BERKAITAN SAMAADA NIK AJIS SALAH KE, NIK AJIS TAKBOR KE, MENYIMPANG KE ATAU BOLEH DIIBARATKAN MACAM SESAT KE..PENULIS TAK BERANI KOMEN BANYAK. BIARLAH MEREKA YANG TINGGI DAN ARIF DAN SERTA SETANDING ILMU AGAMANYA MEMBERIKAN PENDAPAT MEREKA.
YANG BOLEH PENULIS KATAKAN, PENULIS LEBIH PERCAYA PADA AHLIL AGAMA YANG TIDAK TERLALU CENDERUNG PADA POLITIK KEPARTIAN DAN KEPENTINGANNYA..
--------------------------------
Nik Aziz kian menyimpang?
KOTA BHARU 15 Feb. - Sikap Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memperkecilkan sambutan Maulidur Rasul kerana menganggap ia tidak mempunyai fadilat disifatkan sebagai 'menyimpang'.
Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah berkata, ini kerana memperingati Nabi Muhammad merupakan sunat muakad yang tertinggi dalam menghayati sejarah serta perjuangan baginda yang dapat menginsafkan diri setiap umat Islam.
Sehubungan itu, beliau menganggap sebarang pandangan yang menganggap hari keputeraan baginda itu tidak perlu disambut sebagai bertentangan dengan akidah.
"Dia termasuk dalam orang yang mengharamkan ijtihad kerana hukum ini ialah dalam empat perkara iaitu al-Quran, hadis, sunnah dan kias (ijtimak ulamak).
"Siapa yang menolak ini tak bolehlah kerana boleh diibaratkan macam sesat jadi bila sesat wajib kita tentang," ujar beliau di sini hari ini.
Abdullah yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengenai sebab utama Maulidur rasul tidak disambut di negeri ini.
Ketika ditemui semalam, Nik Abdul Aziz berkata, bulan Maulud tidak mempunyai fadilat dan sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan.
Bagaimanapun beliau berkata, corak pentadbiran yang diamalkan kerajaan negeri telah menerapkan nilai Maulud yang sebenarnya.
Abdullah menjelaskan, Maulidur rasul perlu disambut sebagai tanda orang Islam menyayangi baginda dan mengeratkan hubungan kerohanian antara baginda dengan umatnya.
Tegasnya, Allah sendiri memuliakan nabi maka adalah sunat bagi umat manusia turut meraikan hari kelahiran baginda.
"Apa ini maulud..maulud merupakan perhimpunan untuk memuji dan memperingati hari kelahiran nabi dengan mengadakan jamuan sedekah dan membaca kisah-kisah mengenai nabi.
"Nabi tak pernah larang dan tak pernah suruh tetapi zaman sahabat baginda dulu mereka meraikan kedatangan maulud dengan cara itu," tegas beliau.
utusan
SIRI TEGURAN-TEGURAN TOK GURU HAJI LAH:
Nik Aziz sudah terlalu takbur
Nik Aziz patut salahkan diri sendiri
15 Comments:
Apa dah jadi blog ni. TAk sempat nak baca dia pergi ke website lain.
http://atat.ro/utile/check-page-rank-advanced/?container=blogger&v=efb3ac91c09d63d772e58f4d727951f4&lang=ms&country=ALL&view=default&st=e%3DAFlCd0UGPyeFmTkx7IaEhQs2OIkZuHISvQqmeqOpqwH08ZmdcdWshM8VSYTpl3H3y9D8uIqzthWUOpYPS5f3cJe6GnvSgrl90PtCUXABfrMRaZMRiIKMMfuv2TCQlNJO995N5An7v91R%26c%3Dblogger&libs=js/core.js&parent=http://abangtuah.blogspot.com/&rpctoken=4417386517258093418&mid=1
Sila betulkan. Artikel bagus tapi tak berapa saat dia pergi ke webstie lain.
terima kasih
SALAM PEMBACA BUDIMAN.
HARAP MAAF, MASALAH TEKNIKAL AKAN CUBA DIATASI DENGAN SEGERA..
SEGALA KESULITAN AMAT ABGTUAH DIKESALI.
