Rabu, 3 Jun 2009

DATO IBRAHIM ALI YANG LANTANG.


AHLI PAS MARAH BETUL PADA DATO IBRAHIM ALI KERANA MENEGUR MEREKA SEHINGGA BELIAU DICEMUH DIBIDAS DENGAN KERAS OLEH MEREKA. IBRAHIM ALI DIKATAKAN BORAK, MELALUT, BUTA, TULI, CELUPAR DAN ALAT PROPAGANDA BN.

INIKAH SIKAP SEBENAR PAS, APABILA ADA PIHAK YANG MENEGUR DENGAN NIAT BAIK MEREKA ENGGAN MENERIMA.? APAKAH MEREKA HANYA INGIN DI PUJI SEBAGAI HERO AGAMA SEPANJANG SEPANJANG MASA.?

PENULIS HERAN..APAKAH AHLI PAS GOLONGAN WALI ATAU KETURUNAN MALAIKAT YANG SEMPURNA TIADA CACAT CELA SEHINGGA TIDAK BOLEH DI TEGUR LANGSUNG ?. BAIKLAH SEKIRANYA DIKATAKAN TEGURAN DATO IBRAHIN ALI AGAK KERAS BAGAIMANA PULA DENGAN TEGURAN YANG LEMBUT DAN BERHEMAH DARI MUFTI-MUFTI..MASIH TAK BOLEH TERIMA KE...?

PENULIS JUGA TERTANYA..KENAPA APABILA TOK GURU NIK AZIZ MEMBIDAS UMNO/BN DENGAN SECARA TAK BERADAP TAK SEORANG PUN YANG BERANI TAMPIL DAN MENASIHATI NIK AJIS. SEKURANG-KURANG KATALAH PADA NIK AJIS..TOK GURU KENALAH LEBIH BERHEMAH DALAM MENEGOR KERANA KITA NI MEWAKILI PARTI ISLAM, KENA TUNJUKKAN TAULADAN YANG BAIK.
SERUAN UNTUK DATO PADUKA IBRAHIM ALI, TERUSKAN TEGURAN-TEGURAN DATO PADA PUAK PAS NI. BETULKAN APA YANG TIDAK BETUL, BIDAS CUKUP-CUKUP BIAR MEREKA TERSEDAR DARI HAYALAN BAHAWA MEREKA HANYA KELIHATAN SEMPURNA OLEH PANDANGAN MATA MEREKA SENDIRI SAHAJA.

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021036&Itemid=90

5 Comments:

kuntakinte said...

SALAM, KAH!!!KAH!!!, CUBA IBRAHIM NI MASUK PAIH....CONFIRM DIDEWA - DEWA DIK PUAK HAPRAK NI.....

NASIB KAU LE IBRAHIM....

ISAC said...

Salam...

Ada banyak juga benda yang betul, apa yang di kata dek Dato' Ibrahim ni..

ISAC said...

Waima golongan Wali pun Abg Tuah....Mereka X sepi dari membuat kesilapan...

Bukan ke sifat Maksum itu hanya untuk para nabi2 dan para rasul2...

Kenapa manusia pada hari ini hatta dari golongan ulamak pun, suka menegur walaupun X berapa betul tetapi begita marah apabila mereka ditegur?

Bukan kah kita disuruh "sampaikan lah walaupun satu ayat"....

ISAC said...

Ahad Jun 7, 2009

Ibrahim Ali desak laksanakan kajian pimpinan PAS di Kelantan
KOTA BAHARU: Satu kajian secara ilmiah dan akademik perlu dijalankan oleh rakyat Kelantan bagi menilai semula tahap kepimpinan parti PAS di negeri ini selama 20 tahun pemerintahan parti itu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali mendesak tindakan itu diambil kerana tahap pembangunan negeri Kelantan masih berada di takuk lama.

"Sepatutnya sumber pendapatan negeri ini melebihi RM1 bilion dan bukannya RM300 juta seperti yang berlaku pada hari ini," katanya kepada pemberita di Konvensyen Pembangunan Parlimen Pasir Mas 2009 di sini, semalam.

