Malap jika pembangkang tadbir M'sia
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keadaan negara akan menjadi malap dan buruk sekiranya pentadbirankerajaan berpindah daripada BN kepada pembangkang kerana kebanyakan pemimpin pembangkang sanggup menukar pendirian semata-mata untuk mendapat populariti dan sokongan rakyat.
Katanya ada juga dalam kalangan mereka sanggup menghalalkan sesuatu yang dulunya mereka anggap haram semata-mata untuk memuaskan hati musuh yang kini menjadi rakan dalam pakatan pembangkang.
"Dulu PAS kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.
"Dia (PAS) ambil tafsiran dalam Al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi).
"Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, pasal nak setuju jugak dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali," katanya kepada pemberita di Dungun hari ini.
Dr Mahathir berkata Malaysia tidak mampu mempunyai pemimpin yang tidak berpendirian dan hanya mencari populariti diri.
"Kalau orang macam ini jadi pemimpin, susahlah," katanya.
BERNAMA
http://www.malaysiakini.com/news/114253
PANDANGAN PENULIS:
PENDAPAT DARI TUN YANG BANYAK PENGALAMAN DIARENA POLITIK NEGARA TU ADA BANYAK KEBENARANNYA. TUN SELAYAKNYA UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT SEBEGITU KERANA BELIAU TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA BELIAU ADALAH SEORANG YANG TETAP PADA PENDIRIAN DAN TIDAK AKAN MENGIYAKAN PERKARA YANG BELIAU RASAKAN TIDAK BETUL
PENULIS INGIN MENAMBAH SEDIKIT IAITU SESAORANG YANG TIDAK MEMPUNYAI PENDIRIAN ATAU PENDIRIAN BOLEH BERUBAH-UBAH MENGIKUT SITUASI DAN KEUNTUNGAN POLITIK BUKAN SAHAJA TIDAK LAYAK UNTUK DILETAKKAN SEBAGAI PEMIMPIN MALAH MARTABATNYA SEBAGAI SEORANG MAKNUSIA PUN BOLEH DIPERTIKAIKAN…!!
JADI KITA SEBAGAI INSAN YANG TIDAK INGIN MARTABAT KEMAKNUSIAAN KITA DIPERTIKAIKAN MAKA USAHLAH KITA MEMILIH PARTAI ATAU KEPIMPINAN SEUMPAMA ITU.
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
10 Comments:
Amat sukar untuk meyakinkan peyokong pembangkang akan pandangan Tun M itu sebab Tun M bercakap tak lapik dengan hadis atau ayat Quran macam yang selalu dilakukan oleh pemimpin PAS.
Salam Abg Tuah,
Nak jadi manusia pu X layak ? Berat tu...:)
Dah dasarnya manusia...."cepat lupa". Insan bermaksud pelupa.
Bukan senang nak menjadi manusia yang baik....Bermacam godaan yang bakal dihadapi...
Syaitan akan cuba menyesatkan kita dengan berbagai2 cara...Wima "Tok Guru" pun belum tentu bisa menghadapinya....
Kawan setuju sangat tu.......
Kita lihat sahaja apa yang telah terjadi kepada tk-tok guru PAS, yang tinggal pada PAS cuma 'islle' sahaja lagi semenjak berkawan dengan DAP dan PKR, 'ISLAM' telah mereka campakkan ke dalam kandang 'BABI'.....
Buktinya ; apabila Nik Aziz bercakap dihadapan orang-orang Melayu, hanya khusus untuk mengeluarkan fatwa 'UMNO kafir' dan 'undi PAS masuk syurga'.
