Rabu, 24 Februari 2010

USAHA DAN KHIDMAT KOMUNITI TERPUJI PEMUDA UMNO

Erti tangis sendu Bella

Oleh Hayati Ibrahim dan Amir Abd Hamid
am@hmetro.com.my
2010/02/24

SEPANG: Deraian air mata dan tangis sedu menyambut kepulangan pelakon remaja, Salsabila Yunan, 15, yang pulang semalam selepas menghilangkan diri mengikut kekasihnya ke Pulau Lombok, Indonesia, sejak tujuh bulan lalu.

Kepulangan Salsabila atau lebih mesra dengan panggilan Bella ke pangkuan keluarga turut membawa hadiah bermakna kerana dia kini mengandung lima bulan, hasil perkahwinan dengan kekasihnya itu sebaik tiba di pulau berkenaan, Ogos lalu.

Bagi bapanya, Yunan Mat Ayat, 77, dia hampir putus asa dan tidak menyangka dapat berjumpa semula anak bongsunya itu. “Saya ingat tak dapat jumpa dia lagi kerana kini usia saya sudah tua dan mungkin tak berapa lama lagi akan ‘habis’ (meninggal dunia). Tak dapat diungkap penghargaan kepada semua pihak yang mempertemukan kembali saya dengan anak saya,” katanya ketika ditemui menunggu kepulangan Bella di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini, petang semalam.

Pesara tentera itu berkata, dia menghabiskan masa tiga bulan mencari Bella di merata tempat termasuk ke Kelantan hingga ke Medan, Indonesia, namun buntu dan akhirnya terpaksa membuat laporan polis.

“Saya terlalu risau apabila Bella menelefon memberitahu dia berada di Lombok kira-kira tiga bulan selepas kehilangannya. Ketika itu terlintas di fikiran saya mungkin tiada harapan untuk bertemu semula, lebih-lebih lagi selepas membaca banyak kes rakyat Malaysia yang berada di pulau itu sukar pulang semula ke tanah air,” katanya.

Sebaik Bella tiba di pintu keluar Balai Ketibaan Antarabangsa di LCCT, Yunan terus memeluk dan mencium anaknya bertubi-tubi dengan tangisan emosi.

Drama penuh emosi dua beranak itu berlarutan apabila Bella turut menangis teresak-esak sambil menyatakan kekesalan dan meminta maaf kepada bapanya sebelum ditenangkan cucu Yunan, Nur Jannah Hassan, 19, dan kakak Bella, Faridah, 50, yang mengiringi warga emas itu ke LCCT.

Kepulangan Bella ke tanah air adalah atas usaha Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno diterajui ketuanya, Datuk Muhd Khairun Aseh dengan kerjasama Jabatan Imigresen Indonesia dan Polis Republik Indonesia di Mataram, Lombok.

Pada sidang akhbar selepas itu, Bella membuat pengumuman mengejutkan apabila menyatakan terlalu sedih kerana terpaksa berpisah dengan suaminya, Hafiz Sukma, 26.

mymetro

SYABAS..SATU LAGI USAHA BAIK PEMUDA UMNO. TELAH BANYAK JASA PEMUDA UMNO DALAM MEMBERIKAN KHIDMAT DAN BANTUAN MEMBAWA BALIK GADIS-GADIS YANG TERINNAYA KE PANGKUAN KELUARGA DIMALAYSIA.

PEMUDA PAS DAN KEADILAN…APA LU ORANG BUAT UNTUK KOMUNITI DAN MASYARAKAT..? LU ORANG PATUT CONTOHI KHIDMAT DAN USAHA BAIK PEMUDA UMNO INI. KURANGKAN BERPOLITIKING…BANYAKKAN USAHA MEMBERIKAN KHIDMAT KOMUNITI..BARU BOLEH DIKATA JUARA MEMBELA RAKYAT.

NASIHAT UNTUK GADIS-GADIS YANG BELUM TERGODA DENGAN PUJUK RAYU MESRA PEMUDA ASING; BERHATI-HATILAH KERANA DALAM DUNIA NI BANYAK SIHIR DAN ILMU GUNA-GUNA UNTUK MENCOLEK HATI DAN JIWA AGAR MENJADI GILA KEPADA MEREKA.

 

Gambar hiasan.


4 Comments:

ISAC said...

Dia orang ni, jawapan dia dah boleh nak agak.

Pasti mereka akan kata, "anak2 orang Pakatan, baik2 belaka".

Hang Jebat said...

Salam ........



LU ORANG PATUT CONTOHI KHIDMAT DAN USAHA BAIK PEMUDA UMNO INI. KURANGKAN BERPOLITIKING…BANYAKKAN USAHA MEMBERIKAN KHIDMAT KOMUNITI..BARU BOLEH DIKATA JUARA MEMBELA RAKYAT.)...ulasan Abg Tuah.

(PEMUDA PAS DAN KEADILAN…APA LU ORANG BUAT UNTUK KOMUNITI DAN MASYARAKAT..?

Ulasan Jebat .

1.Persoalan yang abg tuah ajukan ini ialah persoalan kelas tadika Permata aje. Ini je mutu bloger yang boleh umno lahirkan. Kalaulah berkitab UTUSAN MELOYA dan seangkatan dengannya inilah jadinya,pemikiran tak mahu keluar dari kotak.Rujuklah banyak kitab barulah boleh membuat perbandingan yang benar atau batil.Hamba cadangkan pemuda umno ajak aje pemuda PR berdebat TAJUKNYA ..PEMUDA PAS DAN KEADILAN…APA LU ORANG BUAT UNTUK KOMUNITI DAN MASYARAKAT berbanding dengan pemuda umno. APa macam ada berani ke. keh .. keh.. barulah nampak darah satria. Jangan jadi macam dekat P. Pinang, Berani berkokok tetapi bila diajak bersabung langsung kecuk.

LU ORANG PATUT CONTOHI KHIDMAT DAN USAHA BAIK PEMUDA UMNO INI. KURANGKAN BERPOLITIKING…BANYAKKAN USAHA MEMBERIKAN KHIDMAT KOMUNITI..BARU BOLEH DIKATA JUARA MEMBELA RAKYAT.).

Ulasan Hang Jebat ,

Aku rasa kalaulah benar kenyataan ini, Aku sendiri tak akan tahu rupa -rupannya ini kerja baik pemuda umno tetapi sebaliknya riuh seantero dunia dicanangkan. Ibaratnya " Bertelur sebiji riau sekampung. Fikir - fikirkanlah. sekadar ini bloger yang dilahirkan oleh umno, aku pun nak gelak juga... keh ... keh

Tanpa Nama said...

hah! ini je ke kerja terbaik Pemuda UMNO? huh!!! teruk-teruk!!!

tak de faedah langsung....lemah betul pemuda bacul UMNO ni....lemah layu selayu-layunya...anak jantan tiada konek!!!!

Kuda Perang said...

Gadis2 dsn Puteri2 UMNO juga dinasihatkan agar berhati2 dengan pemuda2 UMNO setiap kali berjumpa mereka atau terserempak di mana2... di perhimpunan agung ke, mesyuarat ke, semasa kempen PRU ata PRK ke, mesti waspada dan berhati2 sangat!!!

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online