KPN sahkan tiga gereja diserang
KUALA LUMPUR 8 Jan. – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini mengesahkan bahawa tiga buah gereja telah diserang di ibu negara hari ini, manakala sebuah lagi menerima ancaman.
Beliau berkata, sehubungan itu, pihaknya telah mengarahkan pasukan beliau untuk meningkatkan pemantauan keselamatan di semua rumah ibadat di seluruh negara. – Utusan
KES GEREJA DI SERANG INI DIHARAP RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA YANG BERAGAMA KRISTIAN BERTENANG. JANGAN ADA MANA-MANA PIHAK YANG MENUDING JARI PADA SESIAPA. PERLU DIINGAT, TAK MUSTAHIL INI BOLEH JADI ANGKARA KIANAT PIHAK-PIHAK BERKEPENTINGAN ATAU YANG CEMBURU DENGAN KEHARMONIAN DAN KEAMANAN YANG TELAH DIKECAPI SEKIAN LAMA. PIHAK INI PASTI AKAN MENGAMBIL KESEMPATAN DI ATAS APA SAHAJA ISU YANG PANAS DAN SETERUSNYA AKAN CUBA SEDAYA UPAYA MELAGA-LAGAKAN MASYARAKAT DEMI KEPENTINGAN DIRI ATAU POLITIK MEREKA.
DENGAN INI ABGTUAH MENGUTUK KERAS TINDAKAN MEREKA-MEREKA YANG BERNIAT JAHAT MENYERANG RUMAH IBADAH TERSEBUT. PENDAPAT ABGTUAH TIADA AGAMA DI DALAM DUNIA YANG MENGAJAR UMATNYA SUPAYA BERTINDAK TERHADAP MANA-MANA RUMAH IBADAH AGAMA LAIN. DI HARAP PHAK BERKUASA DAPAT MEMBERKAS MEREKA-MEREKA YANG MELAKUKAN PERKARA INI DENGAN SEGERA.
ALLAH SWT DENGAN TEGAS MELARANG UMAT ISLAM BERTINDAK TERHADAP MANA-MANA RUMAH IBADAT PENGANUT AGAMA LAIN SEBAGAIMANA YANG DINYATAKAN DI DALAM AL-QURAN.
APAKAH RAKYAT MALAYSIA TIDAK MENGAMBIL IKHTIBAR DARI PERISTIWA BERDARAH DI AMBUN DAN MALUKU, DI MANA KEJADIAN RUSUHAN DAN KEGANASAN AGAMA TELAH MELEDAK DAN MEREBAK DENGAN CEPAT IBARAT API MENYAMBAR SEKAM SEHINGGA MENGAKIBATKAN KEROSAKAN HARTA BENDA YANG BESAR DAN MENGORBANKAN JIWA YANG BANYAK
INGAT SEKALI LAGI, INI BUKAN BUDAYA RAKYAT MALAYSIA BERTINDAK MELAMPAUI BATASAN. OLEH ITU MARILAH KITA PADAMKAN API KEMARAHAN INI SEBELUM IANYA MEREBAK SEHINGGA TIDAK LAGI MAMPU DI BENDUNG.
SEKALI LAGI, BAGI RAKAN-RAKAN YANG BERAGAMA KRISTIAN, ABGTUAH AMAT SIMPATI DAN MOHON SANGAT-SANGATLAH JANGAN BERTINDAKBALAS ATAU BERTINDAK MENGAMBIL UNDANG-UNDANG DI TANGAN SENDIRI.
9 Comments:
cakap tuan tu betul, biar polis yang menjalankan siasatan siapa yang bertanggungjawab menimbulkan provokasi ini. Harap penganut agama kristian bertenang sehingga polis selesai menjalankan siasatan dan menangkap siapa yang bertanggungjawab. Negara ini ada undang-undang dan perlu dihormati oleh semua.Orang politik jangan pulak ingin menjadi juara dalam hal ini. Merekalah yang bertanggungjawab membuat keadaan bertambah panas dengan pelbagai fitnah terhadap kerajaan. Jika keadaan tidak terkawal gunakan ISA terhadap mereka yang menghasut rakyat sebelum insiden buruk berlaku di negara ini. Isu nama Allah masih dalam peringkat rayuan biarlah mahkamah yang membuat keputusan.
Abang Tuah, sekali lagi dinyatakan di sini, kawan agak keliru dengan insiden ni yang mana kekadang ada pihak sengaja merancang mengambil kesempatan dengan isu dan lepas itu tuduh orang UMNO punya kerja.......
Kawan bukan hendak menuduh mana-mana pihak....
Tetapi, semua sudah maklum, di negeri Sarawak akan menghadapi P/Raya Negeri dalam tahun ini, memandangkan kebanyakan masyarakatnya menganut agama Kristian dan lain-lain agama.
Golongan ini menyedari masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak sudah mula kurang yakin dengan perjuangan mereka, adalah tidak mustahil isu kalimah 'Allah' dan diekori pembakaran gereja sengaja dirancang untuk menaikkan rasa benci penganut-penganut bukan Islam kepada Kerajaan BN.........
