Selasa, 2 Jun 2009

KONAR-KONAR BOLEH KE..? EHHH..BOLEH..MACAM NAIK MOTOR..


PAS TIDAK GUNA KHUTBAH SEBAGAI MEDAN POLITIK

PAS TIDAK PERNAH MENGGUNAKAN KHUTBAH JUMAAT SEBAGAI MEDAN BERPOLITIK, SEBALIKNYA MENYATAKAN APA YANG BENAR MENGIKUT KAEDAH ISLAM.

MENTERI BESAR, TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT BERKATA, MEMANDANGKAN PERJUANGAN PAS MENGIKUT ACUAN ISLAM, MENYEBABKAN ISU YANG DIBANGKITKAN DALAM KHUTBAH JUMAAT TIDAK BOLEH DIPISAHKAN.

"SEBALIKNYA PIHAK TERTENTU PULA MENDAKWA PAS TELAH MENYALAHGUNAKAN KHUTBAH JUMAAT BAGI AGENDA POLITIK," KATANYA KEPADA PEMBERITA.

"ANTARA LAINNYA ALLAH TAALA MENYERU MANUSIA SUPAYA BERLAKU ADIL. KEADILAN YANG ALLAH MINTA TEGAKKAN ITULAH POLITIK. SEDANGKAN UMNO TIDAK MAHU, SEBAB ITULAH MEREKA TOLAK ISLAM DAN TIDAK MAHU POLITIK ISLAM," UJARNYA.

KOMEN PENULIS..

- WAHH,,KALAU GITU UMNO PUN BOLEHLAH GUNAKAN MESJID UNTUK POLITIK KERANA AHLI UMNO PUN BERAGAMA ISLAM DAN SENTIASA MEMPERTAHANKAN KEMULIAAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RESMI.

HMM..HMM..APA ISU YANG UMNO BOLEH KETENGAHKAN UNTUK JADIKAN TOPIK TEK KHUTBAH JUMAAT DAN SETERUSNYA DIJADIKAN PANDUAN SERTA TAULADAN.

WHAT ABOUT TOPIK; ‘GOLONGAN YANG MEMECAH-BELAHKAN PERPADUAN UMMAH DENGAN MEMPERGUNAKAN AGAMA SEBAGAI FLATFOM BERPOLITIK SEMPIT SERTA SEBAGAI ALASAN BAGI MENGHALALKAN CARA ADALAH BERSIFAT DAJJAL’.

AHH..LAGI SATU, ‘MENYEBARKAN MEMFITNAH DAN TUDUHAN TANPA BUKTI NYATA ADALAH PERBUATAN IBLIS DAN DILARANG OLEH AGAMA ISLAM’.

INI CANTIK JUGA, ‘MENGAIBKAN ATAU MEMBUKA AIB SESAORANG ADALAH PERBUATAN TERKUTUK KERANA IANYA DILARANG DISISI AGAMA’.

AND LAST BUT NOT LEAST, ‘GOLONGAN YANG MENGHASUT RAKYAT AGAR MEMBENCI PEMERINTAH YANG ADIL DAN BAIK ADALAH SESAT DISISI ISLAM’.

MUNGKIN PENULIS TAK BANYAK IDEA UNTUK DIJADIKAN TOPIK KHUTBAH JUMAAT BAGI MENGUTUK PERBUATAN ORANG-ORANG YANG SESAT. SO, SEKIRANYA PENGKOMEN BERMINAT MAKA BOLEHLAH TAMBAHKAN SEKIRANYA ADA BERLEBIHAN IDEA. HEHEHE..

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21023&Itemid=1

32 Comments:

kelambuharimau said...

meletakan agama sebagai landasan politik! memang PAS bikin huru hara bab agama..sampaikan cina ngaji quran pun tak salah macamana?

Saya Rakyat Malaysia said...

Ni tak cukup untuk khutbah Jumaat tapi boleh dikumpulkan untuk buat tazkirah.

Hukum mengkafirkan sesama Islam.

Hukum sembahyang Jumaat 2 masjid dalam 1 kampung

Hukum menggunakan nama Islam untuk mendapatkan kontrak balak.

Hukum menggadaikan perjuangan Islam untuk menjadi MB.

Mohammad Roslan said...

