Kehadiran penyokong Anwar terus hambar
KUALA LUMPUR 18 Feb. - Walaupun pelbagai usaha dilakukan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya lebih ramai penyokong parti itu datang setiap kali perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung, namun sambutan yang ditunjukkan tetap hambar.
Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, hanya kira-kira 30 penyokong pakatan pembangkang sahaja yang hadir menyambut ketibaan Penasihat PKR itu.
Jumlah penyokong Anwar itu ternyata tenggelam di sebalik bilangan 'penonton' iaitu orang ramai yang mempunyai urusan di mahkamah serta wakil media.
Ketibaan Anwar dan peguamnya, Karpal Singh pada pukul 9.17 pagi disambut oleh beberapa pemimpin pembangkang.
Bagaimanapun jumlah penyokong Anwar kemudiaannya dilihat sedikit bertambah sehingga mencecah kira-kira 70 orang menjelang pukul 10 pagi.
Seperti biasa, kumpulan penyokong fanatik itu yang kebanyakannya terdiri daripada warga emas dan golongan belia melaungkan perkataan reformasi setiap kali mereka melihat Anwar.
KOMEN PENULIS.
SEMASA REFORMASI TAHUN 1998 DULU BERATUS RIBU DATANG MENYOKONG SEMASA ANUAR MEMBUAT ROAD TOUR KE SELURUH NEGARA.
ADA YANG SANGGUP BERSUSAH PAYAH DATANG DARI JAUH TANPA MENGIRA MALAM ATAU SIANG UNTUK BERDEMONSTARSI ATAU MENDENGAR UCAPAN ANUAR KETIKA ITU.
TERDAPAT JUGA YANG KURANG BERNASIB BAIK..BALIK BENJOL SANA BENJOL SINI KERANA DEGIL TAK MAHU MENDENGAR NASIHAT PIHAK BERKUASA.
KINI KEMANA PERGINYA PENYOKONG TEGAR YANG BERATUS RIBU DAHULU TU..?
APAKAH MEREKA TELAH TERSEDAR AKAN KESILAPAN MEREKA..???
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
12 Comments:
haha..ahha..haha..haha..
sakit porut den golak, rupo ea borok yang minat lai kek nuar ni.
Salam,
Bukan tak mau mai bagi sokongan, tapi tau dah nanti mesti tunda- tunda, bila nak tau keputusan... Malu kat repoter dan blogger je. Baik dok kat rumah.
Salam...
kalau tuan hamba rasa ini boleh dijadikan skala ukuran kekuatan umno eloklah tuan canangkan kepada PM buat pilihan raya umum sekarang.
ADA BERANI KE. Pemikiran tuan hamba yang mengankat diri sebagai pejuang masih lagi ditakat lama sebab itulah umno semakin hari semakin dipinggirkan. Perjuangan kini, sudah bertukar corak dan rupanya tetapi tuan hamba masih bersenjatakan keris tumpul yang ada. Zaman perjuangan yang tuan hamba buat hamba perbandingan tu sudah terlalu lama bukannya setahun dua. Perjuangan alaf baru cukup berbeza tuan hamba. Tuan Hamba masih lagi bermimpi perkara yang sama.
PS: KALAU TAK ADA IDEA TAK PAYAHLAH MENULIS BEREHAT DULU. KALAU TIDAK TERSELAH KEBODOHAN.INI NASIHAT DARI SAHABAT SEGURU WALAUPUN IDEOLOGI BERBEZA. Sabda Baginda yang bermaksud : Jika tiada perkara yang nak diperkatakan lebih baik diam.
sekian.
Zaman Hang Jebat telah lama berlalu, eloklah diam saja...
Celikkan mata, berfikir dengan waras, bukan mengikut ideologi atau parti, saya pasti Hang Jebat dapat menilai apa yang terjadi sekarang.
Semua orang mahukan musuhnya tumbang. Bagaimana caranya? Mudah saja, cari kelemahan dan kesilapan musuh.
Mengapa tiada tuduhan rogol atau liwat atas Lim Guan Eng (LGE)? Pun mudah jawapannya iaitu LGE tidak buat benda pelik seperti rakan pakatannya itu. Jadi tiada kelemahan di situ.
Kesilapan DSAI adalah aktiviti seksualnya. Ia telah dipergunakan sepenuhnya pihak lawan.
Kehebatan DSAI adalah kebolehannya mempengaruh orang ramai. Kelemahan DSAI adalah kegagalan mengubahan selesa seksualnya.
Pejam mata, fikirkan betul atau tidak...
Tidak betul? Tahniah kepada DSAI kerana anda adalah salah seorang yang berjaya dipengaruhi olehnya. Selamat berjuang penyokong DSAI.
