PUTRAJAYA 25 Feb. – Tan Sri Muhyiddin Yassin hairan dengan tindakan serta kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah yang masih tidak sehaluan dengan keputusan kerajaan Persekutuan mengenai isu royalti minyak Kelantan sedangkan pelbagai langkah penjelasan sudah diberikan.
Malah, Timbalan Perdana Menteri berkata, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu juga telah pun berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara tersebut.
"Saya dimaklumkan beliau (Tengku Razaleigh) telah berjumpa dengan Perdana Menteri, tetapi saya tidak tahu apakah sebab dia hendak teruskan langkah itu.
"(Tindakannya itu) seolah-olah macam beliau seorang saja yang memperjuangkan hak rakyat Kelantan... (seolah-olah) kita ini tiada langsung pertimbangan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Transformasi Politeknik di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen Gua Musang itu, yang terus mempersoalkan langkah kerajaan Persekutuan berhubung isu royalti minyak Kelantan.
Terbaru, Tengku Razaleigh dipetik sebagai berkata, iklan penjelasan tuntutan wang royalti yang disiarkan kerajaan Persekutuan menerusi akhbar-akhbar bahasa Malaysia baru-baru ini menimbulkan lebih banyak implikasi negatif dan kekeliruan berbanding penjelasan. – Bernama
utusan
KU LI NI SEPATUTNYA DAH BUAT KEPUTUSAN SAMAADA UNTUK TERUS BERSAMA-SAMA PIHAK PEMBANGKANG ATAU FIKIR-FIKIRKAN SAHAJA UNTUK BERSARA DARI ARENA POLITIK. APALAH GUNANYA MENERUSKAN PERJUANGAN BERSAMA UMNO JIKA TIDAK LAGI SEHALUAN…JIKA HANYA MENAMBAH BERAT KEPADA KERAJAAN UNTUK MEMBERIKAN PENJELASAN KEPADA RAKYAT BERKAITAN FAKTA SEBENAR ISU MINYAK.
SEMEMANGNYA PENULIS DAH RAMALKAN MEREKA-MEREKA INI TAK AKAN FAHAM KERANA PENERANGAN DIAKHBAR-AKHBAR TERSEBUT ADALAH PENERANGAN YANG TIDAK SESEKALI INGIN DI FAHAMI OLEH MEREKA. KALAU ADA YANG TERBACA PUN MEREKA HANYA MEMBELEK-BELEKNYA DENGAN SEBELAH MATA SAHAJA KERANA ITU BUKAN JAWAPAN YANG MEREKA MAHU DAN IDAMKAN. FAKTA-FAKTA DI DALAM PENERANGAN TERSEBUT TERAMAT BISA SEKALI BAGI MEREKA-MEREKA NI....
MAKA, ITULAH YANG TERJADI KEPADA INSAN-INSAN YANG HATI MEREKA TELAH TERTUTUP KEJAP..SAMPAI KIAMAT PUN MEREKA TETAP MEMBANTAH. SEBAGAIMANA PENULIS PERNAH KATAKAN, JIKA MAHKAMAH DUNIA THE HAGUE SEKALI PUN YANG MEMBUAT KEPUTUSAN MAKA MEREKA PASTI AKAN KATA MAHKAMAH THE HAGUE MAHKAMAH ORANG KAFIR DAN TENTULAH TAK MENYEBELAHI MEREKA...!!
5 Comments:
Salam Bro,
Kan kawan dah kata, ini bukanya "isu" yang Umno boleh menang.
Institusi "Ulamak" kononnya "diserang", isu semangat kenegerian dan kemunduran Kelantan hasil "penindasan" kerajaan pusat telah dihias sebegitu rupa....
Jangan kata Umno, kalau ada Wali Allah turun sekalipun tak akan mereka ni nak dengar.
