Selasa, 12 Januari 2010

TERBUKTI JUARA RAKYAT MALAYSIA



MEMANG DIA SEBENAR-BENAR JUARA !!


Dialah juara rakyat Malaysia
Setengah abad membangunkan negara
Ya..!! diakui masih tidak semaju Korea Utara
Tapi kenapa dibanding kita dan mereka
Pesawat mereka mampu memintas askar Amerika
Semasa masih di era perang saudara

Ya..diakui masih jauh di belakang Jepun dan Cina
Tapi kenapa dibanding kita dan mereka
Yang dah menghasilkan senjata hebat luar biasa
Semasa masih di era perang dunia kedua.

Oh ya..hampir terlupa pula jiran kita
Benar dahulu Singapura kita punya
Kemajuan mereka usah dikira
Mereka LILIPUT tak sampai sehasta.

Korea bukan tandingan kita
Jepun bukan bandingan kita
Mereka sanggup mati berkerja
Mereka sanggup mati berusaha

Dimanakah kita ??
Dimanakah kita ??

Semasa perang dunia kedua
Rasanya masih berdengkor lena.
Bila di suruh bangun berusaha
Rezeki secupak tak jadi segantang katanya

Pemimpin negara tetap terus membela
Tapi kalau dah bangsa segan berusaha
Menagih dan merayu-rayu agar dibela
Tak mampu bertatih walau pun dah tua
Sampai bila pun tak akan berjaya.

Dialah juara rakyat Malaysia

Lebih mengutamakan rakyat jelata
Agar rakyat boleh mengumpul harta
Agar kereta Honda panjang berjela
Alhamdullilah..rakyat berkata
Kerajaan UMNO/BN memang baikkkk punyaaa !!
Dulu kami miskin kini dah kaya-raya

Dialah juara rakyat Malaysia

Memperjuangkan bebajikan paling utama
Kenaikan tol, petrol dan gula usah berkira
Kenaikan gaji/bonos kerajaan tak lupa
Gaji dah besar-besar belaka
Ramai yang dah berkereta Proton Waja.

Nek Cik dan Tok Cik juga ingin berkata
Itulah kerajaan UMNO/BN pilihan kita.
Janji kerajaan UMNO/BN pasti terkota
Pencen kami banyak macam berkerja
Bukan macam kerajaan pakatan gula-gula
Kampong Buah Pala pun nak dikasi rata

Dialah juara rakyat Malaysia

Setelah setengah abad kita merdeka
Nasib Rakyat harus terus dibela
Kerajaan terpaksa terus berusaha
Kerana Hasil cukai tu ciput sahaja
Kerajaan bijak melabor diluar negara
Wang negara jadi berlipat-lipat ganda
Million ke Trillion ringgit untungnya

Nak tanya..Itu semua untuk siapa..?

Pasti untuk rakyat juga
Kembali jua ke rakyat jelata
Kerana nak bagi rakyat terus ceria
Agar nasib rakyat terus terbela

Million ke Trillion ringgit untungnya
Itu semua untuk siapa..?

Nak bagi pendidikan untuk semua
Agar Abah Omak tersenyum gembira
Buku tek anak dapat percuma
Tak payah keluar wang poket mereka

Million ke Trillion ringgit untungnya
Itu semua untuk siapa..?

Banyak hospital besar telah terbina
Nak bagi kemudahan perubatan percuma
Beratus juta ringgit untuk ubat sahaja
Dilayan doctor dan nurse bagai anak raja

Million ke Trillion ringgit untungnya
Itu semua untuk siapa..?

Nak bagi elaun, subsidi benih dan baja
Agar pak tani dan pak nelayan hidup bahagia
Agar mereka tidak berduka
Kerajaan nak mereka juga jadi kaya.

Kini rakyat pandai berkata-kata
Kami bukan seperti dahulu kala
Kereta menjalar, bangalow bagai istana
Sekarang kami dah kaya..dah kaya. !!

