Khamis, 11 Jun 2009

PERPADUAN - RETROSPEKSI ATAU DESEPSI POLITIK ?


WAHAI TEDUNG..BISA MU PERLU DINEUTRALKAN DAHALU...!!!

Salam,

Saranan drastik Negara Perpaduan dari Parti Pas sememangnya baik dan boleh dianggap sebagai usaha terpuji bagi melakukan retrospeksi terhadap ketidaktentuan polimik politik semasa Negara.

Walaubagaimana pun orang-orang UMNO tidak perlulah terlalu teruja dengan saranan Negara Perpaduan yang masih samar itu. Walau apa pun UMNO perlu ingat "berbaik Berpada-pada, buat jahat jangan Sekali". Berpada di sini bermakna jangan terlau baik dengan parti politik yang selama ini ingin menhancurkan UMNO dengan dengan berbagai tohmahan. Pembangkang seperti ini perlu berwaspada. Datok Hj Hadi yang selama ini dibawah bayang-bayang mursyidul PAS sedang "branding dan mengambil alih Ikon " dari Tuan Guru Nik Aziz sehingga saudara Nash boleh keluarkan kenyataan "Parti Pas bukan Nik Aziz" dan TG.Nik Aziz bukan Pas ". Maka perebutan kuasa sedang berlaku bukan di PPP sahaja tapi di PAS juga. Dengan sebab inilah Anwar mahu tukar perlembagaan parti PKR supaya isu presiden ditetapkan tempoh perkhidmatannya. Kenapa ini berlaku?. Kerana parti pembangkang tiada sistem demokrasi dalam parti mereka. Anwar dengan Isterinya menguasai PKR dan di DAP pula LKS dan anaknya menguasai dalam parti. Tapi anehnya mereka menuduh UMNO parti kroni!. Apakah mereka ini dah lama tak melihat cermin diri mereka?.

Nasihat mamak cuma satu saja, ahli UMNO jauhkan diri dalam kemelut perebutan kuasa dalam Pas ini..kita bukan musuh Parti Pas tapi saudara se-Islam. Kita tak mahu Parti Pas yang dipimpin oleh pemimpinnya yang memeningkan umat islam dinegara ini dengan kenyataan yang mungkin penuh dengan desepsi politik untuk merebut kuasa. Janganlah lemah atau berikhsan dengan permainan politik pemimpin Pas yang sengaja diadakan ini melalui saranan negara perpaduan yang masih kelam ini. Jangan terlalu asyik dengan saranan Pas ini. Ambil ikhtibar kemelut politik di negeri Perak, kalau parti Pas ikhlas berjuang didasar Islam inginkan perpaduan umat Islam teras perjuangan mereka; kenapa mereka tak bergabung dengan BN untuk menerajui pimpinan negeri perak?. Pas sanggup kerjasama dengan DAP yang terang-terang membantah pendirian dan ideology politik mereka!. Pada masa itu mana perginya Hadi atau Nash?. Apakah mereka tak berkuasa untuk menasihatkan pimpinan Parti Pas Negeri Perak untuk Kerajaan perpaduan dengan UMNO saudara Islam mereka dan untuk umat Islam di negeri Perak?. Kenapa sekarang?.

" TIADA KAWAN DAN TIADA MUSUH KEKAL DALAM POLITIK"; kita ini sebagai "salesman" untuk parti sahaja!. Wassalam.

Nukilan Mamak Penang.

5 Comments:

kuntakinte said...

Salam, barvo mamak, pandangan yang penuh kematangan dari otai utara...

Teman pernah suara kan sebelum ini, kalau betul Hj hadi bertelor istihar PAih keluar Pakatan pembangkang dan umum masuk komponen BN atau setidak - tidaknya umum sokong BN...itu pun kalau bertelor.

Lebih pada mainan Politik atau Hj Hadi nak test market kekuatan dia dengan Ni Ajis.

Tapi dia boleh tengok lah rupa sebenar DAP yang jadi Isteri Muda AN War yang mempunyai kuasa Queen Control...Hj Hadi pun kenan kutuk samapaikan bercakap dengan tuhan pun masuk sekali disama kan bercakap dengan DAP..

Tanpa Nama said...

Hati-hati jangan sampai UMNO kena patuk lagi..

Sikhin Harun said...

Salam Abg Tuah..

Kenapa sejak kebelakangan banyak siarkan haiwan REPTILIA?Apakah maksudnya PAS itu Reptilia,dan REPTILIA itu PAS??ok..lidang bercabang..saya faham!

Kenapa mereka pilih NEGARA PERPADUAN?
Nak seakan-akan sama dengan UMNO pun!!

Pas selalu mencari ruang yg tak mungkin dapat dipenuhi UMNO.HUDUD,NEGARA ISLAM..klu mereka tu ikhlas, mereka boleh bina sebanyak mana masjid yg mereka mahu.Tetapi ini tak diberi keutamaan kerana ianya tak akan beri mereka popular sebab rakyat tahu..UMNO yang banyak bina masjid.

