Pengundi mesti bangkit ajar Pas
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang perlu bangkit 'mengajar' Pas berikutan penyelewengan berterusan parti itu terhadap Islam termasuk membenarkan penggunaan ayat al-Quran oleh bukan Islam di pentas politik.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sebab itu umat Islam perlu berani bangkit menyuarakan yang benar kerana penyelewengan oleh Pas itu sudah mencapai tahap yang maksimum.
'Cukuplah mereka memperdayakan masyarakat dengan menyalahgunakan agama dan kita mesti bangkit menyatakan yang benar.
''Seruan ini mesti disambut oleh mereka yang berani berkata dan mampu untuk menyatakan pendirian demi menjaga imej agama sendiri.
''Ini sebelum ia terus menerus dijahanamkan oleh mereka yang kononnya menjadi satu-satunya 'penerang' kepada negara,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pameran Syed Ahmad Jamal: Pelukis di Balai Seni Lukis Negara di sini hari ini.
Rais mengulas mengenai kenyataan pemimpin Pas yang tetap menghalalkan penggunaan ayat suci al-Quran oleh bukan islam di pentas politik walaupun ia dibantah oleh beberapa tokoh agama bukan politik.
Beberapa hari lalu, pemimpin bukan Islam pakatan pembangkang menggunakan ayat suci al-Quran di atas pentas ceramah Pas pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang.
Dalam ceramah itu, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tanpa segan silu menggunakan ayat suci al-Quran bagi menarik perhatian penyokong parti itu.

Sumber utusan online
KOMENTAR PENULIS...
BENAR..SUDAH SAMPAI MASANYA KITA BANGKIT DAN BUKTIKAN BAHAWA BN LAH PARTI YANG PALING MAMPU MEMBAWA KECERMERLANGAN KEPADA AGAMA DAN NEGARA.
BENAR..SUDAH SAMPAI MASANYA KITA BANGKIT DAN BUKTIKAN BAHAWA BN LAH PARTI YANG PALING MAMPU MEMBAWA KECERMERLANGAN KEPADA AGAMA DAN NEGARA.
KITA PERLU BERSATU UNTUK MENGUATKAN BN AGAR AKSI POLITIK SEMPIT PIHAK TERTENTU YANG SEKIAN LAMA BERMAHARAJA LELA DAPAT DIKEKANG SEBELUM TANAH AIR DAN APA YANG TELAH ELOK TERBINA INI HANCUR DIBUATNYA.
TAK PERLULAH KONONNYA HENDAK MENCARI PARTI YANG LEBIH BAIK KERANA YANG TERBAIK IAITU BN TELAH SEDIA ADA DAN SENTIASA BERSEDIA MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK, TERBUKTI PULA SEBAGAI YANG TERBAIK SELAMA 50 TAHUN MEMERINTAH.
11 Comments:
Kenapa UMNO pilih Isa??
Aku kecewa apabila UMNO memilih Isa, sebahagian keluarga aku menaruh harapan yang tinggi terhadap UMNO, hancur berkecai.
UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan memilih calon yang imej tercemar bermula di Permatang Pasir melarat ke Bagan Pinang.UMNO tidak memperdulikan lagi imej calon asal kemenangan memihak kepadanya.
Walau pun Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak mahu UMNO memilih Isa sebagai calon. Tapi nasihat veteran UMNO ini ditolak mentah dengan alasan kehendak rakyat memilih Isa.
Ujud juga budaya kuno mengugut dari ahli-ahli UMNO sendiri untuk memboikot PRK jika Isa tidak dipilih. Budaya Melayu yang menjejekkan. Begini corak pemikiran Melayu yang dihasilkan oleh UMNO setelah lebih 52 tahun memerintah, setia membabi buta.
Kekalahan demi kekalahan menjadikan UMNO terdesak untuk menang.
Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkan UMNO secara tidak langsung mengiktirafkan politik wang. Walaupun kehendak rakyat menolak politik wang, UMNO lebih mementingkan kemenangan. Jika Isa benar-benar mementingkan masa depan UMNO, dia sepatutnya menolak pencalonan tersebut. Isa lebih mementingkan diri sendiri.
Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkkan sikap kepimpinan DS Najib dan TS Muhyiddin yang lemah dan tidak berani membawa perubahan kepada UMNO. Mereka lebih takut kepada desakan dan kekalahan BN dari masa depan UMNO. Beginikah kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin Malaysia?
Demi masa depan UMNO , saya tidak dapat menerima Isa Samad sebagai calon BN di Bagan Pinang.
Dan saya berharap UMNO dapat dikalahkan lagi di Bagan Pinang supaya UMNO benar-benar dapat menghayati makna perjuangan parti.
TEGAKKANLAH BENANG BASAH HANG TU..HAKIKAT TETAP HAKIKAT YANG BN SUDAH DITOLAK RAKYAT..
