Rabu, 27 Mei 2009

TANAM POKOK DEMOKRASI YANG TUMBUH POKOK BERDURI ?

POKOK BERDURI



PROGRAM NIZAR GAGAL RAIH SAMBUTAN MAY 27, 09 3:13PM BEBERAPA ADUN DAN AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT HARI INI GAGAL MENARIK PERHATIAN RAMAI DENGAN GIMIK MENANAM 10 'POKOK DEMOKRASI' DI KAWASAN LAPANG BERHAMPIRAN SEBUAH BANK DI MEDAN ISTANA, IPOH.

MEREKA YANG HADIR TERMASUKLAH AHLI PARLIMEN IPOH BARAT, M KULASEGARAN (DAP), LIM PEK HAR (ADUN MENGLEMBU-DAP), LEONG MEE MENG (DAP-JALONG), CHANG LIH KANG (PKR-TEJA) DAN THOMAS SU KEONG SIONG (DAP-PASIR PINJI).


DATUK SERI MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN, MENTERI BESAR PAKATAN RAKYAT DI PERAK, YANG DIJADUALKAN HADIR BERSAMA UNTUK MENANAM POKOK ITU HANYA TIBA PADA PUKUL 10.15 PAGI SELEPAS POKOK-POKOK ITU SELESAI DITANAM,

ADUHAI..APAHAL PULA NI..TAK HABIS-HABIS DENGAN PERBAGAI GIMIK. KAMI PUN DAH NAIK KESIAN MELIHATKAN MUKA DS YANG DAH TAK KERUAN DALAM TV DAN AKHBAR DENGAN GELAGAT DS YANG KELAM KABUT TAK TENTU ARAH DENGAN KEMPEN PENING DS.

COME-ON LAH WAHAI DS NIZAR...ENOUGH IS ENOUGH. RENTI-RENTIKANLAH. INGATLAH SEMUA YANG BERMULA PASTI ADA AKHIRNYA. PERPATAH ORANG TUA-TUA..IKUT HATI MATI IKUT NAFSU LESU AKHIRNYA. CUKUP-CUKUPLAH KAMI DAH TAK TAHAN TERGELAK…!!!

IKUTI JUGA KISAH BOM NUKLEAR PKR DI BLOG DDINBUNGA DI PAUTAN BERIKUT;

http://ddinbunga.blogspot.com/2009/05/pkr-mula-hantar-bom-nuklear-kepada.html

Sumber rujukan;

http://www.malaysiakini.com/news/105214

25 Comments:

ISAC said...

Suka2 tanam pokok kat tanah kerajaan? X yah amik permit ke?

Pihak Bandaraya Ipoh X amik tindakan plak ye?

Nanti kang ade plak yg wat umah atas pokok...mcm cite P.Ramlee

Tanpa Nama said...

KEHKEHKEH KAN BAGUS TANAM SAYUR KE BUAH KE ADE GAK PEKDAH. ASIK TANAM POKOK!..TUGU!..POKOK!..TUGU!..NEK MENYAMPAH LAK ORG TENGOK HUHUHU

Ezad said...

kesian aku tengok puak2 yg sebelah sana tu.

apa nak jadi lah. kemaruk sgt kuasa la tu..

nak politik pun patut2 la. jgn la melalut.. meluat org tengok

Tanpa Nama said...

saya tunggu ulasan MRL dulu..syok

Tanpa Nama said...

Perlu tolak PKR kerana ada DAP. Bahaya bagi melayu jika DAP berkuasa.

View Profile: Rantong™

PAKCIK said...

daripada tanam pokok tu..lebih baik tanam diri sendiri dalam tanah..jadikan diri sendiri sebagai simbolik 'TUBUH DEMOKRASI'.

biar tinggal kepala sahaja..nanti senang rakyat pergi ketuk kepala nizar dan puak DAP yg lain.supaya mereka sedar dari tidur.

barulah hebat.

Tanpa Nama said...

BAGUS IDEA TU..BIAR DEPA TANAM BADAN NAMPAK KEPALA AJE,,KITA RAMAI-RAMAI GI K*N*I*G KAN...!!

Tanpa Nama said...

Wah tu mesti baja baik..baja urea..

tentu subur semula akal mereka..hehehe

Tanpa Nama said...

mrl mana ?

Tanpa Nama said...

MRL tak sampai lagi saya komen dululah...