Kata penulis,tiada kawan dan musuh kekal dalam politik.Betul kan...sebab politik itu kotor tapi berpolitik itu perlu..kalau tak belum tentu kita merdeka.Cuma yang jadi masalahnya ada isi dan otak tiap-tiap orang berbeza.
Politik itukan seni..tapi lately PAS seperti overdose sebab itu mereka halalkan banyak cara dlm meraih kuasa.Dan lagi satu..maaf ya,ini cuma pendapat saya secara peribadi,cara PAS berpolitik kini seperti wanita yang berpakaian seksi..,mahu semua orang pandang dan jeling mereka bahkan ada yang tak berkelip.

P/s Abg Tuah,suruh saudara kuntakinte bina blog sendiri.Pandangan beliau sangat baik dan punya semangat tinggi.
Beliau boleh jadi good 'salesman' kalau dapat tunjuk ajar dari 'senior salesman' mcm Abg Tuah dan yang lain-lain.

AbgTuah said...

SALAM SIKHIN..

PANDANGAN YANG BERNAS.

YE..ABGTUAH SAJA PAPARKAN REPTILIA ULAR..

PADA ABGTUAH ULAR NI MERBAHAYA SUKA BERBELIT-BELIT, MEMATUK DAN AMAT BERBISA AGAKNYA..

KUNTAKINTE ADALAH SEORANG KOMENTATOR YANG BAIK MEMPUNYAI IDEA BERNAS. BAHASANYA BERSAHAJA TETAPI AMAT TAJAM DAN BERBISA. MEMANG ABGTUAH MEMINATI KOMEN BELIAU DARI DAHULU LAGI. NANTILAH ABGTUAH SARANKAN DIA BUKA BLOG SENDIRI. TAPI KUNTAKINTE NI SIBOK ORANGNYA..MAKLUM SEORANG OTAI POLITIK..

ISAC said...

Salam semua,

Saya kira tidak salah membuka pintu rundingan demi penyatuan umah juga demi masa depan nasib bangsa Melayu/Islam.

Lagipun idea ini sememangnya datang dari Umno. Waima Ustaz Nash pun pernah diberitakan menyambut jemputan Umno untuk memperbincangkan idea ini.

Buangkanlah yang keruh dan ambillah yang jernih. Bagi kita yang kebanyakkanya masih muda sudah pasti kita tidak tahu apakah yang sebenarnya berlaku pada tahun 1978 sehingga mengakibatkan Pas dikeluarkan dari BN. Yang jelas sebagai manusia kita X pernah sepi dari melakukan kesilapan.

Bak kata lagu Papa Rock Ramli Sarip, "Bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelombang".

Sebagai orang Islam jika kita dihulurkan tangan, tanda persahabatan/perdamaian hendaklah kita sambutnya dengan baik/ikhlas.

Dalam masa yang sama kita juga diperingatkan bahawa orang Islam tidak akan dipatuk oleh ular dalam lubang yg sama dua kali!

Bukan mudah untuk seorang pemimpin besar seperti TG Hj. Hadi hendak menyatakan kepada umum bahawa beliau bersetuju dengan idea Kerajaan Perpaduan apatah lagi penyatuan Pas dibawah PR membolehkan wakil2 mereka menganggotai kerusi exco di Selangor, P. Pinang, Kedah dan juga Perak (walaupun kurang setahun memerintah Perak). Bahkan tiga buah negeri telah diterajui oleh MB Pas termasuk Kelantan. Ini merupakan kemenangan terbesar Pas selapas 50 tahun berjuang.

Dalam situasi politik sekarang yang persepsi rakyaat lebih memihak kepada mereka, lojiknya Pas X perlukan Umno.

Tetapi demi survival Bangsa Melayu/Islam di negara ini saya kira TG Hj. Hadi telah terbuka hati dan pemikiranya untuk menongkah arus.

Terpaksa menongkah arus, kerana mejoriti perwakilan Pas dalam Pemilihan yang baru lalu dilihat tidak bersetuju dengan kerajaan perpaduan bersama Umno.

Terpaksa menongkah arus, kerana terpaksa melawan Mursyidul Am Pas TG Nik Aziz.

Saya X fikir populariti yang dicari oleh TG Hj Hadi. TG NA yang semakin tua dan uzur dimamah usia X perlu dikalahkan...

Secara lojiknya juga saya X fikir TGNA akan dapat memimpin Pas dalam PRU 13 iaitu 4 tahun dari sekarang.

Jadi saya ingin menyeru sahabat2 semua baik di kalangan Umno, PKR maupun Pas agar X mengeluarkan komen2 yang negatif terhadap idea penyatuan ini.

Yang jelas Melayu/Islam/Bumiputera mesti bersatu bukan sahaja demi survival kaum bumiputera itu sendiri tetapi juga demi masa depan bangsa Malaysia kerana sebagai kaum mejoriti sudah tentulah kekuatan Melayu/Islam/Bumiputera akan menjadi kekuatan dan keutuhan Bangsa Malaysia dan negara ini. Ini selari dengan semangat One Malaysia seperti yang dicita2kan oleh PM kita DS Najib.

Wassallam...

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online