Ibrahim menegaskan bahawa rakyat di Kelantan mengalami kerugian yang amat besar sepanjang tempoh 20 tahun tersebut kerana negeri ini memiliki kekayaan alam semula jadi, budaya dan kerajinan rakyatnya sendiri.

"Pembangunan di negeri ini seharusnya dijalankan tanpa ada unsur politik supaya taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan," katanya.

Ibrahim berkata seminar yang boleh menarik perhatian pelabur asing seharusnya diadakan oleh pemimpin negeri ini supaya pembangunan dapat ditingkatkan.

Katanya jika pembangunan negeri ini meningkat, lebih banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan dan seramai 600,000 rakyat Kelantan yang bekerja di luar negeri dapat pulang dan bekerja di negeri sendiri.

"Apa yang kita lihat, pemimpin di negeri ini sekarang hanya menghabiskan masa berpolitik sepanjang masa dengan berceramah tanpa henti dan memburukkan pihak lain tanpa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat," kata beliau lagi.

Beliau turut menyarankan supaya rakyat negeri ini lebih celik dan melihat sendiri tahap pembangunan negeri pada masa ini. BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/6/7/mstar_berita/20090607095902&sec=mstar_berita

Menarik jugak idea Dato berahim ni...Ye lah kita perlu trasparent...Tak kan lah BN/Umno sahaja yang perlu transparent dan sentiasa diaudit.

Kerajaan2 negeri di bawah Pakatan Rakyaat juga perlu diaudit dan transparant.

Tujuan utama bukannya hendak mencari salah sesiapa...Tetapi untuk meninjau takut2 ade juga berlaku ketirisan & kesilapan yang berlaku.

Jika ini dapat dikenalpasti maka kita sama2 dapat membuat penambah-baikan dan pembetulan terhadap mana2 kesilapan yang telah dibuat.

Begitu lebih baik bukan? Tanamkan semangant bekerja-sama untuk kepentingan negara bukanya bertujuan untuk jatuh-menjatuh untuk kepentingan peribadi...

Sebagai contoh...bila dalam kerajaan mangkayakan kroni sendiri OK, tak apa...boleh kaut kekayaan...

Tapi bila kerajaan bailout GLC untuk kepentingan negara.....

OH Kerajaan selamatkan syarikat2 Kroni?

GLC to kroni dia semua rakyaat
Malaysia lah saudara....

ISAC said...

Ahad Jun 7, 2009

Ibrahim Ali ketuai tunjuk perasaab bantah bawa pulang Chin Peng
KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengetuai kirakira 2,000 orang anggota Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dan Pusat Khidmat dan Membela Rakyat mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah uraura untuk membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng kembali ke negara ini.

Demonstrasi secara aman itu bermula kirakira pukul 1 petang hari ini dengan turut mempamer kain rentang yang mengutuk keganasan Chin Peng.

"Saya menyokong keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang kerana beliau sudah dianggap sebagai pembunuh dan pengkhianat bangsa," kata Ibrahim yang juga presiden MTRK kepada pemberita kemudiannya.Beliau berkata isu tersebut sepatutnya tidak timbul.

Isu untuk membawa pulang Chin Peng dicetuskan semula oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan barubaru ini atas dasar kemanusiaan dan menganggap bekas pemimpin kanan parti komunis itu yang kini tinggal di Thailand tidak lagi mengancam keselamatan negara.BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/6/7/mstar_berita/20090607095728&sec=mstar_berita

Ini yang dikatakan perjuangan secara berterusan...

Walaupun kabinet telah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan Ching Peng dibawa Pulang tetapi Dato' Ibrahim Ali merasakan penolakkan terhadap Cing Peng & Perjuangan Komunis perlu diteruskan.

Memberi kesedaran secara berterusan kepada rakyaat Malaysia agar mereka X terpengaruh oleh anasir2 yang tidak bertanggung jawab.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online