Khamis, 28 Mei 2009

MB Kedah setuju Chin Peng tidak dibawa pulang

MENTERI BESAR KEDAH, DATUK SERI AZIZAN ABDUL RAZAK BERSETUJU DENGAN KEPUTUSAN KERAJAAN UNTUK TIDAK MEMBENARKAN PEMIMPIN PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM), CHIN PENG KEMBALI KE NEGARA INI.


BELIAU BERKATA, KEPUTUSAN TERSEBUT WAJAR BAGI MENGHARGAI JASA DAN MELAHIRKAN SIMPATI KEPADA MEREKA YANG BERJUANG MENENTANG PARTI ITU DEMI KESELAMATAN NEGARA SEMASA ERA DARURAT.

``SAYA SETUJU DENGAN PERDANA MENTERI, DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK DALAM HAL INI,'' KATANYA DI SINI HARI INI. - UTUSAN.

DI HARAP PIHAK PEMBANGKANG BOLEH MENCONTOHI PENDIRIAN DATUK SERI AZIZAN ABDUL RAZAK. PADA PENULIS BELIAU SEORANG YANG AMAT BERPENGALAMAN DAN MENGERTI PAHIT MAUNG PASUKAN KESELAMATAN SEMASA MENEMPUH ERA ZAMAN KEGANASAN KOMUNIS SEMASA DARURAT.

YANG PENULIS HERAN IALAH SIKAP SEGELINTIR PEMIMPIN DALAM BN SENDIRI YANG MENYARANKAN AGAR KERAJAAN BELAJAR MEMAAFKAN. HERAN KENAPA PULA PERLU KERAJAAN MEMAAFKAN CHIN PENG.

PENULIS BANYAK JUGA MEMBACA BUKU KISAH PERJUANGAN KOMUNIS DAN TAK PERNAH PUN TERBACA KOMUNIS PERNAH BELAJAR MEMAAFKAN DAN TAK JUGA DENGAR KOMUNIS BEGITU BAIK HATI SEHINGGA PERNAH MEMAAFKAN MANGSANYA.

PENDAPAT PENULIS KOMUNIS BERSIFAT KERAS HATI DAN OBSESIF SECARA TOTAL TERHADAP OBJEKTIF PERJUANGAN DAN IDELOGI KOMUNISMA SEHINGGA TIDAK TERAGAK-AGAK MENGORBANKAN SIAPA ATAU APA SAHAJA DEMI MENCAPAI CITA-CITA DAN IDELOGI MEREKA ITU.

P/S: KEPADA BLOGGER-BLOGGER BPN ATAU PR JIKA ANDA SUKA SANGAT MEMUJI-MUJI PERJUANGAN KOMUNISMA..MAKA RENTI-RENTIKAN LAH. IKUTLAH KEPUTUSAN PM DAN SARANAN MB KEDAH. ANDA MASIH DALAM PERUT ATAU BERINGUS LAGI SEMASA ERA ZAMAN KOMUNIS. JADI ANDA TAHU APA TENTANG KEGANASAN KOMUNIS SEHINGGA BOLEH MENYAMAKAN PEMERINTAHAN TUN ATAU UMNO LEBIH GANAS DARI REGIM KOMUNISMA. JIKA PEMERINTAHAN TUN ATAU UMNO ADALAH SEKEJAM YANG ANDA TUDUH MAKA TENTU ANDA SEMUA TIDAK SEMEWAH DAN SESENANG SEKARANG.

FAHAMILAH..CHIN PENG NI ADALAH KETUA KOMUNIS MALAYA DAN TENTUNYA DIA IBARAT IKON BESAR KEPADA IDEALISMA KOMUNIS. JIKA ADA SAKI BAKI DAN DAKI IDEALISMA KOMUNISMA DI MALAYSIA..MAKA DENGAN KEPULANGAN IKON INI, TAK MUSTAHIL AKAN MENYALAKAN..MENGHIDUPKAN..DAN MENYEMARAKAN SEMULA API IDELOGI TERSEBUT. SO...ADA FAHAM KA...?

