Khamis, 31 Disember 2009

BLOGGER PAS KASI ADVISE PADA NIK AJIS..?


SEMALAM TERINGAT MELAWAT BLOG RAKAN PEMBANGKANG. SINGGAH SEBENTAR DI BLOG TOPENG PERAK. DULU PENULIS SELALU SINGGAH KE SITU DAN KERAP JUGA MENGUSIK SI TOPENG PERAK NI. HEHEHE..KEKADANG TU NAIK BERANG SUNGGUH SI TOPENG PERAK. MAAF YE TOPENG..KISAH YANG LALU TU LUPAKAN AJELAH…BUKA LEMBARAN BARU SEMPENA KETIBAAN TAHUN BARU INI.


OH YE…, TERDAPAT SATU POSTING PENULISAN ADUKA TARUNA DI BLOG TERSEBUT YANG AMAT MENARIK HATI PENULIS. OLEH KERANA TOPENG SPORTING ORANGNYA MAKA BELIAU TIDAK PERNAH KEBERATAN MEMBERIKAN KEBENARAN KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG BERMINAT MENGAMBIL BAHAN DARI BLOG NYA UNTUK TUJUAN PENYEBARAN. MAKANYA TOPENG, IZINKAN PENULIS TOLONG SEBARKAN LAGI SURAT TERSEBUT KE SELURUH MALAYSIA.

JADI IKUTILAH BETAPA MENARIKNYA BAGAIMANA BLOGGER-BLOGGER PAS MENASIHATI TOK GURU NIK AJIS MEREKA..JENG..JENG..JENGGGGG...!!

-----------------------------------

Surat terbuka gua kepada Nik Aziz..

Oleh : AdukaTaruna

Salam Tuan Guru..

Gua dah kekok nak tulis ala2 bahasa biasa dalam surat macam gua belajar time UPSR dulu. Gua hentam jer la cara yang gua dah terbiasa nih. Nak gua tulis ala2 sastera kang segan plak gua kat Anual Bakhri. Nama die jer dah sastera dah tu. Mau dia gelak baca bahasa sastera gua plak nantih.

Salam Tuan Guru..

Gua sentiasa percaya dengan fakta yang telah lu tunjukkan bertahun-tahun bahawa lu jenis yang terbuka. Jenis smol metter punya pemimpin. So, gua harap surat gua ni sesat sampai ke pancaindera lu.

Salam Tuan Guru..

Gua sangat setuju bahawa penaklukan institusi keluarga ke atas pemerintahan rakyat perlu disekat. Ini last punya kaedah la nih. Yakni meminta lu sekat atau pun kurangkan. Sebelum ni gua minta pada keluarga lu sendiri untuk tidak menakluk pemerintahan negeri. Kali ni, last punya usaha, gua minta lu sendiri la sekat.

Salam Tuan Guru..

Gua tak kisah langsung Arifahmi itu dilantik as CEO kalau dia dilantik ikut prosedur yang betul, ikut kelayakan yang betul. Tapi bila dah jadi isu yang memburukkan persepsi, yang mengundang fitnah; maka, memang wajarlah Arifahmi meletak jawatan. Dia pun bukan jenis cikai untuk tidak bergantung kepada kerja-kerja kerajaan negeri.

Itu pasal gua dah berpuas hati dah dengan pelan pengundurannnya. Dan menentang golongan yang tak sabar-sabar nak tarik rambut dalam bancuhan tepung likat. Tamat 1 bab.

Salam Tuan Guru..

Bab anak perempuan lu plak yang tiba-tiba buat kelakar berminat dengan dunia blog. Buat blog hal-hal resepi dah la... tak payahlah menggangu fokus parti dengan mengarut secara emosi perihal parti. Gua dah minta dia supaya berhenti, malah lain-lain pemimpin PAS pun dah minta dia berhenti.

Ni last punya usaha, gua minta lu sekat lah. Gua tak tahu nak buat caner lagi dah. Sebagai ayah yang bukan sahaja dimiliki oleh keluarga lu, tapi juga dimiliki oleh 22 juta rakyat Malaysia, minta lah anak prempuan lu berhenti dari menggangu kerja-kerja orang dalam keahlian.

Lu celakakan blog yang menimbulkan spekulasi Husam letak jawatan. Memang wartawan merujuk kepada Penarik Beca, dan memang reaksi lu menunjukkan betapa pentingnya Husam pada parti. Tapi takdirnya, anak lu sendiri yang berblog meminta satu exco yang dipercayai Husam meletak jawatan jauh lebih dulu dari Penarik Beca sehingga ditegur oleh beberapa pemimpin PAS lain.

Gua harap Tuan Guru baca surat gua nih. Kejayaan satu individu lelaki ada wanita dibelakangnya. Satu individu. Tetapi kemusnahan satu empayar ada wanita dibelakangnya. Satu empayar. Tamat satu bab lagi.

Salam Tuan Guru..

Bab 2 pegawai yang tidak disambung khidmat mereka. Pun gua takda hal punya. Kalau lu nak ambil jalan tengah atau sebarang taktikal politik lain, gua sokong. Jangan Anual jadi bangsat ala kickthefella dah. Bila ditarik khidmat, bertukar jadi niamakahai. Falsafah sesat. Majikan mengupah khidmat, dan majikan boleh menamatkan upah khidmat. Lainlah kalau rakyat yang pilih dan letak dia di situ, barulah rakyat juga yang boleh menamatkannya di situ.

Tapi, dapatkanlah penganti yang bukan PENAKLUKAN KELUARGA dan BUKAN PENAKLUKAN HUSAM. Ambillah orang yang layak dan berkecuali. Jika tidak, gua terpaksa bantah. Bantah secara kebebasan bersuara lah.

Biarlah Nik Aziz sendiri yang pilih, bukan Husam dan bukan Nik Abduh atau Arifahmi. Settle 1 bab lagi.

Last kopek.

Gua terbukakan surat gua ni kerana model Islamic State itu terletak di Kelantan. Dan Kelantan itu terletak atas kepala lu. Dan skang ramai pihak turut nak naik atas kepala lu. So, kedudukan model Islamic State sudah goyang seh..

Harap awan hitam berlalu. Harap lu dapat kembalikan Kelantan yang kami sayangi seperti dulu. Tanpa campur tangan keterlaluan dari keluarga, tanpa cengkaman dari satu exco secara perseorangan, dan tidak seimbang. Meletak orang2 aneh dengan kontrak kerja aneh seperti kickdefella bukan sahaja di PMBK tetapi di agensi kerajaan negeri yang lain.