Itulah berkat kebijaksanaan pemimpin negara
Bukan seperti kerajaan pakatan gula-gula
Yang hanya pandai menuduh sahaja
Yang hanya handal mengarang seloka

Dialah juara rakyat Malaysia

Rasuah tetap dibenteras sentiasa
Akan diteruskan sehingga berjaya
Pengamal rasuah mengigil semua
Pegawai SPRM tegas-tegas belaka

Dialah juara rakyat Malaysia
Demokrasi berparlimen amalan negara
Rakyat bebas memilih pemimpin mereka
Tapi rakyat Malaysia dah cukup dewasa
Rakyat Malaysia juga dah matang semua
Boleh menilai intan dan kaca
Pasti memilih yang boleh berjasa

Maka menangislah pakatan gula-gula
Berpuluh pilihanraya hasilnya hampa..
Kerana rakyat tak mungkin percaya
Pada Janji seloka penyedap telinga

Memang kerajaan UMNO/BN juara rakyat Malaysia

Juara membela rakyat tak kira bangsa
Juara memberi kesenangan pada semua
Juara mengubah hidup rakyat jelata
Dari melarat mejadi hebat ternama
Dari papa jadi kaya
Yang alpa kini berjaya
Yang buta huruf boleh membaca
Dari bodoh menjadi pendita
Yang dulu lemah sekarang perkasa

INILAH SIFAT JUARA RAKYAT
BUKAN SI NUAR SESUMPAH TERHEBAT
ATAU NIK AJIS PENCETUS SUMPAH LAHANAT


PUISI PENULIS BAGI MEMBIDAS PUISI DARI SEORANG PENGKOMEN BLOG TUAH. JADI UNTUK BERLAKU ADIL DAN DEMOKRATIK PENULIS SERTAKAN JUGA PUISI DIA WALAU PUN ADA KESUMBANGANNYA.

---------------------------------------

MEMANG DIA JUARA!!


Dialah juara rakyat
setengah abad menjaja pembangunan
tapi masih gagal memintas Korea
yang pernah sengsara oleh perang saudara
dan masih jauh di belakang Jepun
yang pernah lebur angkara bom atom
malah tidak pernah berjaya mendahului Singapura
yang dulu kita punya.


Dialah juara rakyat
mencipta darjat dalam hidup rakyat
yang kaya gila kuasa kumpul harta
yang miskin sengsara papa kedana
mereka diulit mimpi indah di banglo mewah
rakyat dibelit derita di teratak tua.


Dialah juara rakyat
memperjuangkan kenaikan tol, petrol dan gula
mereka kata kenaikan tidak membawa kesan
sedang kita setiap hari tercungap hampir pengsan.


Dialah juara rakyat
setengah abad merdeka
kemiskinan masih menjadi agenda
kerana mereka meratah segala daging untuk diri dan keluarga
dan kita hanya dapat sisa-sisa tulang yang tidak berguna


dialah juara rakyat
juara rasuah yang diketawakan dunia.
Dialah juara rakyat
yang tidak jemu-jemu mengubah cita rasa rakyat
rakyat suka parti A
mereka tukar parti B
mereka ubah pilihan rakyat
mereka hina minda rakyat


kerana mereka juara rakyat
yang tidak faham hati nurani rakyat.
Memang mereka juara rakyat
juara mengsengsarakan rakyat
juara menipu rakyat
juara yang mengubah rakyat


menjadi keliru, huru hara dan celaka.


INILAH RUPA BENTUK JUARA RAJA SESUMPAH TERHEBAT.....ke..ke.

22 Comments:

MC_Shaharul said...

yup mmg dia lah juara..juara rompak rakyat malaysia..malaysia nk maju mcm mane?cina n korea duk buat senjata..malaysia nie enjin jet ngn c4 pn blh hilang dari kem..kuikuikui..btl2 dialah juara..hehe..

Ali Abdullah said...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ali Abdullah said...

Salam abgtuah,

PR juara, BN kecundang...
Acara berganda, acara perseorangan, acara berkumpulan,
Makin dipuji makin galak semangat..
Hiduplah PR selaku juara...
dalam kotak kerajaan langit PKR, naik roket DAP untuk masuk ke sorga PAS. Indah itu fantasi, indah lagi jika jadi realiti.... jadi juara.

