 Comment:

Aa said...

Jawapan aku:
http://lebanglibu.blogspot.com/

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online