Hentikanlah semua ini.

plis... plis... plis..... kamu jangan nakal.

------------------------------------------

KOMEN PENULIS:

ADA TIGA PERKARA YANG PALING MENARIK HATI PENULIS DI DALAM SURAT TERSEBUT…


‘SEBAGAI AYAH (NIK AJIS) YANG BUKAN SAHAJA DIMILIKI OLEH KELUARGA LU, TAPI JUGA DIMILIKI OLEH 22 JUTA RAKYAT MALAYSIA’

(KOMEN PENULIS: WOII..!! RAMAINYA AHLI PAS.., 22 JUTA KE..?)

‘MODEL ISLAMIC STATE ITU TERLETAK DI KELANTAN’

(KOMEN PENULIS: BELUM MUNCUL LAGI YANG ISLAMICNYA..YANG KHALWATNYA ADALAH)

‘PLIS... PLIS... PLIS..... KAMU JANGAN NAKAL.’

(KOMEN PENULIS: ROTANKAN AJE...!!)


Rabu, 30 Disember 2009

NEGARA ISLAM PAS AKHIRNYA DAPAT JAWAPAN



DAP ulangi pendirian tolak negara Islam


KUALA LUMPUR: DAP mengulangi pendirian menolak pembentukan negara Islam diperjuangkan Pas, tetapi menyambut baik kesediaan kerajaan Kelantan meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar negeri itu.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, ketika dihubungi berpendapat pembentukan negara Islam tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak dapat diterima pakai kerana ia bukan asas perjuangan parti itu.
“Jika Perlembagaan Persekutuan 1957 tak sebut perkara ini, tidak payah reka, perjuangan kita berdasarkan perlembagaan, kalau perlembagaan tak sebut, ia memang tak wujud, tak perlu dibangkitkan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz, semalam yang mendakwa DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan Pas selama ini.

http://www.bharian.com.my/Wednesday/Nasional/20091230012327/Article/index_html



KOMENTAR PENULIS,

AHAAA..!! SUDAH JELAS..DAH TERLALU TERANG TAK PERLU BERSULUH-SULUH LAGI. PENDIRIAN DAP TEGAS. MUNGKINKAH LEBIH TEGAS DARI PAS SENDIRI YANG DIKATAKAN SANGGUP MENGADAIKAN DASAR DAN PERJUANGAN. ?

APA KE NIK AJIS DAN PAS MASIH TAK FAHAM-FAHAM..

BAHAWA DAP DARI DULU KINI DAN dot..dot..dot TETAP MENOLAK PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM.

JADI SEKARANG APAKAH MATLAMAT DAN HALA TUJU PAS SEBENARNYA...??

HMMM...HMMM.. !! MENJADI SATU TANDA SOAL YANG BESAR..!!

NIK AJIS LUPA KE..SABAR SEPARUH DARI IMAN..?


NIK AJIS HARI INI KELIHATAN AMAT BERANG DENGAN LAPORAN-LAPORAN BLOG BERKAITAN PERLETAKAN JAWATAN SETIAUSAHA POLITIK MENTERI BESAR ANUAL BAKHRI HARON DAN SETIAUSAHA AKHBAR MOHD SAIBA YAAKOB YANG TAMAT KONTRAK.


SEMASA MENONTON SIARAN BULETIN UTAMA DI TV3 DI RUMAH PADA 29HB DISEMBER 2009, TUAH AGAK KECEWA APABILA MELIHAT NIK AJIS MENGUCAPKAN PERKATAAN CELAKO KEPADA BLOG-BLOG YANG MENYIARKAN PELETAKAN JAWATAN SETIAUSAHA AKHBAR DAN SETIAUSAHA POLITIKNYA.

CELAKO SEMUA SEKALI..!!


BLOG CELAKO NI..!!


BLOG CELAKO NI..!! KATANYA..

ISSHHH..ISSHHH..ISHHH..!!! KENAPA BEGITU RENDAH DAN BURUK MORAL DAN AKHLAK NIK AJIS SEHINGGA SANGGUP MENGELUARKAN PERKATAAN SEBURUK ITU. SEPATUTNYA SEBAGAI SEORANG YANG DIGELARKAN SEBAGAI ULAMA SEMESTINYA NIK AJIS MEMPUNYAI KESABARAN YANG TINGGI DALAM MENGHADAPI APA SAHAJA DUGAAN DAN CABARAN.

APAKAH NIK AJIS JUGA TERLUPA PADA PENULISAN-PENULISAN BLOG PEMBANGKANG YANG AMAT TAJAM DAN BERAPI-API MEMBURUKAN PEMIMPIN DAN UMNO. APAKAH BLOG PEMBANGKANG DIKIRA BERJIHAD APABILA MENGKRITIK DAN MENGHENTAM PEMIMPIN DAN UMNO…SEBALIKNYA BLOG PRO KERAJAAN DAN UMNO PULA DI ANGGAP SEBAGAI CILAKO..???

Sabtu, 26 Disember 2009

ENEMY OF STATE - PENDERHAKA NEGARA


LANCANG DAN BIADAP SUNGGUH SI RAJA PETRA SEHINGGA TERGAMAK MENULIS TENTANG MENGHAPUSKAN SISTEM BERAJA.DAN MENYOKONG GAGASAN SEBUAH REPUBLIK MALAYSIA.

PENULISAN RAJA PETRA INI BOLEH DI BACA DI SINI.

BLOG RAJA PETRA

BLOG GO MALAYSIA

BERIKUT ADALAH TERJEMAHAN PENULISANNYA:

“Anda mungkin berpendapat bahawa mungkin langkah yang terbaik adalah menghapuskan sistem beraja sama sekali. Maka ini akan menyelesaikan masalah mata pencarian mereka. Sebaliknya, jika kita mengekalkan raja-raja, kita perlu membenarkan mereka menjalankan perniagaan (tentu sahaja tidak sesuai untuk mereka makan gaji, iaitu sebagai pekerja di kilang ataupun pejabat ataupun sebagai jurujual, pelayan dan sebagainya). Jadi, bagi menyelesaikan masalah itu, lebih baik kita hapuskan sahaja sistem beraja.”