Malaysia tak macam korea utara yang gagah bersenjata, rakyat mereka digula-gulakan dengan peluru berpandu kuasa nuklear yang paling power. Mereka hebat, senjata mereka hebat. Tak perlu mengundi sebab pemimpin mereka umpama tuhan perang. Dunia luar rakyat mereka tak perlu tahu. Keluar sempadan gerenti kena tembak sampai mati. Mana Malaysia pun entah, rakyat merintih sedih nak pi melancong pun kat pinggir sungai jer.

Malaysia tak macam Singapura yang gagah berduit, rakyat mereka digula-gulakan dengan bermacam jenis hiburan yang paling mewah. Mereka hebat, duit mereka besar. Tak perlu mengundi sebab pemimpin mereka tak mungkin melayu dan beragama Islam. Suma nak duit. Nak pi kencing pun kena bayar sama harga satu teh tarik kat warong kampung. Pandu keta musti ikut kuota, hari2 tak leh. Gaya ni, ada Bentley pun tak guna. Pandu juga, lesen boleh kena gantung.

Malaysia pun tak macam China yang gagah berteknologi, rakyat mereka diberikan bermacam jenis kerja di kilang-kilang. Mereka hebat, roket naik pi langit tak payah guna DAP punya, Rakyat negara mereka paling banyak TV dan alat elektronik dalam dunia ini. Kalah Amerika. Tak perlu undi sebab pemimpin mereka sayang sangat2 kat fahaman fasis ideologi Karl Marx.

Syukur... syukur

AlhamdulillahirobbilAlamiiin....

Kita tak macam dunia mereka yang hebat. Bila hebat, enjin jet ngan c4 pun boleh jadi modal kempen. Rakyat Malaysia, rakyat yang baik. Lagi baik kalau ada rasa syukur. Itulah, dulu suruh hantar balik barang kerajaan, degil. Konon itu harta rakyat a.k.a bapak PAS punya. tup.. tup.. terbalik tayar empat2 pindah kat atas. Nasib baik tak mati. Percayala... ni lah azab yang tuhan tunjuk. Kat dunia lagi dah pindah kepala bawah kaki kat atas tengah jalan. Marilah kita semua bersama bersyukur dgn segala yang tuhan dah bagi. Ampunkan mereka yang dibutakan mata hati oleh politik sampai nak derhaka kat ulil amri. wassalam.

Tanpa Nama said...

SLM BRO..MAMAT TOPENG TU JUARA FITNAH..JUARA TOHMAH..JUARA KENCING..JUARA CUCI TONGKENG AL JUBURI..TU PSL AL JUBURI SYG SAMA DIA.

"RAKYAT DI ADUDOMBAKAN..EKONOMI DI PUNAHRANAHKAN"

KEHKEHKEH

MC_Shaharul said...

isu mende?korg perbaih duit rakyat,ingt duit bapak korg?bersyukur?ape erti bersyukur?nk bersyukur pd korg ker pd tuhan?sape2 klu memerintah dah mmg tanggungjwb dia la bg kpd rakyat,knp rakyat mesra bersyukur dgn korg?adoiyai bangangnye..mcm lu tuhan plak,ke nk mengaku jd rasul melayu plak nie?maklumla nk suruh org ikut korg jer,ikut sgala dakyah korg yg kata membela rakyat,cehh blh blah kencing rakyat lg ada..org lain sume salah,ooo...yeke...camtue..ye2 idup umno juara melahanatkn rakyat..

Tanpa Nama said...

hah..ha..ha... UMNO/BN juara ka??? memang juara dari dulu...juara apa? Juara MENIPU dan perabih duit rakyat... UMNO/BN memang juara :
1. memang juara : juara rasuah
2. memang juara : putar alam
3. memang juara : tak berhati perut
4. memang juara : juara memfitnah
5. memang juara : juara nak kekalkn kuasa
6. memang juara : songlap tanah
7. memang juara : juara songlap balak
8. memang juara : juara usus sudah busuk (kata TDM)
9. memang juara : juara double standard
10. memang juara : juara perasuah
11. memang juara : juara penyeleweng
12. memang juara : juara meletakkan semua bwh tapak kaki dia
13. memang juara : menindas negeri pakatan rakyat
14. memang juara : sebab semua agensi kerajaan dlm kocek dia
15. memang juara : juara ikan jerung lepas begitu saja
16. memang juara : juara meruntuhkan bangunan
17. memang juara : juara songlap enjin jet
18. memang juara : juara komisyen kapal selam
20. memang juara : juara tak iklas
21. memang juara : membazir duit rakyat
22. memang juara : juara projek byk tak jadi (PPSMI sbg cth)
23. memang juara : juara melanyak rakyat
25. memang juara : juara berebut jawatan
26. memang juara : juara hasad dengki
27. memang juara : juara menyerahkan pulau batu putih
28. memang juara : juara mengampu
30. JUARA ??? : AKAN TUMBANG...

