Ahad, 12 Oktober 2008

PHEHH!!, TAKTIK

HAI, PAK NUAA, RUMAH TAK SIAP LAGI KE!



Aku rasa Hindarf ini bukan finatik sangat Pak Nuar tu. Pak Nuar pun bukan suka sangat pada Hindarf.

Pada pandangan aku masing-masing cuba mengunakan antara satu sama lain. Masing-masing mencari peluang serta munafaat pada kelebihan sesuatu pihak untuk kepentingan diri mereka.
Hubungan atau pertalian seperti ini adalah perhubungan yang bermotif politik sahaja dan ia biasanya tidak kekal lama. Apabila sesuatu pihak telah berjaya mendapat apa yang mereka citakan maka puak yang satu lagi akan di singkirkan.

Begitu juga perhubungan antara parti yang berlainan idelogi didalam Perkataan Rukyat, ianya juga lebih bersifat mencari peluang dan munafaat dari kelebihan puak yang lain.
Jadi konklusi dari pandangan ini ialah sesuatu gabungan yang tidak diasaskan dari kejujuran dan tidak pula berada dilandasan yang sama adalah bersifat sementara sahaja serta tidak mungkin akan dapat bertahan lama.

Pada pandangan aku PRKss masih tebal dengan cita-cita dan tujuan asal mereka untuk membela hak-hak kaum Melayu. Tujuan utama pengabungan mereka dengan parti dan kumpulan lain hanyalah sebagai strategi politik untuk menguatkan lagi kedudukan parti mereka.
Kalau didalam peperangan strategi sebegini adalah baik, tetapi didalam kontek politik Negara ianya sangat merbahaya dan boleh pula mengundang bencana besar.

Cuba bayangkan sekiranya PRss berjaya memerintah, sudah tentu PAIh akan menyuarakan kehendak untuk menegakan Negara Islam. Ini sudah tentu akan ditentang habis-habisan oleh DAPss. PRKss akan mengambil sikap tunggu dan lihat. Mereka akan menunggu keputusan pertembungan antara PAIh dan DAPss dan mungkin akan menyebelahi dan memberi keutamaan kepada puak yang masih dapat memberikan keuntungan kepada mereka.

Setelah satu pihak yang bertentangan tersungkur maka lebih senanglah PRKss untuk mengatur strategi selanjutnya. Keutamaan PRKss adalah negara Islam Liberal dan memartabatkan serta mengembalikan semula hak-hak Bangsa Melayu. Tak mustahil juga waktu itu PRKss akan berada dikedudukan yang lebih kuat dan baik kerana majoriti dari serpihan UMNO telah pun berada bersama-sama mereka.

Maka tak mustahil juga pertembungan yang hebat akan terjadi sama ada diantara PRKs dengan PAIh atau pun dengan DAPss.

Sekiranya pertembungan yang sihat berlaku didalam usaha mempertahankan idelogi dan cita-cita masing-masing maka terselamatlah rakyat dan negara ini. Sekiranya masing-masing berkeras enggan mengalah maka HANCUSlah kita semua.

Mungkin juga ketiga-tiga parti dapat berkompromi dan menemui penyelesaian secara aman dan masing-masing rela menerima pakai sebahagian dari ideologi pihak lain bertujuan untuk menubuhkan Kerajaan. Maka rakyat Malaysia pasti akan tergelak basar dengan kompromi tersebut kerana PRss akan juga meneruskan perjuangan seakan perjuangan BN iaitu memperjuangkan Islam agama resmi, hak Bangsa Melayu dan bangsa bukan Melayu tidak diketepikan.

Hmm, ini hanya sekadar pandangan dan spekulasi politik sahaja tak lebih dari itu. Bukan juga untuk menghasut sesiap tapi sekadar mengajak kita berfikir

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online