Assalamualaikum,
Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.
Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.
Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,
MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA
kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak.
Percayalah..samaada kita sedari atau tidak dan mengambil kira penambahan pengundi Melayu kepada BN serta dengan susut dan tumpulnya serangan blogger sebenarnya memberikan kesimpulan keberkesanan perjuangan saudara sekelian.
Walau pun kita mengalami kekalahan di Bukit Gantang tetapi Sekupangdua dan rakan-rakan dari Perak masih mengatakan kita juga telah menang. Ye..kita juga telah menang kerana telah dapat menarik semula minat dan kepercayaan pengundi Melayu di PRK P 059 iaitu Bukit Gantang. Pada Pilihan Raya Umum 2008 BN telah mendapat undi dari Melayu sebanyak 14,500 tetapi pada kali ini kita telah memperolehi jumlah sebanyak 17,000. Ini satu angka yang memberangsangkan dan menunjukan peratusan undi kepada BN telah meningkat.
Misi kita juga boleh dikatakan berjaya kerana tumbuhnya bagai cendawan blogger yang bangkit dengan kesedaran yang tinggi memperjuangkan bangsa dan agama sehingga tumpulnya pakatan rakyat.
Jasa baik dan pengorbanan yang di hulurkan oleh para blogger sekelian kerana satu tujuan demi memertabatkan agama dan bangsa amat-amat kami hargai dan semuga Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Perjuangan kita sebenarnya baru bermula dan ya Allah kami mohon pada mu ya Allah berilah kami semua ruang dan peluang serta kesihatan sempurna untuk meneruskan perjuangan ini. Nyalakanlah api perjuangan di hati-hati kami semua.
Jadi sehingga kita bertemu lagi, Sekupangdua akhiri ucapan penghargaan ini dengan ucapan Wabillahhi Taufik, Wal Hidayah, Wasalammualakum Warahmatullahhi Wabarakatu.
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
23 Comments:
abang tuah..salam
masukkan blog abe MIE dalam blog saudara....tak ada komisyen..ikhlas...
salam..
http://pkrpasdap.blogspot.com
Salam Abg Tuah...
Tahniah diucapkan diatas usaha gigih yang telah ditunjukkan oleh blogger2 BPN dan juga blogger Pro-BN dalam membantu jentera PRK Bt.Gantang baru-baru ini. Atas usaha gigih ini, kita berjaya menarik kembali undi orang melayu kepada UMNO dan BN. Selepas ini kita kena fikirkan pula bagaimana hendak menarik undi bukan melayu untuk mengundi BN dalam PRU ke-13 nanti. Begitu juga dengan pengundi2 muda yang bakal menjadi pengundi PRU ke-13 nanti. Mereka sebenarnya sedang mencari arah kiblat perjuangan mereka. Sebelum terlambat eloklah berbuat sesuatu bagaimana hendak menarik pengundi2 muda ini agar menyokong BN.
Semuga blogger BPN terus kukuh menjadi jentera barisan hadapan dalam mempertahan dan memartabatkan agama, bangsa dan negara.
Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.
InsyaAllah.
Salam perjuangan
Salam Sekupangduas,
Saudara sepatutnya digelar sejutaduas..memang hati budi saudara susah di contohi..Satu penghormatan bagi semua blogger BPN..khas yang muda-muda yang berjuang untuk UMNO.Thanks Sekupangduas!
p/s:UMNO PERak tak bagi kata-kata semangat untuk adik-adik di Bpn ke?Mungkin KJ akan beri kata-kata semangat untuk BPN....Mamk percaya KJ akan menjadi satu great Leader satu hari nanti Untuk Bangsa Melayu di negara ini...
Terima kasih kerana tidak melupakan atok ;)
terima kasih,
demi perjuangan bangsa & agama kita.
wasalam
pi5au.blogspot.com
TERIMA KASIH TUAN SEKUPANG DUA DAN RAKAN-RAKAN LAIN....
KITA BERJUANG IKHLAS DEMI AGAMA BANGSA DAN TANAHAIR!
AYUH KITA RANAPKAN MEREKA!
Terima Kasih kembali sahabat sekupangdua... Hidup melayu!
TERIMA KASIH SEKUPANG DUA DAN SELURUH WARGA JENTERA PILIHANRAYA PERAK.
DAN TIDAK LUPA JUGA KEPADA PEJUANG-PEJUANG BPN YANG MANA SETAKAT INI SUDAH MENCAPAI KEAHLIAN LEBIH DARIPADA SERATUS BLOGGER.
KITA AKAN MENARIK SEBERAPA RAMAI LAGI BAGI MENGANGOTAI BPN DAN MENERUSKAN AGENDA KITA SEBAGAI PEMBELA NEGARA.
AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN TANAH MELAYU INI PERLU KITA PERTAHANKAN. JIKA ADA YANG MENCABAR MAKA KITA GEMPUR.
TERUSKAN BERJUANG!!!
salam tuah,
kekalahan kat perak,kita harus sedar kerana byk kesilapan yang telah kita lakukan, pada saya byk blog2 dari pro bn yang meyokong apa tindakan yang salah. lapuran hendaklah benar dan sokong mana yang benar sahaja. selagi ini semua tk ada perubahan kita akan kalah. media sepatutnya menulis peristiwa yang benar sahaja, tk perlu ada propaganda. dari orang lama BN.
rakyat sekarang bukan lagi KUDA KAYU yang menerima bulat2 berita dari media perdana. segala berita akan ditapis dan berfikir sebelum menpercayai s,suatu berita, jadi terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka.kalah dari semua segi, tk perlulah ckp kita menang. kepada abg tuah pi belajaq matematik bagi lebih sikit.
ambo tok reti nok royat apo. kalah tk kalah semua, menang tk menang semua, terima lah keyataan kita dah kaaaaaaloooooh.