ADA SAPA2 BOLEH SAMBUNG....???

Jeepers Creepers said...

syabas..pakatan memang juara ahli neraka

1)juara fitnah,
2)juara kencing rakyat,
3)juara maksiat,
4)juara rasuah,
5)juara melarikan anak orang,
6)juara peruntuh rumahtangga orang, juara peliwat,
7)juara jual tanah pada cina,
8)juara memutarbelit ayat al quran, juara mengkafirkan orang islam,
9)juara halalkan babi,
10)juara halalkan beer,
11)juara rampas tanah wakaf,
12)juara mencemarkan kesucian masjid,
13)juara menjemput orang kafir berucap dalam masjid,
14)juara menggalakkan orang kafir mempersendakan al quran,
15)juara tindas orang melayu,
16)juara robohkan dewan,
17)juara susahkan anak kecil,
18)juara bercerai,
19)juara kahwin lari,
20)juara rasuah kek hari raya,
21)juara rasuah anak menantu,
22)juara rasuah lembu korban,
23)juara pijak kepala lembu,
24)juara menteri besar bodoh macam lembu,
25)juara menteri besar ikut telunjuk komunis,
26)juara menteri besar keluarkan kenyataan menipu rakyat,
27)juara menteri besar memutarbelit ayat al quran untuk politik sendiri,
28)juara gila duit royalti,
29)juara kroni sendiri,
30)juara mendivert kes mahkamah,
31)juara membenarkan nama Allah digunakan oleh orang kristian,
32)juara korner baring 360,
33)juara bercakap berapi api tapi keje tak jalan,
34)juara politik siang malam menghabiskan duit rakyat,
35)juara suka mengadakan pilihanraya kecil,
36)juara merobohkan kampung orang,
37)juara merampas tanah orang,
38)juara menghina negara,
39)juara membela hantu altantuya,
40)juara mebela hantu ben hok
41)juara penyeleweng
42)juara hati busuk
43)juara bina kuil di tempat orang islam,
44)juara bina tokong buddha dari masjid di kelantan,
45)juara konon nak buat hudud tapi tak berani
46)juara khalwat
47)juara bina kandang babi dikampung melayu
48)juara pakai skirt di masjid,
49)juara adun berbogel
50)juara seks bebas

"Minum Beer Anda Jadi Sihat Dan Kuat"

Tagline ini dibuat oleh Ronie Liu, ahli pakatan syaitan

Tiga Pemimpin Agung Pakatan Syaitan

Firaun Nik Aziz,
Maharaja Guan Eng,
Sultan Anuar Mangkat Dipijak

Syabas kepada mereka bertiga

Tanpa Nama said...

UmNOoo juara rakyat???.Lawak-lawak....BAKAL dinobatkan juara lawak pada abad ini.KAH KAH KAHhhh.kahkahkah....

Yb Raz said...

lagi lawak kalau pakatan juara rakyat. punya lawak bodoh sampai tak layak masuk raja lawak..memang tersingkir terus sebab langsuntak berguna hahaha..

Tanpa Nama said...

syabas yb RAZ..

anda memang hebat mereka reka 30 awak kasi 50 hehehe...

pada puak juak yang tak mengenang budi..yang boleh dipanggil bangsat..

memang dah tanggungjawab kerajaan membela dan membangunkan negara..

tapi kalau kerajaan dah melaksanakan tugas dan taggung jawab dengan sebaik mungkin kenapa puladikatakan masih tak elok..

ditomahkan..di fitnahkan..diremehkan..dilahanatkan..

tak salah berterima kasih pada maknusia dan bersyukor pula pada tuhan

patutlah setiap kali aku membantu dan menolong puak juak ni mereka tak pernah mengucapkan terima kasih

ini semua ajaran sesat keparat lahanat TOK GURU giler tulah

itu jelas menunjukan pau juak ni dah beragamakan politik sesat

Tanpa Nama said...