Semua pihak perlu berhati-hati disebalik agenda jahat dan licik 'pemikir yahudi' ini.....
SLM BRO...ANUWAR DIVERT ISU. DIA DH MULAKAN PROPA DIA SEBELUM KES DIA BERJLN! JAGE2!!..SIAP SIAGA BROO!
Salam,
Insiden ini bukanlah dilakukan dengan dirancang atau pun kumpulan yang membantah penggunaan perkataan Allah oleh gereja katholik. Insiden ini pasti dilakukan oleh budak-budak nakal yang tidak terkawal. Sebagai contoh; Mamak pernah lihat satu insiden yang dilakukan begitu berani oleh sekumpulan budak-budak remeja yang khayal dipengaruhi Thinner dari Gam di persimpangan lampu Isyarat Bandar Perda Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Lokasi tempat itu betul di hadapan Mesjid Daerah, Ibu Pejabat MPSP dan cuma 1 Km dari IPD Seberang Perai Tengah. Apa yang budak-budak nakal ini lakukan; sekat (Jalan Perda barat) Lalu-Lintas dan "mengecat di tengah Jalan dengan tulisan " POLIS ISAP" dengan Tulisan cat berwarna kuning yang besar dan terang hahaha!. Ada dua tiga budak-budak lain cuba tarik wayar tiang lampu Isyarat untuk memutuskannya. Maka apa yang Mamak perhatikan kenapa remeja sekarang jadi begitu rupa. Apakah tindakan pihak berkuasa terlalu longgar terhadap kesalahan seperti ini. Kes Mat Rempit kita tak boleh selesaikan sehingga Perdana Menteri masuk campur hal remeh-temeh seperti ini.
Apabila terbaca tentang insiden gereja di baling bom petrol fikiran Mamak kembali kepada Insiden Minggu lepas di Persimpangan lampu Isyarat Persimpangan Bandar Perda, Bukit Mertajam...Bagi penganut Kristian bersabarlah pihak Polis akan mengambil tindakan keatas budak-budak ini. Sebagai orang Islam kami sentiasa menghormati tempat Ibadah bukan Islam di negara ini. Khalifah Islam yang terkenal Umar Al-Khatab r.a pernah lakukan solat di gereja semasa penyerahan kota Baitulmuqadis kepada tentera Islam yang di ketuai oleh Panglima Khalid Ibni Walid dan tentera Islam tidak pernah ganggu tempat ibadat bukan Islam sepanjang penaklukan ke atas negara penganut Kristian. Maka kita sebagai orang Islam janganlah lakukan perkara yang tidak pernah lakukan oleh sahabat-sahabat Rasullulah. Perbuatan sebegini adalah di panggil ekstrimist atau radikal. Wassalam.
sapa jer yg buat mende ni ~
mmg X fikir secara rasional ...
Hope semua ble bertenang
Salam Abg Tuah ..
INGAT SEKALI LAGI, INI BUKAN BUDAYA RAKYAT MALAYSIA BERTINDAK MELAMPAUI BATASAN. OLEH ITU MARILAH KITA PADAMKAN API KEMARAHAN INI SEBELUM IANYA MEREBAK SEHINGGA TIDAK LAGI MAMPU DI BENDUNG. = petikan dari Abg Tuah.
ulasan Jebat :
NASIHAT INI DITUJUKAN KHAS KEPADA PUAK UMNO TERMASUKLAH BLOGER - BLOGER YANG BEGITU LANTANG MENYALAKAN API KEMARAHAN. NASIHATKU BERFIKIRLAH SEBELUM BERTINDAK, JANGAN BILA TERJADI SEPERTI INI BARU NAK TERGADAH.
PADA SEMUA LAH HANG JEBAT..JANGAN LAH JADI JUMUD SANGAT..
BLOGGER PEMBANGKANG PUN APA KURANG DAJJAINYA..
sALAM,
Hang Jebat..Hang Jebat kenapalah perangai kau ini mcm ini. Bila orang kata betul pun engkau kata salah...sampai bila perangai engkau yang nak menag ini berlarutan...bila kamu semua ini berhenti menyalahkan UMNO?. Kalu nak menang pun bukanlah cara begini...kamu ingat kita tak boleh kilas pendapat engkau...tapi tak mahu bertekak dengan orang yang sombong dan ingin menang selalu. Kamu rasa Anwar itu betul? kamu rasa parti Pas itu betul sangat kah?...JANGAN DENGAR GURUH BUANG AIR DITEMPAYAN...JANGAN PAIP AIR DIRUMAH ENGKAU SENTIASA KELUAR AIR...KERAJAAN BUKAN MACAM TUKAR BAJU...HARI INI KITA TAK SUKA ESOK KITA TUKAR BAJU LAIN....sudahlah Jebat...memang kamu ini champion...yang paling terror...loya!!!.Wassalam.
Post a Comment