KONSEP BUGHAH DALAM ISLAM
Pengertian bughah Bughah mengikut istilah syara` adalah “ segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.’ (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122)
Bughah mengikut istilah ilmu tata negara adalah “perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri yang dinamakan jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan dalam politik)”.( Qanun Jinayah Syariyyah, hal 129)
Bughah Menurut al-Quran dan Sunnah
Bughah dalam pandangan Islam ada disentuh pada ayat 9 surah al-Hujurat yang bermaksud;
“Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang maka damaikanlah antara kedua-duanya, jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh). Jika ia telah kembali, maka damaikanlah kedua-duanya dengan adil dan berlaku saksamalah, sesungguhnya Allah suka orang yang melakukan kesaksamaan”
Sementara al-Sunnah terdapat beberapa penjelasan terhadap perbuatan Bughah. Antaranya adalah seperti berikut;
1. Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; Sesiapa yang telah menghulurkan tangan dan hatinya (memberi bai`ah atau kesetiaan) kepada seseorang pemimpin, maka hendaklah dia mentaatinya selagi termampu. Sekiranya datang seorang lain yang cuba menentangnya (memerangi pemimpin yang dibai`ah itu) maka pancunglah kepala penentangnya itu”. Riwayat Muslim
2. Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya; Sesiapa yang melihat sesuatu perkara yang ia tidak sukai daripada ketuanya maka hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya sesiapa yang berpisah daripada jamaah walaupun sejengkal lalu dia mati maka matinya adalah mati jahiliah”. yes'> Riwayat al-Bukhari dan Muslim
3. Daripada `Awf bin Malik al-Asja`i, beliau berkata yang bermaksud: “Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda; Sebaik-baik pemimpin kamu ialah yang kamu kasihi mereka dan mereka kasihi kamu, kamu memdoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Seburuk-buruk pemimpin ialah pemimpin yang kamu benci dan mereka bencikan kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu. Kami berkata; Wahai Rasulullah s.a.w., bolehkah kami memerangi mereka? Baginda menjawab; Jangan selagi mereka bersembahyang bersama kamu kecuali orang yang diperintah oleh seorang pemimpin yang melakukan maksiat maka hendaklah dia membenci maksiat yang dilakukannya itu dan janganlah sekali-kali kamu mencabut ketaatan”. (Riwayat Muslim dan Ahmad)
4. Daripada Huzayfah bin al-Yaman r.a. berkata yang bermaksud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Akan ada selepasku para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melakukan sunnahku. Akan ada di kalangan kamu pemimpin yang hatinya seperti hati syaitan dalam jasad manusia. Aku (Huzaifah) bertanya; Bagaimana harus aku lakukan jika aku sempat hidup dalam suasana itu ya Rasulullah. Jawab baginda; Kamu dengar dan taat walaupun dia menyebat kamu dan mengambil harta kamu, hendaklah kamu dengar dan taat. (Riwayat Muslim, al-Baihaqi dan lain-lain)
5. Daripada Ubadah bin al-Somit beliau berkata yang bermaksud; Kami telah membaiah Rasulullah s.a.w. untuk dengar dan taat dalam keadaan kami suka atau benci, kami senang atau susah, mengutamakan pemimpin daripada diri kami dan untuk tidak menentang pemimpin melainkan terdapat kekufuran yang jelas hukumnya dalam agama Allah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
6. Daripada Abu Zar bahawa Rasulullah s.a.w. berkata yang bermaksud; Wahai Abu Zar, bagaimanakah kamu sekiranya nanti kamu berada di bawah pemimpin yang tamak dan tidak membahagikan harta harta al-fai` ini?. Jawab Abu Zar; Demi Allah yang mengutuskan tuan dengan kebenaran, aku akan pikulkan pedang atas bahuku dan memeranginya sehingga aku bertemu tuan. Baginda pun bersabda; Mahukah jika aku tunjukkan kepadamu yang lebih baik daripada itu? Iaitu engkau bersabar sehingga engkau menemuiku. (Riwayat Imam Ahmad, dalam sanadnya terdapat perawi bernama Khalid bin Wahaban , Ibnu Hibban menthiqahkannya manakala Abu Hatim pula mengatakannya majhul)
Bughah Menurut Pandangan Ulamak
1. Imam Ghazali r.h. dalam kitabnya al-Iqtisad fi al-I`tiqad mengatakan”….persoalan-persoalan ini membangkitkan pertentangan dan sesiapa yang dapat menghindarkan diri daripadanya lebih selamat daripada orang yang mencampuri atau terlibat dalamnya, meskipun pendirian yang diambilnya benar, apatah lagi jika memilih jalan yang salah…”
2. Ibn Abi al-`Iz pula berkata,…”adapun wali al-Amri berkemungkinan ia menyuruh supaya tidak taat kepada Allah S.W.T., ia tidak boleh ditaati melainkan dalam lingkungan taat kepada Allah S.W.T. dan rasul-Nya. Adapun kemestian taat kepada mereka (dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah S.W.T.) walaupun mereka zalim ialah kerana tidak mentaati mereka akan mengakibatkan kerosakan yang berganda-ganda melebihi yang dihasilkan daripada kezaliman mereka. Bahkan sabar terhadap kezaliman mereka mengkifaratkan dosa-dosa, menambahkan pahala. Allah S.W.T tidak menurunkan orang zalim ke atas kita melainkan kerana kerosakan perbuatan kita. Balasan adalah sesuai dengan amalan. Maka kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh beristighfar, bertaubat dan memperbaiki amalan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud;
“Atau setiap kali musibah menimpa kamu, sesungguhnya Ia telah menimpa kamu musibah yang seumpamanya. Kamu bertanya, dari manakah musibah ini. Katakanlah wahai Muhammad ia datang daripada diri kamu sendiri”.