HAHAHA..YE BN KALAH DI BUKIT SEMEMANGNYA DITERIMA...
PENINGKATAN PERATUSAB UNDI MELAYU PADA BN KITA TERIMA JUGA
TAPI YANG MASIH TAK BOLEH TERIMA IALAH HAKIKAT MEREKA SUDAH TERLEPAS DAN TAK LAYAK MEMERINTAH PERAK ITU YANG PEMBANGKANG MASIH TAK BOLEH TERIMA ..HAHAHA
Salam perjuangan,
Terima kasih kepada moderator kerana menghargai jasa2 ahli BPN yang bertungkus lumus semenjak sebelum PRK lagi.Kami di BPN akan sentiasa terus maju kehadapan demi membela agama bangsa dan negara.Kalah menang adat pertandingan dan kita pastikan yang menang jangan terus di buai khyalan dan yang kalah jangan terus tersungkur demi bumi Perak dan Malaysia khususnya yang amat2 kita sayangi ini..perjuangan akan tetap kita teruskan...
kepada pakatan rakyat anda telah diberi mandat maka kerjalah dengan ikhlas kerana anda akan dinilai untuk PRU akan datang..
SALAM PERJUANGAN>>
Salam Abang Tuah...
Selamat berjuang dan terus berjuang...
Rakan blogger BPN tetap bersatu hati
demi agama, bangsa dan negara.
Asalamualaikum dan salam sejahtera.
Pakmie.blogspot.com
SALAM BANGTUAH
ALAMDULLILAH ORG2 MELAYU PERAK TELAH KEMBALI SEMULA KPD BN. SEMUGA KITA SEMUA DPT MENGEKALKAN RENTAK INI DGN LANGKAH LEBIH YAKIN
Perak Bangkit said:
Salam abang Tuah. Sama-sama di atas kerja kuat bersama. Moga-moga kerja kita akan lebih tersusun.
Ayuh kita jayakan BPN bersama-sama, moga ke puncak kita daki, lautan luas kita renangi... Bersama.....
Salam abg tuah...
Kepada sekupangdua dan kerajaan negeri perak hari ini saya amat berbangga dengan penghargaan yang telah diutuskan oleh sekupangdua tersebut...
Hari ini jika kita renungkan kembali ... Pasti ramai yang akan mengatakan bahawa, Pas tidak lagi seperti Pas yang dahulu, Pas sekarang tidak lebih dari sebuah parti sekular, tiada bezanya Pas mahupun PKR mahupun DAP. Mereka juga tidak lagi berani memperjuangkan apa yang mereka perjuangan dahulu. Islam hanyalah payung untuk mereka berselindung untuk mendapat sokongan orang-orang Melayu yang beragam Islam. Tidur sebantal dengan DAP sebuah parti yang terang-terang menolak Islam di bawah kepimpinan Lim Kit Siang, Karpal Singh dan juga Lim Guan Eng sudah jelas membayangkan bahawa jika mereka memerintah Malaysia, Islam akan hanya tinggal nama saja.
JOM KITA LANYAK PAS X - FILE : PAS BUKAN PARTI ISLAM LAGI
Assalammualaikum
Terima kasih buat Abg Tuah dan semua sahabat yang sama-sama berjuang di Bkt Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air.
Seperti yang telah saya katakan di blog saya, saya terima kekalahan ini dengan hati yang terbuka. Kalah menang adat pertandingan.
Kita akan berusaha lagi di lain masa, perjuangan untuk agama, bangsa dan negara harus diletakkan di depan berbanding perjuangan peribadi.
nama aku tak tersenarai untuk PRK 059???huuhuhuhuhuu
bro... PEMBELA WIRA..
maafkan teman tertinggal nama miker...sesungguhnya pengorbanan dan perjuangan tuan hamba hanya allah saja yg dapat membalasnya... apa pun kawan TERIMA KASIH kerana apa yg tuan hamba lakukan datang nya dari hati seorang PEJUANG BANGSA.. HIDUP MELAYU!
Maaf kerana baru diberitahu link ini oleh Tuan Blog.
Saya rasa ia berlaku kerana masalah line yang menghalang saya mengakses internet seperti biasa, selain sedikit keuzuran diri sehingga hari ini..
Terima kasih kepada sesiapa saja yang sudi menghargai kita.
Kita perlukan sokongan dan kita tidak kisah dihargai atau tidak.
Kerana matlamat kita bagi membela nasib bangsa dan agama serta negara kita.
Sejarah Melaka dihancurkan oleh pengkhianat dari triple bangsa yang masih ada hingga sekarang perlu diingat ingat selalu..
Akibat daripadanya tersangat buruk kerana ia telah menghancurkan kegemilangan bangsa melayu islam ketika itu...
ia balasan Allah atas kelalaian kita.
maka jangan kita melalaikan diri dari berdamping selalu denganNYA dalam berjuang di alam fizikal atau alam maya...
teruskan berjuang sahabat2ku semua...
kita jangan pandang belakang lagi, teruskan untuk alif ba dan ta..
hidup BPN !!!
terima kaseh kembali atas ingatan
"PERJUANGAN MASIH BELUM BERAKHIR"
xkan ucapan kosong saja. sekurang2nya bagi la pingat ker, sagu hati ker?
Post a Comment