Isnin, 15 Februari 2010

LAGI-LAGI NAK KERJASAMA..TAPI JADINYA TAK JUGA..!!

WOII..DAH NAK SENJA NI..RENTI-RENTILAH BERTELAGAH TU ..!!

Pas sedia bincang isu keselamatan, ekonomi

Parti tak hadapi masalah jalin bekerjasama dengan Umno

KUCHING: Pas sedia berbincang dengan Umno mengenai perkara yang parti pembangkang dapat bekerjasama, termasuk isu berkaitan keselamatan negara, ekonomi, agama dan politik, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata amalan itu menjadi dasar Pas yang berpanjangan secara praktikal, di mana kepimpinan parti mengemukakan pandangan serta pendirian mereka terhadap sesuatu isu.

Katanya, parti itu tidak menghadapi masalah untuk bekerjasama dengan Umno sama ada dalam hal agama mahupun politik, kerana menjadi amalan mereka sejak dulu lagi untuk bekerjasama dengan parti lain.

Beliau berkata, kerjasama itu terbukti apabila banyak majlis anjuran Umno dan Barisan Nasional (BN) turut disertai Pas antaranya menghantar wakil dalam Majlis Perundingan Ekonomi Negara serta majlis menyokong perjuangan rakyat untuk menuntut kebebasan Palestin.

"Yang terbaru saya sendiri mewakili Pas dan rakan-rakan menghadiri majlis untuk membincangkan isu kalimah Allah anjuran Institut Kemajuan Islam Malaysia.

"Kita bukannya berperang, tetapi dalam negara yang mengamalkan demokrasi, kita berhujah, berdebat, kita berbahas dan kita sedia berbincang mengenai sesuatu isu," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Osman Mustafa.

Abdul Hadi diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu Umno dan parti itu menghentikan pertelagahan mengenai politik, sebaliknya duduk semeja bagi membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam.

Mengenai pilihan raya negeri, beliau berkata PAS belum lagi menentukan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi dan akan berbincang dengan parti pembangkang untuk membuat pembahagian secara strategik.

Beliau berkata, Pas kini semakin diterima di Sarawak dan beliau yakin mampu meraih sokongan pada pilihan raya negeri akan datang.

"Pada pilihan raya umum lalu, ada kawasan majoriti pengundi Iban yang memberi sokongan kepada Pas," katanya.

bharian

BAGUS..BAGUS..SATU PERKEMBANGAN YANG POSITIF DARI PAS DAN PRESIDENNYA. TAPI ADA KE NAK JADI NI..?..OPPSSS..!! NIK AJIS TAK MAREH KE NANTI..?

TAPI PENULIS HARAP JANGAN JADI MACAM KISAH HIKAYAT 1000-1-MALAM-AL-MENANTUNYE SUDAHLAH..

OH YE..APA HAL BERITA BAWAH NIE..BERKERJASAMA BERKAITAN KESELAMATAN DAN EKONOMI MUNGKIN BOLEH AGAKNYA.. TAPI..HARAP NANTI JANGAN DISYORKAN JUAL ASSET-ASSET NEGARA DAH LAH..

KEH..KEH..KEH…!!

SPRM diminta siasat sindrom jual aset negeri Kelantan

15 Comments:

CCZ said...

Hj Hadi Tak tak takut pada TGNA ka? Tu 3 orang sahabat setia Hj Hadi dah nak kena dengan Majlis PAS dah..

YB Raz said...

betul ke nak kerjasama..kang tetiba nik aziz dapat "wahyu", terus korner baring lak..

lepas tu habis semua orang dicarutnya padahal dia yang mula mula buka mulut..

YANG GAMBI said...

Salam Abang Tuah, InsyaAllah akan menjadi kenyataan....... mungkin Nik Aziz masih malu mata kot.........

Anak Lenggong said...

Hadi tu macam yo yo je..dulu dia yang mencadangkan supaya pas dok semeja ngan umno..najib buka je pintu sebab udah orang dok ketuk pintu..tapi lepas kena sergah di tok ajis..cepat2 kata perkara tu ditutup.

2 minggu lepas tok ajis pulak buka mulut nak dok semeja ngan umno ..hadi cepat2 laa bukak mulut semula..tetapi pada aku ini hanya lah mainan politik tok ajis sebab dia sengaja nak cari isu dengan menyalahkan umno bila salam nya tak bersambut..dia sekarang ni tengah gelabah dengan pembokaran kepincangan era kepimpinan nya..so dia akan created isu yang membolehkan beliau membuat ceramah penipuan dihadapan penyokong lurus bendulnya..

eXception said...

Kah kah kah, janganlah korang percayakan mainan politik PAS. Isu tersebut tak lain tak bukan mahu UMNO mengalihkan perhatian dari kes liwat CIFUT BABI kepada isu kerjasama... Jangan terpedaya...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Hang Jebat said...

salam....