Ali Imran ayat 165
Dan Allah S.W.T. berfirman yes'> yang bermaksud;
“Dan demikianlah Kami menempatkan orang zalim sebagai wali kepada orang zalim sepertinya, sebagai hasil kerja-kerja yang mereka lakukan”.
Al-An`am ayat 129
Apabila rakyat mahu membebaskan diri daripada kezaliman pemerintah mereka maka mereka hendaklah meninggalkan kezaliman yang sedang mereka lakukan”.(Syarh al-`Aqidati al-Tohawiyah, juz 2, hal. 542,)
3. Syeikh Muhammad bin Abdullah bin Sabil berkata, “…kesabaran ke atas kezaliman imam (pemerintah) selain daripada yang wajib dari segi syarak adalah lebih ringan mudharatnya daripada bangun menentangnya dan menggugurkan ketaatan daripada mereka. Ini kerana natijah terhadap penentangan terhadap mereka membawa kerosakan yang sangat besar. Kemungkinan bangun menentang mereka akan membawa fitnah yang berpanjangan dan merebak kemudharatannya yang membawa pertumpahan darah, mencabuli kehormatan, merampas harta benda dan lain-lain lagi kemudaratan yang banyak dan musibah yang besar ke atas negara dan rakyat”.( al-Adillatu al-Syar`iyyah fi Bayani Haqqi al-Raa`iyyah. Riyadh)
4. Budaya `isyan bukanlah budaya Islam, menurut ahli sunnah wal jamaah kerana ia adalah daripada sifat-sifat iblis. Jika berlaku kezaliman daripada pemerintah, apa yang mesti dilakukan ialah menjalankan gerakan mengislah rakyat supaya memperbaiki kerosakan yang mereka lakukan kerana kezaliman pemerintah itu adalah diutus oleh Allah S.W.T. sebagai balasan atas kerja-kerja jahat yang mereka lakukan. Apabila rakyat berjalan di atas landasan yang benar dan berada dalam keadaan yang diredhai oleh Allah S.W.T. maka Allah S.W.T. akan menarik balasannya dengan memilih dan melantik orang yang adil menjadi pemerintah mereka.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;
“Sesungguhnya akan berlaku selepas zaman kamu kekecohan dan perkara-perkara yang tidak menyenangkan kamu. Sahabat-sahabat bertanya, apakah yang patut kami lakukan? Baginda bersabda, “kamu hendaklah menunaikan hak-hak yang wajib ke atas kamu melaksanakannya dan memohon kepada Allah hak-hak yang diperuntukkan kepada kamu.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Al-Nawawi berkata, “hadith ini menggesa supaya mendengar dan taat walaupun orang yang memerintah itu zalim. Maka berilah hak ketaatan kepadanya dan jangan menentangnya dan jangan melucutkan jawatannya, bahkan hendaklah berdoa kepada Allah S.W.T. supaya menarik balik siksaan-Nya, berusaha menolak kejahatan dan menjalankan usaha islah”. (Syarh al-Nawawi li Sahih al-Muslim, juz 12, hlm. 232)
5. Sahl bin Abdullah al-Tastari berkata, “ … manusia sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka membesarkan pemerintah dan ulama`. Jika mereka membesarkan kedua-dua institusi ini, Allah akan memperbaiki dunia dan akhirat mereka dan jika mereka merendahkan kedua-dua institusi ini, binasalah dunia dan akhirat mereka”. (al-Jami` li Ahkam al-Quran, juz 5 hal. 260)
Kesimpulan
Pemberontakan atau bughah merupakan suatu perbuatan yang sangat bercanggah dengan ajaran yang disarankan oleh Islam. Berdasarkan hadis serta pandangan para ulama, umat Islam digesa supaya mengelakkan diri daripada perbuatan bughah sebaliknya berusaha mewujud dan melindungi maslahat umum daripada perbuatan yang merosakan keharmonian hidup mereka. Perbuatan bughah dari sudut Islam adalah sama nilainya dengan kesalahan jenayah lain malah ia lebih merbahaya kerana ia akan mengheret masyarakat kepada kerosakan hidup secara lebih menyeluruh yang melibatkan orang lain yang tidak bersalah.
