Selasa, 2 Mac 2010

FAIRUZ DITOMAH BERKOMPROMI PULA..?

 
 Kini kelihatan lebih hebat ibarat laksamana melayu.


Ni dulu-dulu..

Fairus nafi ada kompromi sertai Umno

GEORGETOWN: Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, menafikan tindakannya menyertai Umno adalah sebagai kompromi selepas dilepaskan daripada tuduhan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, berkata ia (kemasukan dalam Umno) tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perkara itu seperti didakwa ramai pihak.

"Saya nafikan apa diperkatakan mereka kerana seperti anda semua tahu, saya langsung tidak bersalah... saya sudah dua kali dibebaskan SPRM kerana tidak membuat kesalahan.

"Saya tidak mahu layan politik kampung mereka. Sudahlah dulu mereka yang buat tuduhan tidak berasas, kali ini mereka buat tuduhan lain pula," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Kelmarin, Mohammad Fairus yang menyepi daripada arena politik hampir setahun mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.

Mohammad Fairus pada tahun lalu disiasat SPRM berhubung kes rasuah membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai selepas seorang pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri mendedahkan perkara itu.

Beliau menegaskan, kemasukannya ke Umno adalah untuk membela nasib agama, bangsa serta negara yang gagal dilaksanakan pakatan pembangkang yang disifatkannya hanya tahu bercakap.

"Saya yakin melalui platform Umno, saya boleh membawa agenda lebih besar yang memberi kebaikan kepada negara," katanya.

bharian

APABILA ADA PEMIMPIN PAKATAN YANG MASUK UMNO TENTU ADA SAHAJA BERITA PALSU BAGI MENCEMAR IMEJ AKAN MENYUSUL DAN MENGEKORI. TENTU AKAN DIKATAKAN DAPAT HABUAN LAH...ADA KONTRALAH...ADA KOMPROMILAH.

APALAH PUNYA BUSUK MAKNUSIA YANG SENGAJA MELEMPARKAN FITNAH DASYAT TERSEBUT. KADANG MEREKA YANG MELEMPARKAN FITNAH TU BUKANNYA TAHU APA PUN...SELALUNYA MEREKA DAPAT ILHAM-ILHAM BUSUK HAMPEH SELEPAS BALIK DARI BERSEMBANG POLITIK DI KEDAI KOPI. MAKA BERBAGAI LENDIR TOMAHAN DAN NANAH FITNAHAN YANG MAMPU MEREKA KELUARKAN TANPA MENGERTI BAHAWA MEREKA TELAH MELAKUKAN SATU DOSA YANG BESAR.

NAUZUBILLAHHIMINZALIK...!!

8 Comments:

ISAC said...

Bila Chua Jui Meng & Kalakau boleh pulak.....

Tanpa Nama said...

Aku heran lah..mengapakah situasi kemasukan sampah sarap ni ke dlm UMNO membuatkan UMNO bersuka ria? Si Fairus disambut bak wira negara? Pada hal dulu UMNO lah yg kuat mengutuk sampah ini krn salah guna kuasa kes kuari...hingga mamat ni letak jwtn, SPRM plak ambil alih gasak sampah ni...namun hasil kompromi sampah, SPRM dan UMNO lalu memakai lah tanjak si Sampah ni dgn merelakan diri dia memasuki parti tong taik UMNO...adakah UMNO BANGGA menerima org yg sememangnya bermasalah dan tunggu masa utk dibuang krn dia bermslah...??? pelik UMNO ni..dulu si Sampah ni lah yg melutu UMNO ke hulu hilir menutuk UMNO, tapi tetiba sujud plak pd UMNO, bahkan semua tentang UMNO semuanya baik pulak!!!!
Ye lah..kini UMNO mempunyai hobi yg pelik..iaitu sbg sahabat ALAM FLORA yg mengutip sampah dan bangkai busuk yg org buang, lalu UMNO kutip dan angkat hero plak!!! sah lah UMNO memang bakul sampah, tong sampah, tong jamban, dan tong taik...si Sampah dan tong taik UMNO sama2 busuk...adakah UMNO berbangga mengutip sampah dan bangkai busuk ini? adakah ini KPI UMNO?.....