“Saya dituduh ‘membela’ sistem beraja kerana saya juga adalah seorang ‘kerabat diraja’. Tetapi sedarkah anda semua bahawa saya adalah sosok yang tidak dikehendaki dalam lingkungan Istana Selangor? Tahukah anda bahawa Sultan Selangor menempelak saya di khayalak ramai, malah di depan para pegawai Kerajaan Negeri Selangor dan juga di hadapan Ketua Polis Negara, Musa Hassan? Ya, wajah si Musa berseri-seri mendengar musuhnya dihentam oleh Sultan Selangor sendiri. Saya bukan (lagi) seorang Royalist ( pro-Raja). Saya memang menyokong gagasan sebuah Republik Malaysia“

“Sekurang-kurangnya satu ataupun dua generasi perlu berlalu sebelum orang Melayu berasa selesa untuk berbincang tentang penghapusan sistem beraja dan mengubah Malaysia menjadi sebuah Republik. Ini pasti akan berlaku kerana sistem beraja, bahkan raja berperlembagaan adalah sistem yang sudah ketinggalan zaman. Jadi, menjelang 2100, kemungkinannya adalah besar bahawa kerajaan yang berasaskan monarki tidak lagi wujud. Pada masa itu, usia saya pun dah lanjut. Mana tidaknya, pada tahun 2010 pun, saya akan mencecah umur 60 tahun. Tetapi ia tetap akan berlaku dan mungkin berlaku lama selepas kita meninggal dunia.”

“Suatu hari nanti, Malaysia perlu berubah. Orang Melayu juga perlu berubah. Semua nuansa masa lalu pasti akan dihapuskan. Tetapi masa diperlukan sebelum semua itu dapat berlaku. Malah kita kini sedang berbicara tentang raja-raja Melayu. Maka kita perlu memberikan waktu bagi orang Melayu bersiap sedia untuk menyingkirkan raja-raja mereka.”

“Di Perancis, orang Perancislah yang menyingkirkan raja-raja mereka. Di China pula, orang Cinalah yang melakukannya; di India, orang India yang melakukannya. Di Malaysia, usaha ini perlu dikepalai oleh orang Melayu dan bukannya orang bukan Melayu“

KOMEN PENULIS:

WAHAI RAJA PUTRA DAN SEMUA MELAYU KETURUNAN JEBAT, BERTAUBATLAH DAN INGATLAH RAJA-RAJA MELAYU ITU IBARAT PAYUNG DAN TIANG SERI BANGSA.

TANPA PAYUNG DAN RUNTUHNYA TIANG SERI MAKA AKAN KEKERINGANLAH BANGSA DAN AGAMA TANPA TEMPAT BERTEDUH DEK KEPANASAN TERIK MENTARI.

SUMPAH KERAMAT SEKELIAN TUAH: TIDAK SESEKALI AKAN MEMBIARKAN RAJA-RAJA MELAYU DISENTUH.!

AKAN SEKELIAN TUAH PERTAHANKAN RAJA-RAJA MELAYU SEHINGGA TITISAN DARAH KAMI YANG TERAKHIR. !

JANGAN LUPA PESANAN ZAMAN WAHAI SEKELIAN JEBAT…!!!

BERPANTANG MELAYU ITU MENDURHAKA…!!!


Jumaat, 25 Disember 2009

BIG MOUTH CALIPH..?


KUALA LUMPUR 24 Dis. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mungkin diambil tindakan mengikut Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan kononnya Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock mati dibunuh.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut pada persidangan Konvensyen Pakatan Rakyat, baru- baru ini.

Sehubungan itu, satu laporan telah dibuat oleh polis sendiri di sebuah balai polis di Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, sesiapa pun termasuk Guan Eng tidak mempunyai hak untuk membincangkan mana-mana perkara yang masih dalam inkues.

"Saya nasihatkan Yang Berhormat supaya tidak bercakap sesedap mulut. Bila bercakap pasal bunuh, ia boleh menghasut orang mempercayai yang mangsa dibunuh walhal inkues masih dijalankan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) yang ke-54 di Pangkalan PSP di sini hari ini.

Pada masa yang sama, Khalid meminta Setiausaha Agung DAP itu supaya tidak mengganggu perkara yang belum diputuskan.

Kata beliau, tindakan Guan Eng itu boleh diambil tindakan mengikut Akta Hasutan. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1225&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm


KOMEN PENULIS:

ITULAH YANG DIMADSUDKAN OLEH PERPATAH MELAYU DULU…

‘KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA…!! ‘

‘TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UBAH, TERLAJAK MULUT BURUK PADAHNYA…!!

Rabu, 23 Disember 2009

TUN TETAP DI BELA


STILL FAST AND SHARP AS BEFORE..!!
(Gambar hiasan je..!!)

Menjawab


Buku Fitnah Terhadap Mahathir

Apabila buku bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times diterbitkan baru-baru ini, maka - riuh-rendahlah semua orang - khususnya parti pembangkang kononnya mahu mengheret Tun Mahathir ke muka pengadilan. Malah, tuduhan kononnya Tun Mahathir bertanggungjawab atas "kehangusan" RM100 billion wang negara kerana membina pelbagai projek mega selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, menjadi agak janggal kerana tidak pula dikaitkan secara adil dengan pencapaian unggul beliau selama 22 tahun yang terbukti berjaya menarik pelaburan dan keuntungan kepada negara sebanyak hampir RM300 billion. Bahkan, di sisi lain pula - jika kita merupakan manusia yang ada "otak" pelaburan Tun Mahathir - jika sekali pun benar bahawa beliau telah membelanjakan RM100 billion untuk membina projek mega selama beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia - maka pulangannya pula adalah sebanyak RM300 billion kepada negara selama 22 tahun beliau memerintah - bukankah itu, untung namanya? Inilah agaknya apa yang dikatakan oleh orang tua-tua, bodoh sombong tidak boleh diajar.