1. Al-Imam Taqiyuddin Abi Bakar bin Muhammad al-Husaini, Kifayah al-Akhyar fi Hilli Ghayah al-Ikhtisar, Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, jld 2
2. Qanun Jinayah Syar`iyyah, Haji Said Haji Ibrahim, Cetakan Pertama 1996, Darul Ma`rifah, Kuala Lumpur
Oleh : Bahagian PenyelidikanJabatan Kemajuan Islam Malaysia
23 Comments:
salam abgtuah,
PR menentang dan menderhaka kepada sultan. Itu wajar kerana bagi mereka Sultan bertindak tidak adil kepada rakyat penyokong PR?
Sekarang PR membela PKM. Itu wajar kerana bagi mereka PKM bertindak sebagai pejuangan pembebasan rakyat daripada British?
Politik negara sekarang sakit. Semua yang betul duduk sudah jadi terbalik. Penjenayah diagungkan dan polis disifatkan sebagai pembunuh, bila terpaksa bergadai nyawa menangkap dan menangani masalah jenayah. Adil ke?
Ulama yang menegur PR dicaci dan difitnah kononnya bertindak sebagai orang suruhan BN. Itu ulama. Tetapi apabila ustaz kafir memberi ceramah dan mengeksploitasikan ayat2 suci untuk kepentingan politik, mereka mewajarkannya. Adil ke?
Kita sekarang tunggu perlakuan seterusnya pembangkang sekarang untuk menghancurkan negara. Wang adalah segala2nya. Itu sahaja modal mereka. Wang, harta, wang, harta... ada ke perkara lain yang disebut ketika berkempen untuk menunjukkan teladan baik? Cuba tanya PR pula, apa sumbangan yang diberikan bagi mempertingkatkan ekonomi negara? Ada tak?
Dasyat betul abg tuah ni! Saya nak copy la artikel ni. Good job bro! Very detail!
Barakallahu fiq, AbangTuah. Semoga mereka dibelah sana diberi Taufiq dan Hidayah.
Saya telah berdebat dgn kaum bughah (PAS & PKR) ni sejak sekian lama ttg hukum bughah. Demi Allah, inilah hukum Islam yg jelas (sebahagian drp hukum hudud) yg tidak pernah mampu mereka jawap.
Kalau mereka ingin juga berhujah menentang hukum bughah, mereka terpaksa menjilat hukum2 yg mereka sendiri katakan sebagai hukum kuffar.
Tahniah kpd Abang Tuah krn mula memahami hukum ini dan mula berhujjah dgnnya. Semoga lebih ramai orang UMNO yg akan memahami hukum ini dan turut serta.
Walau bagaimanapun, apa yg saya lihat kebanyakan drp isi artikel ini adalah disalin dari tulisan lain - bukan asli drp Abang Tuah. Jgn terkejut, ada banyak lagi ruang yang orang2 PAS akan cuba utk dalihkan. Tapi semuanya akan termakan kpd mereka semula. Debat ini akan menjadi cukup menarik dan mencabar minda.
Saya sedang cuba utk mengaktifkan semula website lama yg saya ingin dedikasikan kpd penulisan ttg hukum ini: www.1jemaah.org. Kalau berjaya, insya'allah pada Jun/4/2009 ia akan aktif semula, kalau tidak mungkin perlu tunggu lagi.
SALAM PENGUNJUNG SEMUA.
TERIMA KASIH DIATAS KESUDIAN SINGGAH DAN MELONTARKAN SEPATAH DUA KATA.
KEPADA PARPU KARI..COPYLAH BRO..SEBARKAN KEPADA SEMUA AGAR KITA FAHAM APA YANG KITA PERJUANGKAN ADALAH BENAR.