TERIMA KASIH.
janganlah hairan sangat fahaman Nik Ajis ini. Semua yang diutarakan nya banyak menyimpang dari ajaran rasullullah dan pengikut-pengikut nabi sebelum baginda wafat. Nik Ajis menganggapkan rssullulah itu seperti insan biasa yang tidak perlu dimuliakan. Jika tuhan boleh diibaratkan seperti manusia yang boleh mencarut inikan pulak rasullulah. Hairan juga ya, siapa yang Nik Ajis anggap mulia selain dari rasullulah. Jelas sekali Nik Ajis telah menyimpang jauh dari ajaran rasulullah walaupun dah diangkat taraf Tok Guru dan Ulamak oleh pengikut-pengikut dalam parti ajaran sesatnya (PAS). Kalau Nik Ajis berasa tinggi ilmunya ia tidak akan takbur akan dirinya kerana dia tahu akan hakikat diri sebenar-sebenar diri bermula dari yang satu. Nik Ajis sudah tentu menyayangi umat Islam tak kira Pas ke atau Umno dan sentiasa berpesan pesan yang baik baik. Kalau dia merasa rasullulah tidak perlu dimuliakan boleh ke Nik Ajis membawa pengikut-pengikutnya ke Syurga nanti, sedang siapalah Nik Ajis disisi rasulullah. Adakah Nik Ajis dah tahu siapa yang pegang kunci pintu Syurga. Nama siapakah akan Bik Ajis sebut nanti. Kita memuliakan rasullullah kerana kita cinta dan sayang kepada baginda dan baginda selalu dekat di hati kita. Sedangkan Allah pun berselawat dan memuliakan rasullullah, siapalah kita.
wahai si umno munafik2 n fasik2 jgn memutar belitkan kenyataan tgna.berapa upah yg kalian dapat???.berkat n halal ke bagi anak bini makan.kalian menulis niat ikhlas kerana allah atau kerana upah lumayan???.mungkin kalian ini adalah golongan2 yg merasakan diri2 kalian mendapat rahmat n keredhaan allah swt tapi pd hakikatnya diri2 kalian adalah golongan2 yg allah swt gelapkan hati n allah swt perolokan. golongan2 kalian adalah golongan2 yg cuba menipu allah swt dan orang2 yg beriman.sila rujuk surah albaqarah.
FAKTA2nya UMNO@BN tidak pernah adakan perarakan maulidur rasul di pulau pinang.UMNO@BN adalah individu yg menghina Hukum2 Allah swt n mencerca sunnah2 Nabi Muhammad saw.
OK siUMNO MUNAFIK N FASIK lepas berarak maulidur rasul hangpa2 ramai2 berarak ke niteclub2 dangdut2 n kedai2 toto n kedai2 magnum.hangpa2 adalah PARASIT2 yg jelas dinyatakan dlm surah2 ALQURAN@firman2 ALLAH swt.
sungguh aneh saudara berkata-kata...kuman diseberang laut nampak,gajah didepan entah apa2....
golongan musyabbihah adakah tidak munafiq??? bahkan lebih dari itu..
TQ kpd uan blog...
lee x kan lu buat x tahu kot setiap kali ade perhimpunan umno malaysia di pwtc perwakilan umno berduyun duyun berarak ke kelab2 dangdut nite club n bukit bintang... itule sifat2 n ciri2 munafik n fasik yang jelas ada pada parasit2 umno... mcm x biasa lak lu ni...
TG Haji Abdullah Geting dalam ceramah-ceramahnya telah mengisytiharkan Nik Aziz Nik Mat sebagai kafir kerana menganut fahaman Wahabi. Kalau begitu Mekkah sekarang sedang dikuasai kafir Wahabi ...kenapa UMNO tidak mengajak kita membuat tunjuk perasaan di Kedutaan Arab Saudi untuk mengahalau ulama-ulama Wahabi keluar daripada Kota Mekkah kerana mereka adalah kafir belaka ?
Yang tidak adil ialah TG Haji Abdullah hanya kata kepada Nik Aziz itu kafir sedangkan kerajaan Malaysia pimpinan UMNO tidak berani berkata kerajaan Arab Saudi adalah kafir ?
Fasal menyambut Maulid Nabi , saya boleh faham maksud Nik Aziz. Itu sekadar fahamannya sahaja. Sambutan maulid sebenarnya ada fadhilatnya , ia sudah lama diamalkan tapi adakah sekadar ketika menyambut maulid kita ingat kepada ajaran Nabi ? Sedangkan manusia yang zalim , pembohong , penipu dan kianat ada juga yang sambut maulid. Jika maulid itu disambut secara hakikatnya ...harap-harap manusia yang jahat akan berubah dan adakah mereka sanggup berubah kerana menyambut maulid ?