25 Comments:

YANG GAMBI said...

Kawan pun tabik kat MN Kedah, tapi kena suruh lah blog-blog penyokong deme henti agung-agungkan PKM, kutuk rejim Tun Mahthir lebih kejam dari Ching Peng.....

Desperado said...

Salam Abg Tuah...

Nie la pemimpin pembangkang yang satu-satunya saya paling respect... Kalau la orang macam dia nie ada kat Perak...aman negeri nie...

HASMAWI said...

AKU SEBAGAI ANAK KEDAH MEMANG RESPEK GILA KAT YB UST AZIZAN (MB KEDAH NI ) WALAUPUN PRU 12 YANG LALU AKU TAK PANGKAH PAS TAPI BILA LIHAT CARA MEMERINTAH KEDAH YB UST AZIZAN AKU RESPEK....

ITULAH ORG POLITIK YANG BERPENGALAMAN YANG TAK TAKSUB PADA PARTI...APA YANG UMNO /BN KATA BETUL, SETUJULAH DIA....BUKANNYA MACAM PEMIMPIN LAIN DLM PAS WALAUPUN APA YANG BN /UMNO BUAT TU BETUL TAPI ADA JE YANG NAK DIPUTAR BELITKAN...

BAGI AKU UNTUK DI KEDAH, YB UST AZIZAN SBG MB HARUS DIBERI PELUANG UTK MEMBUKTIKAN KEPIMPINANNYA HINGGA PRU-13, DLM POLITIK NI UNTUK BN/UMNO KALAU NAK CARI ISU KAT KEDAH PUN BIAQLAH YANG BETUL BOLEH DITERIMA, AKU TENGOK YB UST AZIZAN JAWAB RELAK JE...

TAPI.....DI PERAK, PAS MEMANG MANGKUK HAYUN TERUTAMANYA NIZAR TU... DAH LE ADA 6 KERUSI PASTU DOK PERSAN BAGUIH...JADI MB PUN DOK IKUT TELUNJUK DAP JE... AKAI ADA KA...

YANG BAIK KATAKAN BAIK, YANG BURUK KATAKAN BURUK, BN/UMNO TELAH MEMERINTAH SELAMA 50THN LEBIH SO, PASTINYA ADA KESILAPAN YANG DILAKUKAN, TAPI ADAKAH KERANA MARAHKAN UMNO KITA MEMILIH UNTUK MEMBUTI TULI MENYOKONG PAKATAN RAKYAT ( DI PERAK TERUTAMANYA ), SO, BERIKAN UMNO /BN PELUANG MEMPERBAIKI SEDIKIT SEBANYAK KESILAPAN, BERIKAN JUGAK PELUANG PAS DI BAWAH UST AZIZAN MEMERINTAH DIKEDAH. TAPI UTK DIPERAK JANGAN BAGI MUKA KAT PAKATAN RAKYAT.

AKU MENGUNDI KERANA AGAMA DAN BANGSA BUKANNYA KERANA PARTI...

kuntakinte said...

salam, tak ramai puak pengkhianat yang ada akai.

macam ada gerakan je, DAP Perak buat huru hara di Perak dalam masa sama isu Chin Peng keluar...ish...ish....betak juga otak mikior.

ISAC said...

Isu komunis ini menunjukkan bahawa org Cina sememangnya bersatu hati dalam menegakkan hak mereka.

Kenapa isu Ching Peng diwujudkan semula? Kenapa ade di antara komponen BN sendiri berani menyokong pandangan ini?

Secara disedari atau tidak semacam ada anasir yang cuba untuk meletakkan kerajaan BN/Umno dalam keadaan tertekan.