Salam,
Mengunakan Agama Islam dalam politik cuma membawa padah untuk Islam itu sendiri. Ada juga mengatakan Melayu membawa erti Islam (mengikut perlembagaan) maka Islam itu adalah Melayu.Sekiranya seorang Melayu keluar Islam maka dia dgn sendirinya dilucutkan sebagai Melayu. (maka fikirkan begitu Mulianya UMNO meletakan Islam di negara ini).Cuma orang yang tak faham mengatakan UMNO tidak mempedulikan Islam di negara ini. Dengan ini apa jua orang Melayu lakukan itu akan menjadi kelakuan sebagai seorang Islam.Maka dalam perkara ini orang Melayu perlu berhati-hati dalam semua kelakuannya.Dalam hal khutubah ini perlu mengikuti contoh Jabatan Agama Islam Johor.Sudah tiba masanya mengkaji kembali sistem khutbah di seluruh negara dengan cara yang terbaik untuk umat Islam.Cuma mamak tak tahan mengantuk apabila ada khutubah yang dibaca menggunakan desepsi politik PAS dan PKR dalam isi kandungannya dan ada yang baca khutubah seperti golongan syiah dari Iran....wassalam.

aku bangga jadi muslim said...

salam,,,
umno semakin lumpuh.mengagungkan hukuman barat..tolak hukum Allah.siapa kita nak lawan hukum Allah? hebat sngat k kita ini?..

sejarah telah membuktikan Saidina Umar sebelum masuk islam pernah membaca surah Toha..knp skrng orng bukn islam tidk bolh baca al_quran?(jangan jadi buta sejarah)adakah fatwa umno mengatakn orng bukn islam haram baca al-quran?..biar lah orng bukan islam baca al-Quran daripada kita yang ISLAM in tak pandai bace al-quran..malulah sikit!!

islam 4 all!!!

AbgTuah said...

HABIS KALAU GITU, KENAPA PAS MENCEBURKAN DIRI DALAM STAIL POLITIK BARAT ?

SEKIRANYA MEMBACA AL-QURAN UNTUK MEMULIAKAN NYA TAK MENGAPA..SEKIRANYA DIGUNAKAN AL-QURAN UNTUK MENGHALALKAN CARA POLITIK SEMPIT LAGI SENGET BETUL KE..JADI SIAPA YANG AJAR NGA TAKTIK TU KALAU BUKAN PAS.

Tanpa Nama said...

kau ingat kau seorang ke yang islam ke..

kau seorang sahaja ke yg bangga jadi MUSLIM..

orang lain selain PAS parti tempeyek tu tak islam ke..?

cakap guna lutut tak guna otak..

Darth Anwar said...

Ini beberapa lagi tajuk khutbah yang patut dibaca dimambar Jumaat:

1. Hukum BUGHAH (salah satu daripada hukum Hudud) Menjelaskan Bahawa PAS HARAM Sebagaimana Haramnya ZINA2. Hukum BUGHAH (salah satu daripada hukum Hudud) Menjelaskan Bahawa WAJIB Taat Kepada Pemimpin Islam yang Masih Bersolat walau SEZALIM Manapun Dia3. Hukum BUGHAH (salah satu daripada hukum Hudud) Menjelaskan Bahawa PEMIMPIN PAS WAJIB dibunuh sebagaimana pencuri wajib dipotong tangan

Darth Anwar said...

Ini beberapa lagi tajuk khutbah yang patut dibaca dimambar Jumaat:

1. Hukum BUGHAH (salah satu daripada hukum Hudud) Menjelaskan Bahawa PAS HARAM Sebagaimana Haramnya ZINA2. Hukum BUGHAH (salah satu daripada hukum Hudud) Menjelaskan Bahawa WAJIB Taat Kepada Pemimpin Islam yang Masih Bersolat walau SEZALIM Manapun Dia3. Hukum BUGHAH (salah satu daripada hukum Hudud) Menjelaskan Bahawa PEMIMPIN PAS WAJIB dibunuh sebagaimana pencuri wajib dipotong tangan

HARDCORE said...

MMG LA AGAMA SEBAGAI LANDASAN POLITIK, HABIS TU KO NAK LETAK MANA AGAMA? KAT MASJID DAN KUBUR SEMATAMA-MATA?

KO BUAT LA APA SAHAJA KELAMBU.........

AGAMA MESTI NO 1!!

KALAU TAK AKU YAKIN DAN YAKIN, KAU MESTI ROSAK.

HARDCORE said...

- " MELAYU HANYA BOLEH SELAMAT APABILA KUAT DAN KUAT APABILA BERSATU PADU " - "TUAH MENIKAM GUNA SELOKA, BIAR PUN HALUS AMAT BERBISA, AKAN TERJAGA MIMPI SI BANGSA, HINGGA BERJEJAK DI BUMI NYATA."

muhasabah la melayu....
jangan dok syok sendiri..
mengelamun, khayal saja...
bila syok sendiri, kita ingat kita dah bagus sempurna, padahal salah kita juga..

ADA TAK SESIAPA YANG SETUJU, BILA SAYA AJAK KEMBALILAH KEPAD ISLAM YG BENAR...? DENGAN TUJUAN UMAT DAPAT BERSATU..

A) SETUJU
B) TAK SETUJU)
C) KENA PIKIAQ 2 3 KALI
D) TENGOKLAH KEADAAN

ISAC said...

