NI GAMBAR HIASAN AJE..
OPPSS..BACK TO THE STORY...!!!
Isa dakwa PAS korban prinsip kerana Pakatan
Calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad menuduh PAS bersikap hipokrit kerana didakwanya sanggup mengorbankan prinsipnya hanya untuk mendapat undi dan mengambil hati rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.
Beliau memetik matlamat PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam sewaktu pilihan raya umum 1999 tetapi menggugurkannya tahun lalu kerana mahu menubuhkan pakatan dengan DAP.
Kerana itulah, tegas Isa, rakyat mesti menolak PAS, yang didakwanya juga tidak pernah berpegang kepada apa yang dicakapkannya.

Menurut Isa, pemimpin PAS sebelum ini berkata mereka tidak akan menyentuh soal peribadi dalam kempen di Bagan Pinang, tetapi mereka tetap melakukannya
"Jika PAS - yang mendakwa sebuah parti Islam - bersikap sedemikian, apa lagi yang kita boleh harapkan dari DAP atau PKR," kata Isa ketika berucap kepada kira-kira 400 pesara tentera semalam.
Isa juga turut membidaskan kemampuan PAS untuk menangani masalah ekonomi negara seperti yang pernah berlaku dalam mesyuarat majlis Tindakan Ekonomi Negara (NTEN)," katanya.
Menurutnya, apabila berlaku krisis ekonomi pada 1997, pakar-pakar ekonomi PAS berkata penyelesaiannya ialah melalui agama, teetapi mereka tidak mengatakan bagaimana.
"Sewaktu mesyuarat pertama MTEN, saya masih menteri besar dan semua menteri besar menghadiri mesyuarat tersebut. Kelantan diwakili Nik Aziz (Nik Mat) dan PAS diwakili oleh Abdul Hadi Awang," kata Isa.
Menurutnya beliau mahu mendengar cadangan daripada pemimpin PAS tersebut tetapi dakwa beliau, mereka hanya berdiam diri sepanjang mesyuarat tersebut.
Dalam ucapannya juga, Isa, 59, mempertahankan pemilihannya sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.
Katanya, beliau masih mampu menjadi wakil rakyat dan menegaskan bahawa Nik Aziz dan Abdul Hadi adalah lebih tua daripadanya.
Mengenai isu penggantungan keahliannya selama tiga tahun, yang berakhir tahun lalu, Isa menegaskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah, berbanding dengan pemimpin Pakatan, yang pernah dipenjarakan.
Katanya, beliau melanggar ektika pemilihan parti dan keahliannya telah digantung selama tiga tahun.
Bagaimanapun, tegasnya, pembangkang berkata beliau tidak boleh bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.Sebaliknya, kata beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng pernah menjalani hukuman penjara tetapi mereka dibenarkan pula bertanding.
Isa juga mendedahkan bahawa beliau pernah marah terhadap hukuman penggantungan keahliannya tetapi masih memilih untuk tetap bersama Umno kerana beliau tidak melihat PAS mampu menjadi parti alternatif.
Katanya, walaupun para penyokongnya mahu beliau keluar dari umno tetapi beliau mendapati tiada parti lain yang mampu mentadbir negara ini sepertimana BN.

1 Comment:
Kenapa UMNO pilih Isa??
Aku kecewa apabila UMNO memilih Isa, sebahagian keluarga aku menaruh harapan yang tinggi terhadap UMNO, hancur berkecai.
UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan memilih calon yang imej tercemar bermula di Permatang Pasir melarat ke Bagan Pinang.UMNO tidak memperdulikan lagi imej calon asal kemenangan memihak kepadanya.
Walau pun Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak mahu UMNO memilih Isa sebagai calon. Tapi nasihat veteran UMNO ini ditolak mentah dengan alasan kehendak rakyat memilih Isa.
Ujud juga budaya kuno mengugut dari ahli-ahli UMNO sendiri untuk memboikot PRK jika Isa tidak dipilih. Budaya Melayu yang menjejekkan. Begini corak pemikiran Melayu yang dihasilkan oleh UMNO setelah lebih 52 tahun memerintah, setia membabi buta.
Kekalahan demi kekalahan menjadikan UMNO terdesak untuk menang.
Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkan UMNO secara tidak langsung mengiktirafkan politik wang. Walaupun kehendak rakyat menolak politik wang, UMNO lebih mementingkan kemenangan. Jika Isa benar-benar mementingkan masa depan UMNO, dia sepatutnya menolak pencalonan tersebut. Isa lebih mementingkan diri sendiri.
Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkkan sikap kepimpinan DS Najib dan TS Muhyiddin yang lemah dan tidak berani membawa perubahan kepada UMNO. Mereka lebih takut kepada desakan dan kekalahan BN dari masa depan UMNO. Beginikah kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin Malaysia?
Demi masa depan UMNO , saya tidak dapat menerima Isa Samad sebagai calon BN di Bagan Pinang.
Dan saya berharap UMNO dapat dikalahkan lagi di Bagan Pinang supaya UMNO benar-benar dapat menghayati makna perjuangan parti.
Post a Comment