Rabu, 30 Disember 2009

NEGARA ISLAM PAS AKHIRNYA DAPAT JAWAPAN



DAP ulangi pendirian tolak negara Islam


KUALA LUMPUR: DAP mengulangi pendirian menolak pembentukan negara Islam diperjuangkan Pas, tetapi menyambut baik kesediaan kerajaan Kelantan meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar negeri itu.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, ketika dihubungi berpendapat pembentukan negara Islam tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak dapat diterima pakai kerana ia bukan asas perjuangan parti itu.
“Jika Perlembagaan Persekutuan 1957 tak sebut perkara ini, tidak payah reka, perjuangan kita berdasarkan perlembagaan, kalau perlembagaan tak sebut, ia memang tak wujud, tak perlu dibangkitkan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz, semalam yang mendakwa DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan Pas selama ini.

http://www.bharian.com.my/Wednesday/Nasional/20091230012327/Article/index_html



KOMENTAR PENULIS,

AHAAA..!! SUDAH JELAS..DAH TERLALU TERANG TAK PERLU BERSULUH-SULUH LAGI. PENDIRIAN DAP TEGAS. MUNGKINKAH LEBIH TEGAS DARI PAS SENDIRI YANG DIKATAKAN SANGGUP MENGADAIKAN DASAR DAN PERJUANGAN. ?

APA KE NIK AJIS DAN PAS MASIH TAK FAHAM-FAHAM..

BAHAWA DAP DARI DULU KINI DAN dot..dot..dot TETAP MENOLAK PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM.

JADI SEKARANG APAKAH MATLAMAT DAN HALA TUJU PAS SEBENARNYA...??

HMMM...HMMM.. !! MENJADI SATU TANDA SOAL YANG BESAR..!!

15 Comments:

Tanpa Nama said...

Perjuangan islam pas bukan bertujuan melebarkan serta mengembangkan syiar islam malah hampir melenyapkan segala ajaran islam kpd seluruh umat islam di negara ini...banyak menghalalkan perkara2 yg haram..dan mengharamkan kpd pekara2 yg halal...tidak pernah terdengar pas mengislamkan walau seorang pun orang2 kafir....malah kafir telah banyak mengheret islam pas ke arah kekafiran mereka....

Tanpa Nama said...

Inilah akibatnya bila Ugama itu dipolitikkan. Bila lidah sewenang-wenang mengeluarkan fatwa politik duniawi, bila syaitan dijadikan sahabat, bila mulut mencaci mencerca. Jelas kuasa Allah, pintu hati PAS telah ditutup untuk melihat kebenaran. Tak payah nak suluh-suluh lagi, memang PAS bersubahat dengan kafir DAP. Siapa yang berkata sebaliknya, hati kamu sudah tertutup dengan hidayah Allah.

Tanpa Nama said...

SAYANGPAS

Harapan saya agar PAS masih boleh kembali ke pangkal jalan.

www.bio-asli.com/daftar.asp?id=yazman01

Tanpa Nama said...

kalau sayangkan PAS .... suruh nik ajis letakkan jawatan orang tua ni lah yang banyak memusnahkan PAS itu sendiri.

Tanpa Nama said...

keciannya nik ajis menerima tekanan sebegitu teruk diakhir hayatnya sebelum bersara sebagai mb kelantan.
ini lah akibatnya bila mempolitikan agama untuk kepentingan diri dan mengkhianati bangsa sendiri

TAAVEEKUN PERAK said...

Islam Sekadar Alat Politik ... (Na'u zubillahi Min Zaa lik) ...

yb Raz said...

sebenarnya semua pemimpin pas tahu pendirian dap. tapi biasalah sebab kemaruk nak kuasa, kemaruk nak jatuhkan umno, semua pemimpin pas pejam mata.

mereka buat buat lupa tapi rakyat tak lupa.

ISAC said...

Akupun setuju dengan YB DAP tu, apa yang X ada dalam perlembagaan jangan pandai2 nak tambah.

Yang dah ada tu kita jaga betul2 kenapa pulak hak Melayu dalam perlembagaan, orang Melayu sendiri yang nak gadai pulak?

Bila cerita pasal nak menegakkan hukum Allah, orang Islam perlu disatukan terlebih dahulu. Mengapa perlu kita mengemis dan meminta simpati pada mereka yang bukan Islam?