Pas memang dah lama menggunakan semua bentuk medium dan media yang mereka boleh guna untuk mennyampaikan doktrin mereka.

1. Khutbah Jumaat.
2. Ceramah Politik.
3. Taski.
4. Sekolah2 Pondok.
5. Pensyarah2 Universiti2
6. Harakah (akhbar/online)

Walaupun mungkin media arus perdana tidak mereka kuasai tetapi media/medium yang mereka gunakan ini amat berkesan sekali.

Bayangkan anak2 kecil pun dah ditanamkan dengan doktrin mereka, apabila mereka membesar ada yg akan ke sekolah2 pondok kemudian ke Universiti, mereka juga dihidangkan dengan skrip yang sama.

Kemudian mereka di ini akan diperingatkan melalui kutbah2 Jumaat, ceramah2 politik dan juga oleh akhbar Harakah.

Lihatlah pengaruhnya kepada rakyaat Malaysia.

Bayangkan jika Pas juga mempunyai akhbar harian dan stesen TV ?

ISAC said...

Islamkan Politik, Atau Politikkan Islam?

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis)

Disiarkan pada May 31, 2009 dalam kategori Politik

http://drmaza.com/home/?p=619

Saya sering bercakap tentang “Islamkan politik, jangan politikkan Islam”. Mungkin seseorang bertanya apakah beza antara kedua ini? Bezanya adalah jika kita berusaha mengislamkan politik kita memastikan tindak tanduk atau gerakerja politik itu tidak bercanggahan dengan Islam. Juga, jika ada pengamalan politik yang belum islamik, kita akan berusaha untuk mengislamisasikannya. Dalam ertikata lain, Islam adalah panduan sebelum tindakan.

Sementara mempolitikkan Islam adalah menggunakan Islam sebagai modal politik untuk kepentingan kuasa. Maka Islam bukan panduan tetapi sekadar alasan atau ‘cop halal’ yang dibuat untuk menjadikan masyarakat atau pengikut menerima sesuatu tindakan.

Hasilnya, seseorang akan bertindak dalam gerakerja politiknya tanpa terlebih dahulu melihat kepada ajaran Islam, namun apabila ia dipertikaikan, maka pendapat atau nas Islam akan digunakan untuk membela diri. Dalam ertikata lain mengislamkan politik bererti menjadikan Islam sebagai panduan. Sementara mempolitikkan Islam bererti menjadikan Islam sebagai alat atau alasan.

Maka sesiapa yang menjadikan Islam sebagai dasar atau panduan, maka dia akan bersedia menarik balik pandangan atau tindakan sekiranya dia dapati bercanggahan dengan ajaran Islam. Adapun yang menjadikan Islam sebagai alasan dan alat, dia menggunakan Islam bagi menghalalkan tindakan politiknya sekalipun ternyata salah.

Dia bukan hendak mendengar dalil atau hujah syarak yang kukuh untuk diamalkan, sebaliknya dia mencari orang agama atau pendapat yang sanggup menghalalkan tindakannya sekalipun dia tahu itu pendapat yang diberikan untuk menyokongnya itu lemah dan tidak kukuh. Ini sama dengan golongan taksub dan pengikut mazhab fekah secara membuta tuli dengan tidak memperdulikan alasan dan hujah yang kukuh.

Sehingga al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) mengkritik mereka ini dengan katanya:

“Yang lebih pelik dari semua itu adalah sikap kamu wahai golongan taklid!. Kamu ini jika mendapati ayat al-Quran yang bersesuai dengan mazhab kamu, maka kamu akan terima apa yang jelas dari ayat itu dan berpegang kepadanya. Teras kamu dalam perkara berkenaan ialah pendapat mazhab kamu, bukan ayat tersebut. Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi pendapat mazhab kamu, kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat berbagai takwilan dan mengeluarkannya dari maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian dengan mazhab kamu. Inilah juga yang kamu lakukan kepada nas-nas al-Sunnah. Jika kamu dapati satu hadis yang sahih bersesuaian dengan mazhab kamu, kamu menerimanya. Kamu kata “kami ada sabda Nabi s.a.w. begini dan begitu”. Jika kamu dapati seratus atau lebih hadith sahih yang berbeza dengan mazhab kamu, kamu tidak pandang kepadanya, walaupun sedikit..”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 2/195, Beirut: Dar al-Fikr).

Usaha atau sikap, samada mengislamkan politik atau mempolitikkan Islam bukan semestinya berkaitan parti atau kumpulan tetapi lebih kepada sikap individu dalam kebanyakan hal. Jika salah satu sikap itu menjadi aliran utama dalam sesebuah parti atau kumpulan, maka itu mencerminkan kecenderungan mereka yang sebenar. Untuk berpegang dan istiqamah dengan prinsip Islam dalam mengharungi politik hari ini bukanlah mudah.