Saya bukan mahu membela Tun Mahathir membuta-tuli - tetapi, sebagai manusia yang ada hati dan fikiran - kita harus menilai Tun Mahathir secara objektif - dan bukan melalui perkiraan matematik. Cubalah fikirkan RM100 billion yang dibelanjakan oleh Tun Mahathir sepanjang 22 tahun pemerintahnya bukanlah dilulusakan oleh beliau seorang semata-mata, sebaliknya ia melibatkan ramai pihak - termasuk pemimpin agung pembangkang yang bernama Anwar Ibrahim. Perbelanjaan sebanyak RM 100 billion itu telah diluluskan secara kolektif oleh jemaah menteri dan bukan Tun Mahathir seorang. Apakah semua masalah yang sedang melanda negara pada hari ini hendak diletakkan di atas bahu Tun Mahathir semata-mata? Kejahilan yang semacam mana lagi hendak kita ikut? Selama 22 tahun Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia beliau telah melabur sebanyak RM100 billion - manakala pulangannya pula adalah sebanyak hampir RM300 billion kepada negara - bagi tempoh yang sama - malah, kerana "RM 100 billion" itu jugalah ekonomi Malaysia menjadi begitu makmur sehingga menyebabkan beribu-ribu pekerja dari Bangladesh, Indonesia, India, Pakistan, Thailand, Myammar dan Kemboja mencari rezeki di negara ini. Bahkan, kerana "RM 100 billion" itu jugalah anak-anak tempatan mendapat pekerjaan dan pendapatan yang baik semasa pemerintahannya. Dan kerana "RM 100 billion" itu jugalah negara tercinta kita ini terkenal di seluruh dunia dan menjadi contoh kepada negara Islam lain. Tetapi, malangnya, kita terus diperbodohkan-bodohkan dengan angka dan matematik - sehingga kebaikan ditukar menjadi perjudian dan pelacuran. Apakah kita masih tidak mahu sedar-sedar bahawa dengan "RM 100 billion" itu jugalah ekonomi Malaysia meningkat dari negatif 1 peratus pada tahun 1980-an menuju ke angka 7 dan 8 peratus setahun selepas itu. Apakah kita masih terus mahu diperbodohkankan, sedangkan kita sendiri menyedari bahawa dengan "RM 100" billion itulah anak-anak kita mudah masuk ke universiti walaupun keputusan SPM dan STPM mereka kurang memuaskan? Lantaran begitu banyak penubuhan universiti yang diluluskan oleh Tun Mahathir pada zamannya - dan kini hampir setiap negeri di Malaysia mempunyai universitinya sendiri. Apakah kita ingin nafikan bahawa dengan "RM 100" billion itulah kerajaan membangunkan negara dan memperoleh cukai untuk membayar gaji kita dan anak-anak kita? Nah! sekarang ini - kita lebih mempercayai si tukang fitnah bernama Barry Wain yang menulis buku tersebut - lalu kita pun bersorak, "Horey..Horey..Horey..Mahathir Kena Tembak" - maka kitalah sebenarnya Si Kitul yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih. Wallahualam.

Ditulis Oleh Muhammad Azli Shukri

http://azlishukri.blogspot.com/2009/12/menjawab-buku-fitnah-terhadap-mahathir.html

Dibela juga oleh ramai;

http://brojinggo.blogspot.com/2009/12/dr-mahathir-ada-hak-saman-wain-kit.html


TUN BERANI..MEREKA BAGAIMANA..?


Guess my gun..is it blank or loaded.?
 Gambar sekadar hiasan.

Mahathir cabar agar di siasat isu seleweng RM100 bilion.

Tun Dr Mahathir Mohamad melalui ulasan di blognya tidak langsung kelihatan gusar, malah mencabar pula agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan konon beliau menyelewengkan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya.

Mantan perdana menteri yang dikenali dengan sikap amat kental itu menyahut desakan tokoh DAP Lim Kit Siang yang mahu kerajaan berbuat demikian ketika mengulas apa yang cuba di gambarkan dalam buku Malaysian Meverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time, karangan Barry Wein.

Pendapat Penulis, dunia sekarang amat mudah memfitnah bagi menjatuhkan memburukan dan seterusnya mengheret sesaorang itu ke pengadilan. Cari sahaja penulis yang bijak berimaginasi dan kreatif yang banyak dipasaran. Nak lagi ok, cari sahaja penulis yang telah sedia muflis dan tindakan saman tak menjadi hal bagi mereka.

Karya Barry Wein, seorang penulis yang tiba-tiba sahaja muncul namanya selepas menghilangnya Raja Petra, kini ditahan pihak berkuasa Malaysia di Pelabuhan Kelang. Tindakan pihak berkuasa ini mungkin bagi mengelakkan rakyat dari terus menerus ditipu dan dikelirukan dengan penulisan-penulisan yang tak bermutu lagi tak berasas.

Dr Mahathir pula berkata didalam Blognya, beliau tidak memerlukan sebarang perlindungan daripada kerajaan dengan berbuat demikian. Beliau malah mengulas agar buku terbitan Palgrave Macmillan itu dibenarkan pengedarannya. Inilah yang dikatakan berani kerana benar.

Selain itu, Dr Mahathir juga menyatakan hasrat untuk menyaman Lim, Wein dan Malaysiakini dengan jumlah yang belum ditentukan jika tuduhan-tuduhan dalam buku tersebut didapati tidak berasas oleh suruhanjaya diraja tersebut.

Beliau juga mencadangkan agar panel suruhanjaya itu turut dibarisi oleh mereka yang berintegriti dari luar negara, termasuk juga pemimpin-pemimpin NGO anti-rasuah terkenal Transparency International, selain pegawai-pegawai yang dilantik sendiri oleh kerajaan.

Untuk mengikuti ulasan Tun Mahathir silakan ke blog beliau:

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/12/form-royal-probe-on-dr-ms-squa.html

Isnin, 21 Disember 2009

PENYOKONG PAS KENA SESAH...??


ISS...ISHHH..ISHHH..!! KESIANNYA PUAK PENYOKONG PAS NI TERUK NYA MEREKA KENA BELASAH. TENTU MEREKA SERIK NAK MASUK BERJUANG LAGI DI DUNIA SIBER...MAKLUM PENYOKONG BPN HEBAT-HEBAT BELAKA. IKUTI KISAH BAGAIMANANA HANG JEBAT DARI PAS DISESAH CUKUP-CUKUP OLEH MAMAK BENDAHARA DAN SRI KANDI TUN TEJA...

Mamak Penang berkata...

Salam,

Orang Pas seperti Jebat ini seperti orang kata " Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga". Susah nak terima kemajuan Islam yang dialami di negara ini. Pada satu masa, ramai pemuda Pas gilakan "republik Islam Iran". Kerana dapat halau shah Iran kononnya nak selamatkan rakyat Iran. Kini apa yang telah terjadi kepada Negara Iran...rasuah! di sana sini. Nak jadi Orang Islam yang baik Jebat tak perlu parti politik. Yang perlu adalah hati yang jujur dan ikhlas. Kalau otak kita dah ditanam dengan benih-benih kebencian kepada orang Islam yang minati parti lain sukar nak terima pendapat orang lain. Kita nampak macam kita je betul..apa orang lain buat semuanya salah.

