Karikator hiasan aje..hanya kena mengena dengan berok-berok tu aje.
20/02/2010 12:35pm
KOTA BHARU 20 Feb. – Kerajaan Pusat akan menyiarkan iklan satu muka surat penuh di semua akhbar perdana berbahasa Melayu esok mengenai isu royalti minyak di Kelantan bagi memberikan fakta sebenar kepada seluruh rakyat negara ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
"Esok seluruh rakyat Malaysia akan memahami dengan sejelas-jelasnya isu ini apabila semua akhbar akan menyiarkan iklan mengenai isu tersebut dan saya yakin fakta yang akan diberikan itu akan lebih meyakinkan semua pihak,” katanya selepas Ceramah Perdana Isu Royalti Minyak di sini, malam tadi.
Ceramah anjuran Majlis Pertubuhan Bukan Kerajaan Kelantan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali serta lebih 5,000 orang.
Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, selepas beberapa siri penerangan isu itu di beberapa tempat di negeri ini yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), penduduk Kelantan kini mula memahami isu sebenar royalti minyak itu.
Beliau berkata, siri penerangan itu akan diteruskan lagi sehingga rakyat termasuk yang tinggal di pedalaman benar-benar memahami apa yang dituntut kerajaan Kelantan itu adalah tidak benar mengikut peruntukan undang-undang. – Bernama
KOMENTAR PENULIS;
YE BAGUS SANGATLAH KERAJAAN BERKEMPEN MEMBERIKAN PENERANGAN DAN FAKTA SEBENAR KEPADA RAKYAT JELATA TENTANG ISU ROYALTI MINYAK KELANTAN. HARI INI PUN PENULIS ADA TERBACA PENERANGAN PANJANG LEBAR SEHINGGA SATU MUKA SURAT AKHBAR MINGGUAN TEMPATAN.
TAPI YANG JADI MASALAH SEKARANG …PEMIMPIN PAKATAN RIOT NI SEBENARNYA FAHAM SANGAT TENTANG KEDUDUKAN ROYALTI MINYAK TERSEBUT. MEREKA FAHAM BAHAWA JIKA DIBAWAH KE MAHKAMAH SEKALI PUN MEREKA TAK AKAN MENANG.
SEBENARNYA MEREKA SAJA SENTIASA NAK PANASKAN ISU INI UNTUK MERAIH SIMPATI RAKYAT DAN BAGI MENCALAR-CALAR IMEJ KERAJAAN AJE…AL-MAKLUM..DAH KEKERINGAN ISU UNTUK BERKEMPEN SEHINGGA PRU 13. JADI KASIK PANASSS KASIK MENDIDIH ISU MINYAKLAH.
JIKA MAHKAMAH MALAYSIA KATA MEREKA TAK BERHAK..MEREKA AKAN SPIN KATA MAHKAMAH MALAYSIA PERLU DIPERBETULKAN.
JIKA MAHKAMAH DUNIA SEKALI PUN MENGATAKAN MEREKA TAK BERHAK..MEREKA AKAN KATA TU MAHKAMAH ORANG KAFIR TAK AKAN MENYEBELAHI PARTAI ISLAM MEREKA.
JADI RAKYAT KENALAH FAHAM, INI SEMUA SPIN…SPINNING TOK-TOK GARU AJE…!!!
16 Comments:
ALAHAI TOK PA, JANGAN JUAL MINYAK LA KAT KELANTAN- Zaid Ibrahim
FEB 20 — Semasa saya dalam Kabinet dulu, Mustapa Mohamad adalah antara tiga atau empat orang Menteri yang saya hormati kerana kerajinan dan kecekapan pemikiran mereka. Lagi pun semasa saya menjadi timbalan beliau dalam Badan Perhubungan Umno Kelantan dulu, saya tahu secara lebih dekat sikap dan sifatnya. Jadi saya amat duka cita melihat beliau yang sudah begitu terpesong dalam soal wang tuntutan negeri Kelantan mengenai hasil minyak. Seolah-olah dia tahu perkara sebenar tetapi bersungguh-sungguh benar mempertahankan dasar Kerajaan Pusat dalam hal ini.
