KOMEN TERHADAP ARTIKEL PAHANG DAILY ONLINE.
SALAM SAUDARA PDO..
PERLU DIFAHAMI..SELAIN DARI WANG..ADA SATU LAGI PERKARA YANG PALING BERHARGA PADA KAMI BPN..
ITULAH DIA YANG DIPANGGIL KEIKHLASAN DALAM PERJUANGAN.
KEPUASAN BESAR YANG KAMI PEROLEHI APABILA KAMI DAPAT MENYUMBANG SEDIKIT JASA UNTUK AGAMA..BANGSA DAN NEGARA DENGAN IKHLAS, ITU MENJADI KEUTAMAAN KAMI.!
KEPUASAN YANG AMAT MELAPANGKAN HATI DAN JIWA TERSEBUT AKAN LENYAP APABILA KEUTAMAAN DITUMPUKAN HANYA KEPADA UPAH ...DAN IMBUHAN SEMATA-MATA.
BLOGGER BPN..., TUAH KENAL HATI BUDI MEREKA.
BPN TIDAK MENGHARAPKAN APA-APA IMBUHAN KERANA KAMI FAHAM BAHAWA KEUJUDAN BPN ADALAH DENGAN SUKARELA TANPA DITAJA ATAU DI SARANKAN OLEH MANA-MANA PIHAK. AKAN TETAPI SEKIRANYA ADA PIHAK YANG IKHLAS MEMBANTU DAN MENYUMBANG ..KAMI TERIMA DENGAN RASA SHUKOR DAN TAWADUK. DENGAN SUMBANGAN TERSEBUT MAKA TENTUNYA KAMI DAPAT BERGERAK DENGAN LEBIH BEBAS DAN SETERUSNYA DAPAT MELEBARKAN SAYAP PERJUANGAN KAMI.
MAJORITI AHLI BPN ADALAH BERPENDAPATAN TETAP..JADI TAK UJUD MASALAH UNTUK MEMBIAYAI AKTIBITI BERBLOGGING KAMI. KESERONOKAN YANG KAMI PEROLEHI APABILA BERBLOGGING IALAH PELUANG UNTUK SAMA-SAMA BERJUANG DIBARISAN HADAPAN. ITULAH KEPUASAN, PENGALAMAN DAN PERKARA YANG PALING UTAMA, PALING BERHARGA DAN PALING KAMI BANGGAKAN YANG TIDAK DAPAT DIBELI DENGAN WANG RINGGIT..
KEUJUDAN BPN ADALAH SAMA JUGA SEPERTI KEUJUDAN KUMPULAN-KUMPULAN NGO YANG BERKHIDMAT DAN BERJUANG DIATAS DASAR SUKARELA. JADI TAK JUGA UJUD ISU TUNTUTAN AGAR DIHARGAI ATAU DIBERIKAN IMBUHAN DI ATAS USAHA KAMI YANG KECIL INI.
MEMANG TIDAK DINAFIKAN MUNGKIN ADA SEGELINTIR KECIL AHLI BPN YANG TERLALU MENGHARAPKAN PERHATIAN ATAU IMBUHAN. BAGI MEREKA YANG SEPERTI ITU ..MEREKA MASIH LAGI TIDAK FAHAM APA ITU BPN DAN ERTI PERJUANGAN SEBENARNYA.
PERCAYALAH PERJUANGAN KAMI AKAN KAMI TERUSKAN SEHINGGA BN MEMENANGI SEMULA KESEMUA 5 BUAH NEGERI DI BAWAH KEKUASAAN PEMBANGKANG.
HIDUP BPN...TERUSKAN PERJUANGAN ANDA.!
TERIMA KASIH DI ATAS TAWARAN PDO..TETAPI KAMI AMAT BERMINAT...BERMINAT UNTUK TERUS-MENERUS BERJUANG MENERJAH PAKATAN RAKYAT.