ISAC said...

Islamkan Politik, Atau Politikkan Islam? (Sambungan 1)

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis)

Disiarkan pada May 31, 2009 dalam kategori Politik

Namun, itulah yang patut dihayati oleh setiap kita. Dalam sejarah pertembungan Nabi Musa a.s dengan Fira’un, Fir’aun pernah mempertikaikan tindakan Musa a.s. memukul seorang warga Qibti sebelum beliau lari ke Madyan. Allah menceritakan hal ini dalam al-Quran dengan firmanNya: (maksudnya)

“Maka pergilah kamu berdua (Musa dan Harun) kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: “Sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam. Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami”. Firaun menjawab: “Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau (Musa) kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (kesalahan) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dalam kalangan orang yang tidak mengenang budi?” Nabi Musa berkata: “Aku melakukan perbuatan demikian sedangkan aku ketika itu dalam kalangan orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan, dan menjadikan daku seorang RasulNya. Adapun budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.” (Surah al-Syu‘ara: 16-22).

Inilah rasul, dia mengajar kita prinsip. Dalam suasana yang sengit, Nabi Musa tetap mengakui bahawa tindakannya memukul warga qibti itu satu kesalahan dan bukan tindakan yang berdasarkan petunjuk yang betul. Nabi Musa tidak cuba menghalalkan tindakannya demi kepentingannya, tidak sama sekali! Yang salah tetap salah.

Nabi Musa a.s. menghadapi kuasa politik yang maha besar di zamannya bahkan paling bersejarah dalam tamadun manusia. Lebih besar dari segala perjuangan hari ini. Pun begitu, prinsip tetap prinsip. Baginda bertindak memastikan manusia menurut wahyu, bukan wahyu diputarbelitkan untuk kehendak manusia.

Dalam politik kita, amat sukar kita dapati seseorang mengakui kesilapan tindakan partinya, atau tindakannya. Berbagai alasan akan dicari demi membela dirinya atau puaknya, sekalipun dia sendiri sedar itu merupakan kesilapan atau kesalahan. Ada sanggup tergadai prinsip daripada tergadai kerusi atau jawatannya. Maka jadilah apa yang jadi. Maka kita lihat lahir suasana maki hamun, cerca mencerca dan berbagai tindakan yang kadang kala di luar dari batas kewarasan dan perbincangan yang matang.

ISAC said...

Islamkan Politik, Atau Politikkan Islam? (Sambungan 2)

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis)

Disiarkan pada May 31, 2009 dalam kategori Politik

Islam bukan terlalu mengongkong politik. Politik satu bidang yang luas yang membabitkan kemaslahatan umat dan rakyat. Politik bukan satu hobi seperti main golf atau bola sepak. Politik mempertaruhkan kemaslahatan manusia. Maka tindakan dalam politik hendaklah tindakan yang membawa kemaslahatan kepada umat dan rakyat. Bukan untuk kepentingan diri dan parti.

Kemudian, perlu kita ingat, bukan semua yang berada di medan jihad itu mesti masuk syurga. Walaupun mungkin tindakannya itu kadang kala menguntungkan umat Islam, namun empunya diri jika tidak betul niat atau tindakan, atau keduanya, maka dia mungkin tidak mendapat balasan yang baik di sisi Allah sekalipun berjuang menggunakan nama Islam. Bahkan dalam hadis ada individu yang kelihatan hebat berjuang, tetapi menjadi ahli neraka.

Kata Abu Hurairah r.a:

“Kami menyertai Rasulullah s.a.w dalam satu peperangan. Baginda berkata kepada seorang lelaki yang mendakwa Islam, “dia dalam kalangan ahli neraka”. Apabila peperangan berlaku, lelaki tersebut telah berperang dengan hebat dan tercedera. Lalu ditanya Rasulullah s.a.w: “Engkau telah berkata dia dalam kalangan ahli neraka sedangkan dia berperang hari ini dengan hebatnya dan telah mati”. Jawab baginda: “Ke neraka”. Maka sesetengah pihak merasa keraguan. Dalam keadaan tersebut, tiba-tiba mereka dimaklumkan dia belum mati, tetapi tercedera parah. Apabila malam menjelang dia tidak dapat sabar atas kecederaannya, lalu membunuh diri. Lalu diberitahu perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w, lantas baginda bersabda: “Allahu Akbar!, aku menyaksikan aku hamba Allah dan rasulNya!”. Lalu baginda perintahkan Bilal agar mengistiharkan bahawa tidak akan masuk syurga melainkan “jiwa yang muslim” dan Allah mungkin menguatkan agamaNya dengan lelaki yang jahat”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam masyarakat kita, agama memang menjadi faktor penarik bagi banyak pihak. Justeru, setiap yang berjuang agama atau memperkatakan agama sebagai bahan ucapan dan tindakannya hendak bertanya diri sendiri, apakah dia memang inginkan agama, atau inginkan kuasa dengan nama agama?. Jika dia telah betulkan niatnya, dia hendaklah memastikan tindakan selaras dengan kehendak Islam, bukan menafsirkan Islam agar kelihatan selaras dengan tindakannya. Maka islamkan politik kita, jangan politikkan Islam kita!

