Link; http://www.malaysiakini.com/news/107743
Abdul Rahim Sabri Jul 3, 09 12:27pm
Kemaskini 7.15pm Kumpulan pelajar Islam di empat universiti awam utama di Lembah Kelang sepakat melancarkan kutipan derma untuk membantu dua pelajar Universiti Malaya (UM) yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menconteng, cubaan membakar dan menceroboh dewan.
Abdul Rahim Sabri Jul 3, 09 12:27pm
Kemaskini 7.15pm Kumpulan pelajar Islam di empat universiti awam utama di Lembah Kelang sepakat melancarkan kutipan derma untuk membantu dua pelajar Universiti Malaya (UM) yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menconteng, cubaan membakar dan menceroboh dewan.
Selain Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) yang akan mengutip dana mulai minggu depan apabila semester baru dibuka, kempen itu turut disertai PMI Universiti Putra Malaysia (UPM), Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kelab Maaruf Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Kumpulan pelajar Islam UKM dan UPM akan mengutip derma minggu depan, manakala di UIA kempen tersebut bermula kelmarin, sehari selepas dua pelajar Akademi Pengajian Islam (API) UM dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.Naib Presiden PMIUM Mohd Aizat Mohd Salleh berkata, pihaknya akan memulakan kutipan derma itu dari kalangan ahlinya bagi membantu membiayai kos guaman kedua-dua pelajar terbabit.
"PMIUM mempunyai kira-kira 1,000 orang ahli," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Mohd Aizat, yang juga exco kerohanian Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM), berkata kutipan derma itu dijangka diperluaskan kepada semua pelajar univerisiti tersebut yang bersimpati.Bagaimanapun, katanya, pihaknya belum membincangkan kaedah dan pelaksanaan kutipan tersebut.Menurut Presiden PMIUPM Safwan Abdul Ghani, kutipan derma tersebut akan dimulakan dengan kira-kira 150 ahlinya sebelum diperluaskan kepada pelajar seluruh fakulti dan kolej kediaman.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Presiden ISIUKM Mohd Idris Mohd Yussoff berkata kutipan tersebut dimulakan di kalangan kira-kira 800 ahlinya.Mohd Idris, pelajar Fakulti Pengajian Islam, tidak menolak kemungkinan untuk menyertai perhimpunan membantah sekiranya kedua-dua mahasiswa "dizalimi". Selain sokongan dana, kata Presiden Kelab Maaruf UIA Faridzul Nasaruddin, pihaknya akan membantu menyebarkan maklumat kepada pelajar UIA berhubung kes tersebut.
ISIUKM dan Kelab Maaruf bagaimanapun belum memutuskan untuk mengutip derma ke seluruh universiti masing-masing.Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli - kedua-duanya pelajar API - dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.
Kedua-duanya juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara.Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.Mereka didakwa menconteng dinding dewan tersebut, selain menyimbah petrol di permaidani dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000.Kes mereka akan disebut semula pada 13 Julai ini.
Komen Isac;
Semangat setiakawan, tolong-menolong dan bantu-membantu memang tersangat baik. Semua umat Islam adalah bersaudara. Memang kita sepatutnya membantu saudaraa kita yang sedang di dalam kesusahan. Tetapi jika saudara kita itu berbuat salah, penjenayah adakah perlu untuk kita mempertahankan mereka habis2an?
Memang benar setiap pesalah hanya akan didapati bersalah apabila dia telah dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Pesalah juga mempunyai hak untuk membela diri. Tapi maafkan saya jika saya katakan inilah dakyah Pembangkan!!!! Jika kena pada batang hidung sendiri itulah dalilnya.
Tetapi jika ia berlaku kepada lawan mereka (Umno maupun Komponen BN) mereka tidak akan segan silu untuk menunding jari dan mengatakan bahawa mereka sememangnya bersalah? Adakah suatu dosa untuk menjadi isteri Perdana Menteri sehingga beliau boleh dituduh sesuka hati, tanpa perlukan saksi, pertuduhan, pendakwaan dan keputusan mahkamah?
Apa kuasa yang kita ada untuk menuduh, mendakwa dan seterusnya memutuskan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor sememangnya bersalah di dalam setiap tohmahan yang dilemparkan kepada beliau? Adakah ini adil?
Mengapa pula siswa2 ini yang memandai2 menjadi pendakwaraya, menjadi juri dan menjadi hakim sekaligus, perlu dibela sedemikian rupa? Keadilan jenis apakah ini?
Jestru itu saya menyeru semua parti2 politik supaya janganlah memainkan sesuatu isu itu sehingga melampau2 hingga akan mengakibatkan api kebencian yang membuak2 dan tidak dapat dibendung seperti sekarang. Ingatlah bahawa kita semua adalah bangsa Malaysia dan untuk berjaya kita semua mesti bersatu.
17 Comments:
SALAM ISAC..