Hendak diluah mati emak nak ditelan mati bapak...Nak ditolak pengampunan Cing Peng pasti BN/Umno akan menjadi X popular dikalangan Kaum Cina....Nak diterima pasti kebanyakkan daripada orang2 Melayu pasti X akan dapat menerimanya.

Jestru itu walau apapun keputusan BN/Umno....Populariti BN/Umno akan tetap terhakis samada disedari ataupun tidak....

Jestru itu Kerajaan BN/Umno perlu lebih bijak di dalam membuat penerangan kepada rakyaat..mengenai isu ini

ISAC said...

Alangkah baik jika pemimpin pembangkang Melayu yang lain juga seberani MB kedah ini dalam mengatakan sesuatu yang hak!

Barulah kaum2 lain pasti tidak akan berani untuk membuat permintaan2 yang melampau2 kerana mereka tahu bahawa Melayu/Bumiputera sebenarnya bersatu dan politik hanyalah suatu ideologi yang X menghalan/membataskan/menafikan penyatuan ini!

Melayu/Bumiputera Mesti Bersatu!!!

Tanpa Nama said...

yang nak bawa chin peng tu, gerakan. gerakan tu BN. ok DAP lg pada gerakan. nasib P.pinang tak dapat pd gerakan.

Tanpa Nama said...

pemimpin pembangkang mmg baik!!!!
yang tak pemimpin BN atau BE END.

Tanpa Nama said...

tau xpe,

pemimpin BN memang jht pon. keroje nak menjahanamkan bangsa melayu jek pastu rosakkkan anak2 muda melayu!!!

bgs BN/UMNO teruskan usaha kamu...

Tanpa Nama said...

Kenapa Gerakan membangkitkan isu Chin Peng sekarang ketika pilahanraya Penanti akan diadakan? Pada hemat saya Gerakan adalah tali barut DAP dalam BN. Isu ini dibangkitkan kerana untuk mengalihkan pengundi Cina supay mengundi PKR@ DAP? Ada logik tak?

Tanpa Nama said...

Lanjutan daripada ulasan saya tadi, kaum Cina di Malaysia masih bersemangat Komunis, mereka bergerak serentak DAP diluar Kerajaan, Gerakan dan MCA di dalam Kerajaan BN. Hanya Melayu saja yang tidak bersatu. PAS dan PKR telah banyak merosakkan perpaduan Melayu. Bila Melayu harus sedar yang Agama Islam dan Bangsa Melayu sedang diancam dari dalam dan luar. Ayuh bangsaku bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Fikirkan generasi anak bangsa kita. Mereka tidak akan memaafkan kita jika negara ini tergadai.

Tanpa Nama said...

Bagi Hindraf pula, mereka menyokong Tamil Elaam yang tewas di Sri Lanka. Kini MIC pula memberi kata dua kepada kerajaan tidak menyokong Kerajaan Sri Lanka. Satu lagi gerakan terancang, Hindraf @ PKR bergerak dari luar kerajaan dan MIC dari dalam Kerajaan. Melayu sekarang diserang oleh bukan saja daripada kaum Cina tetapi juga dari kaum Tamil.

AbgTuah said...

KENA FAHAM..KAWAN MEMUJI TINDAKAN DS AZIZAN BUKAN KERANA DIA PAS. PAS MEMANG TETAP KAWAN TAK SETUJU.

KAWAN MEMUJI DIA KERANA DIA BERPENDIRIAN SENDIRI.

KAWAN JUGA TERBACA KATA2 NYA SEMASA MENAKLUKI KEDAH..JANGAN TERLALU GEMBIRA YG MENANG MELAYU YG KALAH PUN MELAYU JUGA..

BUKAN KALI PERTAMA KAWAN MEMUJI DIA..BANYAK KALI..

TEMPOHARI SEMASA DIA BERI KATA DUA PADA DAP BERKAITAN ISU QUOTA RUMAH RAKYAT..KAWAN GELAR DIA PAHLAWAN MELAYU TERAKHIR DALAM PAS..