PR cukup-cukuplah. masa PRU12 dulu semua orang tak yakin PR menang besar dan UMNO berada dalam keyakinan yang tinggi.

ada yang yakin PR akan hilang wang pertaruhan. yang jadi calon pun pendidikan rendah , tua dan pencen byk sekali. half past six people.kalau ada yang berpaling tadah kena terimalah. macam di perak.

tapi next PRU kita dah tahu rakyat dah tak setia kepada siapa2 dah. yang penting cuma perut ( atau bahasa halusnya -isu)

BN dan PR masing2 ada 50-50 chance untuk menang. skrg orang dah tahu berebut separuh mati nak jadi calon BN pun belum tentu ada guna sebab rakyat belum tentu undi.

rakyat pun bukan ada kesetiaan kepada PR atau siapa2 sebenarnya-ini yang mustahak difahami- rakyat tak ada kesetiaan kepada siapa2 kecuali perut mereka.

anwar faham keadaan ini sebab itu ceramah dia " nak koridor ke nak makan" berkumandang seluruh negara.

kutuk nizar/dap/pas/anwar/nik aziz pun tak guna sebab pengundi muda yang educated dan pengaruh sekurang2nya keluarga mereka akan bahas isu dalam internet dan keluarga mereka.

toksah cerita pasal setia, derhaka, semangat itu ini -semua tak jalan dah.

rakyat semua bergelut dalam hidup seharian. semalam saya dengar dalam radio pasal masalah pengangkutan awam. conclusionnya hampir semua pemanggil menyalahkan kerajaan.

pemandu teksi misalnya (99% melayu) menyalahkan permit diberi kepada sykt kroni sedangkan mereka terpaksa berhempas pulas 12 jam sehari untuk makan anak bini.

para pemegang permit teksi yang tentunya kroni boleh rileks goyang kaki dapat duit dari beribu-ribu orang melayu yang berjuang seharian untuk hidup.

memang pemandu teksi itu tak boleh buat apa tapi kalau jumlah mereka contohnya 10,000 orang campur isteri jadi 20,000, bila anak2 besar kalau setiap orang ada 4 anak dah jadi 60,000 orang PENGUNDI. itu baru teksi......

UMNO jangan bawak cerita lama dah tentang jasa dulu-dulu sebab yang rakyat nampak hari ni semuanya tak elok.. nak argue saya tak mahu jawab...sebab rakyat dah jawab dalam undian di selangor,perak,penang dan kedah.cakap banyak pun tak guna.

saya dah lama hidup dan yang saya amat pasti mengenai orang melayu cuma satu- MELAYU TAK MAKAN BABI. itu saja melayu islam, melayu murtad, melayu sekular dan melayu komunis pun tak makan babi. yang lain apa sahaja boleh jadi.

MAWAR BERDURI said...

salam mr tuah?

he he he he bahaya pokok berduri..tapi dia ndak kan tumbuh mawar punya la..dari tanam pokok demokrasi baik dia tanam sayur2an kan tuah, ada juga hasil buli jual di pasar..tak lama lagi pokok di taman aku tu berbunga lah...bunga aku bagi tuah, duri kasi cucuk hidung c nizar wawawa uhuh

Mohammad Roslan said...

Salam,
Ramai ahli parti pembangkang cuma nak mempertahankan hak peribadi dengan melabelkan demokrasi.Demokrasi adalah bersetuju dengan hak majoriti walau pun majoriti mempunyai kelebihan cuma satu kerusi.Maka terimalah keadaan dan teruskan usaha untuk membantu rakyat.Dato'Nizar masih muda dan mempunyai masa dan peluang untuk memperolehi kejayaan dalam pilihanraya umum akan datang. Inilah dikatakan Demokrasi.Mungkin betul apa yang abg Tuah ingin perkatakan itu...kerana terlampau politiking.. pokok yang ditanam untuk memperolehi redup itu akan bertukar menjadi pohon duri yang akan mencucuk mata kamu sendiri..maka demi kebaikan rakyat Negeri Perak hentikanlah politiking yang melampau yang cuma anda akan menjadi manusia-manusia yang mencucuk mata kamu dengan duri dari pohon yang kamu tanam di hati rakyat Perak kelak.

Tanpa Nama said...

salam...

sy bukan setahun dua hidup ni... bg yg muda2 atau masih mentah xpe la, bg diorg peluang mencari suatu yg benar dan salah...

ape yg sy nampak umno memang suka fitnah, suka ada2 kan serita semata nak mendapatkan politikal mileage... bukan ahli2 BN xtau knp pemimpin beriya-iya nak daptkan jawatan dalam BN??? jgn nak nafikannya... saya dalam PAS pun tahu ape yg berlaku dalam BN/UMNO inikan ahli2 UMNO sendiri.

dari peringkat ketua cawangan, bahagian hinggalah keatas, semuanya mengutamakan duit!!! it is nothing about!!! it is only money and it is still money!!!

fokus pembangunan rakyat dah terabai krana fokus mendapatkan kekayaan selagi ada kuasa, ada pangkat. itulah mentaliti dalam BN/UMNO...

ada sorg dato' kat flat aku buat surat kat cc kawan aku bg sumbangan rm10juta pada ketua bahagian untuk bertanding jawatan ketua bahagian. cuba korg fikir!!! knp dato' tu sanggup bg duit sebanyak tu???

