Khamis, 7 Januari 2010

TAK HABIS-HABIS PAS DENGAN AGAMA SAMAWINYA...?



Penulis hendak bertanya kepada PAS apakah madsud mereka menyamakan agama Yahudi dan Kristian sekarang dengan agama Samawi.


CUBA BACA PENJELASAN DI BAWAH..

Allah berfirman: " Innad Diina 'indallaahil Islaam" (sesungguhnya agama yang benar disisi Allah adalah Islam). Dengan pernyataan Allah dalam ayat tersebut, kita harus menyedari bahawa sejak manusia pertama (baca nabi Adam as sampai nabi Muhammad saw hanya Islam (Selamat).

Yahudi bukan agama samawi tapi agama seorang tokoh yang sesat atau menyeleweng dari agama nabi Musa dan Harun, yang bernama Yahuda, demikian juga dengan Nasrani bukan agama samawi tapi agama seorang tokoh yang sesat atau menyeleweng dari pengikut nabi Isa bin Maryam.

Hal ini dapat saudara lihat dalam surah Al Baqarah: " Apakah kamu (hai orang Yahudi dan Nasrani) mengatakan bahwa Ibrahim, Ismail, Ishak, ya'kub dan anak cucunya adalah penganut agama Yahudi dan Nasrani? Katakanlah (hai Muhammad) Apakah kamu yang lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya? Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan" (QS. 2, 140).

Lihat juga ayat ini: " Walan tardha 'angkal Yahudu wan Nashara hatta tattabia millatahum" (Tidak akan merasa senang orang Yahudi dan Nasrani hingga kamu mengikuti kebiasaan mereka).

Dengan demikian jelaslah bahawa ada kekeliruan jika ada orang yang berkata bahwa agama Yahudi dan Nasrani juga termasuk agama Samawi (agama langit). Sesungguhnya agama apa saja selain agama Islam bukan agama Samawi.

Kalau ada yang menulis atau mengatakan bahwa Yahudi dan Nasrani agama Samawi, ia merupakan hanya sebagai ikut-ikutan sahaja atau adat kebiasaan bukan secara ideologi atau filosofi.

17 Comments:

Tanpa Nama said...

Memang benar kata Saudara, setelah ALLAH S.W.T menurunkan Al-Quran dan Islam, maka semua Agama Samawi terdahulu dari Islam telah diangkat semula bersama-sama Injil, Taurat, Zabur. Maka semuanya telah "null & void" kecuali Islam dan Al-Quran.

Dalam Al-Quran jelas menyatakan peristiwa tersebut dan orang-orang Yahudi, Nasrani kini menggunakan kitab mereka yang korup. Tidak ada lagi Injil, Taurat maupun Zabur.

Bagaimana "Ularmak" terutamanya DSAI (yang menampilkan diri sebagai Ularmak) mengatakan ada perkataan "ALLAH" dalam Injil, Taurat maupun Zabur sedangkan kesemuanya telah diangkat kelangit oleh NYA dan Islam adalah sebagai Ad-Din untuk semesta alam.

Syaitan dan Ularmak yang menyelewang ada diberi peringatan akan wujudnya mereka dalam Hadith & Al-Quran dan mereka tidak akan jemu menyesatkan anak ADAM.

Jo said...

Oleh kerana itu boleh lah ulamak yang kata kristian yg. di bawa oleh Pakiam adalah Ugama Samawi...mak boleh lah pemuda-pemuda pas kawin dengan anak-anak pengikut pakiam.. Juga apa yang mereka sembelih bagi hadi Awang buat kari..

AbgTuah said...

HEHEHE..TEPAT TU JO..

AbgTuah said...

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biar pun dari segi hukum membenarkan agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah itu.

APA SAMAWINYA NIK AJIS OII..

poppiapap said...

Ulamak2 PAS yg 2,3 ekor tu, fikiran mmg tak saintifik langsung. Cubalah berfikir lojik sikit. Mmg betul mcm kata Jo tu, suruh Hadi dan Nik Ajis buat kari ayam yg sembelih dek puak2 kristian yg dia kata agama samawi tu. Ckp langsung tak mau brfikir! Itu semua sbb akal fikiran dh tertutup kerana byk sgt memikirkan jumlah kerusi dan cita2 besar nk perintah MALAYA!!