Unknown said...

salam, masuk sekali dalam khutbah,

1) KALAU NAK ZINA BOLEH, IKUT PINTU BELAKANG (SODOM) SAH JADI ORANG ALIM

2) NAK NIKAH PAKAI SIJIL PALSU DENGAN PEREMPUAN LUAR, SENANG CERAIKAN TANPA BAGI NAFKAH

3) BERZINA DNGAN ISTERI ORANG HARUS, SEBAB HUDUD NAK 4 SAKSI, UNDANG SEKARANG BOLEH KONAR2

4) DERHAKA PADA RAJA, IBUBAPA, ULIL AMRI DENGAN SYARAT MASUK PAIH

5) BABI JANGAN MAKAN TAPI BOLEH PELIHARA

6) BOLEH TUNJUK GAMBAR CELAH KANGKANG DENGAN SYARAT MASUK PKR

7) KALAU DAH NAK LETAK JAWATAN JADI WAKIL RAKYAT BOLEH DENGAN SYARAT PERGI BELAJAR

8) KALAU KITA MENANG DIAM, KALAU KALAH BARU KITA CAKAP SEMUA TAK BETUL

9) MASUK PAIH MATI BALUT DENGAN BENDERA BULAN MASUK SYURGA, MASUK UMNO MATI MASUK NERAKA

TAAVEEKUN PERAK said...

Nampaknya yang terang lagi bersuluh.. Rosaknya UMNO kerana Anwar dan rosaknya PAS kerana budak suruhan Anwar, Husam Musa... iaitu Politik Wang... tapi PAS sebut Politik Hadiah!... sama je la kan..

AbgTuah said...

PADA HARDCORE..

PADA KACA MATA KAU HANYA CARA PAS SAHAJA ISLAM YANG BENAR..SEBAB KESAN DOKTRIN YANG KAU TERIMA. PANDANGAN MUFTI KAU LANGSUNG TAK AMBIL PEDULI.

APA DALAM RUKUN NEGARA YANG PETAMA SEKALI..

BUKANKAH KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN..

ITU MENUNJUKKAN BAHAWA AGAMA NO 1 SEBAGAIMANA YANG KAU MAHUKAN...CUMA KAU SELALU TAK NAMPAK ATAU BUAT-BUAT TAK NAMPAK..

AGAMA ISLAM AGAMA RESMI..KAU KENA FAHAM..MADSUDNYA SECARA RESMINYA MALAYSIA NEGARA ISLAM..ITU YANG KAU MASIH TAK FAHAM..

MEMANG MALAYSIA TELAH LAMA BERSATU..KERANA ORANG MELAYU MENGAMALKAN DAN MENURUT SARANAN AGAMA ISLAM DENGAN BAIK..

CUMA PAS SAHAJA YANG GEMAR MEMECAHBELAHKAN MEMUTAR-PUTARKAN SEHINGGA MEMECAHBELAHKAN YANG DAH BERSATU..

KALAU NAK SURUH BERSATU IKUT ISLAM MEMANG AKU MAHU..ITU YANG SELAMA INI DI BUAT OLEH UMNO..TAPI KALAU NAK BERSATU IKUT CARA PAIh..BOLEHHH..TENTU BOLEHHH..MEMANG BOLEH..TERSANGAT BOLEH..BOLEH BELAH LA LU..!!!

jebbat said...

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

Saya sebagai hamba Allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

Allah SWT berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

Ingatlah wahai saudaraku...

Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula."(Al-Zalzalah : 7-8)

MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

xifudin said...

Itulah sekular namanya...pisahkan agama dan dunia. Itu kerja gila....itulah kerja UMNO dan kuncu - kuncunya. Takut orang faham tentang agama terpaksalah dia ambik pemikiran Kamal Atraktuk. Maka ramailah rakyat malayasia yang hidupnya lintang pukang.....

AbgTuah said...

SUDAHLAH USAH NAK SEBUT RETORIK KAU LAGI..

ASSOBIYAHLAH..
SEKULARLAH..

ITU TERMA CIPTAAN PAS LAHANATULLAH BAGI MENUDUH UMNO..JUST FOR POLITICAL INTERSET SAHAJA.

SI JAHANAM PAS NI KALAU MEMERINTAH PUN TAK AKAN MAMPU NAK BUAT APA YANG DIA KATA..