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
16 Comments:
Ieeee.... geli geliman tengok 2 org yg dok peluk2 kat atas tu....
diaorang nk beli kita la.. rupanya blogger pon nk dibelinya. ingat YB 16 september je..
hehehe
salam ziarah bro,
teman sanjung pendapat bro.teman menghormati ahli2 bpn yg senada dgn pendapat bro.kpd yg memerlukan upah lupakanlah upah tersebut,kerana itu bukannya maksud satu perjuangan.membela bangsa ugama dan negara adalah motif sebenar bpn.walaupun teman tidak menjadi ahli bpn tapi teman senada dgn bro tuah.bravo bro.
Salam...Abg Tuah, Anon 2010 Februari 18 18:44 & RAM.
Nak beli boleh, agak2 boleh bayar ke? Harga sama macam Ronaldo pindah ke Real Madrid, Tak mahal Paund Sterling 80 Juta. Lebih kurang RM 480 Juta.
Salam bro Tuah dan rakan2 seperjuangan...
Satu penjelasan oleh Timbalan YDP 11 bro Tuah yang begitu jelas.
BPN tetap dengan niat asal penubuhannya. Perjuangan BPN tidak mengharapkan apa2 imbuhan dari mana2 pihak. Penulisan hasil dari kesedaran diri sendiri mahu melihat negara ini tetap utuh sampai bila2 dibawah naungan kaum pribumi. Demi agama bangsa dan negara...
Pakmie juga tidak menolak tanggapan dari rakan2 diatas kesusahan yang dialami oleh blogger BPN tersebut.
Asalamualaikum dan salam 1M...
Salam..
Saya amat bersetuju dengan apa yang Abang Tuah luahkan. Perlu diingat, perpaduan Melayulah yang selama ini menjadi senjata paling ampuh menghancurleburkan rancangan Malayan Union. Perpaduan Melayulah yang muncul menjadi benteng paling kuat dalam proses menghapuskan keganasan bersenjata komunis. Perpaduan Melayulah juga yang telah mencetuskan kemerdekaan negara. Perpaduan Melayulah yang memungkinkan termaktubnya keluhuran dan kemuliaan agama Islam, serta kedaulatan bangsa Melayu dan budaya Melayu dalam Perlembagaan negara.
Oleh itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab suci setiap umat Melayu termasuk blogger-blogger BPN untuk terus berjuang mengekal, dan lebih dari itu bagi meningkatkan perpaduan bangsa Melayu pada setiap masa. Perpaduan ini wajar terus dipupuk, dipelihara, dibajai dan dijagai dengan rasa penuh bertanggungjawab bagi memastikan simpulan perpaduan ini tidak mudah terlerai atau mudah diperkotak-katikkan oleh sesiapa sahaja.
Kita juga harus insaf, dalam kita membawa pelbagai pembaharuan, perlulah kita memastikan bahawa kita tidak kehilangan arah, tidak juga kehilangan punca. Untuk tidak kehilangan arah dan supaya tidak kehilangan punca, maka perlulah kita sedar dan perlulah kita menghayati asas-asas falsafah bangsa Melayu yang dirumuskan oleh ajaran agama. Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”
Jadi, pokoknya sekarang, biar berlaga ayam di reban, biar menendang kuda di kandang, namun adat wajib dijaga. Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.
Wahai pejuang-pejuang BPN. Kita tidak nampak mengapa BPN harus berkubur! Perjuangan BPN haruslah diteruskan dan tidak perlu dibubarkan! Kita kena tahu yang BPN telah menjadi medium dan organisasi untuk menyatukan semua bloggers yang mempunyai semangat perjuangan yang sama iaitu perjuangan demi mempertahankan Ugama, Bangsa dan Negara. Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. - InsyaAllah -.
" SATU SUARA , SATU ARAH , SATU AQIDAH "
Suara Politik
Taminsari
Tahniah abangtuah dan rakan2 yg lain. Sy pernah diingatkan oleh ketua jabatan yg berkata," kita perlu sentiasa semak niat kita apabila melakukan sesuatu perkara, pada awalnya...ditengah2 dan diakhir kerja kita itu tadi."