JANGAN INGAT BN MENANG KAT BAGAN PINANG KONONYA RAKYAT DAH TERIMA BN...HARAP UNDI PALSU BLEH LAAA..KAH.KAH..KAH
yg tbaik dan benar hanya untuk allah.. ssgguhnye manusia dlm kerugian, melainkan mereka berpesan2 demi untuk kebaikan...BNdah lma memerintah, apa slahnye bagi parti lain merasa pulak...klau salah tlong ajarkan ,tu barulah berhati mulia, jgan terlalu tamak dah lbih 50 tahun, xpuas2 keeee
Cuping
Apakah mersekongkol dengan PAS . PKR dan DAP dapat memertabat kan bangsa dan agama ?
Kuasa boleh ke passing2 senangnyer..kalo PR dah memerintah besok..banguun pagi je dengar loceng gereja ja la...buat mudz..klrg ko ahli UMNO ko??? brpo no keahlian..barua
Anon 2009 Oktober 7 11:40
Orang ko salah ko suruh tegur, Umno/BN X salahpun...korang buat fitnah nak bagi rakyaat nampak salah....
Itu ikhlas ke? Atas nama kuasa? Belum apa2 lagi dah Tamak....Kalau memerintah sampai 50 tahun...X tahulah Malaysia ni apa lagi yang tinggal.
Walaupun aku bukan ahli Umno...
Salam,
Mudz, panduan mengundi di Bagan Pinang;
1)Jangan Undi Parti "Islam" yang telah terang2 mengaku mereka sebenarnya cuma menipu pasal nak tegakkan negara Islam.
2)Jangan undi Parti "Islam" yang suka memfitnah. Kerana dalam Islam menuduh tanpa bukti adalah fitnah. 80 rotan.
3)Jangan undi parti "Islam" yang suka menelanjangkan aib orang lain. Saksi cuma boleh cerita kalau dia jadi saksi di mahkamah. Itu adab Islam.
4)Jangan undi parti "Islam" yang tak boleh membangunkan negara. Meletakkan pemimpin yang tidak berkebolehan itu haram, menzalimi rakyaat.
5)Jangan Undi Parti "Islam" yang menolak perpaduan sesama Islam.
6)Jangan undi parti yang dipimpin oleh bekas banduan. Dalam Islam jika menuduh tanpa cukup saksi nak jadi saksi lain kali pun tidak layak. Inikan nak jadi PM pulak.
7)Jangan Undi Parti Islam yang bersengkokol dengan rakan parti yang songlap duit peruntukkan pembangunan kawasan DUN. Pencuri hak rakyaat.
8)Jangan Undi Parti Islam yang bersengkokol dengan rakan parti yang "membunuh" setiausaha sendiri.
9)Jangan undi Gabungan Parti yang memiskin negeri, macam negeri Selangor sampai duit zakat pun nak songlap.
10)Jangan Undi Parti "Islam" yang menjual murah ayat2 Al-Quran, cth. kalau orang buat haram tapi sendiri buat "halal".
11)Jangan undi parti "Islam" yang bersengkokol bersama kafir harbi.
12)Jangan undi parti "Islam" yang gadaikan kawasan balak kepada Cina Singapura.
DLL.
Nampaknya kalau nak dibandingkan dengan Isa yang cuma melobi dalam pemilihan parti, 1 kesalahan terhadap etika parti dan lawannya yang ada lebih 12 kesalahan, sudah tentulah Isa lebih layak.
Apa macam Madz.
Kawan bukannya ahli Umno cuma menggunakan akal di kala membuat pilihan.
hai..isa yg baru wat salah etika tu boleh pulak korang kutuk and campak cakap tak layak.tapi ketua gangster korang si Anwar tu boleh pulak korang sanjung dan puja macam nak mampus.padahal bermacam2 aib dan onar yang dah dibuat terhadap bangsa dan negara.hai,tak taulah aku.dunia dah terbalik.dah akhir zaman.
isa d bandingkn dgn 1 parti,
gandingkn la parti dgn parti individu dgn individu baru adil...
Mana ada keadilan dalam dunia anon 2009 Oktober 7 13:56
Pas yang lebih "Islam"pun X adil...
Apalah pulak nak dibandingkan dengan eden ni ha....
Abg Tuah sebab itulah nama mu tuah kerana taatmu membabi buta,Yang terbaik itu tetap BN diukur dengan jumlah pendengar ceramah.kadang - kadang nak tergelak ada juga. Lebih - lebih ada yang menyokong hingga diberikan berbelas - belas dalil untuk membetulkan keadaan. Cubalah tiru macam pas sekali buat ceramah pakai maklum tak payah sedia makanan, tak payah beri kemudahan kenderaan,jangan libat ketidak hadiran ceramah dengan sekatan bantuan oleh JKKK dan sebagainya. Barulah boleh bercakap. Peyokong macam abg Tuah nilah yang akan menjahanamkan umno satu masa nanti seperti tumbangnya kerajaan melaka kepada portugis.
Post a Comment