Tanpa Nama said...

SLM BRO..KLU AGAMA SAMAWI DLU TU NAK DI SAMAKAN DGN FAHAMAN PAS AKU MMG STUJU 200%!!. SKRG NI PUN PUAK ERDOGEN DH KEMUDI PAS KE ARAH TU KEHKEHKEH

Darth Anwar said...

Kpd kawan-kawan penyokong UMNO perlu berhati-hati dlm isu agama samawi:

Pertama: Istilah "Agama Samawi" adalah ciptaan manusia. Bukan terbit drp Al-Qur'an dan Hadis. (Kalau saya terlepas pandang mana-mana hadis, sila tunjukkan)

Kedua: Yang paling hampir dengan istilah samawi yang dirujuk dlm Al-Qur'an dan Hadis adalah istilah "Ahlul Kitab" (termasuk Islam). Terpulanglah sekiranya ada pihak2 yang ingin men-sinonim-kan istilah "ahlul kitab" dan "agama samawi".

Ketiga: "Ahlul Kitab" merujuk kpd semua penganut Kristian dan Yahudi dulu dan skrg, TERMASUKLAH yg berpegang kpd kitab2 yg SUDAH diselewengkan. Syarat utk diiktiraf mereka sebagai ahlul kitab adalah terdapat mana-mana institusi agama mereka (Gereja, Sinagok, atau lain2) yg mengatakan mereka beragama Kristian atau Yahudi.

Keempat: Ada pihak yg mengatakan bahawa ahlul kitab hanya merujuk kpd penganut Kristian dan Yahudi sebelum kitab mereka diselewengkan. Ini pendapat yang SALAH.

Kelima: Kalau maksud "ahlul kitab" dlm Al-Qur'an dan Hadis hanya merujuk kpd penganut sebelum kitab2 mereka diselewengkan, maka hukum yg membolehkan sembelihan ahlul kitab dimakan oleh orang Islam, dan hukum yg membolehkan lelaki Islam berkahwin dgn wanita ahlul kitab, adalah sia-sia. Ini adalah kerana Orang Yahudi sudahpun mempertuhankan Uzair dan orang Kristian sudahpun mempertuhankan Isa RATUSAN tahun sebelum Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan. Tidak mungkin Allah dan Rasul menurunkan hukum yang sia-sia - yang tidak boleh dilaksanakan langsung sejak dari kelahiran Nabi lagi.

Keenam: Kesimpulan drp no. lima di atas, maka hukum keharusan lelaki Islam berkahwin dgn wanita ahlul kitab tetap kekal sehingga skrg. Begitu juga hukum kehalalan memakan daging binatang yg dibunuh oleh ahlul kitab adalah kekal sehingga skrg. Setahu saya kitab Taurat tidak memperincikan cara menyembelih binatang utk orang2 Yahudi, manakala Kitab Injil meminta orang2 Kristian merujuk kpd kitab Taurat. Ini bererti mana-mana shj binatang yg dibunuh oleh ahlul kitab utk dimakan (selain babi, anjing, harimau, dll), adalah halal juga dimakan oleh orang Islam. Ini bererti (mengikut fatwa Yusuf Qardawi), orang Islam HALAL memakan ayam, kambing, lembu dll yg dibolehkan, di negara2 yg majoriti penduduknya adalah ahlul kitab spt Israel, Amerika Utara dan Selatan, Eropah, Australia dan New Zealand. Jika anda terkejut dgn fatwa ini, sila rujuk kpd Dr Asri, dan dengar dada yg lapang dan fikiran yg terbuka.

Ketujuh: Fatwa dlm yg keenam di atas ada dibuat oleh Yusuf Qardawi dan diamalkan di seluruh dunia kecuali di Malaysia kerana kita terlalu jumud dgn amalan turun-temurun. Ulama ahlu sunnah spt Dr. Asri adalah golongan yg ingin melenturkan kejumudan ajaran Islam di Malaysia, tetapi mereka ditindas dgn alasan menyebarkan ajaran Wahabi yg tidak pernah wujud.

