Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga yang lain berhubung artikel yang disiarkan oleh akhbar bulanan parti itu, Suara Keadilan.
Peguam yang mewakili Zambry, Firoz Hussein Jamaluddin, memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menerusi tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Zambry (kiri) menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, timbalan presiden Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd, dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata edisi akhbar itu bertarikh 29 Dis 2009 hingga 5 Jan 2010, bertajuk "Zambry Disyaki Pengganas - Gagal masuk ke Amerika Syarikat" mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.
Beliau menegaskan bahawa beliau tidak dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat, malah sebenarnya dibenarkan masuk ke negara itu serta diberikan pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak.
Katanya lawatan beliau ke Amerika Syarikat mendapat liputan meluas media dan defendan telah menyiarkan kata-kata berunsur fitnah itu dengan sengaja.
Zambry berkata perkataan berunsur fitnah itu telah melukakan perasaannya dengan begitu mendalam, mencemarkan dengan teruk reputasi awam, peribadi dan politiknya serta membawa kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan.
Katanya perkataan berunsur fitnah itu juga dirancang bagi mempersendakan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak dan disiarkan dalam halaman utama di belakang akhbar itu untuk lebih menarik perhatian pembaca serta mengakibatkan kerosakan maksimum dan aib kepada dirinya.
Perkataan berunsur fitnah itu difahami bertujuan membawa maksud bahawa beliau seorang yang disyaki sebagai pengganas, terbabit dalam kegiatan keganasan dan disenaraikan dalam pangkalan data pengganas serta tidak layak menjadi Menteri Besar Perak dan menjawat jawatan awam, katanya.
Beliau menuntut gantirugi RM100 juta, termasuk gantirugi teruk dan gantirugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.
- Bernama
ELOK BENAR TU, PENULIS SOKONG SANGAT KETEGASAN DAN TINDAKAN DS ZAMBRI DALAM HAL INI. DAH TERLALU LAMA PEMIMPIN UMNO/BN MENGAMBIL PENDEKATAN BERSABAR DENGAN KERENAH MERAKA.
DALAM ISLAM MENGAJAR KITA AGAR SENTIASA BERSABAR..TETAPI SABAR ITU TETAP ADA HAD NYA.
OLEH ITU JANGAN BIARKAN ASHIK-ASHIK MEREKA SAHAJA YANG SELALU MENYAMAN SANA-MENYAMAN SINI. APA MEREKA INGAT ORANG LAIN TAK BOLEH BUAT …
SO PEMIMPIN UMO/BN YANG LAIN..CONTOHI DS ZAMBRI…JANGAN BIARKAN MEREKA MELEBIH-LEBIH NAIK LEMAK..BAGI MEREKA SIKIT PENGAJARAN AGAR TIDAK SEWENANG-WENANGNYA MENABOR FITNAH TAK TENTU HALA.
14 Comments:
Saman la Zambry... kalau kau rasa kau betul.. kalau kau salah pun nak saman dah kau nak saman... saman..
kah..kah..kah bangsaku yang Melayu...semuanya bangsat dan sesat. Bacalah lagi sindiran terhadap bangsa sendiri http://gedungakal.blogspot.com/2010/02/bangsa-yang-bangsat-dan-sesat.html
ma aku tunggu agar DR Zambry beri pengajaran kepada akhbar yang biadap dan suka fitnah tu...teruskan semoga Allah bersama Dr...
terima aje la saman tu wan azizah. lagi pun nanti kau kan pandai batal kan, tangguh kan.. dan kalau tak nak bayar nanti, geng PAS boleh baring kat depan mahkamah.
kalau kau kene pun, nanti boleh buat demo dan guna RPK yang bodoh tu katakan najib/rosmah yang ugut akhbar tu suruh buat cerita zambri.
Bubuh Dr Zambry Bubuh...Chances nak dapat 100 juta sangat cerah...mungkin rezki anak-anak...Kalu dah dapat jangan tak ingat kita orang..balinglah 2 tiga juta kat kami yang duduk di Sg. Rokam dan persekitaran Tmn. golf tu!......
Saman jangan tak saman,bila dah saman adakah menang?.Apa pun aku sebenarnya tidak suka terbitan yang berunsur fitnah.Bagi kak wan lain beri komen guna akal bukan emosi.
Mak datuk banyaknya? RM 100 juta!! letih nak kira duit sebanyak itu bro? agak2 sebulan dua pun belum tentu dapat kira habis duit tu...habis cam ner nak menjalankan tugas MB...? waduh2 kaya lah mamak lepas ni...