PERINTAH NEGERI PUN HANCAI JADI NYA..TAK ADA PEMBANGUNAN LANGSUNG..LAGI MELUNGKUPKAN ADALAH..PEMBANGUNAN ROHANI YANG DI UAR-URAKAN LANGSUNG TAK NAMPAK..

WEII..USAH KELENTUNGLAH..AKU FAHAM SANGAT PERANGAI BANGSA BINGAI PAS NI..

samwansambadie said...

nak buat macam mana. Iman kita hanya senipis kulit bawang.

nak menegakkan hukum allah pun takda siapa yang berani nak melakukannya.

adakah kita belum sedar lagi dengan timbulnya pelbagai jenayah dan penyakit yang boleh membawa maut.

adakaha kita perlu tunggu laungan dari langit supaya kembali mengamalkan ajaran Islam.

Tahukan kamu semua yang Islam itu merupakan satu cara hidup yang mencangkupi segala aspek termasuk politik.

tetapi sayang, kita tak dapat menikmati semua hukum-hukum Allah di bumi Malaysia ni sebab perlembagaan malaysia.

sebab umat Islam di malaysia dipecah belahkan oleh parti politik. masing2 mahu menunjukkan siapa yang lagi Islamik.

Saya minta tolong dengan PAS dan UMNO supaya dapat menjalankan undang-2 allah itu. demi kebaikan rakyat dan bukan kepentingan politik.

samwansambadie@yahoo.com

kuntakinte said...

salam, sdr jebattt udah le baca sekerat2 buat apa, Islam itu Addin yeop!!!! Islam itu syumul yeop!!!!

Korang tu nak berjuang kan Islam pun nak buat satu tandas Surau pun tak termampu yeop!!!! usahkan nak buat sebijik surau atau masjid...piiirahhhh nak berjuang Islam...pergi le sembanyang atas jalan raya kalau tak orang langor je korang....apa makna nya menyediakan beribu2 surau dan masjid yg umat semua boleh bersembahyang dengan aman dan selesa...... itu baru yg mudah je yeop!!!! tak mampu nak pergi buat yg berat...piiirahhhh

Mohammad Roslan said...

Salam Kuntakinte...

Ha..ha..ha..surau Pas tak ada jamban...memang betulah kuntakinte ...mamak nak ketawa...geli hati baca komen hang... mamak teringat kisah...sebuah surau yang tak ada jamban..di Kelantan...kalau pii kat belakang surau...baunya ..tak payah kata..he..he..he..pasai itu Pantai Cinta Berahi ditutup..pantai jadikan jamban...ha..ha...kesian yeop..kalau pas memerintah negara ini mungkin depa lantik "Menteri hal Ehwal jamban"..siapa Menteri Pas yang sesuai?.

kuntakinte said...

salam, mamak kita lantik Husam jadi menteri jamban sebab dia minat AnWar...biar jamban dia tersumbat esok. he..he

aku bangga jadi muslim said...

pas memg terpaksa masuk ikot politik barat bcoz tu aje jalan untk tegakkan islam di malaysia ini..
orientalis guna al-quran untuk memesongkan akidah umat islam,tetapi berkat baca al-quran,ramai yg telah memeluk islam..hrpan non-muslim tertarik dgan al-quran setelah membacanya..bukn macam kita..bace blog j pandai,tapi bace al-quran MALAS...........

kpda abg tuah..
kalau benar umno pentinhkan agama.ikot ajran agama..
knp isu murtad semakin berleluasa?knp gejala sosial semakin mngkat?kes buang anak dan kes rogol semakin menjadi2??
nilah sebab terlalu mengagungkan sistem barat..guna hukum hudud selesai masalah..
Tok Guru Nik Aziz pernh berkata kalau umno nak hune sistem hudud,pas akan bubur..pk lah sndri..

islam 4 all..
takbr!!!!!!!!!!!!!


kpada tanpa nama..
kenpa fobia sgat dgan pas.adakh trademark aku bangga jadi muslim untk orng pas sja??ada aku bgau cmtu k?..kecian..pikiran yg sempit yg mengikut hawa nafsu..

Tanpa Nama said...

kita juga boleh perhati kata2 yang keluar dari pnyokonh umno..kata2 kesat..sungguh memalukan..ni bakal pemimpin negara??

aku bangga jadi muslim said...

siapa derhaka sebenarnya?
vodeo klip ini menjelaskannya..

http://www.youtube.com/watch?v=b9LW_c8UY2U

AbgTuah said...

SALAM SEMUA TERIMA KASIH DIATAS KESUDIAN MENINGGALKAN KOMENTAR..

KEPADA 'AKU BANGGA JADI MUSLIM'..

SEMUA ORANG MUSLIM MEMANG BANGGA JADI MUSLIM..BAHKAN BERSYUKOR KERANA DILAHIRKAN MUSLIM..

