Jumaat, 3 Julai 2009

KRISIS PAK PANDIR DAN MAK ANDIR.


DAP jangan ugut kerajaan Kedah – Zulkifli Noordin

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin memberi amaran kepada DAP agar mengubah pendekatan kerana tindak-tanduk parti itu akhir-akhir ini sudah mula dilihat seperti mahukan hanya suara parti itu sahaja didengari.
Beliau menegaskan, sebagai sebuah kerajaan pakatan, DAP harus belajar berkompromi walaupun dalam isu yang sensitif seperti mana yang dilakukan Pas dan PKR kerana jika tidak, muafakat yang sekarang ini tidak akan mampu bertahan lama.

Justeru, katanya, DAP tidak boleh lagi mengambil pendekatan sehala kerana ini membelakangkan semangat muafakat pakatan pembangkang sekali gus menimbulkan persepsi di kalangan rakyat bahawa DAP kini mengongkong pakatan.
”Seperti dalam isu penutupan pusat penyembelihan babi di Alor Setar semalam, tindakan DAP mengugut kerajaan negeri Kedah seolah hanya mahukan suara dia saja didengar.

”Sedangkan ini tidak boleh, kita adalah pakatan, kita mesti ada kompromi,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, Zulkifli berkata, dalam hal ini, tidak ada sebab untuk kerajaan negeri melayan ugutan DAP Kedah kerana isunya adalah jelas.

Katanya lagi, pusat penyembelihan itu telah beroperasi secara haram selama 30 tahun dan kerajaan negeri telah pun memberi peluang untuk pengusahanya berpindah ke tapak baru yang disediakan sebelum ia dirobohkan.

”Kita dah bagi peluang setahun, bukan tak ada peluang dan kerajaan bagi alternatif kepada pusat itu, tapi mereka yang enggan berpindah. Terakhir dalam taklimat, mereka minta tempoh lanjutan sebulan untuk pindah. Ini mereka sendiri yang minta, tapi tak pindah juga.

”Masyarakat sekeliling terutama orang Melayu makin marah, sebab dah capai persetujuan, tapi masih degil tak mahu pindah. Jadi kerajaan negeri Kedah ambil tindakan bijak dalam hal ini untuk jaga sensitiviti semua orang,” jelasnya.

Selain itu, Zulkifli juga mempertikaikan pendirian DAP yang tidak konsisten dalam membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memandangkan parti itu tidak bersuara langsung apabila ia digunakan ke atas pemimpin Jemaah Islamiah (JI), Mas Selamat.

Tegas beliau, sebaliknya, DAP hanya dilihat beria-ia membantah ISA apabila undang-undang berkenaan digunakan untuk menahan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

”Bila Mas Selamat ditahan, tak ada seorang pun bersuara. Jadi dia (DAP) mewakili kepentingan siapa? Kalau benar-benar tak setuju dengan ISA maknanya semualah, tak kiralah Uthayakumar ke, Teresa Kok atau Mas Selamat.

”Pas dan PKR, kita sama, bila Teresa kena pun kita tuntut beliau dibebaskan, Mas Selamat pun sama. Dan saya sendiri dalam kenyataan tuntut Mas Selamat dibebaskan dan dibicarakan di mahkamah. Ini baru kita konsisten. Ini tak ada, senyap. Kita tahu persepsi rakyat yang ‘engkau’ ini mewakili siapa,” tegasnya.

http://pemudaenggang.wordpress.com/2009/07/03/dap-jangan-ugut-kerajaan-kedah-zulkifli-noordin/

KOMEN PENULIS –

BIASALAH..INILAH AKIBATNYA BILA PAK ANDIR BERKAWIN DENGAN MAK ANDIR..SEGALA ISU BODOH DAN PENYELESAIAN YANG KURANG BIJAK AKAN TERUS KEDENGARRAN SETIAP HARI.

TAPI BEST JUGA..TERUSKAN LAH LAKONAN ATAU GELAGAT KRISIS RUMAHTANGGA PAK PANDIR DAN MAK ANDIR YANG MENGHIBORKAN INI..KAMI PERHATIKAN DAN TUMPANG SERONOK AJE.
OKLAH KALAU BORING DENGAN KISAH WAYANG KULIT PAK ANDIR DAN MAK ANDIR NI MARI KITA RELAX DENGAN GAME YANG HEBAT NI..PASTI TAK MENYESAL PUNYA..;

6 Comments:

TAAVEEKUN PERAK said...

Bro,deme mana reti nak memimpin rakyat majmuk.deme cuma pandai cover line pakai ayat2 ALQURAN.MENUDUH,MENIPU.MENCACI,MENCARUT DAN ETC ETC ETC.Tanpa BN akan murung lah seluruh negara.anjing hambat babi masuk lubang taik.hehehe

ISAC said...

Mudah2an rakyaat Malaysia, terutamanya orang2 Melayu/Islam sedar siapakah sebenarnya DAP ini.

Inilah "Liberalisasi" ala DAP. Apa yang memenangkan mereka...

Kalau Pas berani warwarkanlah mereka nak menjalankan hukum hudud di Kedah dalam masa terdekat ini....

Harus cerai satu Malaysia....

Kaloi said...

itu la akibatnya bila kita cuma pandai bercakap, bermain kata2 dari bertindak.. cakap tak serupa bikin.. telunjuk lurus kelingking berkait...

pada pendapat aku, kalo DAP, PKR dan PAS masing2 mempunyai ideologi dan matlamat yg berbeza, mereka tak akan kemana.. dan aku yakin Malaysia tak akan diperintah oleh pakatan rakyat, disebabkan oleh ideologi masing2 yg berbeza... JIKALAU tiga2 kata nak bwat hukum hudud.. so, mmg aku yakin memang bleh menang (disebabkan oleh ideologi yg sama )..

DAP patut rasa malu atas tindakan sebegini, mereka patut berbincang, bukan bwat medner terburu2... so dah korang nak bwat mcm tuh, nak tunjuk kat pengundi, korang bukan pak turut PAS, so jadi la mcm nih...

PAS pulak nampak bongkak bila dgn selamba mengalu-alukan pemergian si DAP, sepatutnya PAS kene sedar, pengundi mereka juga dari golongan non Malay wlopon mereka minoriti..

UMONO pulak sedang bersakan tgh mencucuk.. elok la.. dulu UMNO kene tibai.. skang aku rasa dgn isu yg memalukan nih. mmg mudah la nak menibai pakatan rakyat nih.. yg kesian.. rakyat mcm aku nih.. dan paling kesian.. rakyat yg buta, dan menyokong ajer aper tuan guru masing2 cakap...

dunia2~

Kaloi said...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kuntakinte said...

salam, sesuatu kerjasama harus ada kesepakatan...tetapi kita tak tahu kesepakatan itu ori ke tidak jika tiada krisis..la ni krisis satu persatu dah wujud, dan masing2 tuduh menuduh non stop jadi kita dapat lihat rapuhnya kerjasama 3 abdul ni....

Kalau BN macam perangai diorang dah banyak demostrasi jalanan dah.....tapi ok BN parti baik....

ISAC said...

Cakap pun berdolak-dalik sekejap keluar kejap tidak...

Macam mana nak meminpin & memerintah negara ?

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online