KEPADA SAUDARA DARTH ANWAR, TERIMA KASIH KERANA MEMBAWA TOPIK INI DALAM KOMEN TERDAHULU SEHINGGA MENDORONG SAYA MENCARI SUMBERNYA. ARTIKEL INI ADALAH DISALIN DARI BAHAGIAN PENYELIDIKAN JAKIM.
BAB AGAMA INI SAYA TAK BERANI MENTAFSIR SENDIRI MELAINKAN SAYA AMBIL DARI SUMBER YANG AHLIL DAN BOLEH DIPERCAYAI.
salam bro,
aku terima dan setuju dgn post ko ni. Alhamdulillah, bgs usaha ko dalam membaca dan menilai hadith2 dan pendapat ulama'.
maaf, tp ada byk persoalan bro. yg mengguhdahkan hati aku ni...terlalu byk kalau nak dipersoalkan...
1. apa guna kita buat pilihanraya kalau kita cuma terima ape yg pemerintah buat?
2. apakah undi selain pemerintah dikira sebagai menentang?
3. apakah definisi pemberontakan??? setahu aku xde lg darah yg tumpah skrg ni...
terpulang nak pilih sesiapa, yg penting aku dapat kemanisan dalam perjuangan PAS...
entahlah... semoga kita semua berada di jalan yang benar... jgn buat maksiat, malaysia aman dan makmur. Islam tertegak di malaysia!!!
takbir!!!
Allahuakbar...
mrL
Lawan dengan adil, ikhlas & berhemah ok....
Perbezaan dalam Islam dibolehkan, tapi X lah sampai saling jatuh-menjatuh, fitnah menfitnah, dengki mendengki dan yang seangkatan dengannya...
Perbezaan yang dicari adalah yang boleh membawa kita sama2 menuju kejayaan di dunia dan akhirat...
Bukan untuk berpecah-belah sehinggakan umat Islam jadi saling bermusuh dan benci-membenci...
Memang sedih bila melihatkan selepas zaman Saidina Othman r.a. umat Islam telah berpecah belah...bunuh-membunuh akibat fahaman politik yang berlainan khususnya antara puak2 Ummayyah & Abbsyiah.
Sedih bukan? Bahkan yg menyedihkan lagi, ada di antara mereka ini adalah di kalangan sahabat2 Rasullullah s.a.w..
Ilmu dan amalan kita jika nak dibandingkan dengan mereka ibarat langit dengan bumi. Ada yg mengibaratkan kita ini hanya umpama debu2 pada kuda para sahabat.
Ambil lah iktibar daripada apa yang telah berlaku! Lihatlah disekeliling kita....
Mana ada negara org Melayu yang boleh dibanggakan...Di mana2 Umat Melayu tertindas... Selatan Thai, Selatan Myamar, Selatan Filipina, Singapura bahkan di Indonesia sendiri mereka juga terhimpit!!!
Sekarang boleh cakap besar lah....
Anak2 kita nak belajar sebahagianya kerajaan yg tanggung....Ada diantara kita belajar sampai Phd, jadi Professor walaupun pada masa yang sama kita berapi2 menentang & mencaci kerajaan...Alasan kita itu semua tanggung-jawab kerajaan...
Kononnya membina masjid pun tanggung-jawab kerajaan....Buat jalan, dll....Memang benar...Tapi sebagai warganegara juga ada tanggung-jawab yg perlu dilaksanakan.
Tanya lah pada saudara2 kita di negara2 yang saya sebutkan tadi tidak kah mereka iri dengan nasib kita? Nasib anak2 kita ? Pasti mereka akan kata ya dan kalau boleh mereka hendak memohon untuk menjadi warga negara Malaysia...
Walau apa pun Melayu Mesti Bersatu!!!
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.
Saya sebagai hamba Allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.
“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…
Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.
Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???
Allah SWT berfirman :
" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)
Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!
Ingatlah wahai saudaraku...
Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.
"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula."(Al-Zalzalah : 7-8)
MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???
Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…
Jebat, 2009 Jun 3 10:44
Betul apa yg tuan bentangkan, tapi mempertahankan bangsa juga adalah tuntutan Islam. Asal sahaja kita X menindas kaum lain.
Interpartasi Assabiyaah juga perlu adil, tepat dan bertanggung-jawab.
Adakah menyokong parti anti Melayu/Islam seperti DAP pro komunis merupakan perjuangan menegakkan Islam yg Universal? Bunuh diri tu Bro...kalau kate ye...Dah adik-beradik kafir Harbi aje tu...Ingatlah tuan dan PR hanya memecah-belahkan org Melayu Islam...Menjadikan kedudukkan kita rapuh dan mudah dibuli oleh yg bukan Islam. Demokrasi mementingkan mejoriti. Tapi Mejoriti X semestinya dijalan yang benar!