SEMEMANGNYA UNDANG-UNDANG ISLAM ADALAH PILIHAN ORANG MUSLIM JIKA ADA PELUANG MELAKSANAKANNYA...

HMM..PELUANG TU YANG AMAT SUKAR DIPEROLEHI TERUTAMANYA DIZAMAN SEKARANG NI...

PELUANG YANG AMAT SUKAR DIPEROLEHI TERUTAMANYA DI NEGARA MAJMUK NI..

PADA KITA ORANG MUSLIM..SEMEMANGNYA KITA FAHAM, PERCAYA DAN YAKIN BAHAWA ITULAH SEBENAR-BENARNYA UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN YANG TERBAIK..

TAPI CUBA TANYA KEPADA BUKAN MUSLIM MAKA MEREKA TAK FAHAM..MEREKA AKAN MENYUARAKAN KONSEP KEMANUSIAAN, PRAKTIKALITI DAN DEMOKRASI..

APAKAH MEREKA NI DAH CUKUP DIBERIKAN KEFAHAMAN..

DAN FAHAMKAH AWAK BAHAWA JIKA HENDAK DILAKSANKAN HUKUM-HUKUM TERSEBUT MAKANYA PERLEMBAGAAN PERLU DI GUBAL..

PAS KALAU MEMERINTAH PUN BELUM DI JAMIN MAMPU MENGUBAL PERLEMBAGAAN..

JADI KALAU PAS PUN TAK MUNGKIN MAMPU MAKA APA BEZANYA PAS DENGAN UMNO..?

LANGSUNG TIADA BEZANYA..

TENTANG KADAR JENAYAH DAN MAKSIAT TU...USAHLAH DI PERSALAHKAN UMNO..

DI NEGARA ARAB, IRAK, IRAN, ALGERIA, LEBONAN..TAK KURANG JUGA KADAR JENAYAHNYA..

MALAH JIKA KITA IKUTI BERITA DUNIA..MAKA KEADAAN MEREKA LAGI TERUK KERANA TRAGEDI PENGEBUMAN BERLUAS-LUASA BERLAKU...BERKECAI-KECAI JADI NYA..

SELAGI ADA YANG DINAMAKAN NAFSU DAN AKAL IANYA TETAP BERLAKU..

BUKAN NAK MENUDUH..TAPI HAKIKATNYA DI KELANTAN KADAR JENAYAH DAN MAKSIATNYA BOLEH TAHAN JUGA..

ROGOL..BUANG BAYI..TAK PERNAH LEKANG BERITANYA DARI KELANTAN..

APA USAHA NIK AZIZ SELAMA INI..

APA USAHA DIA DALAM MENINGGIKAN SYIAR ISLAM DI KELANTAN..

KALAU SETAKAT TEGAKANA AYAT-AYAT DAN KALIMAH-KALIMAH DITEPI JALAN TAK JUGA MEMBAWA KESAN DAN MUNAFAATNYA..

USAHA MEMBERIKA PENDIDIKAN AGAMA YANG BETUL KE[ADA ORANG ISLAM DAN MEMBERIKAN KEFAHAMAN KEPADA BUKAN ISLAM..ITU YANG SEBAIKNYA..

TETAPI MALANGNYA TOK GURU TOK GURU PAS HANYA SIBOK BERPOLITIK..PANDAINYA HANYA MENGHENTAM UMNO DAN KERAJAAN..

INIKAH YANG DIKATAKAN PAS YANG HEBAT TENTANG AGAMANYA..

TENTANG LANGKAH PENCEGAHAN ATAU PENGEKANGAN..IANYA TETAP DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN..BUKAN DI BIARKAN BERLAKU BEGITU SAHAJA..

BAK KATA NIJAR..ITU KERJA JABATAN AGAMA ISLAM

Samwan said...

Assalamualaikum,
Abg Tuah, memang senang untuk kita bercakap soal hukum tapi memang susah nak melaksanakan.

Saya tertarik dengan ulasan Abg Tuah (saya bold kan disini)

TAPI CUBA TANYA KEPADA BUKAN MUSLIM MAKA MEREKA TAK FAHAM..MEREKA AKAN MENYUARAKAN KONSEP KEMANUSIAAN, PRAKTIKALITI DAN DEMOKRASI..

APAKAH MEREKA NI DAH CUKUP DIBERIKAN KEFAHAMAN..


Sebab itu kita perlu adakan forum yang membincangkan tentang Islam. Sekarang bukan zaman dakwah secara sembunyi.

Mana nak datang kefahaman kepada bukan Islam, kalau tidak dibincangkan secara terbuka.

Bukan bertujuan untuk mencetuskan ketegangan. Tetapi supaya semua orang paham akan sistem Islam yang terbuka.

Bukan memaksa mereka menerima Islam. Semua orang muslim tahu, tiada paksaan dalam Islam. Tapi yang Islam pun masih tak reti-reti nak menutup aurat.