TAPI BILA DIA TERTEKAN DAN TARIK BALIK KAWAN TERPAKSA PANGGIL DI PAHLAWAN TAIK KUCING PULA..HAHAHAH.

KAWAN BUKAN MACAM PENYOKONG PEMBANGKANG..YG BAIK DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN..TETAP TAK BAIK JUGA DI MATA MEREKA..

JADI KALAU NAK KENAL WAJAH PEMBANGKANG PEKAT LIKAT..LIHAT MATA MEREKA..KALAU MATA SATU ITULAH PEMBANGKANG..KERANA MATANYA HANYA BOLEH NAMPAK SATU HALA SAHAJA..HEHEHE..EHH MACAM JIN PUN ADA IRAS NYA

kuntakinte said...

salam, bravo abgtuah, betul kita bukan macam puak pengkhianat apa kerajaan buat semua tak betul, depa buat betul.

yang patut puji kita puji tapi bukan kerana dia PAih.

Tanpa Nama said...

melayu mesti bersatu!!!

moh le kite bersatu menolak pemimpin yg merosakkan melayu, kalau btl2 nak bersatu jom pakat sokong PAS. kalau nak bersatu sangat...

PAS adalah pilihan politik melayu masa kini, pilihan yang terbaik...

mrL

AbgTuah said...

TAK BOLEH MRL..

KALAU SOKONG PAS ALAMATNYA JADI HAMPAIh LAH KAMI..

PAS BELUM ADA HALA TUJU YG SEBENAR..MASIH SAMAR-SAMAR..

PAS JUGA BERDIRI DIATAS LANDASAN YG TAK KUKUH..

TERUS TERANG KAWAN KATA KALAU PAS BENAR-BENAR BERPENDIRIAN TEGUH MEREKA TAK AKAN RELA BERSEKONGKOL DENGAN ANUAR DAN DAP..

KAWAN TAHU NIAT PAS BERSATU DENGAN MEREKA HANYA UNTUK MENGHANCURKAN UMNO..

JADI NIAT PAS TAK BETUL..MENGUNAKAN NAMA KEADILAN DAN KEBAJIKAN BERSATU DENGAN DAP DAN ANUAR ..TAPI SEBENARNYA TERSEMBUNYI NIAT JAHAT UNTUK MENGHAPUSKAN UMNO..

PAS SEBENARNYA TAK FAHAM..HANCUR UMNO MAKA AKAN HANCUR JUGALAH PAS..

MALAM NI TIDOR KAJI APA MADSUD NYA.

JALAN TERBAIK UNTUK PAS IALAH SAMAADA BERDIRI SENDIRI ATAU BERSATU DENGAN UMNO..ITU SAHAJA PILIHAN YG ADA UNTUK PAS JIKA MEREKA BENAR2 BERNIAT KEJALAN YG BETUL..

HAKIKAT INI DI AKUI SENDIRI OLEH BEBERAPA PIMPINAN TERTINGGI PAS..

ITU SEBAB ADA PUAK PAS YG PERNAH HENDAK BERBINCANG BERKAITAN KERAJAAN CAMPURAN..

INGAT JALAN YG DIPILIH OLEH PAS SEKARANG ADALAH JALAN YG AMAT BERISIKO..JALAN YG PENUH DURI BISA..

ISAC said...

Anon 2009 Mei 28 21:54,

Sebab tu aku kata tadi, Cina sentiasa bersatu tapi org Melayu baik Pas, PKR maupun Umno X secerdik mereka...

Isu Ching Peng memang selamanya telah diperjuangkan oleh DAP...

Kini dalam masa BN/Umno sedang terkapai2 ...Kenapa isu yang merugikan ini dikeluarkan oleh Gerakan dan disokong oleh sesetengah blog ? Kenapa Mereka ini kelihatan bersatu untuk menekan Umno ?

Apa faedahnya pada Gerakan? Kenapa Kaum Cina Bkt Gantang memenangkan DS Egr Nizar? jangan kata mereka sokong Nizar kerana sukakan Pas!!!