Benar kata abngtuah, kepuasan dan detik hati yg cinta dan syangkan perjuangan agama,bangsa dan tanahair yg lebih penting.
Percayalah, rezeki itu datangnya dari Allah dan adakalanya datang dari lorongan2 yg tidak kita sangka. Semoga kita semua bersabar dan terpelihara dari gangguan2 dlm perjuangan.
Harap2 BPN insaflah bhw perjuangan anda untuk UMNO/BN seharusnya anda kaji semula...ini kerana apa yg saya tengok dan teliti pd blog2 BPN, terlalu byk fakta yg kandunangannya adalah fitnah, mengadu domba, menghasut, membenci, dan terlalu mengangungkan UMNO /BN yang semakin jelas membawa kehancuran dan membawa mslh kpd negara...apakah anda mahu bersubahat dgn pemimpin yg melakukan rasuah, fitnah, makan haram, menzalimi rakyat,...adakah anda menyokong pemimpin yg kaki rasuah dan byk penyelewengan??? anda sebenarnya lagi arif tentang perangai pemimpin UMNO..namun anda masih mengangungkan mereka...apakah anda rasa tidak bersalah dan tiadakah rasa bersalah di hati kecil anda bhw suatu hari anda akan mati dgn masih menyokong kemungkaran UMNO....
insaflah saudara...tinggalkan lah UMNO...
sokong UMNO = sokong kemungkaran
Salam,
tahniah bro tuah & BPN...teruskan perjuangan anda dengan ikhlas...wang itu keperluan tapi bukan lah segala-galanya jadi jangan lah terpengaruh dengannya.
Semoga Allah memberkati usaha anda dalam usaha menyatukan orang Melayu dan mempertahankan hak-hak orang Melayu serta kesucian agama Islam dan kedaulatan tanah Melayu tercinta ini...
takapalah
SALAM SEMUA PENGUNJUNG YANG DIHORMATI.
TERIMA KASIH DIATAS KUNJUNGAN DAN MEMBERIKAN PENDAPAT YANG RATA-RATA SEMUANYA AMAT BERNAS BELAKA.
TO TANPA NAMA 22.22
TUAH TIDAK HANYA MENILAI SESUATU PERJUANGAN MELALUI KULIT LUARANNYA SAHAJA.
YANG PALING UTAMA YANG TUAH NILAIKAN ADALAH ARAH DAN MATLAMAT SESUATU PERJUANGAN. SELAGI ARAH DAN MATLAMATNYA TIDAK LARI DARI MATLAMAT DAN ARAH ASALNYA IAITU PERJUANGAN UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA SELAGI ITULAH TUAH TETAP MENYOKONG..MEMBELA PERJUANGAN TERSEBUT...INILAH HATI SESUATU PERJUANGAN.
YANG KEDUA YANG TUAH NILAIKAN ADALAH KEKUATAN SESUATU PERJUANGAN TERSEBUT. KETEGUHAN DAN KEKUATAN SESUATU PERJUANGAN BAGI MEMASTIKAN KESUCIAN AGAMA TETAP TERJAGA..KEMULIAAN BANGSA TERBELA DAN KEUTUHAN NEGARA TIDAK DIGANGGU-GUGAT. INILAH SENDI SESUATU PERJUANGAN..
YANG KETIGA ADALAH PENDIRIAN YANG TEGUH DAN TEGAS TANPA ADA KOMPROMI SEDIKIT PUN IAITU TETAP DAN TERUS TANPA BERGANJAK DARI PERJUANGAN YANG BERLANDASAN AGAMA..MEMARTABATKAN BANGSA DAN MEMPERTAHANKAN NEGARA. INILAH DARAH SESUATU PERJUANGAN..
KEMUDIAN TUAH NILAIKAN PULA JASA-JASA SESUATU PERJUANGAN. JASA-JASA YANG LAMPAU DAN SEKARANG TERHADAP PEMBANGUNAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.INILAH ROH SESUATU PERJUANGAN..
