DR ZAMBRY BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KHALIL IDHAM LIM
IPOH, 3 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Khalil Idham Lim yang didakwa membuat tuduhan melampau kepada beliau dan Barisan Nasional (BN) menerusi satu kenyataan media hari ini.
Zambry yang juga Adun Pangkor berkata tuduhan melampau dan keterlaluan itu turut disiarkan dalam laman blog milik Khalil Idham di idhamlim.blogspot.com.
"Ini sikap seorang Adun yang menjijikkan, memualkan dan tidak mempunyai prinsip agama dengan membuat tuduhan keterlaluan dan melampau.
"Dia membuat tuduhan yang begitu terdesak. Kalau ia pun, ini bukan cara untuk bertindak mengikut suka hati dia. Ini satu tindakan keterlaluan. Saya membuat laporan polis dan telah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini malam ini.
Zambry mengulas entri bertajuk 'Kenyataan Media Adun Titi Serong' yang disiarkan di laman blog berkenaan.
Entri itu antara lain mendakwa Zambry dan BN telah membenarkan bangunan Dewan Undangan Negeri dimasuki oleh 'bomoh' untuk menjampi kerusi Speaker DUN dan mendesak Mufti Perak supaya mengeluarkan fatwa berhubung perkara berkenaan.
Zambry berkata beliau telah membuat satu laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Kampung Rapat di sini.
Beliau menyifatkan tindakan itu berniat jahat dan cuba menanam serta mengapi-apikan kebencian rakyat terhadap beliau dan BN dalam keadaan di mana DUN akan bersidang Khamis ini.
"Penipuan ini tidak boleh dibiarkan. Saya telah banyak bersabar termasuk dengan ceramah-ceramah yang dijalankan mereka yang melemparkan fitnah dan tuduhan tidak berasas tetapi kenyataan media pagi tadi satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab," katanya.
Beliau juga melahirkan rasa kesal terhadap Adun Titi Serong tersebut yang turut mengheret Mufti Perak yang sebelum ini dihina oleh pembangkang dalam entri berkenaan.
"Saya tidak boleh bertolak ansur dan tindakan ini sangat tidak bertanggungjawab kerana dia (Khalil Idham) juga merupakan seseorang yang memegang 'Yang Berhormat' ditambah lagi 'orang agama' yang sepatutnya tahu hukum-hakam agama," kata Zambry.
-- BERNAMA
KOMENTAR PENULIS...
- INILAH YANG PENULIS KATAKAN BLOGGER PEMBANGKANG TERLALU CEPAT MELATAH. BELUM PUN REDA DENGAN TOKOK TAMBAH TAK BERASAS YANG DIAGAK-AGAK OLEH BLOGGER PEMBANGKANG TERHAPAP BERITA 'DUSYUM-DUSYUM' ADUM KUALA KURAU, KINI TIMBUL PULA KISAH YANG MENDAKWA DATO SERI DR ZAMBRY DAN BN TELAH MEMBENARKAN BANGUNAN DEWAN UNDANGAN NEGERI DIMASUKI OLEH 'BOMOH' UNTUK MEMANDRAM-MANDRAM KERUSI SPEAKER DUN.
COME-ON LAH WAHAI BLOGGER DAN PENYOKONG PEMBANGKANG. KAU ORANG INGAT DATO SERI DR ZAMBRY TU JAHIL SANGAT KE DALAM AGAMA SEHINGGA TERGAMAK MEMBENARKAN PERKARA KHURAFAT SEBEGITU BERLAKU. SILAP-SILAP, PENGETAHUAN AGAMA BELIAU LEBIH TINGGI DARI SESETENGAH LEBAI DAN USTAD KAU ORANG.
JADI RENTI-RENTIKANLAH CERITA AGAK-AGAKKAN DAN REKA-REKAAN YANG TAK LEBIH DARI USAHA TERDESAK BERTUJUAN MEMBURUKAN NAMA BAIK BARISAN KEPIMPINAN BN DI PERAK.
JADI SEKARANG NASIBLAH...BILA ORANG DAH HILANG SABAR DENGAN BERITA TAK TENTU HALA TU...MAKA BADAN SENDIRLAH YANG MENAGGUNGNYA...!!!
DI BAWAH PENULIS PAUTKAN BLOG DATO SERI DR ZAMBRY DAN PEMBACA BOLEH MENILAI SENDIRI KELULUSAN DAN KEPAKARAN YANG BELIAU MILIKI.
http://www.zambry.com/
16 Comments:
uang logo ketuanan rayat adalah lanun sbb skrg ketuanan melayu yg di perjuangkan umno selama ini telah di musnahkan oleh najib dengan one malaysia!!