Bila bercakap dihadapan puak-puak komunis, Nik Aziz akan menggugurkan perkataan 'Negara Islam' kepada 'Negara Kebajikan', sebab itu Nik Aziz menghalalkan Jeff Ooi menghina Islam, menerima fatwa Ronnie Liu 'beer boleh diminum oleh orang Islam' dan membenarkan Usatad Nga dan Ustad Gobala membaca, mentafsir ayat-ayat Quran untuk diperdengarkan kepada umat Islam golongan PAS. Kenapa ? kerana ustad-ustad, ulama-ulama PAS terlalu sibuk nak mengumpul harta kekayaan dan mungkin juga sedang hayal dengan 'take beer' yang dihidangkan Ronnie.....
Abang Tuah ni nama tak sehebat orangnya : Pilih Tun Mahathir mengkritik PR, puji bukan main lagi tapi kenapa kenapa tak beri ulasan tentang kata 2 Tun Isa samad sepatutnya tak dicalonkan di B. Pinang. Tak berani ulas ke, Kalau macam tu tukar nama Hang Buah.
WAHAI JEBAT..
APA PUN TUAH UCAPKAN TERIMA AKSIH DIATAS KESUDIAN SINGGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR.
SAPA KATA TUAH TAK BERANI DAN TAK PERNAH MENYATAKAN PERBEZAAN PENDAPAT PADA TUN..JIKA TUAH RASA PERLU TUAH AKAN NYATAKAN....TAPI HANYA UNTUK MENYATAKAN PERBERBEZAAN PENDAPAT..TIDAK LEBIH DARI ITU
CUBA BACA FAKTA DAN KEBENARAN YANG TUAH TULIS DI WIGET DI ATAS BLOG NI...'TAK ADA SIAPA PUN YANG BERHAK MENAFIKAN HAK TAN SRI ISA UNTUK DIBERIKAN PELUANG KEDUA'
Aku juga setuju dgn penulis Abang Tuah yang bijak ni , UMNO benci rasuah dan UMNO menyeru pengundi Bagan Pinang tidak meibatkan diri dengan rasuah dan memilih calon yang bersih.......rasuah tu keji.
YERR MUDZ...WA PUN X STUJU KLU PAK AJIS SLALU AMIK "SEDEKAH UNDERTABLE" KEHKEHKEH...HARKKK PTUIHH!!
Engkau ni Jeffry nakal no....
Lama engkau X ziarah blog aku.
Tapi menarik apa yang ko nak sampaikan tu...
Betul jugak, Tok Guru kata orang kasi duit, ambik, kasi kain ambik, kasi apa pun ambik, tapi bila pangkah, pangkah Pas....
Ambik "rasuah" tapi X "tolong" orang yang "tolong" kita tu...X kira menipu ke? Duit tu halal ke buat beli makan anak-bini? Buat beli kain untuk solat boleh ke?
Orang X bagi dia beruntukkan pembangunan dia kata Kelantan di anak tirikan....Bila kerajaan Persekutuan bagi peruntukan sampai dekat RM 7 billion. Mengaku bahawa Pas telah berjaya memajukan Kelantan...
Itu bukan ke sikap orang yang "sombong & bongkak"? Mungkin juga antara sikap orang yang munafik? Bukannya nak menuduh... Cuma menasihat....Ciri2 tu patut kita buang jauh2....
Bukan malap, gelap terus...mana ada orang memerintah pakai ..testing-testing...cukuplah testing...testing negeri...pandai jaga negeri dulu....nak jaga negara!...tunggu kes AnWar settle..nanti tak ada cerita "Malysia Homoseksual Hub"...hahaha.
Salam ... memang tiada siapa yang berhak menafikan hak Tan Sri Isa untuk diberika peluang kedua tetapi pengindi B. Pinang yang berhak menentukan nasib Tan Sri Isa. Ternyata umno tak pernah serik walaupun pernah terjadi di permatang pasir. kalaulah Abg Tuah benar - benar sayangkan umno ini bukan caranya menyokong membabi buta kelak peyokong membawa rebah. Benar kata Tun , jika Tan sri Isa menang di B., Pinang pun kemenangan tersebut tidak memberi makna apa - apa malahan membawa kesan buruk kepada umno dalam jangka masa panjang.
Post a Comment