Bahkan dalam suatu hadis ade menyebut "Allah X akan menukar nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang menukarnya".
Bangsa kita pulak Islam dan penduduk asal negara ini. X kan bantu org Melayu/Islam/Penduduk asal tu salah?
Kalau dilihat kepada sejarah peperangan Rasullullah s.a.w. di luar Mekah & Madinah...dan disambung kepada pula oleh para sahabat...
Mengapa peperangan tersebut kebanyakkannya untuk membebaskan umat Arab dari pemerintahan Farsi dan Rom yang Zalim? Kenapa X pergi Afrika ke ? India ke ? Asia ke? Amerika Selatan ke?
Mengapa utamakan Umat Arab dulu?
Itu memang resam manusia bro, utamakan bangsa sendiri, asal jangan menindas org lain dah le...
Jangan lah terikut2 dangan kata2 DAP & PKR....Menanam semangat kebencian kepada pemimpin...Itu cara Islam ke? Bukan X boleh berhujah guna Al Quran & As Sunnah tapi fahamkan sendiri betul2...Jangan mentang2 nama Jebat, asyik nak membangkang sahaja...Tapi dalam masa yg sama dapat peluang masuk U, sapu jugak...Dapat biasiswa/pinjaman sapu jugak...Kena adil Bro...
Tengokkan Singapura pun dah cukup...Bila dapat kat depa, memang lah melayu/Islam X kena bunuh....Tapi disingkirkan cara tersusun...
Nak jadi pilot jet fighter Melayu/Islam X leh....Jeneral pun X leh....
Fikir2 kan Bro....
Beringat masa masih ade Bro....Bila dah terlepas...Penyesalan air mata darah pun X akan berguna!!!!!!!
SALAM BRO
'ANU'WAR MENYIFATKAN DIRI DIA TU KONON2 HERO TAMADUN ISLAM MODEN! TAPI SOAL MENIPU RAKYAT SUPAYA BANGKIT TENTANG RAJA DIA MMG PAKAR!..YAA PAKAR PENIPU NO. 1 IN DE WERLD!!..DIA TAK RASA BANGGA PUN MEMPUNYAI RAJA. TP DIA BANGGA MENYOKONG YAHUDI ZIONIS MENGHANCURKAN HIERARKI DI RAJA!
HIMPUNAN DAULAT TUANKU
"ADAT BERBANGSA HIDUP SERUMPUN! ADAT BERAJA KESETIAAN DIRIMBUN!" Suatu Himpunan akan diadakan bagi menyemarakkan semangat perjuangan Melayu Merdeka. Ayuh! Kita bebaskan diri daripada penjajahan oleh "musuh". Kita mesti bangkit dari tidur dan lena nan panjang. Kini professional Melayu hanya 34% dan kuasa ekonomi kita hanya 19%. Kita perlu Sedar dan Insaf! Melayu mesti gagah di nusantara ini. Melayu mesti menjadi contoh dan tauladan kepada semua insan. Melayu mesti bangkit dari kejatuhan! Melayu kita jugalah yang menjadi penghuni Pusat Serenti, GRO Kelab Malam dan Pelepak di jalanan. Kita kena majukan Melayu. Melayu mesti Maju. Kita mesti buangkan yang keroh dan mendakap semua kejernihan itu. Marilah kita bersatu atas nama Jama'aah yang satu biarpun kita punya beribu lambang, bendera dan logo. Kita mesti Bersatu Hati. Untuk apa? Kesinambungan kepimpinan dan warisan perjuangan hidup.
Dari segi gaji pun selalu kita dianaktirikan....
X tahu berbahasa Mandrin....Permohonan X dipertimbangkan...
Ini adalah antara contoh penyingkiran secara tersusun/terancang.
Saya pernah baca satu artikel, waima...pelacur Melayu pun harganya nya lebih murah berbanding amoi cina (Malaysia). Bukan nak menggalakkan pelacuran tetapi hanya sebagai perbandingan.
SALAM ISAC..
HEHEHE..DALAM BANYAK2 PERBANDINGAN..INILAH PERBANDIGAN YANG PALING HEBAT..CUMA NAK TANYA MAK NYAH MELAYU DAN CINA PUN ADA BEZA JUGA KE..?
Abang Tuah, Abang Tuah ...faham tak apa yang abang Tuah tulis, Pemimpin yang beriman dan pemimpin yang adil itu patut yang kita taat. Kita tidak boleh taat membabi buta..last - last kita sama - sama diheret ke neraka sebab kita takut nak tegur dan sokong pemimpin yang berbuat maksiat dan kerosakan di muka bumi. Insaflah tuah...biar buta mata jangan buta hati.