Pertama, Mustapa kata Kelantan tidak berhak kepada royalti minyak dan cuma layak menerima “cash payment” atau bayaran tunai sebanyak 5 peratus. Itu memang betul kerana perjanjian 1975 di antara Petronas dan Kelantan (dan negeri lain) menggunakan perkataan “cash payment”. Kerajaan Kelantan pun tak ada masalah dalam hal itu. Panggillah apa yang kamu suka, royalti atau “cash payment”, tapi bayarlah. Yang dikatakan wang ehsan itu pula, ia sesuatu yang lain kerana ehsan bererti kita beri atas sebab kasihan atau sebab politik.
Kedua, Mustapa kata perjanjian 1975 itu tak sah kerana sebab-sebab tertentu. Tidak pula jelas mengapa ia tidak sah. Kalau tak sah, mengapa Sabah dan Sarawak terus dibayar kerana mereka juga menandatangani perjanjian yang sama. Mengapa Terengganu dibayar semasa Barisan Nasional memerintah selama 19 tahun? Itu juga hasil perjanjian yang sama. Tok Pa kena jawab kepada rakyat soalan ini. Jangan buta-tuli ikut skrip saja.
....BERSAMBUNG
...SAMBUNGAN
Ketiga, Mustapa kata kawasan yang diiktiraf sebagai “territorial waters” atau kawasan perairan hanyalah 3 batu dari pantai. Apa alasan Tok Pa? Dia gunakan Akta Darurat 1969 yang sudah tidak boleh dipakai lagi. Yang wajib digunakan ialah undang-undang maritim antarabangsa yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan yang telah diterima oleh Malaysia, iaitu 12 batu.
Dia kata lagi, negeri-negeri tidak berhak kepada hasil gas dan minyak dalam kawasan “Exclusive Economic Zone” (EEZ), iaitu 200 batu dari pantai, hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada hasil dalam EEZ. Itu pun tak betul juga.
Hasil minyak dan gas ini selalunya didapati tak kurang dari 12 batu dari pantai. Kalaulah ini batasan kepada hak negeri, maka tak ada negeri dalam Malaysia yang berhak kepada hasil minyak. Sebahagian besar hasil yang ada sekarang ada dalam EEZ. Tidak ada undang-undang dalam dunia ini yang mengatakan hak kepada hasil minyak dari EEZ itu tidak boleh dituntut oleh sesebuah negeri. Hak negeri bergantung kepada perjanjian negeri-negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Misalnya, hak negeri Texas dan California kepada hasil minyak dalam EEZ bergantung kepada perjanjian negeri-negeri itu dengan Persekutuan Amerika Syarikat. Samalah juga dengan kita di Malaysia.
Adalah salah bagi Umno memesong rakyat dengan mengatakan hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada minyak dalam EEZ dan negeri-negeri tidak ada hak. Hasil yang dibayar kepada Sabah dan Sarawak juga meliputi kawasan lebih dari 12 batu dari pantai. Mengapa terus bayar jika kata tak berhak?
...SAMBUNGAN LAGI
Sebenarnya negeri-negeri di Malaysia telah pun dengan ikhlas dan penuh kepercayaan kapada Tun Razak menyerahkan hak mereka, sama ada dalam kawasan perairan atau dalam EEZ kepada Petronas dalam tahun 1975 melalui “The Vesting Deed”. Sebagai balasan, Petronas bersetuju membayar wang tunai 2 kali setahun 5 peratus dari hasil tersebut.
Pokoknya apa yang dipersetujui ialah, bagi setiap hasil bernilai RM100 yang Petronas dapat, maka RM5 perlu dibayar kepada negeri yang terlibat. Tak kiralah hasil itu datang dari telaga minyak 20 batu atau 200 batu dari persisiran pantai. Perjanjian 1975 itu tidak menyebut jarak kawasan. Itulah niat dan tujuan masa itu. Konsep seperti EEZ atau jarak kawasan perairan belum pun timbul pada masa itu kerana undang-undang antarabangsa hanya mula dipersetujui pada tahun 1982. Sebab itu perjanjian ringkas tahun 1975 menggunakan perkataan “offshore” atau persisiran pantai.
