Rabu, 6 Januari 2010

LUAHAN HATI RAKAN KRISTIAN.



SAYU HATI APABILA MEMBACA ARTIKEL LUAHAN HATI DAN KERESAHAN RAKAN KRISTIAN KITA. BELIAU DAN RAMAI LAGI PENGANUT AGAMA KRISTIAN AMAT TIDAK BERSETUJU DENGAN PENGUNAAN KALIMAH ALLAH DI DALAM PENERBITAN AKHBAR HERALD CATHOLIC. BELIAU BERPENDAPAT BAHAWA KALIMAH ALLAH ADALAH HAK MUTLAK ORANG ISLAM DAN APA JUGA USAHA UNTUK MEMPERTAHANKAN BAHAWA PERKATAAN ITU ADALAH MILIK BERSAMA ORANG KRISTIAN DAN ISLAM ADALAH MERUPAKAN SATU KESILAPAN.

ALANGKAH BAIK JIKA PIHAK AKHBAR HERALD CATHOLIC MENGAMBIL PENDEKATAN YANG SAMA BAGI MENGEKAL KEHARMONIAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM DAN AGAMA.

BERIKUT ADALAH LUAHAN HATI HERBERT..

Salam sejahtera semua !

Isu yang masih hangat ketika ini di negara kita iaitu penggunaan Kalimah ALLAH oleh akhbar Herald Catholic. Bagi saya isu ini tidak sepatutnya dibawa sehingga sampai ke Mahkamah. Sebenarnya saya sangat kecewa dengan keputusan yang telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif Datuk Lau Bee Lan.

Apabila sesuatu perkara yang pada dasar hanya boleh diselesaikan tanpa campurtangan pihak Mahkamah tetapi terpaksa dilakukan, maka beginilah jadinya. Sebagai rakyat Malaysia saya sangat menghargai perpaduan kaum yang sedia wujud di negara kita dan kita semua seharusnya menjaga agar keharmonian antara kaum yang menganuti berbagai agama dapat dipertahankan.

Pihak Gereja Katolik seluruh Malaysia sepatutnya turut berperanan didalam menjaga serta memelihara perpaduan bangsa yang ada di negara ini dengan lebih memahami sesuatu yang sensitif bagi orang yang bukan beragama Kristian. Mereka juga harus tahu bahawa perkataan atau Kalimah ALLAH yang digunakan didalam apa jua amal ibadat orang Kristian di negara ini adalah di ambil dari Kitab Injil yang diterbitkan dalam Bahasa Indonesia.

Kalimah ALLAH sebenarnya hanya terdapat didalam kitab Injil berbahasa Indonesia yang digunakan secara meluas oleh kaum Bumiputera Kristian di Sarawak dan mungkin juga di Sabah sejak dahulu lagi. Didalam Kitab Injil berbahasa Inggeris atau Bible atau dilain-lain negara perkataan ALLAH memang langsung tiada didapati. Didalam perkara ini penganut-penganut Kristian di Sarawak termasuk saya sangat keliru berkenaan perkembangan ini.

Orang Kristian harus jujur mengakui bahawa Kalimah ALLAH adalah hak mutlak orang Islam dan apa juga usaha untuk mempertahankan bahawa perkataan itu adalah milik bersama orang Kristian dan Islam adalah merupakan satu kesilapan. Jadi untuk memperbetulkan sebarang kesilapan agar ianya tidak berlarutan, maka sebaik-baiknya pihak Gereja mencari jalan damai sejajar dengan tuntutan agama Kristian juga yang sangat menitik berat soal kedamaian dan kesejahteraan.

Sebagai salah seorang daripada ratusan ribu penganut Roman Katolik di Malaysia ini, maka perlu juga rasanya untuk saya melontarkan serba sedikit pendapat mengenai perkara ini. Bagi saya, demi Malaysia, demi perpaduan kaum, keharmonian antara agama di negara kita, saya sangat berharap supaya pihak Gereja dapat menerima hakikat bahawa sebenarnya Kalimah ALLAH itu bukannya milik orang Kristian dan oleh itu saya menyeru agar perkataan itu ditiadakan didalam mana-mana ajaran Kristian di Malaysia ini.

