Rabu, 6 Januari 2010

SPRM TERIMA ADUAN RASUAH NIK AZIZ, EXCO..?


CELAKO..CELAKO..CELAKO...!!

SPRM terima aduan rasuah Nik Aziz, exco


Seorang lelaki, yang menggelarkan dirinya "aktivis kebudayaan", membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah melibatkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan exco kerajaan negeri itu serta beberapa individu.

Zaidi Yaacob, 47, yang berkata beliau seorang rakyat Kelantan, memberitahu pemberita bahawa laporan itu dibuat berdasarkan salinan sepucuk surat yang diterimanya melalui pos dua hari lepas.

Beliau telah menyerahkan surat berkenaan kepada seorang pegawai SPRM tengah hari tadi.

- Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/121278


KOMENTAR PENULIS

BIGGGG....!!, REALLY BIG STORY.

MAKA BENARLAH APA YANG DIKATAKAN RAMAI BAHAWA TANDA-TANDA SUMPAHAN LAHANAT NIK AJIS TELAH MELANTUN TERKENA PADA DAHI PAS DAN DIRINYA.

PETUNJUK TELAH TIBA KEPADA MEREKA. BERBAGAI BALA TELAH DATANG MENIMPA, DARI KISAH ANAK MENANTU HANTU, DI TENYEH OLEH PENGIKUT DAN BLOGGER SENDIRI, LARIKAN ANAK ORANG, RM 800 JUTA DAN TERKINI DAKWAAN PENYALAH GUNAAN KUASA DAN RASUAH PULA.

APA NAK DIKATAKAN LAGI..SEMESTINYA NIK AJIS DAN AL-KUNCUNYA AKAN MERAUNG-RAUNG KEKESALAN KERANA PERBUATAN MELEPASKAN SUMPAHAN AL-LAHANAT KEPADA MEREKA YANG TIDAK BERDOSA.

JADI, WAHAI PAS DAN NIK AJIS INGATLAH, MARTABAT DAN KEMULIAAN YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH SWT BUKAN BERMAKNA IANYA SATU LESEN BESAR UNTUK MENGHAMUN ATAU MELAHANAT SESAMA INSAN, LEBIH-LEBIH LAGI MEREKA YANG SEAGAMA LAGI YANG TAK BERDOSA.

INGATLAH SETIAP SUMPAHAN KITA AKAN NAIK KELANGIT DAN JIKA TIDAK DI MAKBULKAN ALLAH PASTI BAGAI PANAHAN PETIR AKAN MELANTUN SEMULA KEBUMI DAN MENGENAI MEREKA YANG MELEPASKAN SUMPAHAN TERSEBUT.

7 Comments:

YANG GAMBI said...

Salam Abang Tuah, SPRM jangan pilih kasih......., buktikan kebenaran bersihkan segala tomahan PAS pada UMNO-BN........ kalau cukup bukti dakwa di Mahkamah..... itulah kebenaran dari Allah yang hendak dipertunjukkan......

Tanpa Nama said...

pasti keluar bahasa CELAKO CELAKO CELAKO!!!

Frodo Baggins said...

hope ni jadi wake up call tuk atuk nik aziz ... x tau lahkalau x sedar2 lagi ... semoga sempat memohon maaf dgn semua org seblum terlambat.

Mohammad Roslan said...

Salam,
Dari Urwah bin 'Amir r.a,

"Ya Allah, tidak ada kuasa yang mendatangkan kebaikan melainkan engkau, tidak pula dapat menolak keburukan melainkan Engkau dan tiada daya serta tiada kekuatan melainkan dengan pertolonganMu."

Dari Ibnu Umar r.a : "Rasulullah s.a.w bersabda:"tidak ada sesuatu yang menyebabkan timbulnya kecelakaan."

Dari Buraidah r.a bahawanya Nabi s.a.w itu tidak pernah merasa akan memperoleh kecelakaan - kerana sesuatu perkara.

Manusia yang hasad dengki itu ialah menjalankan tipu daya dan angkaranya untuk menghapuskan sesuatu nikmat Allah dari seorang yang beroleh nikmat itu. Orang yang berperangai sebegini mempunyai jiwa yang berpenyakit hasad ia itu penyakt tidak senang hati melihat atau mendengar orang mendapat nikmat dari Allah Ta'ala selagi nikmat itu tidak hilang daripada orang yang mendapatnya. Penyakit inilah menyebabkan berlakunya berbagai perbuatan derhaka. Penyakit inilah yang menyebabkan Iblis menjadi kafir kerana tidak senang hati melihat Nabi Adam (a.s) mendapat pangkat; dan penyakit inilah telah menyebabkan Qaabil membunuh saudarnya Haabil kerana tidak senang hati mendengar Haabiil mendapat isteri yang lebih cantik daripada isteri yang ditetapkan baginya.

Maka kita diwajibkan menhindarkan penyakit itu dari jiwa; kalau tidak maka penyakit itu akan menghapuskan segala kebajikan yang dikerjakannya.

Kita mohon perlindungan kepada Allah Yang Maha asa, Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.Wassalam.

~PakKaramu~ said...

Kalau benar Nik Aziz buat silap maka dia tanggung sendiri, jika tidak saman malu menanti

PAPA GOMO said...

moga hal ini dapat di terima dengan tenang oleh pihak PAS. hal sebegini biasa terjadi kepada mereka yang dalam politik. harapnya nik ajis bermuhasabah diri dalam hal ini.

Tanpa Nama said...

Wah...!! baru sehelai surat dah buat laporan SPRM dan SPRM sepantas kilat menyiasat????? hebat...hebat...

Tapi pelbg laporan penyeleewengan UMNO/BN,kes 100 bilion mahathir, kes 270 bilion pak lah, dan mcm2 perkara2 pelik, dah buat laporan SPRM.....SPRM perap jer jd pekasam...pelik...
sampai enjin jet hilang pun, seorag sarjan saja di dakwa...waduh seorg sarjan boleh mencuri enjin jet sebesar kontena...hebat..hebat..agaknya SPRM tak dengar kot berita jet enjin hilang?????

byk pelik berlaku....SPRM hanya untuk belasah pembangkang dan mengkambing hitamkan seseorg....itu aja....cukup dgn laporan kertas pembalut belacan...maka sepantas ribut SPRM sampai!!! cukup hebat...

Sebenarnya Pas Kelantan, Nik ajis memang sedang dilemaskan krn Pas sedang membongkar kebobrokan UMNO menyelewengkan duit royalti minyak kelantan...UMNO sedang pusing Pas dgn pelbg isu di kelantan, untuk melemahkan nik ajis dan royalti minyak...hebat UMNO dan SPRM....tp sume org faham!!!!

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online