Jumaat, 10 Oktober 2008

WEIH MELAYU



Weih Melayu tak kira idelogi
Pemimpin datang dan pergi
Yang pergi cari aje ganti
Bukan sayang kat mereka ni
Tapi sayang kat UMNO ini
Bukan juga nak memilih parti
UMNO itulah tiangseri
PAIh ok, tapi tak matang lagi
Kah,kah,kah doanya kasi Melayu rugi
PKRss pula temberang berguni
Janji tak pula terbukti
Patung pula agenda terkini
Penyokong dah muak berkompromi
Haha, UMNO juga bagus punya parti
UMNO sangat baik hati
UMNO banyak menabor budi
Kenapa UMNO masih dibenci
Yang rosak dah pun dibaiki
Pemimpin korup dah pun di ganti
BPR dah pun tegak berdiri
Mahkamah dah tak diragui
Minyak pun nak turun lagi
Mau kasi improve itu ekonomi
Jadi UMNO janganlah mati
Malaysia belum ready lagi
Spesifiknya Melayu belum menjadi
Belum cukup kuat nak berlari
Kalau UMNO pergi dan berganti
Hak Melayu tak boleh guranti
Hartanya kurang yang ada gigi
Akhirnya Melayu juga rugi
Terkapai-kapai itu pasti
Anak cucu Melayu memaki-maki
Tok nenek tak pandai jaga Negeri
Entah apa penyakitnya Melayu ni
Susah faham, enggan mengerti
Melayu perlu bersatu hati
Melayu perlu bemaufakat kembali
Sekiranya terus bersikap dengki
Sekiranya masih bersifat iri hati
Maka ’Tak Hilang Melayu Di Dunia ni’
Amanat Laksamana tak berguna lagi

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online