Pada umumnya ulama-ulama merupakan orang yang paling terpengaruh dalam kehidupan seharian masyarakat Islam di negara ini. Ada juga Ulama politik ini pula sentiasa mengintai untuk menjadikan diri mereka untuk kepentingan karier politik. Pengaruh mereka dalam masyarakat Islam jadikan potensi untuk masa depan karier politik mereka. Inilah golongan Ulama-ulama Pas yang jadikan Islam ini sebagai barangan komiditi yang boleh jual beli kuasa politik!.Tugas mereka yang perlu menjadi pembimbing masyarakat Islam negara ini ke jalan yang benar tetapi ulama-ulama Pas ini bercita-cita tinggi pulak dalam politik.Dan seperti Saudara Jebat kita pula menjadi alat untuk ulama-ulama ahli politik yang gila kuasa seperti ini. Tugas pemimpin Islam sepatutnya mempersatukan umat Malah golongan Pas ini menggunakan agama untuk mekanisme memporak-perandakan umat Islam di negara ini untuk desepsi politik mereka. Menghukum siapa saja membangkang hasrat mereka untuk tujuan merebut kuasa politik mereka dengan tuduhan kafir, sesat dan tuduhan-tuduhan jahat yang lain. Ulama pas perlu mampu mengembalikan funsi agama kepada masyarakat daripada libatkan diri mereka dalam kemelut politik ingin memerintah.

Apakah di negara ini kita sudah hilang agama?.Agama yang kita memiliki bukan hanya sekadar ritual tapi di ruang bahtin yang hakiki.Apakah apabila kita jalankan undang-undang Islam menjadikan kita lebih Islam?. Segala tingkah laku manusia adalah dari pantulan hatinya.Bila hati kita rosak maka rosaklah kehidupan orang itu. Orang yang rosak hati akan terlepas dari agamanya. Kalau kita letakan nawaithu atau niat yang kedalam hati maka terpancarlah kebenaran dalam kehidupan seharian walu pun kita berparti politik mana. Ulama-ulama Parti PAS sebenarnya sudah tua kalau sudah tua maka mandullah pemikiran. Orang-orang muda dalam Pas sepatutnya berani kehadapan untuk menyambut tangan untuk pendamaian yang dihulurkan oleh orang UMNO demi ummah di negara ini. Buruk sangka terhadap orang lain adalah sangat dilarang dalam Islam. Apakah dosa parti UMNO?. Walau pun berdendam dengan orang perseorangan tetapi bukankah pucuk pimpinan UMNO sentiasa ditukar ganti. Apakah sebab dibenci terus UMNO itu cara orang islam berhentikan permusuhan antara saudaranya.

Sayang orang Parti Politik Pas cuma jadikan agama sebagai Package untuk inginkan kuasa politik di negara ini.Hukum Hudud pas cuma satu ritual dalam perjuangan Politik parti pas. Parti Pas bukanlah satu gerakan Islam tetapi cuma satu parti politik yang ingin berkuasa.Apakah doa selama 60 tahun penantian untuk berkuasa di negara ini telah ditolak kerana keikhlasan perjuangan untuk Islam tidak ada pada hati pemimpin Parti Politik Pas?. Allahuallam!. Wassalam.


srikandi melayu berkata...

Salam bang Tuah..

tikam tuah..tikam..tikam kat akal pendek jebat tu..

tak per..tak per..tun teja tolong

HUDUD ongah ko jebat oiii..bila lak dasar perjuangan PAS nk kan hudud.. tak reti2 lagi nizar kata tak dak dalam perlembagaan PAS nk buat negara ISLAM..Islam PAS pun malap mcm lampu solar..ini lah dia org yg gunakan agama sejak brpuluh tahun menipu orang Islam...Nak pimpin masyarakat kelantan pun hancur..ade hati nak pimpin masyarakat M'sia, lagilah hancussssss

ehhh..kekanda jebat oiii..balik suruh Nik Aziz tukar dasar perlembagaan PAS dulu..masukkn HUDUD sebagai hala tuju..baru tak malu nk sebut kat sini...kasi ISLAM tu terang menderang bak gemilang dulu..baru bole sebut pasal hudud.. jgn gemilangkan kebodohan jer pandai..akidah pun hancur kat kelantan tu.. berhala bersepah2 kat sana..

kalau rase2 PAS ni bagus sangat kenapa tk de sorang pun wakil tukangsebat syariah pompuan PAS yg tawar diri sebat si kartika tu.. cakap jer lebih..pompuan dlm PAS ni kene gadai talak tiga dgn laki jer diorg sanggup..

haaaaa..ari tu kate PR kukuh kononnya..terbubar cawangan2 di ijok mmg menunjukkan PR itu kukuh dgn kebodohannya....

riak lah lagiriak lagiriak lagilagi lagi

tulah balasan utk org2 munafik yg menggunakan agama utk menipu org..

KEMPEN PEMBERSIHAN DI IJOK ?

GAMBAR HIASAN SIMBOLIK...!!

KUALA SELANGOR: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima tamparan hebat apabila kira-kira 500 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, kawasan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu keluar parti itu dan menyertai Barisan Nasional (BN),

Perisytiharan keluar PKR itu diketuai bekas Pengerusi Penyelaras PKR DUN Ijok, Azmi Muhamad di hadapan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor, Datuk Amiruddin Setro dalam satu majlis ringkas di Ijok. Sebagai simbolik, Azmi dan beberapa bekas pemimpin PKR di DUN itu mencampakkan bendera dan baju tertera huruf `PKR’ ke dalam bakul sampah, sekali gus menyaksikan PKR DUN Ijok dibubarkan. Azmi berkata, mereka membuat keputusan itu sempena semangat Maal Hijrah atas rasa penuh insaf untuk kembali ke pangkal jalan dan menentukan kemenangan mutlak BN pada PRU akan datang dan selepas menyedari tertipu dengan janji manis pemimpin PKR yang mengutamakan kepentingan peribadi.

http://umnobalikpulau.blogspot.com/2009/12/500-ahli-pkr-keluar-parti.html

MARI KAWAN-KAWAN, KITA MULAKAN KEMPEN SELURUH NEGARA..KEMPEN PEMBERSIHAN TERHADAP SAMPAH-SAMPAH NEGARA..HEHEHE...!!!

Ahad, 20 Disember 2009

HJ HADI: JANGAN MELIHAT PERBEZAAN...???


Abdul Hadi menyeru semua pemimpin, ahli serta penyokong Pakatan Rakyat supaya jangan melihat perbezaan antara mereka tetapi mendahulukan apa yang telah disepakati bersama.

http://www.malaysiakini.com/news/120210

BAGUSLAH KALAU BEGITU..KERANA PAS SEMEMANGNYA PERLU ADA KESETIAAN DAN BELAJAR BERSEPAKAT DALAM SETIAP HAL YANG MEMBABITKAN KEPENTINGAN KUMPULAN ATAU GABUNGAN YANG DISERTAINYA.

