SESUMPAH...
BILA ORANG MENYEBUT SESUMPAH ATAU CHAMELEON TENTU FIKIRAN KITA TERGAMBAR SEEKOR BINATANG YANG BOLEH MERUPA-RUPA DAN MENUKAR WARNANYA MENGIKUT KEADAAN PERSEKITARAN DAN SELALUNYA BERGAYUT DI DAHAN-DAHAN POKOK.
PERNAH TAK TERGAMBAR OLEH KITA BAGAIMANA PULA RUPA SEORANG MAKNUSIA YANG BOLEH BERTUKAR-TUKAR WATAK DAN PENDIRIAN MENGIKUT KEPENTINGAN DAN KEUNTUNGAN..
PENULIS HENDAK MEMBAWA PEMBACA SEKELIAN KE ALAM MISTIK DIMENSI KETIGA DIMANA SEORANG MAKNUSIA YANG MAMPU BERSIFAT SEDEMIKIAN RUPA.
JENG..JENG...JENGGGG..KENAPA TAK PERCAYA..!!!
RUPA DAHULU.
RUPA SEKARANG
How to Expand Your Business with UCaaS
Setahun yang lalu
15 Comments:
Salam,
Bukan sekarang dia ini menjadi Camelon...dari dulu dia berperangai macam itu...jumpa Cina dia cakap begini...jumpa India dia cakap begitu...bila dia jumpa Melayu dia kata Cina dan India tak boleh pakai..Inilah Anwar kalau tak caya tanya Datuk Nalla...kawan baik main tenis dia...hahaha!.Wassalam.
Semua orang kata dia nie lidahnya bercabang cabang. Kenapa agaknya ?
KOT BETUL KOT.
Jangan marah nooooooo
Dah memang jelas nak kata apa lagi.........
SLM BRO..DIA NI SPESIS SESUMPAH MKN DIRI KOT. YE LAH TAK LAMA LG DIA NAK BERSARANG KAT SG. BULOH! KEKEHKEHKEH
Tapi ada lagi satu SESUMPAH bro...
dia ni lagi hebat dan putar alam punya orang yg tersohor....hari ini kata semua rakyat disayangi dan didahulukan....esok2nya rakyat ditenyehnya....hari ini kata kita hormati agama lain sbg rakyat 1 Malaya, alih2 esok gereja kena "bom" gak....hari ini kata rakyat diminta bertenang, alih2 esok kata kita tiada kuasa nak halang demo, hari ini kata itu, esok pasti tukar lain...sapa dia? dialah bapa 1 Malaya....kerana apa? kerna POLITIK SESUMPAH....
2 X 5 jer dgn UMNO..putar alam tersohor...malahan SESUMPAH dia lagi mengasyikkan dlm menipu org....lunak tapi penuh racun...hati2 dgn bapak 1 malaya dan konco2nya....
INI ADA PANTUN SELOKA SESUMPAH TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN BRO...
TAJUK : Dialah Juara Yang Jadikan Rakyat Kian Celaka
MEMANG DIA JUARA!!
Dialah juara rakyat
setengah abad menjaja pembangunan
tapi masih gagal memintas Korea
yang pernah sengsara oleh perang saudara
dan masih jauh di belakang Jepun
yang pernah lebur angkara bom atom
malah tidak pernah berjaya mendahului Singapura
yang dulu kita punya.
Dialah juara rakyat
mencipta darjat dalam hidup rakyat
yang kaya gila kuasa kumpul harta
yang miskin sengsara papa kedana
mereka diulit mimpi indah di banglo mewah
rakyat dibelit derita di teratak tua.
Dialah juara rakyat
memperjuangkan kenaikan tol, petrol dan gula
mereka kata kenaikan tidak membawa kesan
sedang kita setiap hari tercungap hampir pengsan.
Dialah juara rakyat
setengah abad merdeka
kemiskinan masih menjadi agenda
kerana mereka meratah segala daging untuk diri dan keluarga
dan kita hanya dapat sisa-sisa tulang yang tidak berguna
dialah juara rakyat
juara rasuah yang diketawakan dunia.
Dialah juara rakyat
yang tidak jemu-jemu mengubah cita rasa rakyat
rakyat suka parti A
mereka tukar parti B
mereka ubah pilihan rakyat
mereka hina minda rakyat
kerana mereka juara rakyat
yang tidak faham hati nurani rakyat.
Memang mereka juara rakyat
juara mengsengsarakan rakyat
juara menipu rakyat
juara yang mengubah rakyat
menjadi keliru, huru hara dan celaka.
INILAH RUPA BENTUK JUARA RAJA SESUMPAH TERHEBAT.....ke..ke..ke..
panas oooooo!!!