Mohammad Roslan said...

Kalau sudah ahli politik janganlah selindung dibelakang agama...Memang agama dan politik di Islam tak boleh dipisahkan. Siapa yang toalk agama dari poliik...UMNO? tidak sekali-kali UMNO pernah tolak Islam. Islam di negara ini menjadi tauladan kepada banyak negara Islam di dunia.Kalau macam orang Pas kata ini bukan negara Islam betapa banyak seminar-seminar dan Kongres Islam telah diadakan dinegara ini. Tak cukup dengan itu Malaysia dilantik menjadi pengerusi OIC. Apa lagi Pas nak...Islam tak meletakan garis panduan yang terperinci tentang negara Islam mahu pun di Al-Quran atau hadis.Orang Pas nakkan negara islam versi pemimpin mereka. Ini yang DAP tolak walau pun berbagai taklimat diberi kepada mereka oleh PAS...pendek kata DAP tak yakin pada Parti Pas kalau diberi pemerintahan akan kucar-kacirkan negara ini.

Tanpa Nama said...

Nak tanya plak puak UMNO nih!!! President Gerakan kata TIADA ISTILAH KETUANAN MELAYU LAGI di Malaysia....apa komen awak plak....??? rasanya UMNO tak berketik pun....senyap terus!!!! UMNO sorang2 jer yg masih perasan nak perjuangkan KETUANAN MELAYU....ha..ha..ha...kesian UMNO...kat PP UMNO makin diperkudakan oleh Gerakan dah lebih 35 tahun rupanya...dan kini UMNO PP lah yang mengangkut, dan mencuci tahi dan berak Gerakan....sapa bodoh????

AbgTuah said...

KETUANAN MELAYU TAK ADA DALAM KAMUS POLITIK MALAYU

MELAINKAN KAMUS RAJA-RAJA ADALAH..

RAJA YANG SEBENARNYA TUAN KEPADA MELAYU KEPADA TANAH AIR INI, KEPADA KERAJAAN TANAH MELAYU INI...TU SEBAB DIPANGGIL 'TUAN KU'..(JANGAN SALAH ERTIKAN DENGAN 'TUHAH KU' PULA..SELALU ORANG PAS NI AKU KENA JELASKAN HABIS-HABIS KERANA MEREKA ADA KURENG SIKIT.HEHEHE)

KAMI TIDAK PERNAH MENGAMALKAN SISTEM KASTA, KETUANNAN MELAYU ATAU MENDISKRIMINASI SESUATU KAUM..BERDOSA MEMBEZA-BEZAKAN ANTARA MAKHLUK ALLAH..MEREKA MAKHLUK DAN HAMBA ALLAH KITA JUGA BEGITU..

KAMI TETAP MENOLAK SIKAP 'ULTRA MALAY'..TAPI WALAU PUN BEGITU KAMI BUKAN JUGA BUKAN JENIS YANG BOLEH DI INJAK-INJAK..KERANA DARAH YANG MENGALIR DITUBUH INI ADALAH DARAH MELAYU KETURUNAN HANG TUAH...DAN PANGLIMA MELAYU DULU..BAK KATA PANGLIMA DULU-DULU..TULANG BESI URAT DAWAI

CUMA KITA NAK MINTA SEDIKIT SAHAJA NAK MINTA BAGI PELUANG KEPADA MELAYU SEHINGGA MAMPU BERTAPAK DAN BERDIRI TEGAP..SEHINGGA MAMPU UNTUK TERUS BERSAING DAN DEMI SURVIVAL MELAYU

KITA TETAP SAMA..KITA TETAP SERUPA YANG HANYA MEMBEZAKAN KITA HANYALAH AGAMA DAN AMAL KITA

Tanpa Nama said...