PAS..???

MEMANG SIAL..TAK BERGUNA

Tanpa Nama said...

anon 12.10.15

pkr juara liwat.

Tanpa Nama said...

Masuk dalam bakul angkat sendiri....itulah juara rekyet umNGoK.

Tanpa Nama said...

macam mane malaysia nak maju macam negara cina dan korea yg diperkatakan oleh mc shaharul...perangai rakyat malaysia ni pemalas macam kau tu le...semua benda nak mintak sabsidi,naik gula 20sen macam mati mak bapak kecoh sedunia....yg tahu hidup kau makan upah kominis utk jatuhkan kerajaan, lepas tu kau heboh kata kerajaan kejam pd rakyat,sebenarnya puak2 kau org yg buat...sokong yahudi utk jahanamkan islam,org macam kau ni kerajaan buat lah sebaik mana pun kau memang tak nampak sebab urat saraf kau dah penuh dgn najis syaitan.....pergi jahanam dgn puak puak kau, ampulah puak puak yahudi tu semoga kau bersama mereka kekal dlm neraka jahanam.....

Tanpa Nama said...

Aduhai Anon 19:11

Awak kata gula naik 20 sen dah gila rakyat...??? inilah sikap UMNO/BN...dia bukan kira pun, dia nak naikkan gula (barang kawalan) ikut suka dia jer...(alasan biasalah, gula di malaya msh murah berbnding negara jiran)...bodoh punya alasan...aku harap, engko yg takbur lah...org bukan kesah sgt naik 20 sen, tapi yg jadi mslhnya, perkara dan bahan yg berkaitan dgn gula akan naik, naik dan terus naik..mana ada yg dah naik akan turun...!!(melainkan UMNO/BN akan turun nanti, isyalh)yg akan sampai mencekik darah org ramai...dah lah tu, apa tindakan Kementerian Hal Ehwal Pengguna...gertak sana, gerta sini adalah...peniaga makin kaya, rakyat terus papa kedana...itu mslhnya, engko ni jgn jd bangang sgt...inilah PERANGAI JUARA RAKYAT KITA...
Ataupun engko ni memang peniaga yg memang tamak haloba mcm UMNO penjilat tahi...atau engko ni gaji RM 10,000.00 keatas,idur atas duit atau engko tidur atas duit...atau engko memang egen broker Yahudi yg kaya raya...? huh! berlagak jer lebih...
Tu lah UMNO, dlm sebok2 kata dialah JUARA RAKYAT, dlm diam rakyat kena SIAT....kesian rakyat memanjang jer le kena tipu kat UMNO ni...lurus bendul betul...beruk pun tau UMNO suka tipu orang....

Pelik gak...sekarang UMNO/BN asyik2 guna perkataan RAKYAT...Tiru PAKATAN RAKYAT ker??? cari lah idea lain bro!!! semua nak meniru...tak macho la...


UMNO JUARA????...Ya UMNO JUARA...JUARA MEMBANGANG KAN RAKYAT....

Tanpa Nama said...