Mereka sokong kerana mereka tahu, Kerajaan DAP lah yang sebenarnya ditumbangkan oleh Umno...

Sedar lah saudara2 Pas ku...
Janganlah jadi "Seperti Kaduk naik junjung..." Ataupun seperti Pak Kaduk, "Ayamnya menang kampung tergadai"....

AbgTuah said...

SALAM ISAC..

SYABAS MEMANG TEPAT PENDAPAT SAUDARA..KAWAN SETUJU..

Mamak Penang said...

Salam,
Komunis tetap komunis...tak payah selindung..komunis tak boleh ubah..kerajaan telah mengambil keputusan yang tepat.Pemimpin-pemimpin masyarakat yang sokong Chin Peng dibawa masuk ada muslihat politik yang tertentu.Orang melayu perlu memahami apakah tujuan itu?.Yang kita patut tabik pada Seri Pahlawan Gagah Perkasa Kanag anak Langkau dari Simanggang, Leftenan David Fu Chee Ming dari Battalion 4,Major Ismai Bin Salleh dari Battalion 4,Sub-Leftenan Baharin Bin Abd.Jalil dan ranger Lan Anak Gima dari Battalion Ranjer pertama.

Orang politik seperti MB kedah yang baru itu tak payah kot terima tabik hormat pasal cerita Chin Peng ini.Wassalam.

Tanpa Nama said...

Saya berpendapat, MCA dan MIC pun sebenarnya, orang UMNO tak percaya sangat dengan diorang tapi ganding atas semangat setiakawan. Bagi ultra ultra Melayu ini, setiakawan adalah hipokrasi yang paling baik mereka boleh ketengahkan. Kerana itu lah, kita lihat ultra ultra Melayu ni selalunya orang orang yang berjaya kerana mereka tahu bagaimana sebenarnya permainan itu dimainkan. Melayu jangan jadi bodoh. Kita boleh jadi lembut di luaran tetapi hati kita mesti macam singa dalam mepertahankan bangsa dan agama.

Tapi saya tabik sebab Najib terang terang cakap NO walaupun gerakan cakap YES pasal isu Chin Peng ni.

Saya tak akan sokong PAS sebab saya rasa PAS dalah parti politik yang berselindung atas nama agama.

Saya sokong UMNO kerana umno memperjuangkan dua - dua yang relevan dengan saya. Agama Islam dan Bangsa melayu.

Saya setuju dengan salah satu komen di atas. Jika PAS ingin balik ke jalan yang betul iaitu AGAMA ISLAM. PAS perlulah secara SOLO ataupun bersatu dengan UMNO.

Melayu perlu sama sama bersatu supaya MCA dan MIC tidak boleh pressure UMNO. UMNO. UNITED MALAYAN NATIONAL PARTY. Nama pun dan jelas. Apa masalah lagi?. Parti Pembangkang PR yang cakap lagi lah. Sah sah dah kena takluk dengan keturunan pendatang ni.

Saya pernah bace satu website anti Melayu. Peringkat pertama dalam memecah belahkan orang Melayu ialah semasa keluarnya parti PAS daripada BN pada masa dulu. Itu adalah salah satu cara yang telah pun terbukti berjaya daripada musuh dalam selimut ini. Pernah dengar "keep your friends close and your enemy closer"?.

Zaman sekarang ni, mereka mempersoalkan kedudukan bangsa Melayu dalam negara kita. Jika mereka berjaya, zaman anak atau cucu cicit kita kelak, mereka akan mempersoalkan kedudukan Islam dalam negara kita. Ianya adalah seperti satu rancangan penaklukan yang sangat sistematik kalau kalau korang fikir betul - betul.

Jom rakan rakan. Kita support UMNO. Tunjukkan pada pengkhianat pengkhianat dan musuh dalam selimut ini bahawa kita adalah bangsa yang bersatu dan tidak akan tunduk dengan tekanan mereka.