PENTING: Kupasan di atas tiada kena-mengena dgn isu kalimah Allah skrg. Ini, spt yg disebut oleh Dr Asri juga, adalah isu lokal yg Islam benarkan ulil amri menanganinya mengikut keperluan lokal, walaupun kalimah Allah boleh digunakan oleh Yahudi dan Kristian. Saya cuma ingin memperbetulkan kefahaman kita ttg konsep ahlul kitab.

cafemlm said...

Biasa lah bang
Dulu PAS kata UMNO jual agama demi politik,tapi sekarang mereka lah menjual agama demi keuntungan politik.Dia kata UMNO amalkan agama suku politik suku

Tapi sekarang PAS dah jadi parti tiga suku sebab terlampau intim ngan dap dan pkr sang pengkhianat bangsa melayu.

Kita pun dah tak faham dan keliru mana satu PAS mana satu Islam

Semalam Idris Ahmad listkan 10 dosa UMNO terhadap bangsa Melayu tapi kini PAS menghitung dosanya sendiri terhadap umat Islam.

cafemlm.com

YANG GAMBI said...

Salam Abang Tuah, kawan tidak menyangkal dengan dakwaan Darth Anwar, tetapi harus diingat juga, jangan kita bandingkan ahlil Kitab zaman Rasulullah dan yang dikatakan ahlil kitab yang ada sekarang.... jelas sangat kekufuran mereka dalam menjalan aktiviti keagamaan mereka.... maaf kalau kawan menyangkal....

Kalau begitu, tok guru Nik Aziz bolehlah menjamu selera di rumah Elezebet Wong, Tetresa Kok, Ronnie Liu bila menyambut krismes akan datang, ayam, itek, lembu, kambing yang disembelih daan dihidang bolehlah makan.... halal, minum beer juga boleh, sebab Ronnie Liu dah beri fatwa, dia ahlul kitab....

Jangan mengelirukan umat Islam, terutama kepada golongan muda dengan pandangan yang tidak sepenuhnya..... jangan mengeluarkan pendapat kerana kepentingan politik sendiri....

Samalah juga bagaimana dulu Hadi Awang mengeluarkan fatwa UMNO kafir, halal diperangi kerana besekutu dengan MCA dan MIC, lihat sahaja sekarang bagaimana PAS sedia bersekongkol dengan DAP yang terang-terang kafir......

Ini, kerana kepentingan politik, mengeluarkan pendapat dan fatwa yang akan mengelirukan umat kalau tidak dipandu dengan jelas, kenapa sekarang ?

Sedang umat Islam dibimbing supaya membaca ayat-ayat Al Quran sesopan yang boleh, kena dengan tajwidnya.... tetapi kerana politik, Nga DAP kafir disambut dengan takbir kerana berceramah membaca dan mentafsir Quran.... inikah pendekatan Islam yang nak dibawa oleh PAS....

AbgTuah said...

SALAM YANG GAMBI..

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN DAN PENDAPAT.

APA YANG AWAK KATAKAN JUGA ADA KEBENARANNYA..

AHLI KITAB SEKARANG JIKA BOLEH DI PANGGIL AHLI KITAB BERKEMUNGKINAN BESAR TIDAK RAMAI LAGI YANG BENAR-BENAR PATUH PADA APA AYNG TERKANDUNG DIDALAM KITAB MEREKA. JIKA MEREKA PATUHI SEKALI PUN AJARAN KITAB MEREKA MUNGKIN IANYA YANG TELAH DI UBAH SUAI.

JADI BOLEH KE KITA YAKIN BAHAWA SEMBELIHAN MEREKA ITU MENGIKUT SYARAT DAN CARA YANG BETUL.

BOLEH KAH KITA YAKIN BAHAWA PEREMPUAN MEREKA DARI KALANGAN YANG MENJAGA KEHORMATAN.

Mohammad Roslan said...