(Umno seperti kereta Juara yang gagal menjadi juara di jalanraya)
TAK LAIN INI TT DAH MENGAMUK...
Abang Tuah, kalau ada rakyat merasakan mereka menjadi celaka kerana UMNO.......itulah manusia yang sememangnya hati-hati yang telah gelap.... tunggulah kecelakaan sebenar yang akan puak-puak ini terima kerana tidak pernah bersyukur.......
Chameleon berupa manusia ini, hari Jumaat dia jadi Khatib baca khutbah, hari Ahad dia jadi Paderi di gereja...... tukang ampun dosa-dosa manusia...... dosa sendiri boleh jumpa TGNA.....
Yang Gambi
Hah..tengok bila dicuit sikit jer, pandai plak marah dan mengamuk puak2 UMNO bebal ni...tahu plak marah kat org...tapi dia mengutuk,memfitnah, menghasut, mengeji org lain tak apa...kamu ni agama apa? atau kamu ni tak baca Quran kot, yg kamu baca Bible kot..betullah kata org, bila kita tamak kuasa dan tidak mengikut ajaran agama yg sebenar, maka akan lahirlah org2 penghasut dan pemfitnah spt awak dan rakan2 awaak..sedarlah bro, kalau org nak kutuk/tulis ttg keburukan UMNO ni tak cukup 1000 rim kertas bro...cukup..itulah kenyataannya...engko jer yg perasan mcm malaikat namun hakikatnya mcm setan wal iblis
kita tengok lah nanti...hasil siasatan dan suspek yg ditahan bom gereja adalah penyokong PAS, atau PKR atau persatuan NGO pro pembangkang...Nah!!! inilah yg kita dpt rasakan kini...bukan satu dua kes mcm ini berlaku...dah byk kali dah...org lain yg buat, pembangkang yg kena!!! biasalah kan Abang Tuah...
SKANDAL SEKS GADIS 16 TAHUN DENGAN VVIP SABAH?
Oleh: SALMAN HALIM
GEMPAR dan mengejutkan! Seorang VVIP yang berpangkat Menteri Kanan di Sabah disahkan terlibat dengan Skandal Seks Gadis Bawah Umur (16 tahun) yang kini disimpan di Utara Sabah.
“Keluarga mangsa telah dipujuk agar merahsiakan perkara ini dan sejumlah wang telah dibayar kepada bapa mangsa kerana VVIP berkenaan akan berkahwin dengan ‘gadis’ tersebut setelah mendapat kebenaran berpoligami daripada isterinya,” ujar Zainal yang merupakan keluarga terdekat mangsa berkenaan.
Zainal menegaskan, VVIP berkenaan sering melawat keluarga mangsa dan membawa mangsa ke sebuah resort untuk bertemu dan menjalinkan hubungan secara sulit sejak mangsa berusia 15 tahun yang kini telah berhenti sekolah.
“Kita cuba menghalang tetapi oleh kerana keluarga mangsa tertekan semata-mata kerana kuasa dan pengaruh VVIP tersebut, maka mereka terpaksa merelakan anak gadis mereka menjalinkan hubungan terlarang dengan VVIP tersebut,” ujar Zainal yang berjanji akan menyerahkan gambar VVIP bersama gadis tersebut agar tindakan tegas diambil terhadap VVIP yang sering memangsakan gadis bawah umur.
Mengikut Undang-Undang, hubungan seks VVIP dengan gadis berkenaan dikategorikan sebagai ‘Statutory Rape’ dan diperuntukan di bawah seksyen 375 (e) dan (g) Kanun Keseksaan yang menyebut;-
“with her consent, when, at the time of giving such consent, she is unable to understand the nature and consequences of that to which she gives consent”
“With or without her consent, when she is under sixteen years of age.”
EKSKLUSIF: ISU KALIMAH ALLAH DAN BAKAR GEREJA, BLOGGER KARAT UMNO GILA MEROYAN CUBA GUNA VIDEO LAMA ANWAR!