Kita ni hidup bukan untuk selamanya..entah esok, lusa kita mati. kita nak jawab apa di hadapan Allah.Sudah ada di depan mata kita, manusia yang hendak menegakkan hukum Allah, kenapa tak sokong. Kita diwajaib beriman kepada Kitab AL- Quran termasuk hukum - hukumnya. Andai kata kita tolak orang yang hendak melaksanakan hukum Allah, bermakna kita meolak salah satu rukun iman yang hendak dilaksanakan. Mungkin terbatal iman kita. Nauzubillah. Fikir -fikirkan lah...tanya si najib dia nak laksana hukum hudud tak.
WAHAI BANGGANG,
ENGKAU TAHU KE DS NAJIB TOLAK KE ATAU DI TANGGUHKAN..
SETAHU AKU TAK PERNAH DENGAR MEREKA TOLAK..
KALAU TAK TAHU JANGAN KALENTONG SINI..
YG AKU PERNAH DENGAR NIK AJIS YG KATA 30 TAHUN LAGI WAHAI BENGGAP..
APA BUKTI PEMIMPIN NEGARA TU BUAT MAKSIAT..NYATA KE..ATAU KAU YANG BUTA TULI..
APA BUKTI PEMIMPIN PAS BERIMAN KEPADA KITAB ATAU MELAKSANaKAN HUKUM-HUKUMNYA DI KEDAH KELANTAN DAN DIPERAK DAHULU..tarakkk..yelekk.
YANG AKU DENGAR SI NIJAR TU KATA ITU TUGAS JABATAN AGAMA ISLAM..KAU NI BARU KELUAR DARI PUSAT TARBIAH KE..HABOK PUN TAK FAHAM....
Assalamualaikum,
Bagus juga catatan Abang Tuah ni. Tapi yang kurangnya, bagaimana nak mengamalkan segala hukum dalam al-quran dan sunnah tu.
Selama ni hanya dengar dari PAS (mungkin umpan politik), tapi tak pernah dengar pulak dari pihak UMNO. Bila tanya UMNO, mesti PAS yang kena juga. Pelik juga.
Abang Tuah ada menjawab komen,
"APA BUKTI PEMIMPIN PAS BERIMAN KEPADA KITAB ATAU MELAKSANaKAN HUKUM-HUKUMNYA DI KEDAH KELANTAN DAN DIPERAK DAHULU..tarakkk..yelekk."
Tahukan Abang Tuah undang2 yang kita amalkan sekarang ni (common law) berasal dari orang Kafir. Mungkin pada Abang Tuah dan kawan2 yang lain berpendapat undang2 demokrasi itu Islamik.
Tahukah Abang Tuah yang bijaksana, bahawa untuk melaksanakan hukum selain Common Law yg kita amalkan sekarang kena melalui pindaan di Parlimen sebelum dapat diteruskan di negeri. Sudah pasti Abang Tuah arif hal berkenaan.
Tahukan Abang Tuah yang tulisan Abang Tuah salin ini merujuk kepada sebuah negara Islam yang mengamalkan undang-undang Islam.
Dan tahukan Abang Tuah, Islam cuma agama rasmi diMalaysia. Rasmi dari segi nama dan bahasa tetapi tidak dari segi perlaksanaan dan undang-undangnya.
Masing2 mempunyai pendapat tersendiri. Tetapi yang nyata Malaysia bukanlah negara Islam, cuma majoritinya beragama Islam atau pun hanya Islam pada nama.
samwansambadie@yahoo.com
Tuan, samwansambadie@yahoo.com
2009 Jun 4 16:01
Betul Malaysia masih belum boleh mengaku sebagai sebuah negara Islam karana belum mempraktikkan undang2 Islam itu jelas.
Ianya menjadi tanggung-jawab setiap individu muslim (Fardhu kifayyah)dalam negara ini untuk menegakkannya. Itu jelas.
Cuma satu perkara yang menghairankan saya Tuan samwansambadie, bagaimana orang yang kononnya beria2 hendakkan negara ini menjalankan hukum hudud pun 2 x 5 atau bahkan lebih teruk daripada parti yang pernah mereka kafirkan dulu iaitu Umno.
Macam mana Tuan2 Guru Pas boleh berpeluk tubuh membiarkan ustaz2 parti berkenaan sehinggalah keperingkat Naib Presidennya berleluasa memfitnah, mengata, dan mengumpat wakil2 parti lawan?