JADI JANGAN HANYA MENILAI DAN MENGUKUR LAPISAN LUARAN SESUATU PERJUANGAN SAHAJA..NILAIKAN JUGA LAPISAN DALAMANNYA JUGA..TUAH PASTI HATI..SENDI..DARAH..ROH PERJUANGAN UMNO TETAP TEGUH DAN UTUH SEAWAL PENUBUHANNYA....
SEKALI DISERU DENGAN LAUNGAN JIHAD BAGI MEMPERTAHAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA..
MAKA..
INSHALLAH PASTI BERJUTA-JUTA YANG AKAN MENYAMBUTNYA DENGAN GENGGAMAN DAN LAUNGAN
ALLAH HU AKBAR...!!
syabas!!
Lepas ni harap tak ada lagi mana mana pihak memperkecilkan peranan blogger BPN.
Tak sangka blogger BPN ada harga hehehee..
Salam,
Terharu membaca jawapan AbangTuah, kerana memang benar itulah perjuangan BPN, kita berjuang bukan kerana IMBUHAN tetapi kerana rasa cinta kepada agama, bangsa dan negara.
Bukan nilaian manusia yang kita pinta, atau imbuhan wang yang kita damba, namun hanya redha Allah ke atas kita, dengan sedikit ilmu di dada, kita perjuangkan untuk agama, bangsa dan negara.
Jika diri tidak dikenali, jika usaha tidak dihargai, jika ada yang mencercai, tidak sedikitpun meninggalkan bekas dihati, kerana kita sendiri mengerti, perjuangan suci ini untuk melihat agama, bangsa dan negara tidak dinodai.
SELAMAT BERJUANG UNTUK SEMUA.
Salam...
Kenapa Abg Tuah begitu tersentuh akibat dari komen PDO. Panjang lebar berceramah menyatakan tentang keikhlasan hati. Pepatah melayu pernah berkata " Sesiapa yang makan cili , dialah yang merasa pedasnya ". Kawan aku ( ahli umno) pernah berkata . KALAU SOKONG UMNO TAPI TAK DAPAT APA - APA, ITU BODOH NAMANYA.Tak payahlah nak bercerita panjang lebar tentang keikhlasan kepada seseorang kerana itu mengambarkan kita mengharapkan sesuatu dari orang lain walau pun ianya hanya sekadar secebis sanjungan. Biarlah Allah yang menentukan. NAMUN BEGITU PAHANG, JOHOR TAK MAHU BUAT PERARAKAN MAULIDUR RASUL. UMNO TAK MAHU MENGAMUK KE. ATAU BILA UMNO SEMUA JADI HALAL. ITULAH PADAHNYA BILA AGAMA GUNA LOGIK AKAL. UMNO 0H UMNO . SEBAB ITULAH UMNO TADAK PERNAH BERANI BERBINCANG DENGAN PAS DALAM SOAL AGAMA. KEH .. KEH... INILAH YANG UMNO KATAKAN BERJUANG UNTUK AGAMA.AGAMA GUNA LOGIK AKAL.
SEKIAN.
HAMPEH LAGI TERUK...LANGSUNG TAK GUNA OTAK HANYA GUNAKAN AGAMA UNTUK MENCEMUH DAN MENTOMAH.
salam..mantap....
kita kalau depa kasi kita balun.kalau takda tu buat bodoh je lah....janji kita happy dan sentiasa perang..ha ha ha....
mantap tu bang tuah
Hang Jebat...
aku setuju sepenuhnya kenyataan ko bro....? pelik jugak bila PP tak nak buat perarakan maulidurasul UMNO buka main gila lagi mengamuk, menghunus keris dan melibas parang panjang...hinggakan terpaksa kerajaan negeri PP buat kenyataan balas bhw perarakan tetap diadakan juga!!
namun bila Johor dan Pahang tak nak buat perarakan maulidr Rasul..tiba2 saja UMNO (blooger)senyap dan tak berketik pun...pusing buat cerita lain plak...itu namanya UMNO hanya guna agama utk politik sempit dan undi saja...walhal mereka lah yg memperlekeh agama itu sendiri...
amat2 buruk akhlak UMNO....
Post a Comment