Isu khalimah Allah yang sepatutnya ditangani dengan baik oleh Kerajaan UMNO BN nampaknya gagal dilaksanakan oleh mereka. Susulan tindakan mahkamah yang membenarkan penggunaan nama tersebut dalam sebuah akhbar Kristian (Herald) baru-baru ini, maka kini kekecohan terus berlaku seolah-olah negara ini berada dalam keadaan huru-hara. Walhal sebaliknya, yang bagai "cacing kepanasan" dan "gila meroyan" siang dan malam tentang isu mainan UMNO ini adalah puak-puak mereka sendiri. Media arus perdana pula memainkan peranan penting untuk menimbulkan lebih banyak provokasi dimuka hadapannya, agar rakyat berada dalam ketakutan seolah-olah negara sedang diancam pergaduhan kaum yang amat ditakuti selama ini. Puak-puak UMNO karat pula kini semakin ghairah menimbulkan berbagai isu yang kita sendiri tahu dari mana puncanya. Isu kebakaran gereja yang menjadi-jadi sekarang ini juga dikatakan merupakan skrip yang telah dicipta oleh puak-puak mereka sendiri. Biarpun ia dinafikan, tetapi rakyat dapat melihat dengan jelas rentetan adengan ini sebenarnya. Bermula dengan kegagalan kerajaan menukarkan hakim bicara kes khalimah Allah yang kemudiannya mengundang kemarahan "olok-olok" puak-puak mereka. Hinggalah kepada berlakunya demontrasi di Masjid Negara oleh NGO yang bertopengkan UMNO kononnya marah dengan isu ini. Juara rakyat ini semakin berani melakukan berbagai tindakan yang amat memalukan.
Mereka mula melatah dan membuat berbagai tuduhan juga kepada pemimpin Pakatan Rakyat. Kononnya pemimpin Islam dalam PAS dan PKR tidak sensitif dengan isu ini. Malah, langsung tidak menunjukkan minat untuk "berdemo" seperti yang dilakukan mereka. Malah mereka terus memberontak biarpun Mahkamah Rayuan telah menerima penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. Anehnya, puak-puak ini terus mengelirukan rakyat seolah-olah berlaku kekecohan di sana sini. Walhal, kita semua tahu bahawa itu semua adalah lakonan yang sengaja dibuat-buat oleh puak-puak yang marah dengan isu ini. Mengikut logik akal, mana mungkin penyokong Pakatan Rakyat akan bertindak demikian sedangkan mereka langusng tidak mengambil kisah apa yang berlaku. Malah, rakyat masih hidup aman damai dan tiada berlaku kekecohan seperti yang dilaporkan. Hanya, kekecohan "ciptaan UMNO" sahaja terus menjadi-jadi sekarang ini. Puak-puak ini mahu perbalahan kaum tercetus dan akhirnya negara ini diisytiharkan berada dalam keadaan darurat. Mudahlah untuk kerajaan UMNO melakukan strategi untuk merampas kembali negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat terutamanya Selangor Darul Ehsan. Puak-puak blogger upahan UMNO juga semakin rakus memutar belitkan fakta dan membuat tohmahan kepada pemimpin Pakatan Rakyat. Malah ada yang tergamak meletakkan gambar salib pada gambar muka pemimpin Pakatan Rakyat.
Inilah dia imej blogger Panglima Perang Cyber pembela UMNO itu
Paling melucukan ada pula blogger terhandal puak-puak UMNO, yang dikenali Panglima Perang Cyber telah mengeluarkan video kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Menteri Pertanian pada tahun 1984 dulu. Video yang kononnya Anwar tidak menyokong nama Allah digunakan oleh orang bukan Islam. Bagi mereka video itu menunjukkan Penasihat PKR itu hipokrit tentang isu ini dan suka bermuka-muka. Nampaknya kini semua fail-fail lama dibuka oleh puak-puak mereka bagi menunjukkan kononnya mereka yang lebih mendepani isu ini. Walhal, rakyat sebenarnya lebih bijak menilai siapakah sebenarnya disebalik dalang isu khalimah Allah dan bakar gereja yang sedang hangat diperkatakan ini. Amat aneh bagi kita bila puak-puak blogger UMNO ini menggunakan fail-fail lama untuk menjatuhkan nama pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya Anwar Ibrahim itu. Bukankah video dan kenyataan yang dipaparkan itu adalah ketika Anwar masih dalam kerajaan UMNO dan BN dulu. Makanya kita tidak hairan kenyataan itu langsung, apa yang penting kini Anwar sudah insaf dan kembali bersama perjuangan rakyat.
MASA TU ANUAR UMNO..
TAPI DIA SEORANG AJE YANG BERPERANGAI ANEH DAN PELIK..
YANG LAIN NORMAL
KAH KAH KAH ..
Bro Tuah..Sesumpah tahu ke jantan betina sebelum berjubo?ke semua dia belasah?kahhhhhh
UNNO,sesumpah yg patut dsumpah oleh smua rakyat malaysia.kerana,kononnya RAKYAT DI DAHULUKAN,PENCAPAIAN DI UTAMAKAN.padahal,rakyat yg didahulukan tu,bmaksud rakyat yg ptama mesti disusahkan.pencapaian yg di maksudkan tu,keroni UMNO dan BN yg berjaya capai apa yg dmaksudkan mencekik darah rakyat.fikirkanlah,jangan jd hang tuah,yg tpaksa menikam hang jebat hanya kerana taat setia pada pemerintah yg tidak adil.
Post a Comment