Bagaimana sebuah parti yang berlandaskan agama Islam boleh membiarkan ahli2nya mengeluarkan kata2 nista dan caci-maki. Adakah kerana apa yg dihamburkan itu ditujukan kepada parti lawan maka ianya di"boleh"kan dan di"halal"kan oleh syarak ?
Bagaimana mereka yang kononnya mahu menegakkan hukum hudud, akhbar dwi mingguannya dibiarkan begitu bebas memfitnah, mencerca dan mengaibkan orang lain?
Adakah Islam membolehkan double standard?
Asal sahaja mereka mangaku mereka parti Islam maka apa yang mereka perbuat adalah "halal" ?
Menuduh orang X payah pakai saksi?
Boleh cerita aib orang lain sesuka hati dan tanpa perlu dibawakan saksi?
Setahu saya dalam Islam, kita hanya boleh menceritakan kejahatan orang lain di dalam mahkamah dan hanya jika kita terlibat secara langsung dalam kes tersebut!
Tanpa cukup saksi, Islam menyuruh kita diam, jika tidak balasannya adalah 40 rotan dan persaksiannya akan tertolak sampai bila2.
Islam juga menyuruh kita menyimpan aib yang dilakukan oleh saudara kita jika ianya dilakukan secara sembunyi2 ataupun dosa2nya yang telah lalu.
Bila perkara yang sebegina dilakukan oleh sebuah parti yang mengaku handak menegakkan Islam dan hukum Allah, saya tertanya2 kepada diri saya sendiri adakah cukup Islam seseorang itu dengan hanya mengatakan mereka mahu menegakkan hukum Hudud tetapi dalam masa yang sama mereka sendiri tidak mempraktikkan Hukum Allah ?
Adakah Islam hanya mengucap 2 kalimah syahadat, solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan Haji? Adakah Islam meng"halal"kan fitnah, tohmahan, cacian, cercaan, hinaan dan macam2 lagi perkara yang jelik kepada lawan politik dan atas nama hendak merampas kuasa demi menegakkan hukum Allah?
Assalamualaikum,
Sdr ISAC,
Pandangan saudara memang menarik sekali. Seperti menghuraikan lagi apa yang saya katakan.
Tapi saya tertarik dengan ulasan ini:
Ianya menjadi tanggung-jawab setiap individu muslim (Fardhu kifayyah)dalam negara ini untuk menegakkannya. Itu jelas.
Dan apakah yang memimpin itu lupa akan tanggungjawab mereka dalam melaksanakan hukum allah. Dan itu pun sangat jelas.
Dalam konteks parti PAS (saya bukan ahli, tetapi sekadar pendapat peribadi). Saya rasa kalau kerajaan benarkan ahli PAS mengamalkan hukum Hudud yang mereka perjuangkan itu. Sudah pasti kita dapat lihat sejauh mana kesungguhan mereka dalam melaksanakan hukum hudud.
Tetapi pihak kerajaan atau yang tak sehaluan dengan PAS akan cuba menunjukkan betapa PAS tak boleh menzahirkan apa yang dikatakan dengan pelbagai cara.
Kita mungkin boleh dimulakan diKelantan, tiada halangan lain selain Kelantan mendapat autonomy iaitu menjalankan sistem perundangan nya sendiri. Sudah tentu ini menjadi satu isu besar. Tetapi ramai yang tak terfikir sehingga sejauh itu untuk menjalankan hukum allah.
Dan sekiranya PAS menjalankan hukum hudud itu dalam parti mereka bererti mereka telah mencabar perlembagaan negara dengan mengamalkan sistem yang lain selain sistem yang kita amalkan sekarang.
JANJI BENAR OLEH ALLAH
Mungkin ramai dalam kehidupan seharian sudah terlupa yang janji Allah dengan kemunculan Dajjal. tapi itu la hakikat sebenar yang kita harus hadapi.
Pelbagai cara dilakukan supaya ummat Islam itu tidak bersatu dan sehaluan supaya hukum allah itu tak ditegakkan. Senang nanti agen-agen dajjal untuk menyelinap dan merusakkan perpaduan ummah.
Ramai yang berpendapat, jangan politikkan AGAMA. Tapi kita agamakan politik. Islam itu adalah satu cara hidup. Dan politik itu didalam cara hidup itu.
Sebenarnya, tidak kira la PAS atau UMNO. Mulakan sekarang mendaulatkan hukum allah dan tinggalkan la hukum penjajah. Kedua2 parti ini mengatakan mereka Islam. Tetapi UMNO yang sudah 52 tahun memerintah masih mengatakan PAS politikkan agama atas dasar politik. Tetapi UMNO sendiri tidak pernah teringin mau melaksanakan hukum allah.
bak kata pepatah:
"Melata dulang paku serpih, Mengata orang dia yang lebih"
samwansambadie@yahoo.com
Tuan samwansambadie@yahoo.com
2009 Jun 5 11:21
Politik Sam...Umno dah memang tentu selama ni org Pas kate X pernah betul...X heran lah...