Bukan tak nak faham, tapi memang tak faham pun dgn perangai UMNO :
i. Bila kerajaan sesebuah negeri ditadbir olh BN, maka royalti diberi, tapi bila kerajaan negeri ditadbir (PAKATAN RAKYAT)maka wang ehsan plak dibagi...kalau wang ehsan tu diberikan kpd kerajaan negeri tak apa lah juga, sebab kerajaan negeri itu lah yg mentadbir negeri yg memerlukan wang dari hasil buminya utk menjalankan pembangunan negeri.
Bagaimana kalau Sabah dan Sarawak jatuh ke tgn pembangkang? UMNO akan melanggar perjanjian dan akan mengubah pula undang2 berkaitan royalti minyak di sana.sama je..bukan?
ii. UMNO/BN kata Kelantan tak layak tuntut royalti, krn kedudukan pelantar minyak melebihi 3 batu nautika, maka senang cerita Kelantan tiada sumber minyak lah. Tapi kenapa UMNO/BN bagi pulak wang ehsan (kalau tak layak buat tuntutan royalti, apa guna bagi wang ehsan? pelik..)
iii. kemudian wang ehsan dibagi pulak kpd JPP Kelantan yang dikuasai olh agensi kerajaan persekutuan dan taukeh2 UMNO berpengaruh...kenapa tak diberi kpd kerajaan negeri terus? siapa yg menguasai JPP, bukankah UMNO? kenapa UMNO nak sangat duit wang ehsan RM 20 Juta tu, mrk nak buat apa? betulkah mrk nak membela rakyat, berapa rakyat boleh dapat dr wang RM 20 juta tu...silap2 suku dr RM 20 juta pun belum tentu digunakan utk rakyat...selebihnya masuk poket, guna utk melabur masa pilihan raya, agih2 pd kroni, aktifkan UMNO kelantan yg amat nazak, dll...
iv. adakah wang ehsan itu diaudit? siapa yg audit? mana laporan audit? siapa yg kontrol?
akhirnya wang ehsan memang memberi "ihsan" kpd UMNO...dan UMNO akan terus menggunakan pelbagi tafsiran undang2 untuk menjustifikasikan tindakan mereka walaupun jelas teramat sgt UMNO membodohkan rakyat...kalau di Perak mereka merampas kuasa, dan di Kelantan mereka merompak wang minyak kelantan....
UMNO oh UMNO...mereka sebenarnya keliru dan celaru kini...
----------------snippers________
Salam ...
ALANGKAH BODOHNYA NEGERI - NEGERI YANG DIPERINTAH OLEH UMNO. KALAULAH KELANTAN TAK DAPAT ROYALTI TETAPI DIBERINYA WANG EHSAN KENAPA TAK MINTA JUGA. APA BEZANYA PAHANG, PERLIS, MELAKA, N. 9,TERSEBUT DENGAN KELANTAN. KALAU DAH SAMA -SAMA TAK BERHAK KENAPA KELANTAN DIBERI WANG EHSAN. NEGERI LAIN PUN RAMAI JUGA ORANG YANG SUSAH DAN MISKIN. NEGERI NEGERI LAIN TAK INGIN RASA DUIT WANG EHSAN KE. TERENGGANU BAGI KOMPUTER KEPADA SEMUA PELAJAR TAHUN 5 SELURUH NEGERI DARI DUIT EHSAN. BLOGER UMNO TAK INGIN KE BERJUANG UNTUK NEGERI MASING - MASING.
Sudahlah Tuah siapa yang buta hati, Tuah kah atau Jebatkah.
sekian.
Ku Li tu pejuang UMNO sebenar nak royat bui... tak tau lagi ke selama ni!!!?
Dia bukan pejuang 'UMNO' seperti yang lain2 yang jadi tukang2 'sapu' tu....
Fikir2 dan renung2 kan ulasan snippers n jebat tu, memang betul...
ciri2 n sifat2 pemimpin2 umno x amanah n rasuah x kenal halal haram dosa pahala busuk usus n hitam hati sebab mereka2 ini adalah golongan2 fasik n munafik pd allah swt n islam.
sama2 kita rujuk pd tafsiran surah al baqarah akan firman2 allah swt akan ciri2 n sifat2 golongan2 umno ini.
Post a Comment