Jun 21, 09 11:54am
Dipetik dari Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/106906Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Yusri Mohamad berkata, penubuhan kerajaan perpaduan PAS-Umno bukanlah sesuatu yang mustahil."Saya rasa ia tidak mustahil. Ia boleh dilaksanakan tetapi bukan mudah, namun boleh dilakukan," katanya dalam wawancara dengan akhbar Mingguan Malaysia hari ini.Untuk itu, katanya, perlu ada kesediaan, keberanian dan wujud proses komuniksi yang lebih terbuka.
"Ia tidak perlu terlalu tertutup dan juga terlalu terbuka."Ini kerana akan ada kelompok, walaupun perkara ini baik, tetapi atas niat tertentu, tidak mahu perkara ini dijayakan," katanya lagi.Yusri berkata, kelompok ini tidak mahu hubungan politik antara orang Melayu Islam lebih baik dan tersusun."Memang ada orang yang mahu melihat pertentangan dan jurang yang terlalu luas antara kita.
'Tiada parti yang maksum'
"Kita sudah terbiasa dengan konsep pemerintahan pecah dan perintah dan cuba menjarakkan sejauh mungkin hubungan antara kaum," tegasnya.
Bagaimanapun, Yusri berharap, kalaupun cadangan tersebut tidak sampai ke peringkat penggabungan, "tetapi jika ia mampu meraapatkan hubungan, itu sudah cukup baik"."Jika tidak, kita akan terus hanyut dengan suasana politik yang memabukkan.
"Tidak ada mana-mana parti politik yang maksum dan dalam Islam sendiri pun ada kaedah serta panduan mencegah pertentangan politik yang melampau," tambahnya.Ditanya sama ada Abim boleh memainkan peranan untuk menjayakan pembentukan kerajaan perpaduan itu, Yusri berkata:"Bagi saya, adalah lebih baik kita serahkan kepada pihak-pihak berkaitan. Peranan orang tengah boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja yang bersesuaian yang dirasakan perlu, ia termasuklah NGO Islam".
"Bagi saya jika kami diminta oleh pihak terlibat untuk memainkan peranan, maka kami akan turun padang," kata Yusri sambil menegaskan bahawa ia adalah hak sepenuhnya pihak-pihak yang terlibat.
'PAS kini kuat'
Beliau juga menegaskan bahawa PAS tidak perlu terlalu bimbang tentang pandangan pihak lain dan mereka sendiri harus lebih lantang, bukan sahaja dalam pakatan pembangkang tetapi juga dalam membuka ruang politik baru yang lebih matang dan sihat dalam arena politk tanahair.
Beliau juga menegaskan bahawa PAS tidak perlu terlalu bimbang tentang pandangan pihak lain dan mereka sendiri harus lebih lantang, bukan sahaja dalam pakatan pembangkang tetapi juga dalam membuka ruang politik baru yang lebih matang dan sihat dalam arena politk tanahair.
Menurut Yusri, PAS kini telah menjadi sebuah parti politik yang kuat berbanding sebelum ini."Malah, dalam sejarah PAS, mereka tidak pernah menjadi sekuat ini. Oleh itu, PAS tidak perlu berasa takut dan bimbang untuk berbincang kerana PAS bukan berada dalam situasi di mana mereka terpaksa bertindak atau membuat keputusan."PAS kini mempunyai sokongan yang sangt kuat daripada orang Melayu serta orang bukan Melayu," katanya.
Oleh itu, beliau menekankan perlunya memberi lebih kepercayaan kepada PAS untuk bergerak dan meneroka ruang-ruang demi kebaikan bersama."PAS perlu yakin dan berani kerana mereka kini muncul sebagai sebuah parti yang kuat," tambahnya.
Komen penulis;
Saya kira mungkin ulamak2 yg dilihat "bebas" dari pengaruh mana2 parti politik boleh memainkan peranan untuk menjadi orang tengah di dalam isu TGNA ini. Siapa tahu TGNA terbuka hatinya. Org tua...Kekadang mahukan lebih penghormatan, perhatian dan kesopanan...
Saya kira mungkin ulamak2 yg dilihat "bebas" dari pengaruh mana2 parti politik boleh memainkan peranan untuk menjadi orang tengah di dalam isu TGNA ini. Siapa tahu TGNA terbuka hatinya. Org tua...Kekadang mahukan lebih penghormatan, perhatian dan kesopanan...
Bagi kita orang biasa ni, saya ingin menyeru agar semua umat Islam berdoa semuga dapat dibuka kan pintu hati TGNA dan pemimpin2 Pas di sekelilingnya untuk menerima penyatuan ini.
Mungkin semua jabatan2 Agama Islam negeri di Malaysia dapat menyarankan agar semua jamaah masjid di Malaysia membuat solat hajat pada setiap hari Jumaat memohan kehadrat Allah agar dibukakan jalan supaya umat Islam di Malaysia dapat bersatu.
Walauapapun nilai yang perlu dibayar untuk perpaduan, persaudaraan & permaufakataan ini...Saya kira ianya berbaloi demi kebaikan semua Insyallah.
Melayu/Islam Mesti Bersatu!!!!
4 Comments:
salam, ikhlas ke ABIM ni, kalau ikhlas pergi le jumpa Ni A Jis rayu minta dia jagan sombong - sombong bodoh... kalau perkara yg baik tak payah disuruh - suruh...
Apa pun ini lah dia rupa Ni A Jis sebenarnya, kita akan tahu perangai dan silap sesorang apabila dia berhadapan dengan krisis...disitulah akan keluar perangai sebenarnya yang lahir dari dalam diri tanpa dapat di sorok....kita semua tahu lah siapa sebenar nya Ni A Jis.... lu pikiak la sendiri..
Pada Hj hadi dan Ust Nasha jangan ragu2 teruskan sementara DS Najib dan Muhyiddin belum masuk angin kus..kus.. anggap je Ni A Jis orang tua yang perlu diberi vitamin.
BRO WA RASA KITA BERUNDING DGN MAJORITI PAS YG SOKONG DGN KERAJAAN PERPADUAN. DLM HAL NI HJ HADI, USTZ NASHA DAN LAIN2 BLH AJAK BRBINCANG. TAK PAYAH AJAK NIK AJIS SBB DIA ANTI PERPADUAN. BIARKAN JE JGN DI LAYAN AMCM? HEHEHE
Salam Abg Tuah,,,
Perpaduan antara umat Islam ditolak mentah oleh Mursyidul Parti Islam M'sia (PAS)..Dimana jihat pemimpin ini dlm memperjuangkan hak-hak org Islam M'sia. Ditentang kerana Ego dan curiga. Cuba kita bayangkan jikalau Rasullullah S.A.W masih hidup..adakah muzakarah ttg kerajaan perpaduan ini ditolak ??? kita sesama Islam dan sesama bangsa, tiada sebab yg kukuh utk perpaduan itu ditolak melainkan ade objektif lain yg dikejar..UMNO telah menyahut salam..terpulang pada PAS utk melangkah masuk...Bersatulah puak-puak Islam dan melayu..anggaplah ini satu bonus utk bangsa kita bersatu..wasalam
walau pepun..sebenarnya PR takut jika PAS dan UMNO bersatu, maka Negeri yg di bawah PR akan jatuh kpd BN kembali..contoh di Kedahlah...iaitu Bn-15,PAS-8 dan PKR-7...kalu BN dan PAS bersatu, haa kan bgs tu..
Post a Comment