Salam,
Mujaddah ini ditutup dengan secara terang dan jelas:

"....wahai orang-orang kafir! Aku tidak sembah apa yang kamu sembah; Dan tidak (pula) kamu menyembah apa yang aku sembah; Dan aku bukan menyembah sebagaimana kamu menyembah; Dan kamu (juga) bukan menyembah sebagaimana akau menyembah. Untuk kamu agama kamu, dan untukku agamaku." al-Kafirun 1-6.
Di sini kita bersimpang jalan. Bagi kamu "allah" kamu bagi aku "allah" ku. Perkara sebegini tak kunjung berkesudhan. Apa yang kita perlukan adalah satu undang-undang Anti - Murtad perlu dilaksanakan dengan segera.Supaya generasi kita akan datang selamat.

Maka kami bukan kamu dan kamu bukan kami. Kami menjunjung tauhid supaya semua ibadah cuma untuk Allah yang satu. Kalu kamu mahu guna nama allah dengan tauhid kami kamu adalah sebahagian kami. Dan kami pula sebahagian dari kamu. Tapi kamu terus mendustakan Allah dengan kepercayaan "trinity" kamu dan cuba mendustakan kalimah Allah di negara ini, maka kami akan tentang kamu habis-habisan dan kami tidak akan melepaskan kamu dan keturunan menggunakan Kalimah "Allah" di mana jua!.

"Sesungguhnya nyaris-nyaris mereka dapat memesungkan kamu (wahai Muhammad) supaya engakau ada-adaan atas nama kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) barulah mereka menjadikan engkau sahabat karibnya. Surah Al-Israa'- 73.

Memang ada rasa kalu kita condong sikit pada mereka apala salahnya. kompromi dengan nama "Allah" dengan kristian memang sedikit dalam soal Politik pada mulanya tetapi sedikit itulah akan menyebabkan kaki kita akan tergelincir. Sekali kaki tergelincir tidak akan dapat lagi tempat berpijak yang cukup kuat untuk bertahan. dari hari kesehari kita akan semakin meluncur, akhirnya kita akan hanyut sama sekali.

Mohammad Roslan said...

Salam,
Memang betul seperti apa yang dikatakan datuk Asri itu. Perkara menyebut- yebut nama "Allah" , sudah semenjak dahulu lagi. Bukan soal sekarang. Seperti Agama Quraisy yang pada masa jahiliah yang mempunyai banyak tuhan apa bila saja berbicara atau medeklamsikan syair, tidak tinggal kata-kata "wallahi"! (Demi Allah) dikelurkan dari mulut mereka. Wallahi itu..wallahi ini. Ia dalah kata-kata kebudayaan sebenarnya. sekadar perlengkapakan irama sastera!. Sekiranya andaikata ada "kompromi" seperti ini dengan Islam yang Rasullulah bawa itu agama Islam akan likwidasi sama sekali akibat kehilangan tauhid dengan bersengkol dengan agama yang percaya kepada trinity.

Hak kalimah Allah itu berupa Agama Islam. Para pembawa dakwah adalah waratsatul-anbiya, ahli waris para Rasul dan nabi. Yang diwarisnya adalah tugas dakwah, termasuk dalamnya rintangan dan halangan ia itu "challenge and Response". Perlu pendakwah punyai jiwa yang kuat, otak bertambah tajam, perasaan bertambah halus. Sebagai pendakwah harus dapat merasakan apa sebenarnya tujuan pihak gereja katholik saja mahu menggunakan "kalimah Allah".

"Berdirilah tegak memperjuangkan pendirian selama hidupmu! Sesungguhnya hayat itu hanya bererti bila diisi dengan pendirian dan perjuangan". (Sayauqi)

AbgTuah said...

AbgTuah berkata...

SALAM DARTH ANUAR..AGAK LAMA JUGA TAK BERKUNJUNG KE SINI..

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN,KOMENTAR DAN PENJELASAN.

BERBALIK PADA ISU AGAMA SAMAWI ATAU AHLIL KITAB INI..

SEBAHAGIAN DARI FAKTA YANG SAUDARA SERTAKAN TERUTAMA YANG NO LIMA SAYA KETAHUI DAN PERNAH SAYA TERBACA SEBELUM INI..

PELIK JUGA ADA PERCANGAHAN PENDAPAT MENGENAI AGAMA SAMAWI ATAU AHLIL KITAB..