MAAF MENUKAR GAMBAR TU..
KHUATIR MENIMBULKAN SALAH FAHAM..
Tindakan kaum fanatik inilah yang dipanggil ASHOBIYYAH.
Nasionalisme UMNO tiada kena-mengena dengan ashobiyyah.
salam bro tuah...ape yg sye nk katakan ni,2 ekor mangkuk ayun tu mmg x patut buat mcmtu..sampai nk bakar dewan la ape la...tu bukan tindakan samseng,tu tindakan pengecut..cube kalau ade org nk bakar umah mak bapak dorg,ape tindakan dorg..dorg pun pasti report polis gak..so kesimpulannya,sendiri buat sendiri tanggung la...yg menganjurkan kutipan derma tu pasti bdk2 yg menyokong pembangkang punye..COMFIRM
Inilah akibat sekiranya tunas-tunas muda di hasut dengan idelogi sempit lagi sesat..
Sendiri buat sendiri tanggung..hancuss masa depan..
rugi mak bapak menyekolahkan dari tadika..tetapi jadi penganas radikal akhirnya..
Pergilah jumpa lebai-lebai tu..mintalah tolong ..hahaha..solylah..kau orang tanggunglah sendiri
SLM BRO..BIASE LAA..BILA KERAJAAN BUAT SESUATU YG BAIK UTK RAKYAT, PEMBANGKANG SPIN CITER MENGATAKAN PERABIH DUIT RAKYAT. TAPI BILA 2 EKOR LAHABAU TU NAK BAKAR DEWAN YANG MENGGUNAKAN DUIT RAKYAT JUGAK, DIORANG SPIN BALIK SAMPAI BENDA JAHAT BOLEH JADI BENDA BAIK!..ADOIYAII!
salam buat semua saudaraku
mak bapak suruh pi tuntut ilmu untuk untuk jadi insan yang baik yang dapat bela bangsa agama dan tanahair ,,,,ini yang depa dapat.....mak bapak suruh belajaq depa pi main politik.....nak politik tak salah ilmu tu yang penting......apa depa ingat dah undeground sangat.....elok la tu makbapak susah payah keja berpeluh untuk dapat setiap sen korban untuk depa belajaq untuk jadi insan berilmu .....lain yang depa dapat......SAPA YANG BUATTTTTT ANAK MELAYUUUUUU......HARAM JADAH PUNYA ANAK MELAYUUUUUU.BUAT PERABIH BOREH MAKBAPAK PERABIH BOREH RAKYAT......TU TU TU TU YANG NAK NAK TOLONG TU PON ANAK MELAYU BODOH.....SISWA KONON CEHHHH BOLEH BELAH LA......APA YANG DEPA DAPAT TAK TAU LA.......belajaq tinggi2 akai letak kat pala lutut.....mision hangpa pi belajaq bukan jadi kurang hajaq....bodoh baral nak mampos....ceh saja lepas geram bila anak melayu suruh pi belajaq depa pi jadi samseng.....
depa bukan sayang makbapak depa..... depa bukan sayang bangsa depa.... depa bukan sayang tanahair depa .....memang dasar anak melayu malas belajaq tapi jadi peyyyylag......
da diorang ikut sifu diorang, nak bwat mcm mana.. org kat u, belaja, dia kat u, sibuk demo sana sini.. padahal elaun blaja tuh kerajaan yg tanggung... tak paham den.. orang n9 kato, bodoh sombong, bodoh tak dapek nak diajar, pandai tak dapek nak diikut..
Dah terasa sangat pandai, dia lupa di atas perjuangan pemimpin Melayu maka dia dapat sampai ke situ.....
Pandai macam mana pun orang Melayu, tdak akan ake ke mana kalau tidak ada perjuangan pemimpin UMNO....
Aku menyampah betul dengan budak2 UM skarang ni. Suma perasan bagus dan pandai. Pandai kepala bapak dorank.
Tak sedar dek untung!
Persatuan agama Islam tu dah jadi Persatuan PAS!
Amik tindakan atas budak2 tu! Kasi buang universiti! Padan muka dia!
Sape suh kau pegi conteng2 HARTA HAK MILIK RAKYAT?