Seorang penceramah UMNO berkata adalah tidak baik dan biadap dalam ceramah bulan maulid kita gunakan kata kesat , memaki hamun ketika bersyarah. Jika kita mendengar ceramah TG Haji Abdullah Geting , dia sebut ...Nik Aziz binatang , kafir , mencarut dsbnya dan disambut dengan tepuk gemuruh orang UMNO ...adalah itu sambutan maulid Nabi ?
Adakah TG Haji Lah Geting mencontohi akhlak Nabi dan betulkah itu cara dia menyambut maulid ? Dia bersyarah dalam majlis maulid Nabi ...dia berselawat dalam majlis maulid dan kemudian memaki Nik Aziz.
Ini bukan fitnah ..tapi benar.
Sekarang saya melihat UMNO menggunakan senjata ugama untuk menghentam Nik Aziz …kononnya dia mendokong fahaman Wahabi , maka dia menjadi favorite bagi UMNO memaki dia. Jika kita marah kepada Wahabi , janganlah kita marah kepada Nik Aziz seorang ….banyak lagi tokoh-tokoh yang berfahaman Wahabi yang mempengaruhi masyarakat Melayu.
Sebagai contoh yang paling jelas ialah Dr HAMKA penyusun kitab tafsir “Al-Azhar”. Dr HAMKA adalah seorang tokoh yang memuji dan mengembang fahaman Wahabi di Indonesia dan Malaysia sudah berpuluh-puluh tahun lamanya. Dia amat sanjung kepada Ibnu Taimiyah yang menanam bibit-bibit yang melahirkan fahaman Wahabi. Dr HAMKA juga ada mempersenda guru-guru pondok sebagai kolok dan mundur.
Tapi buku-buku karangan Dr HAMKA tidak pernah diharamkan oleh UMNO. Ini kerana UMNO sendiri tidak faham apa itu fahaman Wahabi , sebab itulah ada di kalangan orang UMNO sendiri memuja Dr HAMKA sebagai tokoh ugama dan sastera. Dia pernah mendapat anugerah penghormatan daripada salah satu universiti di Malaysia.
Saya sendiri tidak suka kepada buku-buku Dr HAMKA kerana saya berpegang kuat kepada fahaman Ahlus Sunnah wal Jemaah. Kerana inilah saya menulis di sini mengkritik Dr HAMKA kerana dia adalah Wahabi. Dr HAMKA telah lama memecahbelah minda masyarakat Melayu di Malaysia , dari kerana itu juga buku-buku Dr HAMKA adalah merbahaya kalau mengikut kaedah TG Haji Abdullah Geting yang menyifatkan Nik Aziz sebagai kafir dan merbahaya.
Saya bukan Wahabi kerana pengajian saya adalah ala pondok dan mengkaji kitab-kitab lama tradisional dan memang saya sendiri benci kepada Nik Aziz. Tapi kita kena ingat …..Nik Aziz berkelulusan Universiti Al-Azhar yang menjadi wadah melahirkan ulama-ulama Wahabi. Begitu juga orang-orang seperti Dr Yusuf Qaradhawi , Dr Wahbah Az-Zuhaili dan Syeikh Muhammad Al-Tontowi , semua mereka itu dicap sebagai anasir-anasir Wahabi …ada juga mereka itu semua dilabel sebagai kafir !!!!
Kalau mahu melawan Wahabi , lawan semua ….bukan Nik Aziz seorang. Setahu saya , Nik Aziz BUKAN Wahabi. Dia mengajar kitab ahlus sunnah seperti “Ihya” Imam al-Ghazali dan “al-Tazkirah” Imam al-Qurtubi.
Baru-baru ini Prof Mahmud Zuhdi telah dianugerah sebagai tokoh Maulud Nabi 2010 oleh kerajaan Malaysia , kenapa orang tidak mempersoalkan adakah dia Wahabi atau tidak ? Setahu saya memang Mahmud Zuhdi adalah Wahabi kerana dia memuja Ibnu Taimiyah. Mengikut TG Haji Abdullah Geting orang yang mendokong aliran Ibnu Taimiyah adalah kafir.
Setahu saya ….Dr Mahathir Muhammad sendiri pernah menyebut nama Ibnu Taimiyah sebagai ulama yang dia sanjung …..waktu itu tidak ada ulama UMNO yang berani berkata Dr Mahathir adalah kafir !!
Saya hendak tambah penjelasan. Saya adalah seorang pendokong kuat fahaman Ahlus Sunnah wal Jemaah (ASWJ) yang ulama-ulama silamnya yang saya kaji kitab-kitab mereka adalah seperti Al-Baijuri , An-Nawawi , Fakhruddin ar-Razi, Al-Ghazali, Saiyid Murtadha az-Zabidi, as-SayuTi, al-Alusi, dan ramai lagi. Dari kalangan ulama-ulama ASWJ zaman kini yang saya minati ialah Ustaz Uthman el-Muhammadi , Said Ramadhan al-Buti , Said Hasan as-Saqqaf , Syeikh Muhd Ali as-Sobuni dan lain-lain.
