Dipetik Dari Utusan Online
Oleh ABDUL YAZID ALIASpengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 4 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan umat Islam khususnya orang Melayu bahawa mereka akan hilang ketuanan di negara ini sekiranya terus membiarkan perpecahan menular di kalangan mereka.
Sambil mengaitkannya dengan keadaan politik semasa, beliau berkata, keadaan itu tidak harus berlaku kerana ajaran Islam menyarankan supaya semua penganutnya bersatu.
Katanya, semua umat Islam perlu melihat kembali dua perkara utama dalam ajaran Islam iaitu rukun iman yang menyentuh kepada pembentukan sahsiah manakala rukun Islam berkait rapat dengan pembentukan masyarakat Islam.
"Jika umat Islam terlalu suka merebut perkara yang melibatkan kebendaan, maka perpecahan akan berlaku. Keadaan ini dilihat berlaku di Malaysia dan negara lain di seluruh dunia pada hari ini.
"Sekiranya perpecahan ini dibiarkan berlaku sedikit demi sedikit, umat Islam mungkin akan hilang ketuanan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran buku 'Rahsia Khazanah Ilmu Pyracosmic' (tenaga alam semesta) terbitan syarikat jualan barangan kesihatan, Pyracosmic mengenai kaedah-kaedah rawatan dan rahsia penyembuhan alam Melayu yang diolah selaras dengan firman-firman Allah S.W.T dalam al-Quran.
Tambah Harussani, perbezaan pendapat tidak salah dan menyifatkan ia merupakan satu rahmat yang dapat membawa kepada pembangunan negara. Bagaimanapun, perbezaan pendapat daripada pihak-pihak tertentu sehingga membawa kepada perpecahan adalah tidak wajar kerana ia boleh merosakkan masa depan negara.
"Kalau tidak ada perbezaan pendapat, tidak ada pembangunan. Tapi jangan sampai perbezaan itu boleh memberi kesan kepada perpecahan masyarakat. "Maka sebab itu, perbezaan pendapat ini harus disalurkan melalui kaedah syura (perbincangan) supaya permasalahan itu diselesaikan dengan cara yang baik," jelas beliau.
Komen Isac;
Semua Umat Islam adalah bersaudara. Tetapi "Asobiyyah Kepartian" telah memecah-belahkan kita. Agama dan idologi telah diguna dengan sewenang2nya untuk mendapatkan kuasa. Seruan Perpaduan ditolak mentah2.
Bukan setakat rakyaat bawahan yang teralpa dengan dakyah dan provokasi pembangkang bahkan baru2 ini beberapa orang mahasiswa ditangkap kerana disyaki menconteng dinding di sebuah dewan di Universiti Malaya dengan perkataan2 yang kesat dan tuduhan2 tak berasas yang ditujukan kepada Isteri Perdana Menteri. Bahkan mereka juga dikatakan telah menyimbah petrol ke atas permaidani merah yang dikhaskan untuk Wanita Pertama Negara itu
Tidak cukup dengan perbuatan khianat tersebut Presiden MPP Universiti berkenaan telah mengugut Kerajaan, bahawa beliau akan mengarahkan protest pelajar secara besar2an sekiranya dua orang pelajar yang ditangkap dikenakan tindakan.
Inilah bahayanya apabila sesuatu sentimen dimainkan berkali2 tanpa rasa tanggung-jawab, sesuatu yang belum tentu benarnya pun akan membuatkan manusia2 terpengaruh dan mengambil suatu tindakan yang tak terfikir oleh akal kita.
Apabila seseorang manusia terlampau memuja pemimpin mereka secara membabi buta dan bertaklik tanpa tahu hujung pangkal inilah padahnya.
Nasihat saya kembalilah kepangkal jalan sebelum terlambat....Kalau memakai tangkal untuk apa2 tujuan sekalipun boleh membawa ke pada syirik, begitulah juga sekiranya kita terlalu mengagung2kan dan mendewa2kan seseorang pemimpin...Waliyazubillah....
Dan jika ini tidak dihentikan.....Sampai bila2 pun kita orang Islam Di Malaysia ini tidak akan dapat bersatu!!!!!!!
