Rabu, 3 Mac 2010

NIK AJIS KEMPUNAN JADI PELEPAS ACARA KEJOHANAN LTdL..??

 

Kelantan dakwa penganjur LTdL malukan Nik Aziz

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan semalam, mendakwa penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 bersikap biadab apabila tidak menjemput Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, selaku tuan rumah untuk melepaskan perlumbaan peringkat pertama yang bermula dari Kota Bharu, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood, mengeluarkan kenyataan itu selepas penganjur memberi kesempatan berkenaan kepada Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, melepaskan pelumba, walaupun pada masa sama Nik Aziz turut hadir.

"Kerajaan negeri amat kecewa dengan tindakan itu dan menganggap tahun ini paling sedih pada satu acara sukan terbesar negara kerana perkara yang memalukan seperti berkenaan tidak sepatutnya berlaku kepada seorang Menteri Besar, yang menjadi tuan rumah lumba basikal berprestij itu.

"Mengikut perjanjian antara penganjur dan kerajaan negeri, Nik Aziz diberi penghormatan melepaskan pelumba itu, namun sebaliknya berlaku, apabila Awang Adek dijemput yang melanggar protokol acara itu," katanya kepada media selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Darulnaim, di sini.

Kelantan menjadi negeri pelepas untuk LTdL 2010 peringkat pertama, setelah dua tahun dipinggirkan dari jadual lumba basikal berprestij itu. Peringkat pertama dari Kota Bharu ke Kuala Berang semalam, membabitkan saingan sejauh 174.5 kilometer.

LTdL 2010 dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dengan disertai 20 pasukan.

Perlumbaan kali ini membabitkan tujuh peringkat sejauh 1,013.9 kilometer bagi merebut hadiah wang tunai keseluruhan RM710,650.

Abdul Fatah mendakwa, cadangan untuk membenarkan Nik Aziz melepaskan pelumba sudah dipersetujui oleh penganjur pada mesyuarat terakhir di Kota Bharu, malam kelmarin.

Namun begitu katanya, apabila Nik Aziz tiba pada majlis pelepasan pelumba itu semalam, Awang Adek pula yang diberi kesempatan untuk melepaskan pelumba LTdL 2010 dan langkah itu sudah tentu mencemar serta memalukan Menteri Besar.

Abdul Fatah berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi kerjasama kepada Kerajaan Pusat, termasuk agensinya dalam menganjurkan sebarang sukan utama di negeri ini, sekali gus membuktikan Kelantan tidak meminggirkan pembangunan sukan.

Katanya, Kelantan pernah dipilih sebagai negeri pelepasan LTdL terbaik sebelum ini dan dengan tercalitnya peristiwa yang memalukan pagi semalam itu, kerajaan negeri terpaksa mengadakan perbincangan secara terperinci terhadap permohonan dari pihak tertentu dalam penganjuran sebarang sukan di negeri.

bharian

ENTAHLAH…BAGAIMANA BOLEH JADI BEGITU…??

SUNGGUH PUN NIK AJIS DAN PASNYE SELALU MENYAKITI HATI ORANG UMNO..TETAPI DALAM HAL INI PENULIS BERASA SEDIKIT KESAL JIKA BENAR BELIAU DINAFIKAN HAK SEBAGAI MENTERI BESAR UNTUK MELEPASKAN PELUMBA KEJOHANAN LTdL TERSEBUT.

PADA PENDAPAT PENULIS, BELIAU SELAKU MENTERI BESAR KELANTAN SEMEMANGNYA LEBIH SESUAI DAN LEBIH BERHAK UNTUK DIBERIKAN PENGHORMATAN BAGI MELAKUKAN ACARA PELEPASAN ITU.

PASTI ADA KESILAPAN TEKNIKAL DISINI KERANA PENULIS PERCAYA PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO TAK MUNGKIN AKAN BERSIKAP SEBEGITU SEHINGGA KELIHATAN SEOLAH-OLAH CUBA HENDAK MENGENEPIKAN HAK NIK AJIS SEBAGAI MENTERI BESAR.

SUNGGUH PUN PENULIS TIDAK BERAPA MENYUKAI NIK AJIS KERANA SIKAPNYA TERHADAP UMNO, TETAPI, DEMI SIFAT KEMAKNUSIAAN DAN KERANA MENGHORMATI KEDUDUKAN DAN UMURNYA DIHARAP JANGANLAH BELIAU DI PERLAKUKAN SEBEGITU LAGI. TAK TAHAN RASANYA NAK LIHAT SEORANG TUA, LEBIH-LEBIH LAGI SEORANG MENTERI BESAR JATUH AIR MUKANYA DAN BERSEDIH…!!

BIARLAH MEREKA MENYAKITI KITA, BERSIKAP DINGIN ATAU INDAH TAK INDAH TERHADAP KITA. TETAPI DIPIHAK KITA PULA, KITA PERLULAH MENUNJUKAN SIKAP BERBAIK SANGKA SERTA LEBIH PROFESIONAL DAN SETERUSNYA MENJADI CONTOH TAULADAN YANG TERBAIK. ITU PUN JIKA KITA MASIH INGIN TERUS DIHORMATI DAN DIBANGGAKAN SEBAGAI YANG TERBAIK.

DISAMPING ITU, KITA PERLULAH SENTIASA BERINGAT DAN LEBIH BERWASPADA DIMASA-MASA AKAN DATANG. KELEMAHAN SEUMPAMANYA JIKA TIDAK DIATASI SEGERA PASTI AKAN MENGUNDANG PADAH KERANA IANYA AKAN MEMBUKA LEBIH RUANG KEPADA PIHAK PEMBANGKANG UNTUK MENGUNAKANNYA SEBAGAI SENJATA BAGI MENGHENTAM DAN MENCALARKAN IMEJ KITA CUKUP-CUKUP..

WELL…, MUNGKIN ADA PIHAK YANG KURANG SETUJU DENGAN PENDAPAT PENULIS. TETAPI ITULAH HAKIKATNYA.. KEBENARAN PERLU DINYATAKAN WALAU PUN TERASA AMAT PAHIT DAN SUKAR SEKALI.

5 Comments:

Tanpa Nama said...

Awang Adek je yg kemaruk nak rasmikan LTDL di Kelantan, dgn merampas kuasa perasmian...gelojoh btl skp UMNO....

Scud said...

kenapa ada pihak lain masuk campur urusan dinegeri orang?

MB sesuatu negeri adalah tuan rumah. Memang biadap kalau majlis sebegini tidak dijemput MB sendiri.

Akal Nadim said...

kah..kah..Melayu sudah tahu berlembut dan hormat orang lain..kah..kah..kah
Maslahnya ketua Melayu yang keras hati dan loklak tak mahu hormat orang lain...kagh..kah...

penjejak awan said...

Aku setuju dgn bang Tuah walau macam mana kita marah dan benci pada seseorang tapi bila ada ketua negeri kita mesti menghormati beliau dan tidak boleh meminggirkannya.
Kalau difikir tidak salah sebab sudah mendapat persetujuan penganjur tetapi ia tetap janggal dimata.Itu mengaibkan orang namanya.

Tanpa Nama said...

Agree with Abg Tuah,

Sebelum ini BN dikatakan perampas jawatan MB Perak, Janganlah perkara sebegini mengiakan sikap BN yang telah dilabelkan Perampas. Siapalah yang buat kerja tak pakai otak tu???

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online