UMNO cakap tak serupa bikin...soal UMNO PP sudah cukup membuktikan bhw UMNO lah yg diperkudakan olh satu parti yg tenggelam timbul dan parti yg nyawa2 ikan....kenapa UMNO begitu takutnya dan sanggup diperkudakan sebegitu lama olh Gerakan PP??? sakit hati mendengar "Oh, itu adalah kita punya toleransi dlm BN.." Tolerasi kepala taik hang lah!!! Gerakan lbh CERDIK dan GENIUS dr UMNO bodoh!!!! kerana Gerakan tahu jika UMNO pegang Pengerusi Negeri, maka jika ditakdirkan BN berjaya merampas kembali PP dr Pakatan, maka automatisnya UMNO lah pegang KM PP....lihat lah betapa lemah dan dayusnya UMNO PP...dia punya kerusi 11 tapi Gerakan tiada kerusi, tapi Gerakan kontrol dan cucuk hidung UMNO, heret ke sana kemari dan UMNO diperkuda kan sepenuhnya untuk menang PRU 13 di PP....Gerakan tak perlu susah payah, suruh jer budak suruhan dia (UMNO) buat kerja, janji PP dapat balik....Gerakan goyang kaki jer...UMNO lah yg mencuci berak Gerakan di PP....itulah perangai UMNO, bila menentang pemimpin Melayu yg pembangkang, maka dia lah "hantu raya "nya yg teramat jahatnya....tapi bila berhadapan dgn Gerakan yg ibarat harimau tua pun tak berdaya.....lekeh betul!!!!

AbgTuah said...

ELEHHH APA ADA PADA PENGKERUSI NEGERI DAN KERUSI-KERUSI TU..BANYAK KAT KEDAI PERABUT..BERLAMBAK-LAMBAK

TAPI YANG MENYEDIHKAN PAS SANGGUP DAN MEMBERNARKAN USTAD-USTAD TAK SUNAT MEMPERMAINKAN AYAT SUCI TU LAGI HARU BUKAN..!!

DAN PALING CEPAT SANGGUP TUKAR DASAR PERJUANGAN..ISHH..ISHH..ISHHH..TAAT SUNGGUH PAS PADA DAP YEKKK HEHEHE

Mohammad Roslan said...

Salam,
haha....anom 00:14 marah betul dgn UMNO PP...heheh!. Untuk anom Politik di PP ini ada lain sikit dari Negeri-Negeri lain di semenanjung. Negeri-Negeri lain mempunyai penduduk majoritinya adalah Melayu tapi di Pulau Pinang penduduk majoritinya adalah Kaum bukan Melayu. Kalau Pulau Pinang yang dimaksudkan disini ialah Pulau (Penang Island). Di Seberang Perai memang penduduknya majoriti adalah orang Melayu. Kebanyakan kerusi di Seberang Perai dimenangi oleh UMNO pada PR2008. Gerakan ini bukan baru di Pulau Pinang. Dari Lim Chong Eu sampai sekarang tampuk pimpinan Pulau Pinang dipegang oleh Gerakan. UMNO tidak pernah meminggirkan orang Melayu Pulau Pinang. Masalah utama Melayu Pulau Pinang ialah persaingan dalam bidang ekonomi yang terlalu ketara diantara kaum Bukan melayu dan Melayu.Peniaga Cina di sini adalah keturunan peniaga (Hokkien) dari straits settlement. Mereka ini bukan dibawa oleh British untuk kerja di lombong bijeh Timah seperti di Selangor atau pun di Perak. Mereka adalah peniaga yang lebih pintar dari "Syarikat Hindia Timur" syarikat British. Keturunan lain seperti Arab dan India Muslim pula yang digelar "Jawa Pekan" atau "melayu peranakan" atau bahasa sekarang "Mamak Penang" adalah keturunan pedagang turun temurun dari Nusantara Melayu yang berniaga dengan syarikat Belanda dan syarikat Hindia Timur British. Orang Melayu asal yang dikatakan di Pulau (Penang Island) adalah Mamak Penang atau pun Peranakan Melayu yang telah dari darah percampuran perkahwinan Melayu Nusantara dengan pedagang Arab, India, Parsi danlain-lain. Mereka ini berbahasa Melayu dan berkebudayaan melayu dan beragama Islam (maka disebabka inilah maksud Melayu diperlembagaan di tulis begitu). Jangan keliru dengan mamak Penang dan orang India muslim. Orang India Muslim ini didatangkan oleh British sebagai kuli pelabuhan. Oleh kerana mereka datang bujang lama kelamaan mereka kahwin dengan wanita-wanita dari negeri Kedah atau perak dan menjadi rakyat tempatan.