Hang jebat??/...orang dah tak pakai dah...hang dah ketinggalan bot...Orang melayu di penang semua Melayu dah lari menyelamatkan diri...cuma dua tiga kerat berkopiah putih...yang suka sembahayang dimerata tempat..untuk tunjuk alim ...dan .last sekali nampak hanya pertunjukan sembahayang...riak..ujub...macam orang lain tak sembahayang...
UMNO tidak dapat diselamatkan lagi...nak tahu kenapa sila klik disini
Anuar? Apa benda tu???
Dia tu orang yang bukan oranglah.
Waktunya dah maghrib.
Cahyanya dah kelam.
Bekalnya dah habis.
Matanya dah bertabir.
Tenaganya tinggal bibir.
Innalillahi ....
CIFUT BABI x mampu nak bayar kot? Pasal Amerika pun dah sekat dana... Amerika pun dah bersikap berkecuali... Malas nak masuk campur...
eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan
Tak apa lah tak datang berduyun2 masa DSAI sedang dibicarakan di mahkamah...wah..pandai2 pulak AT kata dulu BERATUS RIBU yg datang..tapi Utusan kata BERATUS saja...mana satu bohong ni???
Tak kesah pun, tak datang ramai2 bagi sokongan bicara kes DSAI..ini kan zaman cyber..semua maklumat dihujung jari sepantas kilat dah akses maklumat...bukannya masih terkongkong baca Utusan Memfitnah, TV 3 SUKU, dll seangkatan dgnnya...
Tak datang pun tak kesah la AT..yg penting masa Pilihan Raya besok...ha..masa tu berduyun2 lah org ramai nak membelasah UMNO...tunggu lah...
UMNO masih tak berubah2..masih cara dan stail kuno nak kelentong rakyat...kini rakyat dah bijak membaca strategi UMNO, bahkan semua yg berlaku mestilah dr propaganda murahan politik UMNO, yg semakin terdsedak dan terdesak maraih undi dan sokongan...sebaliknya rakyat semakin menjauhi diri dr UMNO krn kes DSAI merupakan komplot kotor dr UMNO...memang permainan jahat UMNO yg takut berhadapan secara anak jantan...mereka lah yg mencipta isu2 yg bukan2 demi menuntut sokongan simpati rakyat..namun rakyat semakin menjauhi diri dr UMNO....
Tunggu lah nanti berduyun2 org ramai akan keluar membelasah UMNO pd PRU akan dtng....tak perlu ke mahkamah beramai2...UMNO bersiap sedialah....kita semakin membenci UMNO hinggakan tak sabar nak membelasah UMNO....tunggu...
Liwat : Polis, UMNO Dan Mahkamah Sudah Lintang Pukang
Kerjaaan UMNO-BN sedang huru-hara cuba melindungi Mohd Saiful Bukhari dalam pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis dikerahkan kesegenap ceramah Pakatan Rakyat untuk sedaya upaya mengagalkan penerangan yang disampaikan.
Mahkamah UMNO-BN pula gagal berlaku adil dan terkial-kial apabila diserang bertali-arus. Terpaksa bertangguh akibat salah membuat pertimbangan dan keputusan.
Hakikatnya Polis, mahkamah, Utusan Malaysia dan TV3 berhempas pulas menghabiskan wang rakyat dan keringat untuk membantu Datuk Seri Najib Razak.
Tiada dapat dinafikan ahli, penyokong dan pemimpin akar umbi UMNO dan BN makin terkedu masalah yang dicipta oleh Presiden UMNO.
Majoritinya yang mengatakan 'jerat makan tuan'.
Para hakim pula tiada cukup tanah nak menyorok bila diserang oleh barisan peguam professional yang mewakili Anwar Ibrahim.
Adakah anda percaya Anwar Ibrahim meliwat ? Mohd Saiful, Ghani Patail dan Musa Hassan dan ahli UMNO ada jawapannya.
2 ulasan:
Tanpa Nama berkata...
apa lagi nak di buat......nak tuduh dsai rasuah, jauh skali...nak tuduh kaki botol, tak nampak pun...
Tanpa Nama berkata...
YB, kalau masih ada orang percaya kan UMNO maka biarkan lah kerana satu hari nanti mereka akan merasakan betapa busuk nya orang UMNO.
Mari sokong PAKATAN RAKYAT.
Sebenarnya depa dah nak datang ramai2 tapi sesampai je mahkamah dah kosong sebab hearing hari tu cuma 10 minit je dah kena tangguh lagi. Kalau dah berlaku macam tu 2~3 kali penyokong pun fed up la nak datang.
Penyokong datang nak tengok dia 'lawan tetap lawan' dlm mahkamah, bukannya nak tengok dia 'lari tetap lari' dari mahkamah.
Betul la Darth, dah 25 kali postphone....
Kalau amik periksa kat U, asyik tangguh aje dah lama kena buang....Ini dia orang masih nak percaya....Mana taknya bertimbun2 kes2 yang tertangguh kat mahkamah? Ramai sangat orang mcm DSAI...
Yang kayanya peguam mcm Karpal....
Post a Comment