Sejarah telah mengesahkan umno pasti akan memberi seribu alasan apabila Pas ingin berbincang terutamanya hal -hal agama. Kalau kau tak percaya Abg Tuah kau tunggulah ulasan Pemimpin - pemimpin kamu, aku yakin mereka akan memberi berbagai alasan dan tomahan.Ianya bukannya benda baru tetapi sejak era Tun lagi setiap kali pelakwaan, umno pasti menolak. Sebabnya hanya satu umno bimbang rakyat terdedah dengan kelemahan umno dalam memperjuangkan Islam. Buktinya LIHATNYA 5 KOMENTER diatas dan Abg Tuah sendiri sudah mula mencari alasan untuk tidak menjadikan iannya menjadi kenyataan.

ps : TAK PAYAH BERI ALASAN . JAWAPANNYA CUKUP MUDAH NAK KE TAK NAK.JANGAN JAGI MACAM BANI ISRAIL DENGAN KISAH LEMBU.

SEKIAN

Tanpa Nama said...

hahaha umno parti islam???.gua ex umno perwakilan bro tuah gua2 kenyang2.tamat je sesi perhimpunan agong umno di pwtc kami ramai2 berarak ke dang dut n nite club kepit dgn gro n minum air setan hahaha.lu pikir le sendiri.allah swt bagi akal untuk berfikir dgn ilmu bukan mcm abg tuah guna ponggong untuk berfikir.hahaha.

Antibarua said...

PAS dah bau busuk kena kencing dan berak dek PKR dan DAP, PAS hanya melukut di tepi gantang, nak bersuara sikit dah kena sergah dek DAPIG terus diam.. PAS parti tak ada telur, tak payah ler sua-sua muka kat UMNO.. dulu UMNO hulurkan tangan kerjasama dia orang tutup pintu... buang masa je kerjasama dgn PAS ni... betul2 buang masa, PAS bukannya kuat sangat, berani baring atas jalan raya je untuk DAPIG...

akai ada ka?

Hj. Hadi pergi Kuching, Sarawak? tak malu ke dulu dia kata orang sarawak pakai cawat... undi BN.. aku masih ingat.. jangan harapler PAS nak bertapak di Sarawak, kehadiran PAS di Sarawak akan memecahbelahkan rakyat Sarawah yang aku ketahui sangat harmoni antara kaum... balik Marang le Hj Hadi ... orang Sarawak takkan terima PAS...

AbgTuah said...

SALAM SEMUA..

YANG NYATANYA PAS IBARAT ORANG YANG KELEMASAN DILAUT..SEKARANG TENGAH TERTOGOK BANYAK LAUT ..TAK LAMA LAGI TENGELAMLAH TU..

ITU SESAB NAK CARI TALIAN HAYAT..

GLUCKKKGG..GLUCKKKGG..GLUCKKGG..!!!

Tanpa Nama said...

munafik2 umno fasik2 umno lu fikir le sendiri...

Tanpa Nama said...

Pas sudah tiada lagi penyokong melayu pengundi atas pagar lah ditakuti olih pas sebab itulah pas nak kerja sama dengan UMNO nak tarik balik pengundi melayu sudah terlambat che oi.UMNO harus ingat jerat pas selalu di pasang di merata rata tersilap pijak jerat mengena.

Hang Jebat said...

Salam..

What ?

Umno sudah mula cari helah bila mahu berbicara tentang Islam.

What ?

umno oh umno masih belum berubah perangai hodohnya. Demi Agama yang tercinta kenapa perlu mencari alasan. YES or NO aje.

SEKIAN.

Tanpa Nama said...

SELAGI TOK GURU ISLAM PETI UNDI TU MASIH HIDUP TAK PAYAH SUSAH SUSAH PENINGKAN KEPALA NAK BUAT KERJASAMA DENGAN PARTI ISLAM FOR ALL NI.,

DAP/PAS SAHABAT DUNIA AKHIRAT,. JELAS DAN NYATA ISLAM DILIWAT DAN DINODAI DEMI PANGKAT DAN HARTA.

SEGAK BERGAYA TOK GURU PETI UNDI PAKAI KOPIAH ALA YAP AH LOY SAMBUT KHFC.

APEK LOMPAT... LOMPAT... LOMPAT.. AIYAAAAAA... MAYAK LUIT AMPAU MALI MALI MALII...

Tanpa Nama said...

Haaa...haaa... mungkin penyokong UMNO yang buta sejarah dah lupa/tak tahu atau buat-buat lupa... satu ketika dulu... masa UMNO tersepit....bukankah PAS dah tolong UMNO... tapi apa yang PAS dapat???? Habis manis sepah di buang... Agaknya...sebab tu lah PAS fikir 40, 50 mungkin 1000 kali kalau nak kerjasama dgn UMNO, almaklumlah...UMNO munafik yang pernah mungkir janji... takut pisang berbuah 2 kali.

Kepada penyokong UMNO yang buta sejarah, pergi kaji balik sejarah silam......(mungkin ramai tak lahir lagi kut masa tu...)

Tanpa Nama said...

BUNYI PUAK PAS TERTOGOK AIR LAUT..KELEMASAN LAH KATAKAN..

GLUCKKKGGG..GLUCKKGGG..GLUCKGGG..!!

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online