Maka orang Melayu kebanyakan datang ke Pulau Pinang untuk mencari rezeki dari Perlis, Kedah dan perak. Oleh kerana kebanyakan mereka adalah petani maka mereka memileh tinggal di seberang perai yang tanahnya subur yang dibuka oleh pihak British untuk menampung sumber makanan untuk Penang Island. Di Pulau tanahnya tidak subur maka sebab itulah Seberang perai dipajak oleh kerajaan pulau Pinang pada masa itu dari Sultan Kedah. kalau tak silap sehingga kini dibayar wang pajakan itu.

Keadaan sosiology Pulau Pinang perlu di fahami dulu sebelum kita buat keputusan "UMNO TELAH MEMINGGIRKAN ORANG MELAYU PULAU PINANG". Masalah utama orang melayu ialah menceburi bidang perniagaan yang selama ini generasi mereka petani.Kita ini kalau nak bersaing dengan keturunan peniaga yang telah sekurun sudah berniaga, Susah sikit. UMNO memahami keadaan ini dengan sebab itulah masih ingin mempertahankan "Hak keistimewaan Melayu" supaya orang Melayu diberi peluang untuk "catch-up" dengan peniaga bukan Melayu. Disebabkan inilah UMNO dituduh "rasis" oleh parti pembangkang, wal hal ia adalah sedikit kelonggaran memasuki Universiti, permit, tender kerajaan dan peluang berkerja diJabatan kerajaan untuk anak petani dikampung yang susah. Orang bukan Melayu sudah berniaga sebegitu lama dan ada yang kaya raya perlulah tinggalkan peluang perniagaan dalam negeri dan mula mengorak langkah ke Perniagaan Antara bangsa yang lebih mencabar.Kenapa mcm anak kecil masih merona mintak suapkan nasi?. Kalu sudah besar berdikarilah...kerajaan UMNO tak pernah larang atau sekat perniagaan. Macam mamak Nasi kandar pun sudah mula buka cawangan di India, Saudi atau di Australia.

Mohammad Roslan said...

...Sambung//

Ok...kita berbalik kepada UMNO dan Gerakan. Ini adalah masalah yang rumit kerana orang gerakan kata: "Gerakan tak bantu orang Cina" Pulau Pinang hahaha! (walau pun pemimpin gerakan kata ia sebuah parti multi racial tetapi majoriti ahlinya adalah kaum Cina): Orang Melayu pulak kata UMNO tak bantu meminggirkan mereka jadi mereka nak memegang tampuk ketua menteri. Maka yang bertanding di Pilihanraya adalah BN bukan UMNO atau Gerakan. Gajah sama gajah lawan yang mati Pelanduk. Maka dengan sebab inilah PM arahkan kedua-dua pihak berhenti bertengkar kerana perkara sebegini sepatutnya perlu bincang di melalui perbincangan Pucuk pimpinan Barisan Nasional. Ini bukan bermakna PM berkata dalam kapasitinya sebagai Pemimpin UMNO tetapi beliau berkata sebagai pengerusi BN. UMNO dan GERAKAN bukan takut diantara satu sama lain dan berkelahi seperti yang dilapurkan dalam Media Cyber. UMNO PP pula utarakan perkara ini bukan kerana menuding tangan pada gerakan kerana gagal memepertahakan PP, tetapi yang penting bagi mereka perlu mengutarkan pendapat ahli UMNO. Kalau mereka tak utarakan ketidak kepuasan hati ahli parti; apa gunanya mereka dilantik sebagai pemimpin parti.Maka fahamilah anom senorio sebenar politik Pulau Penang.Kita sama-sama mempertahankan UMNO kerana kita perlukan UMNO ini untuk anak cucu dan cicit kita. Tak ada pengurus yan bijak singkir pekerja pengalaman demi yakin kepada pekerja baru. "Old is Gold"..Insyallah pada masa kan datang lahirlah Melayu-Melayu Malaysia yang akan menjadikan Melayu sebagai satu bangsa yang disegani sekurang-kurangnya di Nusantara dan mimpi "Melayu Raya" akan jadi kenyataan...(Ini dah lari dari perjuangan UMNO sebenar..hehehe...terikut pulak konsep Angkatan Melayu Muda Malaya..hehehhe!!!.Wassalam.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online