13 Comments:
salam bro tuah...apa yg tan sri tu betul belaka...sama2 kita cari jalan untuk menyatu-padukan umat islam dan melayu di malaysia ini...
SLM BRO..MMG TEPAT ULASAN ISAC TU..OTAK PEMBANGKANG HANYE TAU BANGKANG MEMBUTE TULI SAMPAIKAN BUDAK BELUM HABIS BELAJAR PUN DH KURANG AJAR!..PERANGAI IKUT KETUA PENYANGAK PAK AJIS, ANUWR & THE GENG!..HARRKKK PTUIHH!!
Salam Ziarah,
Kebetulan saya menghadiri majlis tersebut di Intekma Reosrt, pada 4 Julai lepas. Ucapan Tan Sri Harrussani, bukan sahaja mengenai umat Islam akan hilang kekuatan jika berpecah, tapi juga setiap perjuangan perlu disertakan dengan hati yg ikhlas. Perjuangan yg tak iklas senang diselewangkan olh Syaitan yg akan menghasut utk memecahbelahkan umat Islam.
Ziarahilah blog saya disini
http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/07/key-performance-index-kpi-untuk-parti.html
Salam, Terfikir sejenak....nak satukan pemikiran dan manusia ini memang susah. Kita perlu lakukan pengorbanan yang banyak.Masalah Melayu di negara ini bukan kerana masalah agama atau pun perpecahan nyata bangsa Melayu. Berpecah di sebutkan disini adalah aliran kefahaman politik. Berpolitik ini adalah untuk berkuasa dalam pemerintahan. Perkara ini berlaku diantara UMNO dan Parti Pas sejak 50 tahun dahulu.Pernah bersatu dan berpecah kembali.Apa yang berlaku di Republik Islam Iran pun disebabkan perebutan kuasa diantara orang Islam. Apa yang menyebabkan Cucu-cucu baginda Rasullah s.a.w menjadi korban pun disebabkan kuasa ini. Apa yang menyebabkan sahabat-sahabat nabi,dan khalifah-khalifah Islam tersohor saidina Umar r.a, Saidina Usman r.a dan saidina Ali r.a dibunuh pun adalah disebabkan perebutan kuasa. Kuasa ini akan membutakan hati manusia berubah. Adakah bangsa Melayu yang kerdil ini boleh berubah dari tarikan nafsu kuasa ini?.Bila parti Pas ingin mentadbir negara bolehkah UMNO beri laluan?.atau Parti Politik Pas pula beri laluan untuk Parti UMNO mentadbir negara?. Bolehkah kedua-dua parti politik ini bergabung dan mentadbir negara mengikut giliran?. persoalannya berapa lama ia akan bertahan?. Bolehkah kita mulai dari Negeri Kelantan?. Disebabkan Menteri Besarnya dah kering idea untuk memajukkan negeri Kelantan kita beri pada UMNO mentadbir untuk Negeri Kelantan?. Sekiranya sudah negeri itu sudah maju, UMNO beri semula pada Parti Pas mentadbir negeri Kelantan pulak?. Ada sesiapa setuju?..ha..ha..mengikut ahli sains politik manusia itu hanya boleh disatukan dengan "desepsi" peperangan. Dengan itu desepsi agenda peperangan digunakan untuk menyatukan sesuatu bangsa?. Bolehkah peperangan itu membolehkan kita bersatu atau kita mahu menghancurkan negara kita sendiri.Bukankah itu bersifat ambil jari dan cucuk mata sendiri?. Sebagai negara Demokratik kita masih ada peluang untuk menunjukkan siapa diantara kita yang disukai pengundi maka kita beraleh kepada pengundi untuk menetukan siapakah yang terbaik diantara kita.Apabila kekutan dirasai sama perlu adu di gelanggang "Pilihanraya" sekiranya satu pihak kecundang eloklah mencari tiang condong untuk bersatu kembali dalam Parti Kemelayuan yang lain untuk bergabung tenaga. Maknanya kedua-dua parti ini sedang menunggu pilihnraya akan datang mendapatkan keputusan muktamad!.Bagi UMNo kuatkan saf dan mulalah memikirkan Pilihanraya akan datang yang tak lama lagi.Kerana tujuan asas parti politik adalah menang dalam pilihanraya untuk berebut kuasa. Sekiranya kuasa kehilangan maka sia-sia usaha kita selama ini. Tak perlu tarbiah banyak-banyak kepada golongan yang ingin dan gila kuasa untuk berkuasa ini.Wassalam.