Suka hati kau je kan. Budak2 lain pun bayar yuran jugak! Bukan bapak kau je bayar! BODOH!
salam..saya malu sebagai pelajar Akademi Pengajian Islam UM kerana namma APIUM itu sendiri telah diburukkan oleh pelajarnya sendiri.Memang dua orang pelajar tersebut penyokong pembangkang.PMIUM itu sendiri kalau apa2 hal mesti merujuk pada Izzah...dulu PMIUM mintak kerjasama IZZAH nak jaga keselamatan pelajar luar kampus..tapi sampai sekarang tak de pun..masih jugak rumah sewa pelajar kena pecah msuk pencuri.sekarang ni dua peljar tu dalam kesusahan pun tiada IZZAH nak bantu..padahal budak2 ni termakan hasutan mereka.Kenapa nak mintak derma dari pelajar pulak???banyak cantik..ko buat saah oang lain kena tanggung sama?????
salam, ini semua atas dasar kepimpinan melalui teladan...
satu pihak kerajaan didik rakyat jadi rakyat madani dan sebagainya...
satu pihak lagi puak pembangkang didik rakyat demostrasi, samseng, tuduh menuduh....
akhirnya bebudak muda ni yang baru setahun jagung tentunya pilih yang lebih mencabar hah..... tentu pilih cara kasar.....maka dapat lah pelajar2 IPTA jenis macam ni.... ini lah kesannya... modal insan masa depan...tak lama Allah nak tunjuk....
Bangsa yang baik untuk masa depan ,lahir nya ketika ini...ini lah yang akan kita dapat pemimpin masa depan..jenis haprak...
hahaha... kelakar siot.
krjaan didik rakyat jd rakyat madani???
cakap ikut sedap mulut, taip ikut sedap tangan ye...
madani kah umat melayu Islam skrg ni??? ko biar betul, jgn tulis ikut sedap tangan je...
krjaan dok cakap nak bangunkan modal insan, nak bangunkan camne??? ape usaha krjaan??? ko tahu x perangai budak2 kat sekolah skrg ni camne???
sudah la, Allah dah cakap ikut Al-Quran dan sunnah. Allah janji selamt dunia akhirat. knp susah sangat nak ikut apa yg Allah suruh???
mrL
Salam MRL,
Habis yang conteng2 bangunan, simbah petrol, "fitnah" orang tu..."Islam" yang ajar ke?
"Islam" Pas yang ajar? Mintak maaf MRL, kasar sikit...
Salam, Kejadian malang ini disebabkan ada golongan yang terlalu banyak hanya baca blog-blog pembangakang yang banyak membuat Personaliti assasinatin dan carector assination.Bagi pembangkang ini bukan baru dari Tun Dr.Mahathir dengan berbagai-bagai nama selepas itu Tun Pak lah dan kini sasaran adalah Dato Seri Najib!. Pelajar Universiti adalah pelajar yang bijak untuk menilaikan yang baik dan buruk.Tetapi kini pelajar universiti tempatan dah jadi macam tidak boleh memikirkan yang baik dan buruk.Apakah Islam mengajar mereka beri nama-nama seperti ini?.Kenapa menjadi ganas seperti ini..sanggup lakukan perbuatan jenayah kerana nak menegakan pendapat dan apa juga kata-kata pemimpin pembangkang itu betul semua..ada juga mangkuk hayun beri komen di sini perkara ini berlaku disebabkan kerajaan UMNO?. Tak tahulah apa mentaliti orang mcm ini.Nak kata bodoh tapi pandai blogging tapi otak dan pemikiran seperti telah brainwash oleh ideologi sesat politik. Sebagai pelajar perlu ada fakta yang nyata. Di Republik Islam Iran pun berlaku perkara seperti ini. Nak salahkan kerana kerajaan Iran itu mengikut hukum hudud...mungkin kerana mereka tidak ikut cara dan ideologi yang Parti Pas nak memerintah negara ini?.Cuba fikirkan kenapa perkara ini terjadi pada anak muda beragama Islam!.Kerana apa?.Bukankah kerana terlalu taksub pada pemimpin..apakah kata pemimpin pembangkang semuanya betul...apakah kata-kata pemimpin semua tak betul?...alahai tak tahu nak kata..standard minda sesetengah pelajar universiti negara kita tak tahu nak kata apa?.
Nak salahkan kat pembangkang plak.Pembangkang bukannya ada kuasa ke atas pelajar.Nak masuk dalam kawasan sekolah pun tak boleh inikan pula nak menghasut.Macam le pelajar2 tu takbleh fikir.Kalo bodo bodo takkan boleh masuk u..
Salam Tanpa Nama 2009 Julai 5 16:02,
Sebab tu dalam peribahasa Melayu ada mengatakan "Lempar Batu, Sembunyi Tangan".
Dah buat salah mana nak mengaku. Ibarat "Anjing berak tepi jalan, mana nak mengaku".
Apabila sesuatu sentimen dimainkan berkali2 tanpa rasa tanggung-jawab, ini lah jadinya. Apabila manusia terlampau memuja pemimpin mereka secara membabi buta dan bertaklik tanpa tahu hujung pangkal inilah padahnya.
Nasihat saya kembalilah kepangkal jalan sebelum terlambat....
Kalau memakai tangkal untuk apa2 tujuan sekalipun boleh membawa ke pada syirik, begitulah juga sekiranya kita terlalu mengagung2kan dan mendewa2kan seseorang pemimpin...
Waliyazubillah....
Post a Comment