Rabu, 10 Jun 2009

PERTEMUAN SULIT

BLA..BLA..BLAAA...!!!
Pertemuan sulit tolak k'jaan perpaduan

Dalam kehangatan perdebatan idea kerajaan perpaduan yang diutarakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat memanggil pertemuan sulit bagi menepisnya.

Menurut sumber-sumber, Nik Aziz memanggil beberapa pemimpin parti itu yang dilihat menentang idea kerajaan perpaduan dan muqabalah dengan Umno, antaranya, bekas naib presiden Datuk Husam Musa dan penggantinya Datuk Mahfuz Omar.

Mesyuarat itu yang diadakan di Rumah Kelantan, Jalan Stonor di ibu negara pagi kelmarin juga bersetujui mendesak Abdul Hadi menjelaskan pendirian dan tafsiran beliau berhubung perkara itu.

"Setakat yang kita tahu, kerajaan perpaduan itu maksudnya ingin duduk bersama Umno.

"Ini yang kita tentang. Kita harap presiden dan timbalannya (Nasharuddin Mat Isa) boleh membuat penjelasan," kata sumber.

Jumaat lalu, dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasarnya, Abdul Hadi berkata, beliau yakin idea kerajaan perpaduan akan difahami dan diterima semua pihak suatu hari nanti.

Bagaimanapun, pada malam keesokannya, ketika menyampaikan ceramahnya sempena muktamar tahunan PAS itu, Nik Aziz menyifatkan idea Abdul Hadi itu sebagai "mengarut".

'Nik Aziz risau'

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, sumber-sumber berkata, idea Abdul Hadi itu perlu diperjelaskan supaya pemimpin lain dalam PAS tidak curiga dan tertanya-tanya maksud sebenarnya.

"Sekarang kita lihat hanya presiden dan Ustaz Nasharuddin sahaja yang bercakap mengenainya.

"Orang lain tidak tahu apa (butirannya)," kata sumber-sumber itu.

Sumber yang lain memaklumkan bahawa pertemuan itu dibuat ekoran kerisauan Nik Aziz terhadap potensi PAS bergabung dengan Umno apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan bersifat terbuka terhadap idea itu.

Utusan Malaysia sehari selepas majlis perasmian muktamar memuatkan laporan itu di muka depan akhbar tersebut.

Kedengaran juga ura-ura bahawa Nik Aziz "merajuk dan kecewa" dengan tindakan Abdul Hadi dan ingin membuat tindakan drastik dengan meletakkan jawatan sebagai mursyidul am.

Bagaimanapun, sumber-sumber itu berkata bahawa ura-ura itu tidak benar.

Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS pusat yang baru dipilih Dr Hatta Ramli ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung pertemuan Isnin itu.

"(Pertemuan) itu bertanya khabar sahaja," katanya, sambil ketawa.

Bekas bendahari agung PAS itu dikatakan turut hadir dalam pertemuan itu.

Sementara itu, di Pahang, seorang naib presiden PAS yang baru, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Abdul Hadi akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu kerajaan perpaduan.

Katanya, kenyataan akan memperjelaskan secara terperinci kerjasama antara PAS dan Umno berhubung isu kerajaan perpaduan, lapor akhbar Sin Chew Daily.
"Presiden akan mengeluarkan kenyataan mengenai isu itu. Semuanya akan diuruskan oleh presiden," katanya.

6 Comments:

ISAC said...

Salam Bro Tuah,

Maklumat baik ni. Harap2 betul lah...Selalunya akhbar2 Cina ini betul dan maklumat dia orang ni lebih cepat dari akhbar lain. Al Maklum mereka ada edisi petang.

Moga2 penyatuan ini akan menjadi kenyataan, Amin...Ya Rabbulalamin...

Wassallam

Tanpa Nama said...

BAGUS GAK KALAU SI AJIS TU BERSARA BRO. TAK BYK LG LAH DOSA DIA NAK KENA TANGGUNG. LG PUN DIA DH NYANYUK! KEHKEHKEH

Mohammad Roslan said...

Salam,
Saranan Parti Pas ini memang baik.Orang-orang UMNO sekarang terlalu teruja dengan saranan Negara Perpaduan yang samar itu.Walau apa pun UMNO perlu ingat "berbaik Berpada-pada,Buat jahat jangan Sekali". Berpada di sini bermakna jangan terlau baik dengan parti politik yang selama ini ingin menhancurkan UMNO dengan dengan berbagai tohmahan. Pembangkang seperti ini perlu berwaspada.Datuk Hadi yang selama ini dibawah bayang-bayang mursyidul PAS sedang "branding dan mengambil alih Ikon " dari Tuan Guru Nik Aziz sehingga saudara Nash boleh keluarkan kenyataan "Parti Pas bukan Nik Aziz" dan TG.Nik Aziz bukan Pas ".Maka perebutan kuasa sedang berlaku bukan di PPP sahaja tapi di PAS juga. Dengan sebab inilah Anwar mahu tukar perlembagaan parti PKR supaya isu presiden ditetapkan tempoh perkhidmatannya.Kenapa ini berlaku?.Kerana parti pembangkang tiada sistem demokrasi dalam parti mereka.Anwar dengan Isterinya menguasai PKR dan di DAP pula LKS dan anaknya menguasai dalam parti.tapi anehnya mereka menuduh UMNO parti kroni!.Apakah mereka ini dah lama tak melihat cermin diri mereka?.

Nasihat mamak cuma satu saja, Ahli UMNO jauhkan diri dalam kemelut perebutan kuasa dalam Pas ini..kita bukan musuh Parti Pas tapi saudara se-Islam. Kita tak mahu Parti Pas yang dipimpin oleh pemimpinnya yang memporak- perandakan umat islam dinegara ini dengan Fatwa yang digunakan untuk desepsi politik mereka untuk merebut kuasa. Janganlah lemah atau berikhsan dengan permainan politik pemimpin Pas yang sengaja diadakan ini melalui saranan negara perpaduan yang masih kelam ini.Jangan terlalu asyik dengan saranan Pas ini.
Ambil ikhtibar kemelut politik di negeri Perak kalau parti Pas ikhlas berjuang didasar Islam inginkan perpaduan umat Islam teras perjuangan mereka; kenapa mereka tak bergabung dengan BN untuk menerajui pimpinan negeri perak?. Pas sanggup kerjasama dengan DAP yang terang-terang membantah pendirian dan Ideology politik mereka!.Pada masa itu mana perginya Hadi atau Nash?.Apakah mereka tak berkuasa untuk menasihatkan pimpinan Parti Pas Negeri Perak untuk Kerajaan perpaduan dengan UMNO saudara Islam mereka dan untuk umat Islam di negeri Perak?.Kenapa sekarang?.

ISAC said...

Salam Mamak,

Wah begitu bersemangat, begitu serios dan tersusun komennya.

Biasalah Bro....Tiada musuh dan kawan yang kekal didalam politik.

Semua orang macam tu....

Mohammad Roslan said...

Salam tuan Issac,

Tepat sekali " TIADA KAWAN DAN TIADA MUSUH DALAM POLITIK". kita ini sebagai "salesman" untuk parti je!.Wassalam.

kuntakinte said...

salam, Geng Ni Ajis akan berusaha mati2an cadangan Hj Hadi dan Nash ditentang habis2an, road show ke kampung2 akan digerakkan dan perpecahan orang melayu kemungkinan akan lebih parah, sehingga berkemungkinan besar akan wujud satu lagi parti islam baru yang diberanakkan dari PAih.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online