Dan yg untung adalah si Sampah itu sendiri...umno bodoh dan diperbodohkan! krn si Sampah ini kalau terys duduk dlm PKR tentu tiada apa yg dia dapat, jwtn hilang , ADUN dah ghaib, nama dah tercemar takkan PKR nak lantik jd calon PRU akan dtng....maka dia tawarkan diri kpd parti tong taik ys sudi melamar dia..maka tersenyum simpul lah si Sampah menerima lamaran parti tong taik yg dia kutuk dulu, maka dia dapat, habuan, projek, wang, pengaruh, dan apa yg dia hajatkan lah....lihat lah org politik kotor mcm ini...yg dipentingkannya adalah WANG dan HABUAN....dan dlm parti tong taik ada segalanya...

lagi satu teori adalah UMNO/BN bekerja keras skrg nak membeli MP PR utk mendapatkan majoriti 2 pertiga utk membuat persempadanan semula parlimen sblm PRU 13...spy mrk dapat kembali kuasa 2 pertiga utk mengesahkan persempadanan semual kerusi parlimen...lihat lah kerja gila UMNO/BN...DEMI GILA KUASA....

KINI UMNO BERBANGGA KERANA TELAH MENJADI BAKUL SAMPAH DAN BANGKAI BUSUK...alahai UMNO...maruah mu di mana...?

Tanpa Nama said...

sudah tentu habuannya BESARRRRR pak. enggak habis dimakan 7 keturunan pak...berapa ya pak?

Tanpa Nama said...

Kini diumumkan JUARA PARTI kutip sampah dan Parti angkut sampah dimenangi oleh ........UMNO....tepuk-tepuk....

dalam parti pun ada ke PARTI JUARA KUTIP SAMPAH dan PARTI TANGGUNG BIAWAK HIDUP.......macam=macam awak ni UMNO...kalakau...

Tanpa Nama said...

Habis tu yang lompat masuk Pakatan Rakyat..kira apa ye..??

mohammad azren fooldog PH yg bahalol said...

INI BARU PARTI SAMPAH SARAP - JEFF OOI

Kemelut politik kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang semakin kusut apabila pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini secara terbuka semakin lantang mengkritik antara satu sama lain.

Terbaru, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri (Pengurusan) PKR Johari Kassim menyifatkan kenyataan Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi (kiri) yang melabelkan parti itu macam sampah sarap sebagai biadap dan tidak menghormati rakan dalam pakatan pembangkang.

"Kenyataan Jeff yang melabelkan PKR sebagai parti yang macam sampah sarap adalah keterlauan dan tidak menghormati PKR sebagai komponen pakatan pembangkang.

"Pimpinan (PKR) negeri dan pusat patut menghantar memorandum meminta Jeff meminta maaf secara terbuka kerana kenyataannya yang biadap itu," katanya kepada pemberita.

Beliau mendakwa Jeff sengaja mengeruhkan suasana dalam pakatan pembangkang dengan melabelkan PKR sebagai parti yang terkenal dalam mengutip sampah sarap sebagai anggotanya.

Johari berkata kenyataan Jeff itu umpama memperkecilkan keseluruhan kepimpinan PKR kerana keanggotaan dalam parti disahkan oleh pemimpin parti itu.

Tanpa Nama said...

Kalau dikatakan Pakatan Rakyat tergugat, adakah UMNO/BN tak tergugat jugak ker nanti?..rasanya rakyat makin muak dan jijik lihat UMNO/BN ni....

penjejak awan said...

Semua bermula dari Nuar Berahim, dia yang mengajar cara2 lompat parti.Ingat lagi 16 september bagaimana Nuar cuba membeli wakil rakyat BN.Dengan kehendak ALLAH semuanya berbalik kepada Nuar semula.Itulah lain kali jangan pasang niat tidak baik pada orang.
Tengok sekarang dah di bayar cash satu persatu keluar dari PKR.Jika ini berterusan PKR akan berkubur dan hanya tinggal Anwar dan Azmin sahaja terkontang kanting meneraju PKR.Bila ini berlaku gerenti BYE BYE PKR DAH TAK RELEVEN LAGI.Itulah ayat yang sering digunakan pembangkang ketika menyindir UMNO dahulu sekarang semua terbalik kepada pembangkang semula.OH syahdunya.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online