Makna dan niatnya ialah apa-apa yang Petronas dapat, ia kena bagi 5 peratus kepada negeri. Tak disebut EEZ, tak sebut berapa batu, tak sebut kawasan perairan dan sebagai. Maka kerana itulah negeriu-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dengan penuh ikhlas telah “surrender” atau menyerah hak mereka segala-galanya kepada Petronas. Mereka yakin Kerajaan Pusat akan bertindak adil dan saksama dengan penuh jujur dan suci hati.
....SAMBUNGAN
...SAMBUNGAN
Hari ini sudah jadi lain cerita. Umno mencari helah itu dan ini untuk tidak mahu bayar kepada negeri Kelantan. Kalaulah BN yang memerintah Kelantan, sudah tentu mereka akan mencari hujah lain. Tapi itu tak semestinya dibayar terus. Kita sudah tahu permainan politik ini. Politik macam inilah yang mengecewakan rakyat.
Saya harap Tok Pa renung seketika persoalan isu bayaran minyak ini. Usahlah mempertahankan penipuan ini. Pertahankan prinsip kerana kebenaran. Kalau Menteri lain tak mahu faham saya harap Pa boleh faham. Semua iklan untok cuba meyakinkan rakyat sebaliknya dalam hal ini akan gagal. Rakyat sudah faham, Umno belum.
sebenarnya yang buat2 tak FAHAM adalah UMNO bukan rakyat kelantan....heh..heh..heh
UMNO = PAKAR PUTAR ALAM
UMNO = PAKAR PUTAR BELIT
UMNO = 2 ALAM
Bagilah alasan apa pun, rakyaat kelantan tidak akan terima...
Perkara ni dah jadi sensitif, jadi isu semangat kenegerian...
Betul atau salah itu tolak tepi, rakyaat Kelantan yang mejoriti nya terpaksa merantau untuk mencari kerja samada di sektor awam atau swasta sememangnya dahagakan pembangunan....
Kerajaan negeri semamangnya bijak memainkan isu ini. Silap2 haribulan Tok Pa dan Awang Adek akan dilabel sebagai "pengkhianat".
Bila rakyaat begitu dahagakan pembangunan dan Umno/BN pula dijadikan kambing hitam maka betul atau salah sudah tak bererti lagi hak orang lain pun akan dirampas.....
Terbaru "royalti minyak Terengganu" pun mahu "dirompak"!!!!!
Sekarang ni perompakpun ada yang pakai serban.....
Bagi kawan, jangan diperpanjangkan isu ini, Umno/BN sememangnya telah kalah....Bagi sahaja "wang ikhsan" tersebut untuk ditadbir oleh kerajaan negeri Kelantan, biar rakyaat kelantan lihat sendiri bagaimana "Ulamak" mereka menghabiskan duit rakyaat.
Lihat sahaja nasib rumah Kelantan di Jalan Stoner, sekiranya benar seperti yang dilaporkan oleh para blogger, ianya telah diberi secara percuma kepada pihak ketiga. Bongkarkan sahaja isu ini.
Bongkar juga kemana dana RM 35 Juta yang diberikan oleh Pusat kepada kerajaan negeri untuk menaik taraf bandar KB.
dah namapun pembangkang..memang suka buat kacau..macam budak budak dalam kelas mereka ni..
cikgu mengajar didepan, mereka bermain dibelakang..
elok juga kerajaan bagi penerangan..biar rakyat sendiri boleh pk, yang pembangkang ni jelas sangat penipunya..
insyaallah rakyat paham. cuma bagi mereka yang sudah tertutup pintu hati je yang payah nak terima kebenaran..
UMNO parasit2 MUNAFIK n FASIK... golongan2 ini jelas dinyatakan dlm ALQURAN...
KELIRU BILA BENANG BASAH NAK JUGA DITEGAKKAN OLH UMNO DI KELANTAN
HARI ini dua buah akhbar utama milik Umno telah menyiarkan semuka penuh iklan penjelasan mengenai tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan. Saya kurang pasti apakah akhbar berbahasa Cina, India, Arab dan Orang Asli turut sama menyiarkan iklan berkenaan. Semuka penuh berwarna di mana nilainya tidak kurang RM5,000.