Alahai...ada orang UMNO sendiri pun malu nak ngaku bhw UMNO JUARA rakyat...tak ada rasa apa2 pun...
kalu takat buat itu, buat ini, bagi sana, bagi sini, kasi itu, kasi ini dan sbgnya..itu bukan JUARA..tapi itu TANGGUNGJAWAB YG TELAH DIAMANAHKAN....seolah2 nak ungkit2 pulak..umpama bapak menyediakan semua keperluan si anak, adakah itu dinamakan si bapak sbg JUARA..si bapak tak leh nak ungkit2 apa yg dibuat..dah memang jadi tanggungjwb dia..(.ngok betullah UMNO ni..makin terdesak puak2 ni nak ambil hati rakyat, tp rakyat buat dono jer...)
org tak pertikai pembangunan yg dibuat kerajaan..tapi yang ditertawakan dan dipertikaikan adalah SIKAP DAN SIFAT pemimpin UMNO itu...sikap membazir2, sikap mementingkan diri sendiri, sikap menyeleweng, sikap rakus, sikap perasuah, sikap dendam, sikap hasad dengki, sikap membuli rakyat, sikap mementingkan kuasa dan jawatan, sikap tamak haloba, sikap pilih kasih, sikap tidak menghormati undang2, sikap membodohkan rakyat, sikap pemfitnah, sikap membuli rakyat, sikap hipokrit, sikap mazmumah yg lain...itu yg rakyat benci sebenarnya pd UMNO..bukan soal dia membangunkan negara...ada faham ka??? pembangkang pun buat pembangunan kan!!! jadi bila UMNO kata dia JUARA RAKYAT, rakyat akan nilai sikap dia macamana??? huh!! lbh byk keji dr pujinya...sebab tu rakyat perlekeh jer slogan UMNO JUARA RAKYAT, dan kadang2 plak mempersendakan plak spt UMNO JUARA MENIPU RAKYAT.....umno tidak boleh marah....memang itu hakikatnya sikap dan perwatakan pemimpin UMNO kan? sebab tu program ini sebenarnya akan membuka ruang seluas2nya utk Pembangkang mempersenda dan memperlekehkan awak...tak caya lihat nanti...carilah idea lain bro!!

Tanpa Nama said...

DA TAHU GULA NAIK..

GI BERNIAGA TEH TARIK LAH..

TENTU UNTUNG LA..

APA PUNYA HOTAK..

Hang Jebat said...

salam Abg Tuah.

Sajak untuk abg Tuah ku.

MEMANG DIA SEBENAR-BENAR JUARA !!


Dialah juara rakyat Malaysia
Setengah abad membangunkan negara
Setiap langkah untung dikira,
Harga seribu, dinaikan sejuta,
Bila lagi nak merasa,
Rakyat pula di beri sisa.


Ya..diakui masih jauh di belakang Jepun dan Cina
Tapi kenapa dibanding kita dan mereka
Pemimpin mereka mengutamakan negara.
Pemimpin kita pula gila harta.
Khazanah negara mereka yang punya.
Rakyat pula menjadi mangsa.


Korea bukan tandingan kita
Jepun bukan bandingan kita
Tapi tak apa , rakyat semuannya buta,
Bila barangan naik harga,
Minyak naik harga,
Gula naik harga,
Kita bandingkan harga dengan mereka.
Itulah alasan pemimpin nista.

Dimanakah kita ??
Dimanakah kita ??

Adakah masih berdengkor lena.
Adakah kita masih mahu diperkuda.
Butakah kita.
Melihat kerangkusan dan keangkuhan mereka bermaharajalela.

Pemimpin negara tetap terus menjadi pemangsa
Tapi kalau dah bangsa masih lagi buta
Menagih dan merayu-rayu agar dibela
Tak berani berubah walau pun dah tua
Sampai bila pun beginilah kita.

Dialah juara rakyat Malaysia

Lebih mengutamakan harta dan kuasa
Agar boleh mengumpul harta
Agar kereta Honda panjang berjela
Alhamdullilah..mereka berkata
Kerajaan UMNO/BN memang baikkkk punyaaa !!
Dulu kami miskin kini dan selamanya.

Dialah juara rakyat Malaysia

Memperjuangkan kebajikan paling utama
Kenaikan tol, petrol dan gula usah berkira
Fahamilah betul – betul slogan kita,
Rakyat didahulukan.
Maksudnya rakyat yang tanggung dulu, baru kita.

Nek Cik dan Tok Cik juga ingin berkata
Itulah kerajaan UMNO/BN pilihan kita.
Menipu rakyat setiap masa.
Mereka ingat negara ini mak bapak mereka yang punya
Rumah mereka mengalahkan istana.
Rumah kita masih lagi beratap rumbia.


Nak tanya..Itu semua untuk siapa..?

Pasti untuk pemimpin negara
Sisa jua ke rakyat jelata
Kerana nak bagi rakyat terus ceria
Agar rakyat merasa dibela

Million ke Trillion ringgit untungnya
Itu semua untuk siapa..?