umno tolak Islam, pas parti yg memperjuangkan Islam. byk beza antara kedua2 parti terutama dalam konteks Islam. banyak sudut kalau nak dibandingkan...
cth pemimpin no 1 negara xmampu nak kawal isteri beliau dalam menurut perintah Allah (menutup aurat) perkara yg kecil camtu pon dia xmampu nak buat camne nak ajak umat Islam yg lain untuk bertakwa pada Allah???
cakap pasal perpaduan nih, dah terang2 umno sebuah parti sekular dan pas adalah parti Islam yg menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai teras perjuangan.
kalau betul la nak berpadu, knp xberpadu dalam parti yg memperjuangkan Islam??? knp masih nak menyokong parti sekular???
marilah kita berpadu menegakkan syiar Islam dibumi malaysia. jalan pintas adalah dengan menyokong perjuangan Islam...
mrL
Benarkah PAS perjuangkan islam??...NIZAR dengan JELAS telah mengesahkan PAS tidak berjuang untuk Islam atau Hudud!! di DUN Perak..
Tiada dokumen atau bukti kata nizar..
jangan nak tipu berdosa..orang-orang PAS ni tak takut neraka..fitnah mainan walaupun nampak hebat ugama..Ingat..Barsisa adalah seorang yang paling Zuhud di zamannya..40 tahun beribadat..akhirsekali masuk neraka.. Aku dapat bayangkan serban barsisa mesti lebih besar dari serban pemimpin pas tuh!...
Ini nasihat aku sesama muslim..
Aku rasa PAS ni singkatan dari (PARTI AJARAN SESAT)??? akan ada orang akan marah..jangan takut Islam tu bukan PAS..dan PAS tu bukan Islam..hanya nama parti..tak ada kaitan dengan agama/...cuma dulu-dulu agak betul sikit atas perjuangan Hudud le...ada keiklasan...la ni semua dah tinggal..Nawaitu cuma nak KUASA..Tunggulah kehancuran..
Aku setuju supaya tajuk debat antara DSR Najib & Nik Ajis di ubah kepada "Mengapa PAS Adalah Parti Ajaran Sesat"
APABILA banyak orang Melayu menyokong Umno, maka dikatakan Melayu bersatu. Apabila banyak orang Melayu menyokong PAS dikatakan orang Melayu berpecah. Inilah mitos yang selalu dimainkan oleh pihak Umno untuk mengekalkan sokongan orang Melayu kepada mereka.
Dalam demokrasi tidak timbul mana-mana kaum berpecah. Rakyat tanpa mengira kaum memilih mana-mana parti yang boleh berkhidmat untuk mereka secara jujur dan berkesan.
Untuk apa orang Melayu menyokong Umno jika parti itu dalam amalannya tidak jujur dan pentadbirannya tidak berkesan. Maka ia wajar beralih sokongan kepada parti lain yang berkesan, umpamanya PAS.
Kalau dikira dari sudut perpaduan, orang Melayu wajar bersatu menyokong PAS dan sekutu-sekutunya. Andai kata orang Melayu Perak banyak memberi sokongan kepada PAS dan sekutu-sekutunya, maka PAS muncul sebagai parti yang dominan.
Jika itu berlaku maka tidak timbul hujah DAP menerajui kerajaan negeri Perak. Apa yang berlaku di Perak, orang Melayu sebahagian besar masih menyokong Umno, tetapi pada waktu yang sama sudah ramai menyebelahi PAS dan sekutu-sekutunya.