RATA-RATA KAWAN SEMAK SANA-SINI SEMEMANGNYA TERDAPAT PERCANGGAHAN PENDAPAT YANG BERBEZA..

TIDAK HANYA DI MALAYSIA JUGA MALAH DI INDONESIA JUGA UJUD DUA PENDAPAT..ADA YANG PRO ADA YANG KONTRA BERKAITAN TAJUK INI..

WALAU BAGAIMANA PUN NANTI SAYA AKAN SEMAK PENDAPAT YUSOF QARDAWI SEBAGAI MANA YANG SAUDARA SARANKAN.

OH YE..INGIN JUGA MENCERITAKAN SERBA SEDIKIT PENGALAMAN SEMASA BERADA DI LUAR NEGARA SEPERTI AMERIKA..UK..PERANCIS..DAN LAIN-LAIN..

SAYA SENTIASA MEMBAWA DALAM DOMPET SENARAI MAKANAN ATAU SENARAI BAHAN CAMPURAN YANG TIDAK DIHALALKAN SEBAGAI RUJUKAN SEMASA MEMBELI BARANGAN MAKANAN.

(MALAH DI SEBERANG LAUT SAYA LIHAT ORANG PAS PUN BEGITU BERHATI-HATI TENTANG MAKANAN HALALAN TAUYIBA NI)

OF COURSE..SAYA DAN BEBERAPA RAKAN UMNO LAGI AMAT BERHATI-HATI SEKALI BERKAITAN APA YANG KAMI MAKAN. JIKA TERDAPAT KANDUNGANNYA MAKANAN YANG BAHANNYA DICAMPUR LEMAK BINATANG SEPERTI LEMBU ATAU AYAM KAMI TAK MAKAN.

SELALUNYA KEDAI PENGANUT AGAMA ISLAM ATAU PAK ARABLAH YANG KAMI TUJU..WALAU PUN TERPAKSA MEMANDU BERJAM-JAM UNTUK MENDAPATKAN MAKANAN HALALAN TAUYIBA

PERNAH JUGA MELIHAT MELAYU ISLAM YANG MENETAP LAMA DISEBERANG LAUT MEMAKAN DAGING LEMBU DAN AYAM YANG TAK DI SEMBELIH..

KAMI TANYA HALAL KE..?

DARURAT KATANYA..BISMILAH DALAM MULUT AJELAH..HEHEHE..!!

KAMI HERAN DAN KUTUK JUGA DALAM HATI, INILAH ORANG MELAYU ISLAM BILA JAUH DI SEBERANG LAUT..CEPAT AJE SESATNYA.

PERNAH JUGA KAMI BERTEMU SEORANG MELAYU ISLAM MALAYSIA YANG MENETAP DI SEBERANG LAUT BERKAHWIN DENGAN WANITA KRISTIAN(TANPA MENUKAR AGAMA)..

KAMI HANYA SIMPATI DAN MENGELENGKAN KEPALA SAHAJA..

JADI SAYA AKAN CARI JUGA PENDAPAT YUSOF QARDAWI YANG SAUDARA KATAKAN..

PADA USTAD ASRI..MAAF..HMMM SEBAGAIMANA YANG SAUDARA KATAKAN..DAH DI COP WAHABI

HEHEHE..JADI SENANGLAH NAK MENCARI MAKANAN JIKA SAYA KE SEBERANG LAUT LAGI..

DAN PEREMPUAN AGAMA KRITIAN NI SENANG NAK AJAK KAHWIN ASALKAN MEREKA TAK PERLU MENUKAR AGAMA..HEHEHE

GURAU AJE..

YANG SEBENARNYA KENA USAHA CARI DULU MAKANAN YANG HALAL SEMBELIHAN ATAU BUATAN OLEH ORANG ISLAM. JIKA DAH NAK MATI KEBULOR BARULAH SANGGUP MAKAN MAKANAN ATAU SEMBELIHAN MEREKA.

TENTANG KAHWIN DENGAN PEREMPUAN AHLI KITAB TU..KALAU BOLEH CARILAH DULU YANG BERAGAMA ISLAM..KALAU DAH TAK LAKU SANGAT BARULAH CARI PEREMUAN MAT SALLEH.