Tapi Anwar pernah juga saman Dr Mahathir RM 100 juta, tapi mahkamah tolak, tapi bila Zamry saman jumlah yg sama kenapa mahkamah mudah terima pulak? heran....oh ya lupa mahkamah kan di bawah KDN....
baguslah tu Zambry, jangan bagi muka pembangkang ni, tunjukkan keberanian dan ketegasan orang UMNO. Berani kerana benar jangan lembik sangat. Tu pasal macam macam fitnah timbul kerana mereka tak takut lansung. Apabila tindakan tidak diambil rakyat menganggap apa yang didakwa oleh pembangkang itu benar. Maka akan timbul lagi macam-macam fitnah kerana mereka tak takut langsung kerana tiada tindakan apa-apa yang orang yang kena fitnah. Buat macam kerajaan Singapore saman sahaja pembangkang yang suka mengada adakan cerita sampai mereka bankrup.
Salam ....
Ulasan melucukan tahap tadika permata dari abg Tuah :
1. DAH TERLALU LAMA PEMIMPIN UMNO/BN MENGAMBIL PENDEKATAN BERSABAR DENGAN KERENAH MERAKA.
( sebab itulah bila kerajaan PAS memerintah Terengganu ROYALTI terus bertukar jadi wang ehsan.. .... sabar umno, dua adun perak yang lompat parti tak dibicarakan hingga sekarang.. sabarnya pemimpin umno, Isu kalimah Allah dibiarkan lebih lama berlarutan baru dibawa ke mahkamah Rayuan berbanding kes keputusan mahkamah tinggi diperak tak samapi sehari terus ke mahkamah rayuan.. sabarnya umno dan macam- macam lagi kesabaran umno.
DALAM ISLAM MENGAJAR KITA AGAR SENTIASA BERSABAR..TETAPI SABAR ITU TETAP ADA HAD NYA...( bab sabar dikaitkan dengan ajaran Islam tetapi hukum hudud dan seangkatan dengannya tidak... ini namanya islam separuh - separuh.)
Apa punya bodo Tanpa Nama 2010 Februari 26 22:04 ,
1. Bodo sebab sangka mahkamah dibawah KDN. Hang pi belajar dulu apa makna "Seperation of Powers"..Legislative, Executive & Judiciary
2. Bodo sebab tak tahu kenapa Mahkamah tolak saman Anwar RM100 juta terhadap Mahathir.
Lain kali pi belajar dulu baru cerdik sikit. Bangang ko ni.
"1. Bodo sebab sangka mahkamah dibawah KDN. Hang pi belajar dulu apa makna "Seperation of Powers"..Legislative, Executive & Judiciary"
Sebab Bodo lah maka sisitem kehakiman kita ditertawakan seluruh dunia....kerana sisitem kehakiman kita ini lah yg menjadikan negara ditadbir mengikut telunjuk dan selera org politik bukan soal keadilan...
...dan yang akibat kebodohan itulah hakim2 boleh pula dicatur perlantikan mereka dlm kes Video linggam....apa cerita? org yg mencaturnya masih hidup, tak pulak kena tindakan iaitu MAHATHIR si warga emas....
Salam....
AKU SOKONG TANPA NAMA 22.53. AKU TAMBAH SIKIT LAGI..
SEBAB KEBODO.. ITULAH PUAK UMNO SERING KENA TIPU OLEH PEMIMPIN MEREKA.
hahaha umno simunafik n sifasik memang bodoh...
xpe2 simunafik umno n sifasik umno ni tabiat mrk apabila bertemu org2 beriman mrk akan kata mrk beriman pd allah swt tapi apabila mrk kembali pd syaitan2@pemimpin2 mrk.mrk akan berkata sesungguhnya kami bersama kamu.kami hanya berolok2.dlm hati2 mrk ini ada penyakit lalu allah swt menambahkan penyakit mrk itu,dan mrk akan azab yg pedih.allah swt memperolok olokkan mrk n membiarkan mrk terombang anbing dlm kesesatan.allah telah mengunci akal hati mata n talinga mrk.si UMNO MUNAFIK n si UMNO FASIK adalah penghina HUKUM ALLAH swt@HUDUD pencerca sunnah Nabi Muhammad saw PEMBIAK KEMUNGKARAN ARAK JUDI HIBURAN2 ZINA RASUAH n PEROMPAK Hak Rakyat.Insyalllah kita tunggu pembalasan allah swt pd mrk2 ini.amin3x.sila rujuk tafsiran surah albaqarah.
Post a Comment