Tidak semestinya baik
Namun begitu, ia tidak bermakna orang Melayu berpecah. Perpaduan tidak semestinya baik, seperti mana perpecahan tidak semestinya buruk. Kalau bersatu atas perjuangan yang baik, maka hasilnya adalah baik. Tetapi kalau bersatu atas perjuangan yang buruk, maka hasilnya buruk. Begitu juga dengan perpecahan.
Adalah mustahil untuk berlaku perpaduan yang mutlak. Manusia mempunyai pelbagai ragam termasuk pandangan dan sikap. Sudah tentu mereka mempunyai pandangan politik berbeza dan memberi sokongan kepada parti politik berlainan.
Dalam sejarah tidak pernah mana-mana bangsa memberi sokongan kepada sesebuah gerakan secara mutlak. Perpaduan mutlak tidak ada. Yang ada ialah kebanyakan atau majoriti sesuatu sokongan bangsa kepada mana-mana pihak. Itulah apa yang disebutkan sebenarnya sebagai perpaduan.
Mitos bahawa Melayu berpecah sering kali dikaitkan pula bahawa orang Cina bersatu. Kalau orang Melayu menyokong parti yang berlainan maka mereka dikatakan berpecah. Orang Cina menyokong parti berlainan tidak pula dikatakan berpecah.
Ini kerana orang Cina dikatakan bersikap bersatu dalam menghadapi isu-isu Cina seperti soal bahasa Cina, sekolah Cina, kebebasan beragama dan menolak Dasar Ekonomi Baru.
Tanggapan ini menggambarkan seolah-olah Melayu yang berlainan parti tidak bersatu dalam isu-isu Melayu. Apabila orang Melayu menyokong PAS dan KeADILan, maka dikatakan bahawa mereka dalam Pakatan Rakyat menolak isu-isu Melayu.
Sedangkan orang Melayu dalam PAS dan KeADILan tetap mendokong kepentingan Melayu, seperti memartabatkan bahasa Melayu dan hak memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu.
Secara umumnya orang Melayu, seperti juga orang Cina tetap bersatu dalam memperjuangkan kepentingan mereka. Tetapi tentunya mereka berlainan pendapat khususnya dari segi pendekatan lebih-lebih lagi apabila mereka kecewa dengan kegagalan Umno.
Maka apabila sesebuah parti politik itu gagal, wajarkah mereka terus menyokong sesuatu kegagalan? Tentunya tidak.
Pendekatan sememangnya berbeza tetapi matlamat serupa. Suatu contoh jelas. Umno menyokong gagasan ketuanan Melayu. Tetapi dari segi pendekatan, mungkin itu tidak dicerminkan dan tidak berjaya sepenuhnya. Selain itu, gagasan ketuanan Melayu yang dipegang Umno ada unsur perkauman dan penindasan. Itu menurut sesetengah pandangan.
Gagasan ketuanan Melayu umpamanya bermaksud bahawa Malaysia berasal dan berasaskan kepada negeri-negeri Melayu yang mempunyai raja-rajanya dan rakyatnya yang merupakan bangsa Melayu.
Atas perjalanan sejarah, ia menjadi negara moden Malaysia sebagai negara yang berasal dan berasaskan Melayu. Itu terlihat dalam perlembagaan Malaysia yang menetapkan Raja-Raja Melayu sebagai ketua negeri masing-masing dengan secara bersistem menjadi ketua negara bagi Malaysia.
Dukung Perlembagaan
PAS dan KeADILan mendukung Perlembagaan Malaysia. Begitu juga dengan DAP. Bermakna Pakatan Rakyat mendukung Perlembagaan Malaysia. Ketuanan Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan didukung oleh Pakatan Rakyat.
Tetapi bukan ketuanan Melayu yang bersifat perkauman dan meminggirkan kaum lain seperti mana yang difahamkan oleh sebahagian daripada orang Melayu yang menyokong Umno.
Dalam hal ini, ada dua fahaman lain yang dipegang oleh Pakatan Rakyat. Bagi DAP dan KeADILan ada gagasan yang disebut sebagai ketuanan rakyat. Sementara PAS pula mendukung ketuanan Islam.