TAPI YANG MENJADI PERSOALANNYA, BAGAIMANA TERLALU MUDAH BAGI HJ HADI DAN PAS BERSEPAKAT DENGAN PAKATAN DAN TERLALU SUKAR UNTUK MENGENEPIKAN PERBEZAAN DAN SETERUSNYA BERSEPAKAT DENGAN UMNO YANG SEAGAMA DALAM HAL-HAL YANG MENBABITKAN KEPENTINGAN AGAMA DAN UMMAH ?

BUKANKAH TERLALU BANYAK DAN JAUH PERBEZAAN ANTARA DASAR DAN PERJUANGAN PAS YANG BERTERASKAN AGAMA ISLAM DAN PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM DENGAN DAP YANG TERANG-TERANGAN MENOLAKNYA.?

ALANGKAH BAIK UNTUK PERPADUAN UMMAH DAN BAHAGIANYA UMAT ISLAM DI MALAYISA SEKIRANYA KENYATAAN TERSEBUT BERBUNYI BEGINI;

‘ABDUL HADI MENYERU SEMUA PEMIMPIN, AHLI SERTA PENYOKONG PAS SUPAYA JANGAN MELIHAT PERBEZAAN DENGAN UMNO TETAPI MENDAHULUKAN KEPENTINGAN AGAMA DAN UMMAH’

HMMM...TAPI SAYANGNYA...ITU TAK MUNGKIN BERLAKU...!!

Khamis, 17 Disember 2009

Edisi Khas :Resolusi BPN Untuk Boikot Blogger Biadap terhadap Pemimpin Pilihan Rakyat !!!

1. BPN memandang serius saranan Perdana Menteri di laman 1Malaysia ( di sini ) yang mahukan blogger mengamalkan kod etika yang boleh menjadikan mereka dihormati oleh semua pihak. Antaranya :

• Be honest and fair in gathering, reporting and interpreting information

• Never plagiarise

• Identify and link to sources whenever feasible

• Never publish information they know is inaccurate - and if publishing questionable information, make it clear it's in doubt

• Distinguish between advocacy, commentary and factual information

• Admit mistakes and correct them promptly

• Show good taste. Avoid pandering to lurid curiosity

• Explain each blog's mission and invite dialogue with the public over its content and the bloggers' conduct

• Disclose conflicts of interest, affiliations, activities and personal agendas

• Abide by the same high standards to which they hold others

2. BPN telah mengenalpasti ada blogger yang menzahirkan sokongannya kepada Kerajaan/BN namun masih mengamalkan budaya 'kotor' dalam menjadi seorang blogger. Termasuklah mengugut PM jika melantik individu tertentu menjadi anggota kabinet dan mengutuk Ketua Pemuda UMNO yang telah dipilih oleh perwakilan sehingga menimbulkan polemik sesama blogger yang berjuang membela negara.

3. Budaya ini sangat tidak sihat di dalam usaha Perdana Menteri untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat dan sebagai Blogger Pembela Negara kami tidak akan membiarkan blogger seperti ini berada di dalam senarai blog di kalangan 85 ahli BPN termasuk 22 Penyokong BPN. Usaha ini juga akan disokong oleh blogger-blogger yang lain kerana mereka juga meminta BPN memainkan peranan yang berkesan di dalam mengatasi masalah yang semakin membarah ini.

4. Untuk itu BPN mendesak blogger yang dimaksudkan agar berhenti dengan segera dari terus menggunakan pendekatan kasar, kesat di dalam mengkritik/ memalukan pemimpin tertentu termasuk menggunakan perkataan ugutan terhadap Perdana Menteri sehingga menimbulkan suasana tidak sihat di kalangan blogger yang pasti akan menjejaskan usaha ke arah mencapai kemenangan di PRU akan datang.

5. Jika tidak, maka kami terpaksa mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan blog-blog mereka yang melampau dari senarai blog kami dan meminggirkannya dari terus berada bersama kumpulan yang membela agama, bangsa dan negara. Tempoh diberikan sehingga 17 Disember Khamis 11.59 malam pada 1 Muharam 1431.

Mereka juga perlu meminta maaf kepada semua pihak yang dihentam dan memadamkan semua artikel yang telah mengguris perasaan sebilangan pihak yang lain di dalam UMNO dengan kadar segera.

Semoga kita akan menjadi blogger yang menyatukan rakyat berbilang bangsa dan agama dan menolak sebarang bentuk provokasi yang boleh menjejaskan keamanan yang kita kecapi selama ini khasnya di alam siber.

Sekian, terima kasih !

Yang benar,

Panglima Perang Cyberhttp://penembak-tepat.blogspot.com/


PENDIRIAN ABANGTUAH:

ABANGTUAH MENYOKONG PENUH RESOLUSI BPN YANG TERSEBUT DI ATAS.

DI KESEMPATAN INI ABANGTUAH JUGA MEMOHON MAAF JIKA TERDAPAT DI DALAM PENULISAN, USIKAN, SINDIRAN, GURAUAN, ATAU KARIKATOR ARTIKEL ABANGTUAH YANG MENYINGGUNG PERASAAN MANA-MANA PIHAK.

SARANAN KEPADA MEREKA YANG TERLALU EXTREME FINATIK GILER KEPADA PEMIMPIN TERTENTU.…PLEASE HENTIKAN PERSENGKETAAN…BUKA MATA DAN MINDA LUAS-LUAS…KENALI SIAPA MUSUH KITA SEBENAR.

INGAT PERPATAH LAMA…BERSATU KITA TETAP TEGUH, INSHALLAH…!

LAFAZ JANJI MEDAN PERANG ABANGTUAH..PADA KAWAN TETAP MENJADI KAWAN..PADA LAWAN TETAP AKAN DILAWAN.

HARI BAHAGIA PAS TIBA JUA AKHIRNYA.

Hari Persandingan PAS Bakal Tiba,Setelah Lama Bersumbang Mahram bersama DAP & PKR

Hari persandingan jalangan politik PAS bakal tiba,saat yang dinanti perkahwinan sumbang mahram bakal di daftarkan ,sejak PRU12 perselingkohan harami PAS bersama DAP dan PKR telah melahirkan begitu ramai produk produk luar nikah. Hasil produk haram sebelum ini terus berakar umbi didalam penyatuan mereka yang terusan merosak dan memremehkan minda rakyat.