Tapi apa yang ade dalam hati setiap pemimpin Umno....Kita X tahu...Disebabkan Islam berpecah dan lemah...Sokongan bukan Islam diperlukan...Umno terpaksa banyak menjaga perasaan mereka ini walaupun dalam masa yang sama sesetangah mereka langsung x memperdulikan perasaan kita.
Tapi Pas pun kini dah dok sama2 ngn DAP pun dah mcm nak sama dengan Umno...
Bak kate Dato' Egr. Seri Nizar "Sila nyatakan di mana dalam mana2 manuscrip ataupun transcript Pas yang yang mengatakan Pas hendak menegakkan Negara islam".
Waima Tuan Guru Nik Aziz juga mengatakan hudud boleh dilakukan 30 tahun lagi....Bila soalan tersebut dipolitikkan dan diajukan kepada beliau.... demi untuk menjaga hati sekutu mereka di DAP & PKR.
Jestru itu soalan saya, adakah adil untuk kita mengatakan samada pucuk pimpinan Umno maupun Pas kini sama2 X mahukan Islam?
Yang saya pertikaikan terdahulu Sam, bagaimana puak yang mengatakan mereka yang lebih memperjuangkan Islam dan mengata org lain kurang Islamnya boleh dengan berleluasa mengata, mengumpat dan memfitnah orang lain?
Bukan ke dalam Islam juga mengamalkan prinsip "contoh melalui teladan"?
Wassalam...
PENAGIH DADAH MENGIKUT NEGERI
JAN-NOV
2008
1.WP Kuala Lumpur
1,792 (15.22%)
2.Kedah
1,669 (14.18%)
3.P.Pinang
1,551 (13.17%)
4.Perak
1,527 (12.97%)
5.Johor
1,447 (12.29%)
6.Selangor
1,072 (9.10%)
7.Kelantan
637 (5.41%)
8.N.Sembilan
586 (4.98%)
9.Terengganu
470 (3.99%)
10.Melaka
354 (3.01%)
11.Pahang
324 (2.75%)
12.Perlis
167 (1.42%)
13.Sabah
106 (0.90%)
14.Sarawak
39 (0.33%)
15.WP Labuan
18 (0.15%)
16.WP Putrajaya
15 (0.13%)
Jumlah
11,774 (100.00%)
Dalam kita asyik berpolitik anak2 muda kita terutamanya kaum Melayu semakin ramai yang terjebak dengan najis Dadah.
Dimanakah silapnya? Dalam masa kita asyik mencari salah sesama kita...anak2 muda harapan Agama dan Bangsa terkulai layu.
DATA PENAGIH TERKUMPUL DI MALAYSIA SEMENJAK TAHUN 1988 SEHINGGA 2005 ADALAH SERAMAI 289,763 orang
(http://www.pemadam.org.my/cda/m_fakta/fkt_sta_penagihan.php)
Bilangan tersebut mungkin sama banyaknya dengan bilangan anggota keselamatan kita.
Kalau di negeri2 yang menjadi jalan masuk ke negara ini seperti Johor, Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Kelantan payah untuk mengekang gejala negatif ini ...Begitu juga di negeri2 maju yang lain seperti KL, Perak, Selangor & Negeri Sembilan.
Walau bagaimanapun pandangan saya Kerajaan Pulau Pinang yang sedari dahulu diterajui oleh KM bukan Melayu kurang perihatin dalam masalah ini.
Sementara itu di Kelantan, negeri yang agak mundur berbanding negeri2 lain di Semenanjung, kemunduran dilihat sebagai antara penyebab gejala ini berleluasa.
Di mana letaknya peranan Pas, PKR, DAP dan lain2? Adakah semua masalah ini hendak dibabankan kepada Kerajaan Pusat?
Wahai ISAC
Semoga apa yang di hujahkan oleh saudara itu akan di terima oleh Allah SWT bila hari kebangkitan saudara di hari pembalasanNYA. Ingatlah, apa yang di tulis ini nanti akan menjadi bukti kpd pertanyaan Allah SWT.
Semoga ALLAH memberi hidayah kepada saudara dah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.
"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula."(Al-Zalzalah : 8)
Di akhir kata,
Kita hidup menuju mati. Yang berbeza cuma kematian yang bagaimana..........
Allahualam
Post a Comment