Tanpa Nama said...

Kepada semua yang simpati dan menyokong kepulangan Chin Peng:

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui, atau sengaja membutakan mata dan hati tentang, sejarah dan ideologi Komunisme, sila muat turun (download) dan tontoni video-video di tiga link-link berikut (copy & paste link-link ini ke browser anda):

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1239/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_1

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1242/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM-2

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/2857/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_-3

Kesemua video di atas membentangkan sejarah/ideologi komunisme dari sudut atau perspektif Islam.

Bagi blogger-blogger yang berhujah di atas perikemanusiaan, pernahkah
penganut-penganut mereka menunjukkan sikap keperimanusiaan ke atas mangsa-mangsa mereka? Tanyalah soalan ini kepada balu-balu, anak-anak, cucu-cicit dan keturunan mangsa-mangsa mereka?

Ada pula blogger yang menyeru atas nama Islam supaya memaafkan Chin
Peng. Pernahkah Chin Peng dan pengikut-pengikut memohon maaf atas segala kekejaman mereka? Memang benar Islam menitikberatkan sifat bermaaf-maafan, tetapi apa gunanya jika orang yang melakukan kekejaman tidak sedikit pun menunjukkan sifat itu atau mempunyai perasaan perikemanusiaan?

Mengapa pula Islam dikaitkan di sini? Tidakkah kita tahu bahawa komunisme itu jauh bertentangan dengan Islam? Komunisme menidakkan atau tidak percaya kepada Allah. Setiap penganutnya digelar "atheis", iaitu seseorang yang tidak percaya kepada kewujudan Allah. Oleh sebab itulah kita dapati penduduk-penduduk Islam di negara-negara kominis sentiasa ditindas dengan kejam. Satu daripada banyak contoh-contoh adalah penduduk Islam di Turkestan Timur di negara Cina. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
penindasan orang Islam di Turkestan Timur, sila baca buku di link berikut (copy & paste link ini ke browser anda):

http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/582/COMMUNIST_CHINA%E2%80%99S_POLICY_OF_OPPRESSION_IN_EAST_TURKESTAN

Sebagai negara yang majoriti penduduknya adalah Islam, mahukah kita melihat anasir-anasir komunisme ini wujud di kalangan kita? Pernahkan orang-orang komunis melepaskan atau meninggalkan (renounce) fahaman komunisme mereka? Pernahkah Rashid Mydin, Shamsiah Fakir dan lain-lain berbuat demikian? Fahaman mereka sangat tebal. Kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam di negara yang majoritinya penduduk Islam. Ada juga blogger-blogger yang sentiasa menuduh kerajaan tidak Islamik (atau kafir). Jika benar, mengapa kita orang Islam bebas mengamalkan agama Islam di negara ini? Mengapa wujud beribu-ribu masjid, surau, sekolah agama, dan lain-lain di
negara ini? Pernahkah kerajaan menindas orang-orang Islam seperti berkaku di Turkestan Timur?

Bagi blogger-blogger yang berhujah bahawa komunisme disama ertikan dengan samarata dan samarasa, tahukah anda bahawa konsep-konsep ini hanyalah pada teori atau di atas kertas saja?. Pada teorinya, memang komunisme menuju kepada kewujudan situasi sempurna (atau "utopia") di mana akan wujudnya konsep samarata dan samarasa ini. Tetapi lihatlah sejarah negara-
negara kominis (yang jelas ditunjukkan di video-video di atas), adakah konsep-konsep ini pernah diguna pakai? Jawabnya TIDAK. Apa yang sebenarnya berlaku ialah "utopia" yang diidam-idamkan tidak pernah wujud, malah para pemimpin negara-negara komunis menghancurkan negara mereka sendiri, seperti berlaku di negara-negara Cina di bawa Mao Tse Tung dan Soviet Union (sekarang Russia) di bawah Stalin.

