Ahad, 12 April 2009

SATU TAMPARAN HEBAT KEPADA PAS.

KUALA LUMPUR - PERSIDANGAN MUFTI-MUFTI SELURUH MALAYSIA HARI INI MEMUTUSKAN TINDAKAN ORANG BUKAN ISLAM YANG MEMBACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN BAGI TUJUAN
KEMPEN POLITIK MERUPAKAN CUBAAN MEMPERSENDAKAN KESUCIAN DAN KEAGUNGAN KITAB SUCI ITU.

sumber - Utusan Malaysia


KOMEN PENULIS..

KEPADA PIHAK PAS, DENGAN KELUARNYA KEPUTUSAN MUFTI-MUFTI SELURUH NEGARA MAKA JELASLAH KEDUDUKAN TENTANG PERKARA INI. JADI USAHLAH LAGI DIGALAKAN ORANG BUKAN ISLAM MEMPERGUNA AYAT SUCI AL-KORAN UNTUK TUJUAN KEMPEN POLITIK.

TAMPARAN HEBAT JUGA KEPADA NIK AJIS DAN AHLI PAS KERANA SEAKAN MENGIYAKAN DAN MENGALAKAN ORANG BUKAN ISLAM MEMPERGUNAKAN AYAT SUCI AL-QURAN BAGI TUJUAN KEMPEN POLITIK.

PENDAPAT PENULIS, BUKANKAH TAK ELOK DIIYAKAN ORANG BUKAN ISLAM SEWENANG-WENANGNYA MENGAMBIL PETIKAN AYAT SUCI AL-QURAN DI TAKUTI AKAN DIPUTARBELITKAN BAGI MEMPERTAHANKAN KEPENTINGAN POLITIK ATAU MEMPERGUNAKANYA BAGI KAEDAH MENGHALALKAN CARA.

OH YA..PENULIS TERTANYA-TANYA JUGA, PIHAK PARTI PAS PERNAH TAK MEMPERGUNAKAN AYAT SUCI AL-QURAN DALAM CERAMAH POLITIK?

11 Comments:

Sinis Malaya said...

Salam,

pas memang terpaksa menggunakan agama islam yg di'mould'kan mengikut keperluan semasa mereka, err ada bunyi mcm agama sesat tak. hehe.

kalo tak gunakan agama, depa nak pakai tag-line apa lagik? Yg lain-lain smua umno dah buatkan untuk org2 islam dan melayu kat mesia. pas pun memang serpihan umno pun, biasalah sore looser! ampeh. Realitinyer, umno is more islamic compare to pas yg bunyi jek kuat, mcm tin kosong, tapi biasalah, kosong...

Tapi sayang, masih ramai lagik org2 melayu yg masih tak sedar2 lagik (read-buta hati).

tima kasih.

aka MP-MelayuPuchong

Lord Garam said...

Salam Ziarah Abg Tuah,

PAS lebih rela berkerjasama dengan syaitan daripada berkerjasanma dengan saudara seagama. Bagi mereka kerjasama dengan UMNO tidak dapat meluaskan fahaman ortodok mereka ke seluruh negara.

PAS hari ini adalah sebuah parti yang benar-benar taksub dan diperbodohkan oleh rakan kepakatan. Mereka merasakan mereka yang terbaik tetapi mereka terlupa ALLAH maha mengetahui niat songsang mereka.

Tanpa Nama said...

pas sanggup gadai agama demi mencapai cita cita politik..!!!

ini semua angkara team erdogan dlm pas yg menjilat anwar

Tanpa Nama said...

BARU2 NI KONONYA TOK GURU NIK AZIZ ADA TULIS SURAT MENYOKONG “USTAZ NGA”PASAL PENGUNAAN AYAT AL QURAN. TERUS TERANG, WA, TAK FIKIR SURAT TU TOK GURU NIK AZIZ YANG TULIS....KALAU SETIAUSAHA DIA YANG TULISPUN, SILAP2 TOK GURU TAK SEMPAT SKRIN/BACA...YA LAH DIA PUN BUKANNYA SIHAT SANGAT….

KENAPA SAYA X PERCAYA TOK GURU YANG TULIS? TAK KAN TOK GURU YANG TINGGI ILMUNYA BANYAK AMALANNYA NAK MENULIS BENDA2 YANG ADA BERBAU ANDAIAN/ PERSPEKTIF JAHAT.....DOK PERLI ORANG…

ORANG ALIM SELALUNYA CAKAP X BANYAK...(KALAU CAKAP BANYAK2 DITAKUTI AKAN MEMBAWA MASUK KE NERAKA), DICACIPUN MEREKA DIAM.

