Jumaat, 19 Februari 2010

LAIN MACAM AJE NADA HJ HADI KALI NIE..?

Kes liwat Anwar: Hadi selar anggota Parlimen Australia

KUALA TERENGGANU 19 Feb. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyelar tindakan beberapa anggota Parlimen Australia untuk campur tangan dalam kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau mahu perkara itu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar.

"Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara Barat, negara bukan Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan himpunan pemuda Islam Kuala Terengganu di Kuala Ibai dekat sini.

Baru-baru ini, 50 penggubal undang-undang Australia itu telah meminta Malaysia menggugurkan pertuduhan yang melibatkan Anwar itu.

Tindakan mereka ini dikecam hebat oleh pelbagai pihak di negara ini kerana dilihat cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Abdul Hadi bagaimanapun berkata, Pas tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang bantahan berhubung campur tangan anggota Parlimen Australia itu. – Bernama


KOMEN PENULIS;

HAI..! LAIN MACAM AJE NADA HJ HADI KALI INI. APA PULALAH TAKTIKNYA ORANG LAMA NIE KALI INI.

HJ HADI DAH NEKAD KE…?

MANALAH TAHU NIK AZIZ SUKA NAK MENYOKONG TINDAKAN 50 AHLI PARLIMEN AUSSIE YANG BIADAP TU...

OH YE..DAH TAK GERUN DENGAN PENULISAN BLOGGOK ANTI-KERAJAAN PERPADUANG..DAN BLOGGOK LANGGAR HADI KE…?

MACAMMANA PULA DENGAN ANUAR …PUASLAH MAMAT TU CARI SOKONGAN KE MERATA CERUK RANTAU DUNIA..TETIBA RAKAN KONGSINYA PULA TAK MENYEBELAHI USAHA DIA. TAK KANLAH SETELAH SOKONGAN KEPADA SI MAMAT NUAR TU SEMAKIN HARI SEMAKIN HAMBAR DAN PUDAR MAKA HJ HADI PUN NAK BUAT U-TURN JUGA.

HJ HADI TAK BOLEH BEGITU..!!

BUKAN KE SEBAGAI PEMBANGKANG HJ HADI KENA BERSUARA MACAM PEMBANGKANG..BERSIFAT MACAM PEMBANGKANG. IALAH MACAM LIM KIT SANG TU, PUNYALAH BELA GENG..SEHINGGA USULKAN PERKARA YANG TAK BERASAS DAN TAK PERNAH DIBUAT ORANG, IAITU NAK BINCANG KES KE SIDANG KHAS PARLIMEN UNTUK DI GUGURKAN.

JADI HJ HADI MANA BOLEH BUAT SESUATU PERKARA YANG BERTENTANGAN DAN YANG BOLEH MENYAKITKAN HATI, MENJEJASKAN SERTA MERUGIKAN RAKAN KONGSI. BUKAN KE RULENYA, BERCAKAP MESTI TAK BOLEH KELUAR DARI RUANG LUNGKUP DAN NORMA SEBAGAI SEORANG PEMBANGKANG.?

KEH..KEH..KEH..WALAUBAGAIMANA PUN BAGUSLAH TU JIKA HJ HADI DAH JADI PEMBANGKANG PATRIOTIK MEMBELA SISTEM PERUNDANGAN MALAYISA.

 BUKAN APA..PENULIS HANYA KHUATIR NANTI KENA COP PULA SEBAGAI SEORANG LAGI AGEN UMNO.

15 Comments:

Tanpa Nama said...

Alhamdulillah,
Hj hadi menyokong rakyat Malaysia yg mengangkat Kedaulatan undang undang negara kita kali ini. Tuhan telah membuka minda mereka ni tak lah semua macam Lim Kit Siang.
Saya rasa beliau ikhlas dan ucapkan terima kasih kepada beliau.

Mak Bedah Kuala

melayulupalagi said...

sebenarnya memang ramai pemimpin PAS yang mempunyai pendirian sebaliknya, tetapi apakan daya, "UNDI" punya pasal.

Frodo Baggins said...

off topic ~

gambar khairy ngan sapa kat atas tu bro tuah?

Mordecai Kucai said...

Teori konspirasi Anwar berjaya. Dulu lompat melompat makan tuan ini nampaknya teori terbesar iaitu konspirasi makan tuan.