Jadi bagi blogger-blogger yang mempertahankan kepulangan Chin Peng atau komunisme, lengkapkan diri dengan ilmu tentang sejarah komunisme sebelum menulis sesuatu tentangnya.

Antibarua said...

The Patriot is Tan Sri Dr. Too Chee Chew or C.C. Too serta ribuan orang Melayu yang syahid membela agama, bangsa dan negara. Barua PAS syahid membela BABI dan anjing DAP.

akai ada ka?

Sila baca The Patriot di
http://antibarua.blogspot.com/

ISAC said...

Mungkin BN juga kena banyak tonjolkan jugak hero2 bukan Melayu yang berkorban nyawa untuk bumi tercinta ini...

Apalagi hero2 Melayu yang namanya X pernah pun terpahat di dada2 akhbar...

Kemakmuran ekonomi yang kita nikmati sekarang, sebahagiannya telah dibayar dengan harga keringat, darah dan nyawa para pejuang ini...

Insaflah wahai rakyaat Malaysia!!!!!

ISAC said...

Bila ekonomi makmur siapa yang paling untung?

Kebanyakkan orang Melayu hari ini telah semakin selesa hidup mereka...Selain atas usaha sendiri...Sebahagianya juga adalah atas dasar kerajaan BN/Umno dan Perlembagaan yang kita ada...

Kaum2 lain pula..waima India sekali pun mempunyai pendapatan perkapita yang lebih tinggi dari pendapatan perkapita orang2 Melayu...

Kaum Cina, X payah nak cerita lah...kebanyakkan dari mereka bukan sahaja selesa, tetapi mewah...Selain daripada politik...Negara ni dah macam kepunyaan mereka secara total...

Sekarang kuasa politik pun dalam diam2 semakin mereka kuasai...

Apa lagi yang akan tinggal untuk anak-cucu kita...

Kenapa DEB, kontrak kerajaan kepada bumiputera pun nak ditarik balik...Mcm kat Penang?

Kalau yang dapat kontrak tu org Melayu... sub-contraktor & supplier pun org cina jugak...wat jalan sub-kontraktor India...
Pekerja dapat gaji, tokey Melayu dapat untung, pegawai kerajaan dapat gaji...Belanja kat kedai Tiong Hua jugak...

Kalau tender terbuka....Kerajaan Negeri bukan Melayu....Ade yang pakat ngn Kontraktor Cina...

Orang Melayu dapat ape? Dapat telor aje...

Pasti akan berlaku ketidakseimbangan dalam taraf hidup rakyaat kerana ada golongan yang terabai!!!!

Lebih parah lagi!!! Mereka ini adalah anak2 jati!!!!Negara ini...Bukan nak menakut2 anda...Tapi saya pasti jika ini berlaku....Peristiwa rusuhan kaum peribumi di Indonesia 10 tahun yang lalu bakal berlaku di Malaysia....

Siapa yang akan rugi? Kita semua....Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Org ulu, Org Asli, Keturunan Peranakan dan semua rakyaat Malaysia akan rugi....

Kenapa X nak berkongsi cara sekarang? Kenapa tamak sangat?

Tanpa Nama said...

benar ching peng tidak seharusnya di peluang utk pulang.saya setuju dgn MB kedah dan kerajaan malaysia.tetapi jgnlah diperkecil suara org muda.majoriti mereka tidak bersetuju dgn komunis dan langsung tidak berniat hendak mengagung2kan komunisme dan ching peng.cuma mereka terkejut mendapat tahu sejarah tanah melayu yg mereka tidak temui didalam buku2 sejarah kemerdekaan tanah melayu.sbb itu sebahagian org muda mengkritik kerajaan sebab cuba melindung sejarah yg sebenarnya.

P/S: sbb apa tun lebih kejam dari komunis? pembunuhan ustaz ibrahim libya di memali adalah antara alasan tersebut.terima kasih.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online