OKLAH DARTH ANUAR..TERIMA KASIH SEKALI LAGI DAN SAYA AMAT HARGAI PENJELASAN SAUDARA..

Tanpa Nama said...

Tak habis2 UMNO mempolitikan isu kalimah Allah dan tak habis2 UMNO dgn DEMOnya....keh..keh keh....******$#$@@#$$#$%%^^^^88&^$$#!!)(( bengong UMNO...

HANG JEBAT said...

salam ....

Abg Tuah tak payah berbelitlah untuk menutup kelemahan pemimpin kamu yang kamu taati. Sebelum hamba memberi komen, sudilah kiranya hamba menjawab soalan abg Tuah.

1. Tak habis - habis Pas dengan Agama Samawinya....?.

( Abg Tuah jika bag Tuah beriman kepada Al Quran abag Tuah wajib percaya dimana dalam Al Quran ada diterangkan tentang hal agama samawi.) Kalau umno ada kitab lain aku tak tahulah.... gurau je.

2.Penulis hendak bertanya kepada PAS apakah madsud mereka menyamakan agama Yahudi dan Kristian sekarang dengan agama Samawi.

( Siapa yang menyamakan bagi tahu hamba jangan main tuduh je, siapkan bukti yang sahih , barulah hamba jawab, JANGAN JADI TV TIGA SUKU, TERPAKSA MINTA MAAF PADA TGNA DENGAN ALASAN SALAH LAPORAN(TAKUT KENA SAMAN).

KOMEN HAMBA TENTANG TAJUK INI.

JALAN CERITA KALIMAH ALLAH CUKUP MUDAH DIFAHAMI TETAPI PUAK -PUAK UMNO SUKA BERBELIT - BELIT UNTUK MENGELIRUKAN ORANG RAMAI. CERITANYA BERMULA BEGINI.

Penggunaan nama Allah sudah lama berlaku dikalangangan golongan kristian di Sabah dan serawak iaitu sejak sejarah pra-Merdeka dan sebelum mereka menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963. Kitab Bible berbahasa Melayu yang mereka gunakan datangnya dari Indonesia. Bible mereka menggunakan perkataan Allah.

Ceritanya bermula disini ,

Setelah sekian lama dibiarkan. Baru - baru ini KDN
melalui kuasa kerajaan telah melarang akhbar the Herald, yang dijual di geraja - gereja daripada menggunakan perkataan “Allah. Mereka telah membawa kes ini ke mahkamah Tinggi dan Mahkamah Tinggi telah memutuskan membatalkan arahan tersebut.

Namun begitu, Ianya telah diputar belitkan ole puak umno termasuk abg Tuah. Perkara yang diputar belitkan :

1. Mereka cuba meletakan kesalahan ini seolah -olah berlaku kerana PR. Sedangkan ia tidak ada kaitan langsung dengan PR.

2. Mereka juga cuba mengelirukan rakyat seolah -olahnya permasalahan ini merupakan satu perkara yang isu baru sedangkan penggunaan nama Allah oleh pihask kristian sudah dibiarkan lama berlaku.KENAPA BARU SEKARANG MAHU BERTINDAK.

3. Apabila DS Nizar disahkan MB Perak yang sah oleh Mahkamah. Tindakan umno tak sampai beberapa jam terus bawa kes ini ke Mahkamah Rayuan tetapi apabila melibatkan maruah Agama PM mintak umat Islam bersabar dan berjanji akan membawa ke mahkamah Rayuan. ADAKAH KUASA LEBIH PENTIG DARI AGAMA SEHINGGAKAN URUSAN KUASA DISEGERAKAN DAN URUSAN AGAMA DILAMBATKAN.

4.JIKA DEMONTARSI DIADAKAN, ADAKAH DEMONTRASI INI DIANGGAB SEBAGAI MENGHINA MAHKAMAH DAN ORANG YANG BERDEMONTARASI DIANGGAB SEBAGAI LEMBU DIJALANAN SEPERTI MANA KATA KJ SATU MASA DULU TERHADAP DEMONTRASI JALANAN.