Baca apa itu 1 Malaysia apa yg dimaksudkan oleh najib jgn putar belit fakta.
HIDUP RUKUN DAMAI SALING PERCAYA MEMPERCAYAI ANTARA SATU SAMA LAIN DALAM SATU NEGARA (ONE MALAYSIA)..ITULAH MADSUDNYA HEHEHE..
ITU PUN TAK FAHAM-FAHAM..TARAK BACA KA...
susah nak paham la klu otak dah fikir salah je.. xopen.. hmmm.. betulke? huhu~
weii..upinkluang...ko jangan putar belitkan isu pulak..Isu Tuah tu pasal tuduhan bomoh oleh puak PAS..bukan pasai isu 1 malaysia...jangan jadik bangang pulak...
Berbalik pada isu Tuah tu heran jugak eks bila pemimpin yang dok ngaku saorang ustaz tetapi mempercayai benda kurapat camnie...ustaz bendul kut...
Salam, teman dah kata, kalau jahat dari atas sampai ke bawah semua jahat...
teman dah telah paling kecil punya hal, kalau telor ayam depa kena curi pun depa tuduh UMNO...phuiiii punya Ustaz PAih.
Malu kan Ustaz2 sebenar je...
salam abangtuah canteek!!! punya gambar kempen Tak Nak Abangtuah he...he.... ustaz mana tu... oooo Ustaz Aljuburrriiiii itu kata Ustaz Mat Sabu bukan teman...
Najib sendiri pun dah akui konsep ketuanan rakyat dgn wujudnya one malaysia. Cuma penuis blog ni je masih di tahap bangang kelas pertama..
Memang tak sembahyang punya orang....
ketuanan melayu yg di perjuangkan mati matian oleh pejuang umno selama ini telah lenyap!!, bila najib kata one malaysia maka memasing angguk kepala , yes boss!!
salam, sdr takbernama , teman dah kata dah kalau Islam depa lagi Islam dari orang di Timur Tengah,
kalau Melayu depa lagi melayu dari orang melayu he...he... geli hati teman, kau pening apa yeoppp i malaysia ke 2 malaysia ke...
Korang melukut tepi gantang je yeop.. tak ada setitik jasa pun pada orang melayu dan Negara, jadi apa orang suap kat mulut nganga ngap je la....he..he...
tu sekor species penyair tu... sembahyang pun nak bagitahu kat orang he..he.. ustz Ni Ajis le ajor tu.. teman bagi kau pahala 10000 kali..abik nak sangat...
ini la tuduhan jahat ADun mereka ..mereka la ni sanggup buat apa saja cerita untuk memburukkan BN melalui Adun2 mereka dan blog2 spt perak express
kita kena cepat bertindak spt membuat laporan polis ini bg mematikan semua tuduhan fitnah mereka ini .
Apa sudah jadi dengan Puak Laknattullah ini? Sesat dan jahilnya mereka.
Apabila selesai jenazah dimandikan maka ketika hampir siap untuk dikafankan jenazah ini, bangunlah seorang muslimah PAS pergi ke arah mayat dan memasukkan sesuatu berbentuk syiling 50 sen dan berlogo PAS ke dalam mulut mayat dan diletakkan dibawah lidah.
Selepas memasukkan benda itu, dia terus berucap dihadapan seluruh muslimin dan muslimat di depannya sambil memberitahu bahawa mayat ini tidak akan disoal oleh mungkar-nangkir tetapi akan terus dibawa Allah ke syurgaNya kerana mayat itu semasa hidupnya mengundi PAS dan logo di dalam mulut mayat tadi sebagai bukti dan penjaminnya.
Mengucap panjang Pak R dan sedih dia melihat orang PAS sudah sesat seteruk itu.
Dia mengakui bahawa Nik Azizlah bapa segala kesesatan ini.
SEBENARNYA TUDUHAN KAMI KAT BN TU CUMA NAK SPIN JER.SEMUA YANG KAMI AMALKAN KAMI HALAKAN KAT BN JADI RAKYAT ANGGAP PR BAIK YANG JAHAT BN.SEBAB KAMI TAU BN LEMBAB NAK JAWAB SPIN KAMI.MUAAAAAAAHAHAAAA
Kes ni dah jadi kes Polis. YB Idham pula bertegas kata ada bukti UMNO bawa masuk bomoh untuk jampi kerusi speaker. So kita tunggu je la..
salam, sdr. kembara te le tu yeop... apa kata mike je le.... Makkal shakti
Post a Comment