BN=$$$
UMNO=$$$$$

mrL

Tanpa Nama said...

aku sokong jika PBT tanam pokok yg blh mendatangkan hasil...

tp xsetuju kalau nak main cucuk2 hidung org nih mawar...

nampak cantik, tp kene hati2 sebab berduri, itulah bunga mawar...

mrL

AbgTuah said...

YG CD SOGOKAN 80,000 PADA KAK MIN

DAN MONEY POLITIK/HADIAH-HADIAH YG DI KATAKAN OLEH PEMIMPIN PAS SENDIRI..

APA MEREKA LEBIH BAIK DARI UMNO/BN KE..?

2 x 5 atau 5 x 2

Tanpa Nama said...

bro tuah,

sy blm tgk video cd tu, ada link mn2 x bro?

susah pe bro, x kira umno/pas kalau salah kite pakat tolak la.

masalahnya, umno dah terang2 salah tp masih simpan pemimpin yg korap. cakap umno nak jd sebuah parti yg bersih???

contohilah negara jepun, camne pemimpin2 diorg? buat salah terus letak jawatan!!! rs xmampu nak laksana tugas letak jawatan!!!

no issue krjaan ckp pilihanraya merugikan. negara lg rugi kalau ada pemimpin yg x mampu jalankan tugas dengan baik dan bersih!!!

mrL

ISAC said...

Biasalah Abg Tuah....
Dah namanya org politik...2x5 lah....

Itu dah macam budaya, cuma bila mengata orang...mcm lah diri sendiri tu "Maksum" serupa Nabi....

AbgTuah said...

Bro mrl..cuba gi link ni..

http://www.pisau.net/2009/05/pkr-n12-ekslusif-bukti-gambar-rakaman.html

Tanpa Nama said...

memang xde yg maksum...

tp, kita mesti mencari yg terbaik.

kene bijak membuat pilihan. kadang tu ada yg melihat kebaikan untuk dunia sahaja. sebaik2 pilihan adalah untuk dunia dan akhirat...
walaupun dunia kita xdapat, seboleh2nya kita kene usaha untuk akhirat.

bg aku, kalau untuk dunia, memang baik pilih umno. byk peluang nak buat duit!!! amik tender mesin rumput kt kg2 pon blh b uat duit tu...

tp untuk kebaikan akhirat, aku prefer pilih la PAS...

mrL

Tanpa Nama said...

panjang sgt bro tuah,

maleh aku nak dgr, xclear lgpun...

ape pun thanks 4 ur info bro...

mrL

AbgTuah said...

THEN KALAU GITU PILIH DUA-DUA AJE..

UNDI PUN DUA-DUA

DUN UNDI PAS..

PARLIMEN UNDI BN..

HEHEHE..SOLVE PROBLEM..

kuntakinte said...

salam, MARI!!!! MARI!!!! SAPA NAK ORDER POKOK SIAP SEKALI ADA KULI MAU TANAM DI DEPAN RUMAH MASING2 BOLEH HUBUNGI TALIAN TERUS FREE TOL NI A JAR 30-30-30-30-30

ISAC said...

mrL 2009 Mei 28 17:35

mrl, betul pada dasarnya pilih Pas untuk akhirat...

Tapi itu dulu...Aku dulupun sokong Pas...Ya lah sebagai seorang Islam menyokong saudaranya yang mahu menegakkan Islam adalah wajib fardhu kifayah....

Tapi kini ramai dalam Pas cuma letak Islam pada "Nama Parti"....Ceramah2 politik & Lidah Akhbar Harakah penuh dengan tuduhan, caci-maki, hasutan, fitnah, andaian2 jahat dan menuduh tanpa bukti/saksi hanya untuk kepentingan politik semata2....

Bila ini berlaku apa bezanya Pas dengan Umno?

Tanpa Nama said...

biar pokok berduri tu hempap BN.. UMNO. shahid.

ISAC said...

Suka hati ko lah Anon, 2009 Mei 28 21:55.

Kalau matinya Umno boleh memuaskan hati ko....

Cuma doa aku supaya jika ianya nya benar2 termakbul, ko X menyesal kerana doa ko telah menyebabkan terutup peluang anak2 ko & generasi Melayu/Bumiputera untuk bersaing di bumi sendiri...

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online