DIATAS IHSAN DAN PERMINTAAN SAUDARA AZLEE MAT, ABGTUAH SIARKAN SIJIL-SIJIL TAULIAH TOK AYAH LAH (PENGASAS PONDOK GETING). TOK AYAH LAH DIKENALI SEBAGAI SEORANG YANG LANTANG MEMBIDAS TOK GARU NIK AJIS. SEKIRANYA INGINKAN PENJELASAN LEBIH LANJUT SILA HUBUNGI AZLEE MAT DI EMAIL DIBERIKUT...
leekubo@gmail.com
Assalamualaikum sahabat....
semoga sahabat berada dibawah lembayungNya....
saya adalah murid kpd tok ayah lah,
disini saya attachkn beberapa keping gambar sijil tauliah tok ayah lah...ingin saya pohonkan dr sahabat supaya melampirkan gambar tersebut di blog sahabat..
segala pertolongan drpd sahabat saya dahului dengan ribuan terima kasih..
yg benar
azlee mat
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
11 Comments:
Salam Bro,
Jangan nanti "Tauliah Mengajar Agama" di negeri Kelantan kena tarik balik, sudah lah...
TGNA Aziz ini sebenarnya berda dipersimpangan diantara Agama dan Karier Politiknya. Kadangkala ia akan keliru dalam pelaksanaan agama dan politik. Kita manusia biasa bukan Maksum. Dengan sebab inilah ramai ulamak-ulamak Agama ingin berpisah dari bidang Politik seperti TOk Ayah. Walau pun ramai anggap Tok Ayah pada suatu masa dulu orang kuat Pas tetapi Tok Ayah sebanrnya berjuang untuk agama Islam. Bila kekliruan timbul dianara Agama dan Politik Tok Ayah tinggalkan berpolitik. Maka Tuan guru Nik Aziz sepatutnya memilih jalan seperti Tok Ayah.Imam Ghazali pernah berkata Sebab-sebab timbulnya takbur:
1. Takbur kerana keturunan.
2. Takbur kerana kecantikan.
3. Takbur kerana kekuatan.
4. Takbur keana kekayaan.
5. Takbur kerana banyak wang.
6. Takbur kerana Ilmu.
7. Takbur kerana wara' dan banyak ibadat.
Salam…
Harap sahabat seperjuangan dapat linkkan blog saya kedalam laman blog sahabat
http://jebat2010.blogspot.com/
P/S: abg tuah tok guru kirim salam
SALAM SEMUA PENGUNJUNG.
TERIMA KASIH DIATAS KESUDIAN BERKUNJUANG DAN MENINGGALKAN PENDAPAT DI BLOG TUAH.
BUAT JEBAT..WAALAIKUMUSSALAM TOK GURU.
..ABGTUAH DAH LINKKAN BLOG JEBAT.
T.kasih kembali Abg Tuah.. teruskan perjuangan demi bangsa agama dan negara
nik ajis ada tak sijil tauliah macam tu? kalau tak de kira dia mengajar agama secara haram...
hahaha det ko ni memang manusia fasik n munafik... ko gi le mengaji dgn tok guru alhudud almahathir alumno...
terima kasih abang tuah...tujuan saya mintak tlong abang tuah siarkan perkara yang tersebut adalah kerana untuk menjawab artikel yg dikeluarkan oleh harakah...terima kasih sekali lagi...Pengasas Pondok Geting tiada tauliah mengajar di masjid? | Print | E-mail
Harakahdaily
KOTA BHARU, 24 Nov: Pusat Pembangunan Pondok Bhd (PPPB) tidak bertanggungjawab di atas kenyataan pengasas Pondok Geting, Haji Abdullah Sa`amah yang melabelkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai terlalu takbur.
Malah kata mereka, guru pondok tersebut sudah diketahui umum sebagai seorang yang berpendirian kontroversi dalam banyak isu agama kerana tidak mempunyai pendedahan mengenai perkembangan semasa.
Pemegang Amanah PPPB, Ustaz Mohamad Awang berkata, kenyataan guru pondok terbabit hanya bersifat peribadi yang tidak selayaknya dikeluarkan oleh seorang yang bergelar ulama.
"Semua orang sudah tahu tauliahnya mengajar di masjid sudah lama ditarik Majlis Agama Islam Kelantan. Sekarang beliau hanya mengajar di pondoknya sahaja.
"Sebelum ini beliau pernah dikatakan menghalalkan cabutan premium yang dianjurkan sebuah bank, sedangkan jumhur ulama menolak kerana meragui kaedah yang dijalankan," katanya di sini.
Semalam sebuah akhbar melaporkan Haji Abdullah yang juga pengasas pondok Geting, Tumpat sebagai berkata, tindak tanduk Nik Abdul Aziz sudah keterlaluan dan diselumbungi takbur.
Malah katanya, Mursyidul Am PAS itu menafsirkan al Quran berdasar kepada kefahaman sendiri yang disesuaikan dengan kepentingan tertentu.
Mohamad yang juga bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Machang mempersoalkan apa kriteria yang digunakan Haji Abdullah sehingga melabelkan begitu rupa kepada Menteri Besar Kelantan.
Menurutnya kalau hendak dikira dari segi ilmu sesetengah orientasi barat lebih banyak lagi ilmu mengenai Islam, namun tidak ada sifat zuhud bagi memimpin ummah seperti dimiliki Tuan Guru Nik Aziz.
Seorang lagi guru pondok yang enggan dikenali berkata, memorandum yang dikatakan dihantar Haji Abdullah kepada Menteri Besar tidak ada kaitan dengan PPPB.
Katanya, beliau difahamkan dokumen yang pernah dihantar kepada Tuan Guru Nik Aziz tahun lepas bukan memorandum sebaliknya sebagai satu surat mohon penjelasan terhadap sesuatu isu agama.
"Persatuan berkenaan dikatakan telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar dan bukan ditolak mentah-mentah seperti didakwa Haji Abdullah. Isu tersebut kemudian senyap kerana mereka faham kedudukan sebenar," ujarnya ketika dihubungi di sini.
Beliau juga mengakui pengasas pondok Geting tersebut seorang guru agama yang kontroversi kerana suka menyanggah pendapat orang lain.
di ambil di : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23386:-pengasas-pondok-geting-tiada-tauliah-mengajar-di-masjid&catid=1:utama&Itemid=50
SALAM SEMUA.
TERIMA KSIH DIATAS KESUDIAN BERKUNJUNG DAN MENINGGALAKN KOMEN. PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI.
KEPADA LEE..
SAMA-SAMA LEE..MEMANG KEWAJIPAN KITA SALING BANTU MEMBANTU. KEBERANIAN DAN ILMU AGAMA TOK AYAH LAH SEMEMANGNYA ABGTUAH KAGUMI.
smoga dibrkati
rasanya tak perlu tunjuk sijil. jika seorang guru agama dan memiliki ilmu agama, seseorang tidak akan sumpah seranah,makin hamun orang lain tanpa sebab. jgn menegakkan benang yang basah.
Post a Comment