Nak bagi kepada isteri – isteri mereka,
Agar pasangan tersenyum gembira
Dapat berbelanja diluar negara.

Million ke Trillion ringgit untungnya
Itu semua untuk siapa..?

nak bagi pada kroni – kroni mereka.
kerena berhempas pulas menutup busuk mereka.

Million ke Trillion ringgit untungnya
Itu semua untuk siapa..?

Nak bagi elaun, subsidi benih dan baja di musim pilihanraya ,
Agar pak tani dan pak nelayan menyokong mereka
Agar mereka kekal berkuasa.

Kini rakyat pandai berkata-kata
Kami bukan seperti dahulu kala
Pilihanraya Raya ke 12 BN merana.
Pilahanraya akan datang pasti binasa.

Dialah juara rakyat Malaysia

Rasuah tetap dikekalkan
Kalau tidak kuasa binasa.
Pengamal rasuah tersenyum semua
Pegawai SPRM boleh dipergula.

Dialah juara rakyat Malaysia
Demokrasi berparlimen amalan negara
Rakyat bebas memilih pemimpin mereka
Tapi rakyat Malaysia dah cukup dewasa
Rakyat Malaysia juga dah matang semua
Boleh menilai intan dan kaca
Pasti memilih yang boleh berjasa

Maka menangislah BN.
8 pilihanraya hasilnya hampa..
Kerana rakyat tak mungkin percaya
Pada Janji seloka penyedap telinga

Hang Jebat said...

sambungan sajak.

Memang kerajaan UMNO/BN akan tumbang jua.

Rakyat sudah sedar segala.
Rakyat sudah tidak buta.
Pilihanraya raya yang mendatang akan sampai jua.
Rakyat berhajat mengapankan mereka.

poket kosong. said...

kalau lah Pak Nuar tu dianggap juara, buat apa mempertahankan penggunaan nama ALLAh olh golongan bukan islam. jika ditanya bersetuju atau tidak, maka jawapan yang diberi tentunya 'tidak setuju/membantah' dan tidak pula sependapat dengan pemimpin yang diagung-agungkan. walhal sebelum ini cukup baik dan bersekongkol dengan perosak negara yang hanya tahu menjajah minda rakyat. tidak perlu senjata berbahaya untuk membunuh org melayu. senjata pemusnah melayu disini sudah terang lagi bersuluh dan tidak keterlaluan adalah Pak Nuar.

pihak yang membuat tuntutan itu seharusnya menarik balik tuntutan itu kerana isu ini begitu menyentuh perasaan masyarakat islam negara ini. perlu diambil kira landskap masyarakat di malaysia walaupun undang-undang telah memutuskan perkara ini.

apa yang jelas, pernyataan undang-undang tidak dapat menyelesaikan masalah ini kerana ianya bukan satu faktor terbaik dalam menjaga emosi dan keharmonian serta kerjasama dari masyarakat islam negara ini.

Tanpa Nama said...

Hang Jebat..

Sajak U memang hebat bro!!! tepat kena kepala hotak UMNO/BN....tembak lg bro, biar mrk mampos...

Tanpa Nama said...

Assalamualaikum..sebagai pembuka bicara..apa yang ingin saya ketengahkan,mengapa kita bangsa Melayu yang mengaku beragama Islam mesti berbalah sesama sendiri?usahla kita jadikan perbezaan ideologi ini sebagai penghalang persaudaraan sesama muslim.untuk pihak kerajaan, berusahalah untuk memperbaiki sebarang kesilapan, mendengar rintihan, memulihkan negara,bangsa dan agama. untuk pembangkang pula..perlula sedar,negara sedang di dalam peringkat asimilasi pembangunan dan sahsiah.bersabarla...jikalau sume orang cakap betul,siapa pula yg salah?seharusnye die muhasabahkan diri sendiri,adakah kita betul sebelum kita memperbetulkan org lain..usahlah gajah di depan mata xnampak,kuman seberang sana yg kita lihat..usahlah bandingkan Malaysia dengan negara lain.masing-masing punya kelebihan,keunikan dan kekurangan mereka tersendiri.renungkanlah dalam diri..mampukah kita berdiri...dengan mulut basah mencaci...hingga zikir x di dengari.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online