Khamis, 14 Januari 2010

MILIK SIAPAKAH WAJAH DALANG ITU.?


 Gambar sekadar hiasan.

Polis ada ‘wajah’ dalang bakar Gereja Metro Tabernacle

Diberitakan pihak Polis telah memperoleh maklumat berhubung dalang yang disyaki bertanggungjawab terhadap serangan di Gereja Metro Tabernacle di Taman Desa Melawati di sini, Jumaat lepas.

"Kita ada petunjuk mengenai wajah, (dan) fizikal mereka yang mungkin terlibat. Tetapi kita tak boleh dedahkan perkara ini kerana kita memerlukan masa untuk meneliti maklumat berkenaan,” kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, polis perlu membuat siasatan lanjut sebelum melakukan tangkapan untuk memastikan mereka yang diberkas benar-benar melakukan perbuatan terbabit.

Beliau berkata, kes pembakaran gereja disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya.

"Saya bagi amaran, jangan bermain dengan api. Mereka yang bertanggungjawab akan menerima hukuman,” kata Ismail. - Bernama

utusan online

DIHARAP PIHAK POLIS DAPAT MEMBERKAS PETUALANG DALAM KES MENBAKAR GEREJA INI DENGAN SECEPAT MUNGKIN BAGI MENTENTERAMKAN KEADAAN.

10 Comments:

YANG GAMBI said...

Abang Tuah, kawan setuju sangat dengan gesaan itu..... Kalau sudah jelas, bertindak segera jangan sampai ianya berlarutan.... nanti ada pula yang akan kata ini 'kambing hitam' UMNO......

Tanpa Nama said...

bukan ada yg kata, memang org dah kata ni keje UMNO. tp biasa la kan, org tu dah ckp dia lari kat US ke, kat turki ke, kekadang sampai berdarah mulut ngan tekak mengata org.
lepas tu mintak plak duit ehsan... ini mcm punya org pun ada.

10 BUDAK HITAM said...

Tidak kira Parti,agama dan bangsa...dedahkan! elakkan kekeliruan dan kacau bilau ni!

10SBH harap moga-moga ia bukan dilakukan oleh org Islam kita.Islam melarang perbuatan mcm ni...

------------------------------------------

Menjadi followers di blog 10sbh di http://10sibudakhitam.blogspot.com, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Tanpa Nama said...

syabas diucapkan kepada KDN yang bertindak pantas jika tidak dibendung boleh menjadikan huru hara negara dan orang politik berpentingan sentiasa memburukkan kerajaan.

Tanpa Nama said...

LAMBAT LAUN KENE CEKUP GAK MAMAT2 TU BROO. TAK KIRA LA SAPE MAMAT TU. YG PASTI HUKUMAN SETIMPAL HARUS DI KENAKAN!

Tanpa Nama said...

biasalah...pasti org yg kena tu "org2 cenderong kpd pembangkang"..dah tahu dah taktik UMNO ni...kompom punya lah...tak caya, tengok nanti...

hanizam said...

ala, memang begitu perangai pembangkang, ape yang kerajaan buat semuanya tak betul...yang baik, mereka je...

pada aku, tak kiralah sape yang buat onar tu, pastikan diberikan hukuman yang setimpal...kalau dapat siasat sape dalangnya, lagi bagus...dan seperti biasa, pembangkang akan kata UMNO yang buat...

biarkan mereka dengan labu-labunya...

Tanpa Nama said...

ala...macam lah org tak kenal ragam UMNO ni bang!! dia buat tapi yg kena tuduh org lain..biasa lah...sapa tak kenal UMNO...memang dari dulu lagi, org dah expert dan dalam kocek jer bang!! spt kata bidalan, UMNO baling batu sembunyi tangan....biasalah

kalau tak, masakan UMNO tak marah!!! kita tgk nanti...ha..ha..ha..

Tanpa Nama said...

Hakim Bee Lian Lau sepatutnya dilarang menghakimi kes ALLAH, Beliau bukan sahaja tak layak tapi kurang arif dalam Perlembagaan. Beliau pula kerap mengadakan kelas Bible dalam waktu lapangnya. Sila baca ulasan bernas dalam http://ninitalk.wordpress.com

Mohammad Roslan said...

Salam,
Kalau tak salah ada yang mengaku di Face Book?. Ini kerja budak-budak nakal yang gatal tangan...orang beriman pada Allah tidak akan lakukan perkara begini!.Wassalam

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online