PAS bakal menjadi sundalan secara rasmi,sebelum ini PAS hanya di tunggang dan gomol semahu mahunya oleh DAP & PKR tanpa ikatan yang sah.Selingkohan pemuas nafsu animal seperti DAP & PKR memperlihatkan PAS rela diperlakukan sebegitu rupa. Malah wali selipar sanggup mengucup & mencium mulut sebusuk bangkai DAP yang jelas menentang Negara Islam.Ludah dan kahak sanggup dijilat kembali demi persekongkolan agar matlamat memerangi Umno terlaksana.

Hudud hanyalah retorik politikal gampangan PAS,mereka begitu bersungguh sungguh menuduh Umno penghalang & memerintah ala sekular.Walhal perkara yang sebenar Umno memperlihatkan betapa Islam begitu terpelihara sehingga pembinaan masjid dipertikaikan kekasih kesayangan PAS baru baru ini.

Teruskan membaca artikel menarik ini di blog

http://www.pisau.net/2009/12/hari-persandingan-pas-bakal-tibasetelah.html

Isnin, 14 Disember 2009

KETUANAN MELAYU DAN VIDEO BTN ANUAR KHALID.


Ketuanan Melayu bukan rasis

Oleh SOPI SAMAILEutusansarawak@utusan.com.my

KUCHING 13 Dis. - Ketuanan Melayu atau ketuanan bumiputera yang seringkali dilaung-laungkan oleh kaum pribumi bukan bersifat rasis sebaliknya hanya slogan yang berbentuk semangat patriotisme.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ketuanan Melayu adalah ungkapan sejarah yang mengingatkan bumiputera bahawa mereka adalah rakyat pribumi negara ini.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, ketuanan Melayu bukan sebuah undang-undang yang boleh mengundang kemudaratan kepada kaum lain dan tidak ada sebab mereka berasa sensitif dengan ungkapan tersebut.

"Kenapa ada pihak yang berasa sensitif dan marah apabila disebut ketuanan Melayu?

"Adakah selama ini kita bercakap mengenai ketuanan Melayu maka kita akan memusuhi kaum-kaum lain. Perkara seumpama itu tidak berlaku kerana selama 52 tahun Malaysia merdeka, kita tidak pernah ungkit mengenai mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Perkasa Negeri Sarawak di sini hari ini.

Ibrahim berkata, penubuhan Perkasa juga bukan bersifat rasis sebaliknya bertujuan menyuarakan serta mempertahankan hak-hak kaum bumiputera yang termaktub dalam fasal 153 Perlembagaan.

Pada masa yang sama, Ibrahim turut membidas pihak yang sejak akhir-akhir ini membangkitkan isu peruntukan pembinaan masjid dan rumah ibadat bukan Islam yang ternyata sensitif dan mengguris hati orang Islam.

PANDANGAN PENULIS:

MEMPERTAHANKAN HAK-HAK MELAYU DAN BUMIPUTRA SEBAGAIMANA YANG TERMAKTUB DALAM FASA 153 PELEMBAGAAN ADALAH TIDAK RASIS MALAH SATU PERJUANGAN YANG MULIA KERANA MEMPERTAHANKAN MARUAH DAN HAK SENDIRI.

YANG SEBENAR-BENAR RASIS LAGI CHAUVINIS IALAH MEREKA YANG SENGAJA MENGENEPIKAN KEADAAN SEBENAR SERTA FAKTA-FAKTA SEJARAH MALAH CUBA PULA SEDAYA UPAYA MEMUTAR-BELITKAN SITUASI DAN FAKTA TERSEBUT BAGI MEMASTIKAN YANG BERHAK DAPAT DINAFIKAN, DIKETEPIKAN HAK MEREKA DAN DIRAMPAS PULA HARTA, MARUAH DAN HAK KETURUNAN MEREKA.

APAKAH BOLEH PENULIS IBARATKAN MEREKA INI MENYAMAI PERANGAI ZIONIST YANG SENTIASA MENGINTAI DAN BERUSAHA TANPA JERIH UNTUK MEROBOHKAN DAN MEMUSNAHKAN ?

YANG LEBIH BURUK, LAGI HODOH, ADALAH SEGELINTIR BANGSA YANG OPPORTUNIS LAGI MUNAFIK YANG SANGGUP MENGADAI SEDIKIT SISA-SISA HAK BANGSA YANG MASIH TINGGAL DEMI KEPENTINGAN POLITIK SEMPIT MEREKA.

APAKAH BOLEH PENULIS IBARATKAN MEREKA SEBAGAI SEJENIS DABAT 'MOOOWWW...MOOOWWW' YANG PARAS OTAKNYA SEPARAS DENGAN EKORNYA ?






SEKUPANGDUA, JASA MU TETAP DIKENANG.


SALAM SAHABAT KU SEKUPANGDUA..SEMUGA SAHABAT BEROLEH KESIHATAN DAN KESEJASTERA SENTIASA.

TERHARU MENDENGAR BERITA SAHABAT INGIN MENINGGALKAN PERJUANGAN ALAM SIBER.

BERAT RASA HATI KAMI MELEPASKAN SAHABAT KU SEKUPANG DUA MENINGALKAN PERJUANGAN ALAM SIBER INI. SEKIRANYA DAPAT DITAHAN INGIN SEKALI TANGAN INI MENAHAN MU WAHAI SAHABAT. TAPI KAMI PERCAYA SAHABAT TENTU MEMPUNYAI SEBAB TERSENDIRI YANG AMAT PENTING LAGI PERIBADI YANG HARUS DISELESAIKAN DULU.

KEHILANGAN SAHABAT KU DARI ALAM SIBER KELAK TETAP AKAN KAMI RASAI DAN RINDUI.

PERCAYALAH WAHAI SAHABAT KU SEKUPANGDUA, DIHATI INI SENTIASA BERBANGGA DAPAT BERKENALAN DAN BERSAMA-SAMA BERJUANG DENGAN SAHABAT YANG KAMI KETAHUI MEMPUNYAI JIWA YANG BESAR DAN KEKUATAN SEMANGAT YANG AMAT TINGGI LAGI TULEN UNTUK MEMBELA BANGSA DAN AGAMA.

KAMI TETAP MENUNGGU SEKIRANYA SATU HARI NANTI SAHABAT TERINGAT UNTUK KEMBALI BERSAMA-SAMA BERJUANG DI ALAM SIBER.

JASAMU TETAP KU KENANG SAHABAT....

HIDUP MELAYU!
HIDUP MELAYU!
HIDUP MELAYU!

