Selasa, 14 Oktober 2008

KNOW YOUR UMNO

Sumber asal dari Perakbangkit, penulisan Yeop Perak



BENDERA UMNO


UMNO


1. UMNO adalah satu-satunya wadah pengucapan politik Bumiputera di Asia Tenggara yang berjaya (a success story). Ia tidak diasaskan di atas landasan ideologi ciptaan manusia seperti komunisma atau sosialisma yang menjadi anutan yang fashionable selepas perang.



2. UMNO ditubuhkan di atas asas perpaduan lebih 42 pertubuhan Melayu yang merangkumi persatuan Melayu negeri-negeri, persatuan sukuan seperti persatuan anak jawa atau persatuan orang asli dan pertubuhan golongan professional seperti persatuan guru-guru Melayu.UMNO disokong oleh semua lapisan masyarakat Melayu dari raja-raja Melayu membawa kepada rakyat jelata. Kita wajib mengambil iktibar dari amanah sultan Johor dalam perhimpunan awal UMNO di Istana Johor.“Ingat UMNO bukan pertubuhan yang lahir di kaki lima tetapi pertubuhan Melayu di bumi Melayu. Dia (UMNO) ada daulat.”


3. Salah seorang pelupor utama yang bertungkus lumus untuk menubuhkan UMNO ialah Pendita Zaaba (menyedihkan namanya jarang diingati).a. Dengan cara yang halus Zaaba telah mengasaskan falsafah perjuangan bangsa yang sohih kepada parti Melayu ini. Sebagai pengerusi jawatankuasa yang bertanggungjawab mencipta nama untuk pertubuhan Melayu ini. Pendita Zaaba telah mengubah namanya supaya lebih tepat, lebih teguh dan lebih berwibawa yang sekali gus membezakannya daripada pertubuhan-pertubuhan politik bukan Melayu.b. Nama asal UMNO ialah UMO atau ‘United Malay Organisation’ yakni Pertubuhan Melayu Bersatu. Kata-Pendita Zaaba, Melayu di bumi Melayu adalah berbeza dari bukan Melayu di bumi Melayu. Melayu, di bumi Melayu adalah masyarakat induk, mayarakat teras atau masyarakat ibu. Bukan Melayu di bumi Melayu pula adalah masyarakat serpihan yang berasal daripada masyarakat induknya di negara-negara asal!. Kerana itu dengan penuh himah Pendita Zaaba telah menambah satu perkataan kata sifat sebagai merujuk kepada politik Melayu iaitu perkataan “Nasional” atau Kebangsaan. Maka hasilnya nama ‘Pertubuhan Melayu Kebangsaan Bersatu’ atau dalam bahasa Inggeris ‘United Malay National Organisation’ atau UMNO.Natijahnya daripada perubahan itu ialah untuk membawa keinsafan bahawaMelayu sebagai masyarakat induk yang lengkap yang menjadi teras kepada negara yang berdaulat dari dahulu hingga sekarang. Maka sifat Melayu, cita-cita perjuangan Melayu mempunyai status yang lebih tinggi, menjadi sifat dan cita-cita perjuangan yang bertaraf nasional dan bukan perkauman.d. Natijah keramat daripada saranan abadi Pendita Zaaba ini ialah bahawa seluruh perjuangan bangsa Melayu ini berpaksi kepada prinsip menterjemahkan / melaksanakan kedudukan Melayu uang induk/nasional itu ke dalam semua bidang penghidupan bangsa yang merdeka:-i) Politik Melayu mesti menjadi induk/teras politik negara.ii) Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa nasional.iii) Kebudayaan Melayu mesti menjadi teras kebudayaan nasional.Seterusnya sifat bangsa Melayu yang induk itu mesti akhirnya dapat diterjemahkan ke dalam bidang-bidang utama penghidupan nasional yang lain seperti dalam bidang pendidikan atau ekonomi. Ini ialah intipati kepada perjuangan yang hak dan legimate.


4. Penekanan kepada hakikat bahawa masyarakat Melayu adalah masyarakat induk di negara ini jua di abadikan dalam bendera UMNO. Professor Syed Najib Al Attas iaitu satu-satunya ulamak Melayu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (bukunya diterjemahkan ke dalam berbelas bahasa) adalah merupakan anak Melayu yang telah mencipta dan mengubah bentuk dan warna bendera UMNO itu. Maka selain bendera UMNO itu melambangkan ketinggian martabat Islam dan perjuangan memelihara tradisi kedaulatan negara, ianya jua dilabuhkan di atas prinsip bahawa Melayu dan negara tumpah darahnya adalah sebahagaian daripada bumi dan alam budaya Melayu turun temurun yang luas. Pemilihan warna-warna merah dan putih adalah warna-warna yang melambangkan bahawa akan terus wujud kesatuan dalam tradisi pradaban dunia Melayu atau Nusantara dan yang tidak mungkin diputuskan oleh kehadiran penjajahan.



UMNO ADALAH MELAYU & MELAYU ADALAH UMNO

-------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------

LOGO, LAGU dan IKRAR PEMUDA UMNO.

Sumber asal dari Pemudaenggang.




LOGO UMNO



Bentuk logo UMNO adalah dari ringkasan perkataan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dalam huruf jawi yang disusun secara vertical (dari atas ke bawah) dan di rekabentuk secara simitrikal.



LAGU UMNO


BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT
Bersatu Kita Bersatu


Dengan Setia Berganding Bahu


Jiwa Teguh Berpadu

Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama

Mendukung Hasrat Semua

Berjasa Pada Bangsa

Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah

Dipandang Mulia Dan Indah

“Bersatu, Bersetia, Berkhidmat”

Cogan Katanya

UMNO Terus Mara

Untuk Rakyat Malaysia


IKRAR PEMUDA


Kami pemuda malaysia

Bersatu dan padu tenaga

Berjuang berkorban jiwa raga

Untuk ketahanan bangsa

Pemuda harapan negara

Membela dan membuat jasa

Membina negara kaya raya

Ibu pertiwi malaysia

Mari kita bersatu dan berikrar

Mengaku dan bersumpah

Menjunjung agama bangsa negara

Bersungguh dan setia

Kami pemuda malaysia

Merupakan benteng yang waja

Pertahan kedaulatan agama

Serta bangsa dan Negara

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online