Andaian saya sikit tersasar. Iklan berkenaan dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di mana Rais Jantan@Yatim adalah menterinya. Ada lapan (8) persoalan atau penjelasan dalam iklan berkenaan. Saya cukup yakin penjelasan berkenaan yang kononnya bersadarkan kepada perlembagaan dan undang-undang digarap dan disediakan oleh Rais Yatim.
Rais Yatim adalah seorang yang berkelulusan undang-undang ada memiliki Phd.
....SAMBUNGAN
...SAMBUNGAN
Seperti mana saya agakkan iklan berkenaan tidak akan menyelesaikan masalah. Kerajaan negeri Kelantan dan rakyat Kelantan tidak dapat menerima penjelasan berkenaan. Penjelasan berkenaan juga boleh dipertikaikan dari berbagai sudut. Saya rasa kalaupun bukan atas emosi yang membuak dan simpati kepada kerajaan Kelantan, penjelasan itu boleh ditolak. Tegasnya iklan berkenaan tidak memberikan markah tinggi kepada kerajaan dan Umno Kelantan khususnya.
Sebaliknya iklan itu akan dilihat sebagai cuba menegakkan benang basah saja. Benar seperti kata penjenguk blog saya, isu royalti minyak dan kedegilan Umno untuk terus menghukum kerajaan Pas Kelantan merupakan senjata yang akan membunuh Umno sendiri dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.
Persoalan pertama dalam iklan berkenaan ialah mengenai perkataan "royalti". Menurut iklan berkenaan perkataan itu tidak diguna sebaliknya ia menggunakan perkataan "bayaran tunai". Ini bermakna hak 5% itu sepatutnya dibayar tunai oleh Petronas kepada kerajaan Kelantan.
Kedua, mengenai kelayakan mendapat 5%. Menurut iklan itu bayaran tunai sebanyak 5% itu akan dibuat kepada telaga atau hasil dalam lingkungan 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut mengikut (Ordinal Kuasa-Kuasa Perlu) No 7 tahun 1969).
...SAMBUNGAN
...SAMBUNGAN
Penjelasan ini boleh diakui tetapi di dalam iklan itu tidak menjelaskan jarak kedudukan tiga plantar minyak di perairan Kelantan yang dituntut itu. Jika menerima pakai jarak seperti mana dijelaskan oleh Pengerusi Petroleum Kelantan, Husam Musa, jarak ketiga plantar berkenaan kurang daripada 3 batu nautika, malahan jarak sebuah plantar itu lebih dekat dari plantar di Terengganu. Kenyataan Husam itu bukan omong kosong sebaliknya berdasarkan kepada ukuran yang dibuat oleh firma yang bertauliah.
Kenapa iklan berkenaan tidak menjelaskan jarak dan kedudukan plantar-plantar berkenaan? Penyembunyian jarak ini menunjukkan ada yang cuba disembunyikan oleh iklan berkenaan tetapi sudah pun diketahui umum akan hakikatnya.
Ketiga, iklan itu menjelaskan hasil di luar 3 batu nautika menjadi milik kerajaan Persekutuan dan mana-mana kerajaan negeri tidak berhak menuntut. Ini diakui, dan kerajaan Kelantan hari ini pun tidak menuntut hasil minyak jauh dari 3 batu nautika dari perairan mereka. Rasanya kerajaan Kelantan pandai dan arif membaca undang-undang dan akta ini.
Keempat, iklan berkenaan menjelaskan bahawa Sarawak dan Sabah ada kuasa dan status tersendiri terhadap royalti minyak. Apa nak dijelaskan status yang diguna pakai Sarawak dan Sabah tidak valid untuk dipraktikan oleh Kelantan dan negeri-negeri lain.
...SAMBUNGAN
....SAMBUNGAN
Kelima, menjelaskan mengenai maksud wang ehsan. Iklan itu menjelaskan pemberian wang ehsan itu atas budibicara kerajaan Persekutuan. Menurut iklan itu pemberian ini diluar skop Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang ditandatangani dengan kerajaan negeri pada 1975/1976. Pemberian itu atas kesedaran dan tanggungjawab berasas keprihatinan kerajaan Persekutuan.