Sekarang bukan kata yang bukan Islam itu tak paham. Tapi yang Islam sedari lahir pun tak paham Islam. Itu yang parah tu.

DAN FAHAMKAH AWAK BAHAWA JIKA HENDAK DILAKSANKAN HUKUM-HUKUM TERSEBUT MAKANYA PERLEMBAGAAN PERLU DI GUBAL..

Ini menarik sebab jikalau diikutkan konsep demokrasi yang mengamalkan majoriti sudah tentu dengan mudah Islam mendapat kemenangan.

Adakah ramai yang lupa bahawa majoriti penduduk Malaysia beragama Islam? Lupa atau alpa?

Dan ramai mungkin lupa tentang tanggujawab individu muslim untuk menegakkan hukum Allah.

Sampai bila kita nak hidup dalam "state of denial" dengan menafikan keagungan hukum Allah.

Adakah pemimpin dari pihak kerajaan sekarang ada tak berani nak membahaskan isu ini di Parlimen.

Oh maafkan saya sebab terlupa bahawa isu Islam ini tak boleh dibincangkan secara terbuka sebab atas menggangu keharmonian masyarakat majmuk.

Minta maaf Abg Tuah, pendapat Abg Tuah bahawa perlembagaan negara perlu diubah menjadi halangan dalam menegakkan Sistem Islam tak dapat saya terima.

Itu cuma retorik, sedangkan kalau kita mahu kita pasti boleh lakukannya.

TENTANG LANGKAH PENCEGAHAN ATAU PENGEKANGAN..IANYA TETAP DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN..BUKAN DI BIARKAN BERLAKU BEGITU SAHAJA..

Ini saya setuju tapi bukan 100%. Ini bukan saja tugas kerajaan malah masyarakat.

Tapi dengan keadaan masyarakat sekarang yang dipecah-belahkan oleh pahaman politik maka segalanya tak menyeluruh.

Apapun, kembali la ke landasan yang benar berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Tetapi bak kata Abg Tuah....
SELAGI ADA YANG DINAMAKAN NAFSU DAN AKAL IANYA TETAP BERLAKU..

Jangan lupa hasutan syaitan dan agen-agen dajjal. Itu yang bukan Islam tak nampak sebenarnya. Bahkan, yang sedari lahir Islam pun kadang-kadang rabun bila tiba bab syaitan dan agen dajjal ini.

Contohnya begitu mudah sekali. Sistem demokrasi yang memberikan hak yang sama rata. Tapi jikalau seorang penjenayah (penjahat) pun mempunyai satu yang sama dengan alim ulama. Bagaimana kita nak menegakkan sistem Islam.

Memang benar penjahat seperti perompak, penyamun, perogol dll (yang sejahat dengan nya) adalah manusia yang tak dapat lari dari melakukan kesilapan.

Tetapi sudah tentu mereka tak akan menyokong usul-usul yang menjerat mereka.

Apa pun, ini hanya pandangan peribadi saya yang risau dengan masa depan generasi kita yang akan datang. Hubungan sejenis, zina, riba dan arak semakin menular dalam masyarakat. Inilah yang berlaku apabila Islam dipisahkan dari kehidupan seharian.

Generasi seperti inikah yang kita idamkan untuk memacu negara dikemudian hari.

Wassalam.

aku bangga jadi muslim said...

salam...
mengapakah negara majmuk dijadikan alasan untuk tidak mengamalkan undang2 islam? tidakkah kita lupa pada sejarah dimana negara Islam Madinah juga merupakan negara najmuk, malahan ada juga penduduk yahudi yang kita memang tahu sangat jahat..kita boleh melaksanakan undang2 islam di negara Malaysia ini,bak kata pepatah "nak seribu daya, xnak seribu dalih"


moga2 kita mendapat hidayah oleh ALLAh swt untuk kita berada didalam jalan yang lurus..amin

AbgTuah said...

YE BETUL HEDAK SERIBU DAYA ..TAK NAK SERIBU DALIH..

MAKA PAS BOLEHLAH MULAKAN DI KELANTAN DAN KEDAH..

SEKIRANYA PAS LAKSANAKAN DI KELANTAN DAN KEDAH AKU AKAN SAMBUT DENGAN LAUNGAN ALLAHUAKBAR..!!!

aku bangga jadi muslim said...

insyaALLAh..
tapi adakah kita tahu bahawa undang2 islam pernah dibawa oleh negeri Kelantan tetapi ditolak oleh kerajaan kerana telah melanggar undang2 persekutuan barat..
jalan penyelesaian ialah kita sama2 berharap pas akan menang untuk PRU13 dan akan merubah sistem pentadbiran barat mengikut sistem islam..TAKBIR!!!!!!!!

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online