Ketuanan rakyat dan ketuanan Islam juga tercermin dalam perlembagaan Malaysia. Ketuanan rakyat menunjukkan semangat demokrasi sementara ketuanan Islam meletakkan agama ini sebagai kepercayaan tertinggi bagi negara.
Adakah orang Melayu yang mempunyai pandangan berbeza dalam hal ini dikatakan berpecah? Banyak orang Umno turut menyokong ketuanan rakyat dan ketuanan Islam jika mereka diberi kefahaman mendalam. Ini kerana seperti ketuanan Melayu, ketuanan rakyat dan ketuanan Islam berada dalam jiwa orang Melayu. Melayu tidak berpecah dalam hal ini.
Dalam sejarah pun, Melayu mempunyai keragaman pandangan politik dan ia tidak bererti berpecah. Apabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) keluar daripada Umno, itu tidak bermakna Melayu berpecah. Mereka keluar daripada Umno antara lain kerana Umno tidak mahu memperjuangkan kemerdekaan.
Umno hanya mahu mengekalkan kedaulatan Melayu dalam naungan British. Tetapi itu tidak bermakna Melayu berpecah kerana kedua-dua pihak menjunjung kepentingan Melayu.
Walaupun nanti apabila orang Melayu bertambah sokongannya kepada Pakatan Rakyat, itu tidak bermakna orang Melayu bertambah berpecah. Malahan ia bermakna orang Melayu bertambah bersatu di bawah Pakatan Rakyat. Umno adalah sebuah parti politik. Umno bukan Melayu sepenuhnya dan Melayu bukan Umno sepenuhnya.
DIMANA FAKTA DAN BUKTI UMNO PERKAUMAN..APABILA MEMPERJUANGKAN NASIB MELAYU DAN ISLAM..
MCA DAN MIC YANG MEMPERJUANGKAN BANGSA MASING-MASING JUGA PERKAUMANLAH..
JIKA BEGITU KENAPA DAP PAS DAN PKR TAK BUBAR UJUDKAN SAHAJA SISTEM SATU PARTI..
SEBENARNYA HANYA PUTAR BELIT PEMBANGKANG YANG SUKA MEMAINKAN ISU PERKAUMAN SEHINGGA MENGUJUDKAN SATU PERSEPSI UMNO SEOLAH PARTI PERKAUMAN..ITU SAHAJA..USAH NAK PUTAR LAGI..
salam
petama gua ingin komen sikit parti umno bukan perjuangkan sekular!!!!kepada saudara yang komen sekular tolong check apa itu fahaman sekularisme......cuba saudaraku baca kisah mustapa kamal attartuk baru saudara tahu apa itu sekularisme....jangan cuba racun pemahaman orang, itu adalah fitnah!!!!!satu ayat UMNO MAHU MENGEKALKAN KEDAULATAN DI BAWAH NAUNGAN BRITISH......memang benar tapi itu pada zaman pemerintahan TENGKU .......tp kalu kita kaji balik pejuang melayu sebelum TENGKU dan selepas TENGKU maka di situ bermula la era mengkaji balik tentang cabaran dan nasib orang melayu.... selepas BRITISH mengasingkan 3 puak bangsa mengikut lokasi yang di letakkan kaum cina di bandar melayu dikampung dan kaum india di ested....jadi sapa yang yang dapat untung??????bandar kampung atau di ested?????? mesti la dibandar!!!!dimana semua konsesi perniagaan british di ambil alih oleh puak cina hingga depa mengusai EKONOMI yang sepatutya itu hak orang melayu!!!!maafkan saya nak hurai nanti panjang pulak tp cuba baca MALAY DILEMMA saudara akan dapat jawapan yang lengkap.....jangan hanya komen ikut pada risalah HARAKAH dan KEADILAN mata dajal sahaja....
salam, DS Mufti pakat semua Mufti negeri2 dan kumpul ulama2 syumul pusing kampung2 bagi penjelasan...buat ceramah bagi penerangan pada org kampung yang banyak terpesong sebab Parti ajaran sesat...... baru lah betul al fadil shahibul samahah oi.... LAWAN PAIH HABIS2AN..... BARU WA SELUT SAMA LU...
Post a Comment