1. Karpal tolong jahanamkan dia di mahkamah (Dengan kenyataan tak akan menggunakan tektik melambat lambatkan perbicaraan).

2. Haji Hadi kerjakan dari luar dengan kenyataannya.

3. Dalam PKR mereka sudah tentu lah kerjakan Anwar. Bersimpang siur macam dah jadi pasar sekarang.

Semua doa Anwar makbul tapi makbul terkena diri sendiri.

Tanpa Nama said...

Haa...ha.. korang pergilah baca harakah kalau nak tahu cerita sebenar apa-apa hal pun.... bukan apa... TV3, Utusan & segala sumber berita kerajaan suka siar separuh-separuh ucapan pemimpim pakatan rakyat.... cut sana sini untuk tipu penonton dan pembaca... Selamat tertipu!!!!

AbgTuah said...

SALAM SEMUA.

TO FRODO BAGGINS..GAMBAR TU GAMBAR KJ DENGAN BLOGGER PARPUKARI. SAJA TUAH LETAKKAN DISITU..

SERONOK JUGA LIHAT GAMBAR MEREKA MACAM BERBAIK..DAN MANALAH TAHU BERKAT SELALU MELIHAT GAMBAR TU AKHIRNYA AKAN TERUS BERBAIK SEMULA.

hilbert said...

Salam AbgTuah,

Saya rasa Abdul Hadi betul dalam kenyataan beliau... cuma yang kita tak berapa harap ialah apabila kenyataan beliau itu nanti akan menyebabkan hubungan beliau dengan Nik Aziz akan kembali berkocak dan memaksa beliau menarik balik kecaman beliau terhadap 50 ahli parlimen australia itu...

Tanpa Nama said...

kepada tanpa nama
patut la pemikiran anda sempit kerana hanya bergantung kepada haramkah sahaja..kesiann..

Tanpa Nama said...

AHA...

patut lah pemikiran ko sempit dan kuat memfitnah org kerana syik2 baca utusan dan TV 3....patut lah pemikiran ko rang jumud dan tak berkembang langsung...memanjang je la ko kena tipu dan temberang kat UMNO/BN....kesian!!!

Tanpa Nama said...

dua - duaq kena baca dan kena dengar dan buat kesimpulan sendiri. jangan dok menegakkan benang yang basah kat sini

ISAC said...

TG Hj Hadi baru tersedar dek bahana "bermandi laut" tempohari....


TG kena tegas, kawan nak buat posting "Pejuang Homoseksual di Malaysia" ni pakai serban, tapi X sampai hati lah pulak.....


Jangan sampai rakyaat tak menghormati institusi Ulamak dek kerana sebahagian kecil dari mereka asyik nak kejarkan kuasa....

AnakPas said...

Aku memang pembaca tetap Haramkah di kedai tempat aku...aku takut nak beli takut terpalit dengan Dosa...Fitnah dan bohong amat banyak didalamnya...Contoh yang lepas..cerita Lim GE..LGE .. cakap lain..fakta lain...tu yang di sukai oleh akhbar pembohong tu..

Tanpa Nama said...

boleh percaya ke Utusan Malaysia@Munafik n Berita Harian@Fasik bercampur baur photo2 artis2 separuh bogel dan keputusan2 judi Toto n Magnum...???
UMNO Islam HADHARI@HARAM JADAHRI...

oyabun said...

Salam Abang Tuah...

Selepas Tuan Guru Hadi "menyelamatkan" mangsa lemas, macam ada sesuatu yang tak kena pulak! hehehe..Allah swt maha kaya dan maha mengetahui...!

Salam perjuangan

Tanpa Nama said...

Haa..haa...ha... bodohnya kaum-kaum yang berdemo marah kat Australia... Kalau macam tu tak payah lah kita kecoh nak marah Israel serang Palestin or US serang Iraq... tak baik kacau hal negara lain. Nanti mencemar kedaulatan undang-undang dan sistem kehakiman US dan Israel pulak.... Hmmmm... tak perlu kutip derma untuk palestin.... nanti macam menghina kerajaan palestin pulak.... Buat apa nak marah bila ada pergolakan di selatan Thai.... macam jaga tepi kain Thailand pulak.... Hmmm... kita duduk dalam Malaysia je diam-diam, biar jadi katak bawah tempurung.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online