SALAM PERJUANGAN,


ABANGTUAH.

http://sekupangduas.blogspot.com/2009/12/wasiat-sekupang-dua-aku-undur-diri.html

Khamis, 3 Disember 2009

AUTAH PUN DIBERIKAN MERIT.?


Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s many recent visits abroad appears to have paid off – the 62-year-old ranked No. 32 in the inaugural list of top thinkers that mattered most this year in the latest issue of the influential Foreign Policy magazine in the United States.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/45269-anwar-listed-among-top-100-global-thinkers-


BAGAIMANAKAH PUAK-PUAK BARAT DAN YAHUDI MEMBUAT PENILAIAN TERHADAP ANUAR IBRAHIM SEHINGGA DIA BEGITU CEMERLANG DI MATA MEREKA ? ATAU APAKAH HANYA MEREKA YANG HENDAK MELIHAT MALAYSIA PUNAH SAHAJA YANG MENGANGKAT DIA SEDEMIKIAN RUPA. ?

TAPI KALAU DAH YAHUDI KENKAWAN DIA YANG MEMBUAT PENILAIAN MAKA SUDAH TENTULAH SEGALA MERIT DAN POINT AKAN DI UTAMAKAN KEPADA DIA.

TAPI..PADA PENILAIAN PENULIS TAK BANYAK PUN YANG DILAKUKAN ATAU SESUATU YANG BERPUNCA DARI BUAH PEMIKIRANNYA YANG MENGUNTUNGKAN MALAYSIA…

BUKANKAH KERANA BUAH PEMIKIRAN TAHAP GABAN DIALAH YANG HAMPIR MENJERUMUSKAN MALAYSIA KEDALAM KANCAH EKONOMI YANG LEBIH TERUK PADA TAHUN 1998.?

BUKANKAH KERANA OTAK KARAT DIA LAH YANG MEMBUAT POLITIK MALAYSIA SEMAKIN KUCAR-KACIR DAN SENTIASA PANASSS..?

BUKANKAH PEMIKIRANNYA HANYA PINTAR MEMUTAR BELIT ISU SEHINGGA MENJADIKAN TAKTIK SPIN DAN PERSEPSI SEBAGAI TREND POLITIK YANG SEMAKIN PORPULAR DAN DIAMALKAN SECARA MELUASNYA OLEH PUAK-PUAKNYA.?

SEMENTARA ITU DIBERITAKAN DAP PERAK MEMOHON MAAF..DI ATAS PERBUATAN MEREKA

DAP Perak mohon maaf isu pijak gambar ADUN


KUALA LUMPUR 2 Dis. — Akibat dikecam pelbagai pihak, DAP Perak hari ini memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung dengan perbuatan beberapa pemimpin parti itu memijak poster wajah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas negeri itu Ahad lepas.
Sambil mengakui perbuatan itu satu kesalahan, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berharap isu berkenaan akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata, parti itu bagaimanapun tidak akan mengambil tindakan terhadap tiga ahlinya yang meletakkan poster itu di pintu masuk ke konvensyen parti itu.

- BERNAMA

WELL..ADA BAIKNYA LIM KIT SIANG DAN LIM GUAN ENG JUGA MEMOHON MAAF.

Selasa, 1 Disember 2009

RUDE AND UNDERBRED DAP STAIL.


AMBOI SERONOKNYA..!!


AISEHHH..WHY LAH..!!

YOU, LIM KIT SIANG, LIM GUAN ENG AND ALSO THOSE GANG OF YOURS, BEHAVING WITH SUCH A LOW STANDARD MENTALITY.

YOUR BEHAVIOR CANNOT BE REGARDED AS CHINESSE BEHAVIOUR BECAUSE CHINESSE ARE WELL KNOWN AS POLITE AND FRIENDLY PEOPLE. INSTEAD YOU ALL ARE DISPLAYING A TYPICAL RUDE AND UNDERBRED DAP STAIL

REALLY CAN’T BELIEVE IT…YOU ALL ARE THE SO CALLED LEADERS OF THE DAP CLAN CAN SHOW SUCH AN UGLY ANIMAL LIKE EXAMPLE TO ALL THE RAKYAT AND ALSO TO OUR CHILDREN. SHAME ON YOU..!!

YOU ALL THINK BY BEHAVING WITH SUCH LOW CIVIC AND LOW CONSCIENCE LEVEL OF MENTALITY, STEPPING ON OTHERS PICTURES TO DISGRACE THEM AND SMEAR THEIR DIGNITY CAN BE REGARD AS BIG HEROS KA..? BE SOBER LAH MAN…THAT CANNOT BE CALLED AS HEROIC CONDUCT BUT MORE LIKELY AS I MAY CALLED IT VERY SIMILAR TO AGGRESIVENESS OF FEROCIOUS UNTAMED D#GS

WHETHER AWARE OR NOT…BUT BELIEVE ME NOW YOU ALL HAVE SHOWN TO THE WORLD YOUR TRUE COLOUR, BLACKEN AND DARKEN I SUPPOSED. WELL, I AM PRETTY SURE THAT RAKYAT WON’T LET THIS COUNTRY TO BE RULED BY THOSE KINDS OF IDIOTS WHO LACKING OF GOOD QUALITY AND HUMANITY IN THEIR HEART. !!

THAT WHY LAH, PEOPLE TOLD, DON’T MIXED AROUND WITH NIK AJIS AND PAS..NOW YOU ALL TEND TO FOLLOW THEIR STUPIDITIES…KAH..KAH..KAH..!!!

I KNOW YOU ALL REALLY FURIOUS AND ANNOYED BY THOSE KATAK THAT JUMP TO BN. BUT I ALSO WANTED TO ASK YOU ALL ONE LITTLE THING, STILL REMEMBER THESE FACES..? WHAT ARE THEY IF THEY ARE NOT KATAK…OR TO YOU THEY ARE JUST A GROUP OF HARMLESS TOADS INSTEAD!


MY WORD TO ALL…IT IS NOT RIGHTEOUS THING TO DISRESPECT PEOPLE DIGNITY BY PUTTING THEM UNDER OUR FEETS.

WE MUST REMEMBER, LIFE WON’T PROMISE WE WILL STAY ON TOP FOREVER. THIS MOMENT WE ARE ON TOP..LATER FOR SURE WE WILL BE AT THE BOTTOM, UNDER OTHERS FEETS..!!

TAK FAHAM...?? BAWAH TANAHLAH TU...!!!


IF WE ARE A LEADERS..BE LIKE ONE. !!

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online