Diharap juga rakan-rakan yang beragama Islam di negara ini supaya bertenang dan fahamlah bukan semua orang Kristian bersetuju dengan langkah yang telah diambil oleh pihak Herald Catholic itu. Sepatutnya pihak Herald Catholic tidak melibatkan pihak Mahkamah dalam isu ini sehingga jika kita lihat betul-betul ianya seolah-olah mereka cuba mempermainkan undang-undang di negara ini.

http://hilbertmontell-anakmerdeka.blogspot.com/


KEPADA HILBERTMONTELL-ANAKMERDEKA

KAMI UCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH KERANA MEMAHAMI PERASAAN DAN MENYOKONG USAHA KAMI.

AWAK ADALAH SAHABAT KAMI.JUGA MODEL SEORANG RAKYAT YANG BAIK DAN BERTANGGUNGJAWAB.

MUNGKIN SEPANJANG PENULISAN KAMI BERKAITAN ISU INI KAMI TERSASAR ATAU TERLALU KASAR DENGAN PERKATAAN, MAKA KAMI BERHARAP AGAR AWAK DAPAT MEMAAFKANNYA.

BUKANLAH TUJUAN KAMI UNTUK MENYAKITI HATI RAKAN KRISTIAN DAN BUKAN JUGA BERTUJUAN UNTUK MENYEMARAKAN KEBENCIAN. KAMI HANYA MENULIS UNTUK MELUAHKAN PENDAPAT BAGI MENYEDARKAN KESILAPAN PIHAK YANG MENYOKONG USAHA MEMBENARKAN PENERBITAN KALIMAH ALLAH DALAM THE HERALD CATHOLIC.

SEKALI LAGI KAMI UCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH.DAN SOKONGAN ANDA AMAT DI HARGAI.

P/S: KEPADA SAHABAT BPN, ABGTUAH SARANKAN AGAR KITA MENINGGALKAN SEDIKIT KOMEN DI BLOG HERBERT BAGI MENYATAKAN PENGHARGAAN KITA DI ATAS SOKONGAN BELIAU.


4 Comments:

Mohammad Roslan said...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
cafemlm.com said...

Mengapa tiada bantahan dari penganut2 kristian menghalang editor The Herald dari menfailkan kes penggunaan kalimah ALLAH di mahkamah walhal ia telah berlanjutan sejak sekian lama.

Luahan hati sebegini kadangkala sukar untuk difahami kerana sampai kehari ini tidak seorang pun ketua2 gereja di Malaysia tampil menyanggah keputusan The Herald untuk membawa kes ini ke mahkamah.

Jika mereka ikhlas sila buat kenyataan diakhbar bahawa mereka bukan sebahagian dari gulongan yang mengfailkan kes ini dimahkamah.

cafemlm.com

10 BUDAK HITAM said...

Assalamualaikum saudara,

Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,saya mohon jasa baik saudara untuk letakkan blog saya,

http://10sibudakhitam.blogspot.com/

dalam blog list saudara.Blog saudara juga telah saya masukkan dalam list saya agar kita dapat sama-sama berkongsi memartabatkan agama dan bangsa tercinta.

Salam dari 10 Si budak hitam..

Tanpa Nama said...

Penganut ugama kristian janganlah terpengaruh dengan senario ugama di Indonesia mengenai nama Allah. Umat islam disana bukan seperti umat islam di Malaysia. Kebanyakan umat Islam di Malaysia menjaga kesucian islam. Sebab itulah Allah menlindungi umat islam di Malaysia dari pelbagai bencana alam tidak seperti di Indonesia dan orang bukan islam juga menikmati akan perlindungan yang diberikan oleh Allah. Jika orang kristian ingin menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka ia mesti mengambil sekali Muhamad kerana ia tidak boleh dipisahkan kedua-duanya. Justeru, hendak atau tidak orang kristian kena mengaku muhamad itu adalah kekasih Allah dan pesuruhnya dan perlu mengikut ajaran Muhamad iaitu islam. Jangan jadi kan Malaysia negara yang dimurkai oleh Allah dan ditimpa pelbagai bencana alam kelak kerana ugama Islam diambil mudah.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online