Bahkan saya ada juga meminati TG Haji Abdullah Getting kerana dia adalah seorang tokguru yang berkemampuan mengajar kitab-kitab lama khusus Usuluddin. Cuma saya tidak bersetuju dengan dia apabila berceramah dia menggunakan kata-kata kesat dan kurang beradab. Kesilapan TG Haji Abdullah Getting ialah ia terlalu emosi dan cepat menjadi panas berang. Sebab itulah dia boleh hilang pertimbangan akal dan merusak majlis ..samada dalam ceramah PAS maupun UMNO.
Jika saya senaraikan nama tok-tok guru zaman ini di Malaysia yang saya kagum keilmuannya dalam perkara Usuluddin dan fekah Mazhab asy-Syafie ….tentulah saya menjulang nama Tuan Guru Haji Abdullah Getting , seorang tok guru Pondok Geting. Kebetulan dia adalah juga seorang kenalan saya dan saya menulis hal ini ….dia seorang ulama kitab-kitab tradisional yang hebat tapi tidak dapat mengawal emosinya.
Bolehjadi orang akan berkata saya telah membuat fitnah terhadap seorang tokguru. Saya minta orang UMNO berusaha mencari mana-mana rakaman video ceramah TG Haji Abdullah Geting dan sila buat CD dan sebarkan atau tayangkan dalam YouTube ….versi penuh dari awal hingga akhir tanpa di-edit. Tentu tuan-tuan akan bersetuju dengan saya. Pihak akhbar pula yang melapor dalam akhbar mereka perkara yang telah disunting …seolah-olah tidak mahu orang-orang di luar Kelantan tahu apa isi ceramah TG Haji Lah Geting itu.
Silalah pihak UMNO mempromosikan ceramah-ceramah TG Haji Lah Geting dalam bentuk video CD atau di kaca TV , saya rasa ada dikalangan orang UMNO tidak bersetuju kerana itu akan memberi gambaran yang buruk kepada UMNO sendiri.
assalamualaikum semua,
saya terpanggil untuk membuat komen yang serba ringkas yang terpapar dalam blog ini.komen untuk abang tuah; katanya tidak menyokong ulama yang dipengaruhi oleh fahaman politik, tetapi tok guru haji lah sudah dipengaruhi oleh umno lah sekarang.saya pernah dengar ceramah tok guru haji lah di pintu geng atas pentas umno.tak leh nak panggil tok guru dah dia sekarang.sesuai panggil pak lah saja dah.takbur tinggal lama di mekah, kitab dia penuh almari. pak lah! unta lebih lama dok di mekah, mati pun mekah, tapi unta tak takbur macam pak lah.kitab banyak, jaafar rawas lagi banyak kitab.ada orang sesat bila nak mati. ini lah dia pak lah.SYABAS UNTUK CG ABU HASAN.Hujah cikgu abu hasan sangat bernas.penilaian seseorang tidak diukur pada ramai anak murid,bergelar tok guru, berjubah dan berserban macam pak lah tu.syabas cg abu hasan!
ye ke sahabat sambut maulud?
sahabat mane?
setau aku abu jahal je yg sambut maulud time nabi lahir....
haji lah geting tu dah sesat.kena beli oleh umno.pondok dia dibiayai oleh umno.aku sokong hujah CIKGU ABU HASAN CHAN.(lama tak dgr berita, sihat ker?)dia tu yang tak layak digelar tok guru.takbur dengan ilmu yang dia ada, memutar belit kenyataan.ini lah umno bila dapat seorang yang boleh dipanggil tok guru, maka diarak sana sini sbb selama ni tak der tok guru yang sokong dia.
Saya sihat tapi sibuk. Saya nak beritahu bahawa saya sedang menyiapkan beberapa artikel berkenaan Nik Aziz MB Kelantan. InsyaALLAH saya akan siarkan dalam Blog saya tak lama lagi.
Saya tidak menyokong mana-mana individu , hanya suka buat komen mengikut pandangan saya , mungkin ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Apa sekalipun , janganlah bersifat melampau.
Sila lihat artikel dalam Blog saya :
http://abuhasanchan.blogspot.com/2010/05/di-bawah-ini-adalah-hanya-simpanan.html
Post a Comment