MUNGKIN DOA TGNA MINTA DIPECAH PERUT TELAH DIMAKBULKAN KERANA USUS YANG BUSUK SUDAH DAPAT DIHIDU OLEH RAKYAT, KES BH BELUM SELESAI INJIN JET PULA HILANG, SEKARANG NI TIMBUL ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH. UMNO MEMENAG DAH TERBURAI PERUTNYA. LEPAS SATU - DUA USUS BUSUK KELUAR.

SEKIAN

cafemlm said...

Tumpang lalu bang..
jawapan untuk jebat derhaka..

Kita sebenarnya patut baca sejarah.Bukan sejarah sabah sahaja..tapi kena baca sejarah dunia dan fahami apa yang tersirat dalam benak ketua2 gereja..

Pertelingkahan agama Kristian dan Islam telah berlaku semenjak zaman Rasulallah lagi..diikuti oleh zaman para sahabat. seterusnya ke era perang salib.Dan perang salib tidak berakhir di medan perang bersenjata.

Dan kini kita masih lagi berperang..tetapi peperangan kita ialah peperangan mempertahankan akidah kita dan generasi kita yang akan datang.
Pihak gereja Kristian memang tidak pernah berhenti untuk mengkristiankan seberapa ramai orang Islam kedalam agama mereka.Tahukah saudara setiap hari ketua2 gereja dari seluruh dunia dihantar ke vatican city untuk belajar dan menerima arahan dan mempelajari senjata2 ilmiah yang baru untuk memesongkan akidah muslim dari alquran.

Jebat patut buka blog2 pendakwah kristian dan baca sendiri apa yg mereka tulis..bahkan ada diantara blog2 tersebut menjuruskan secara terang terangan dakwah mereka kepada orang melayu muslim.

Al marhum Ahmad Deedat menghabiskan semua usia nya kearah menagkis serangan pemesongan akidah dibarat dimana umat islam tiada kelebihan disana.sementara ulamak2 muda Islam di Indonesia bertungkus lumus mempertahankan akidah umat islam disana dari dinodai olih gerakan dakwah kristian sedunia..Inilah akibatnya membenarkan kitab bible diterjemah kedalm bahasa ibunda mereka.

walaupun tidak ada salahnya menterjemahkan kitab bible kedalam bahasa ibunda kita namun kita mesti ingat,dalam peperangan jarak panjang ini kita mestilah mempergunakan seluruh kelebihan yang ada pada kita untuk menahan kemaraan musuh.

Ini samalah dengan taktik peperangan Salahuddin Al Ayubi yang membuat khemah berhampiran sungai agar musuh menghadapi kesulitan untuk mendapatkan bekalan air dan apabila musuh menjadi lemah baginda mula menyerbu kedalam kubu dan menawannya.Salahuddin bolih sahaja membina kubunya jauh dari sungai andaikata dia bersimpati kepada musuhnya yang kehausan.Namun perlu diingat bila musuhnya segar bugar akan lebih ramailah askar2nya yang akan terkorban.

Buka minda anda.Kita dalam keadaan berperang,bukan peperangan senjata tapi peperangan mempertahankan akidah.Di Malaysia kita ada kelebihan,jadi dimanakah salahnya kita menggunakan kelebihan tersebut.Ingat, jika kita tidak bermatian mempertahankan kelebihan yg ada pd kita,sautu hari nanti orang melayu muslim akan sama ramai dengan orang melayu kristian di Tanah Melayu.
Anak cucu Jebat dan Tuah akan masuk kedalam perangkap kristianiti.
Itulah sebabnya dalam hukum Islam mereka yang murtad wajib dijatuhi hukuman bunuh setelah semua usaha untuk mengembalikannya kearah Islam gagal.
olih itu jika kita ada kelebihan untuk mempertahankan kalimah ALLAH hanya untuk orang Islam,kita wajar menggunakan.semua kelebihan itu.
wassalam

cafemlm

Tanpa Nama said...

Anon, 2010 Januari 8 08:39

Ko PKR ke PAS ---mmg sah berkali2 bengaong..jadi kuda tunggangan iblis pulak tu, kesian!

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online