Persoalannya dalam kes Kelantan ini kenapa kerajaan tidak menggunakan budibicara dengan memberikan keadilan kepada kerajaan Kelantan sekurang-kurangnya menyalurkan separuh peruntukan daripada 5% itu bukannya diberikan 100% wang itu kepada Umno atau JPP untuk diagihkan kepada rakyat! Di manakah keadilan dan apakah ini tidak boleh dikatakan satu kezaliman.
Keenam, iklan itu menjelaskan Kelantan hanya diberikan RM20 juta saja, itu pun atas ehsan kerajaan Kelantan kerana kononnya penghasilan gas di luar 3 batu nautika negeri Kelantan. Logiknya kalau penghasilan itu di luar kawasan 3 batu nautika untuk apa wang ehsan itu diberikan. Bukankah dengan pemberian itu ia menimbul keraguan, kekeliruan dan dipolimekkan. Lebih baik kalau wang ehsan itu tidak diberikan langsung. Di sinilah menunjukkan pemberian wang ehsan atas prihatin Umno itu memakan diri sendiri.
Ketujuh, menjelaskan kenyataan dan pandangan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung hak Kelantan itu. Dalam penjelasan itu iklan tersebut cuba menjelaskan pandangan itu adalah pandangan peribadi Tengku Razaleigh yang tidak bersadarkan undang-undang. Penjelasan itu cuba menempelak Tengku Razaleigh yang sebelum ini pernah mengatakan negeri Terengganu tidak pun layak menerima wang ehsan. Dalam erti kata lain sebelum ini Tengku Razaleigh bersetuju dengan tindakan kerajaan hari ini.
...SAMBUNGAN
...SAMBUNGAN
Iklan itu cuba merendahkan Tengku Razaleigh yang mengubah pendiriannya. Kalau itu maksud orang yang mengeluarkan iklan berkenaan, beliau tidak berhak untuk menghuduhkan (memburukkan) Tengku Razaleigh kerana beliau sendiri telah berubah pandangan dan pendirian politiknya lebih 360 darjah.
Kelapan, iklan itu cuba menunjukkan Ketua Pembangkang mengetahui akan kedudukan royalti 5% itu. Iklan ini cuba menimbulkan bahawa Anwar Ibrahim juga tahu kedudukan berhubung dengan pemberian wang ehsan dan royalti minyak. Dalam erti kata lain Anwar juga pernah bersetuju dengan keputusan kerajaan hari ini.
Apakah tujuan mengaitkan pengetahuan Anwar itu? Kalau pun benar begitu dalam kedudukan hari ini, baik Anwar atau Tengku Razaleigh mereka bukan saja sedia mengubah pandangan dan pendirian hatta undang-udang berhubung pemberian itu juga akan turut diubah kerana demi untuk keadilan dan kesejahtraan rakyat. Dan apa yang Tengku Razaleigh lakukan itu adalah jihadnya untuk memberi kesejahtraan ke atas rakyat negeri kelahirannya.
Kesimpulannya iklan penjelasan itu tidak akan merubah persepsi terhadap isu yang kini sudah dipolitikkan oleh kedua pihak. Rakyat Kelantan dalam soal ini hanya membaca iklan berkenaan tetapi mereka tidak akan percaya dan merasai adil dengan apa yang diperjelaskan. Dan saya rasa ada rakyat Kelantan yang tidak dapat menerima penjelasan itu akan berak atas iklan berkenaan.
TAMATTTTTTT...UMNO OH UMNO...
jelas UMNO adalah parasit MUNAFIK n FASIK... x amanah perasuah perompak pembiak kemungkaran arak judi hiburan2 dan zina... parasit yang derhaka n menipu allah swt...
Nampaknya iklan penerangan UMNO dlm akhbar tentang isu Royalti minyak Kelantan bukan saja menipu rakyat, malahan iklan tersebut telah MEMAKAN umno semula....!!! adakalanya UMNO bangang juga dlm tindakan mereka..
UMNO ROMPAK HAK aniaya n zalim parakyat kelate Allah swt tahu... insyallah kita lihat siapa yg kena...
Post a Comment