TETAPI KALAU KITA TENGOK HARAKAH LIDAH RESMI PAS...PENUH DENGAN CACIAN, MAKIAN,KATA NISTA, TUDUHAN2 DAN ANDAIAN2 JAHAT....NAK KENA SEBAT 80 ROTAN DIA ORANG NI AGAKNYA....KATA NAK JALANKAN UNDANG2 ISLAM? NAK JALANKAN HUDUD….BAGUS!!!!! CITA2 ITU MEMANG PERLU ADA DALAM HATI SETIAP ORANG ISLAM. BERCITA2 UNTUK TEGAKKAN HUDUD.

TAPI KALAU BETUL2 IKHLAS, MULAKAN LAH DENGAN DIRI AWAK DULU….”KEPIMPINAN MELALAUI TELADAN”. KALAU AWAK DAH TERTUDUH ORANG MELAKUKAN KES-KES BERAT, TANPA 4 ORANG SAKSI (LELAKI YANG ADIL)...BUAT LAH PENGAKUAN, PANGGIL LAH ORANG AWAK SENDIRI SEBAT AWAK SEBANYAK 80 KALI...BARULAH BOLEH MENJADI CONTOH DAN TELADAN...INI TIDAK BERSELINDUNG DISEBALIK NAMA2 DAN GAMBAR2 TOK2 GURU....MENTANG2 ORANG YANG AWAK TUDUH TU ORANG UMNO/BN….IA SEMACAM BUKAN MENJADI SATU KESALAHAN….SETAHU SAYA, SEBAGAI SEORANG ISLAM JIKA KITA TIADA CUKUP SAKSI “MAKA HENDAK LAH KITA DIAM”. KITA DIWAJIBKAN SUPAYA MENUTUP AIB SAUDARANYA. NAK CERITA PASAL ORANG KENA ADA 4 ORANG SAKSI LELAKI (UNTUK KES2 SEPERT MEMINUM ARAK, BERZINA, MEMBUNUH). ITUPUN KENA CERITA DALAM MAKAMAH. BUKANNYA DIJAJA DALAM AKHBAR/BLOG/SYARAHAN2 POLITIK. IKUT HUKUM HUDUD, JIKA TIDAK ADA CUKUP SAKSI, PENUDUH AKAN DISEBAT 80 KALI ROTAN! BEGITULAH CANTIKNYA ISLAM…..LEBIH RELA MELEPASKAN ORANG YANG BERSALAH DI DUNIA INI DARIPADA MENGHUKUM ORANG YANG TIDAK BERSALAH….ISLAM MENEGAH UMATNYA MENCERITAKAN DOSA/AIB ORANG LAIN. INI BUKAN SAYA YANG CAKAP INI HUKUM ALLAH....SAYA RASA SAUDARA PAS SAYA LEBIH MENGETAHUI KERANA MEREKA MENGIKUTI MAJLIS ILMU AGAMA HARI2....

TOK GURU NIK AZIZ, BETUL TAK APA YANG SAYA CAKAP NI?

PENGARANG2 HARAKAH INI SEOLAH2, BILA LETAKKAN GAMBAR2 TOK GURU KAT AKHBAR MEREKA, MEREKA BOLEH BUAT APA SAHAJA...RAKYAAT KENA SETUJU DENGAN MEREKA...YALAH MEREKAKAN PARTI ISLAM YANG DITERAJUI OLEH TOK2 GURU...X SOKONG MEREKA BERERTI MENOLAK ISLAM....UNTUK KEPENTINGAN ISLAM WA HARAP BRO2 PAS TOLONG LAPANGKAN DADA MUHASABAH DIRI....BETULKAN MANA2 CARA KEMPEN ANDA YANG DAH TERBABAS TU..."KATAKANLAH KEBENARAN ITU WALAUPUN IANYA PAHIT".

DALAM ISLAM KALAU AWAK NAMPAK, HATTA ANAK BULAN RAMADHAN/SHAWAL SEKALIPUN KALAU TANPA DISAKSIKAN OLEH 2 ORANG LELAKI YANG ADIL, ORANG LAIN PUN X WAJIIB PUASA/RAYA. YANG WAJIB CUMA AWAK SEORANG AJE... YANG LAIN KENA IKUT PENETAPAN KERAJAAN...

INGAT TAK SATU KISAH RASULLAH SAW DI MANA SATU KETIKA DI ZAMAN HIDUPNYA, BAGINDA SETIAP HARI MENYUAP SEORANG PENGEMIS YAHUDI YANG BUTA DENGAN PENUH SOPAN (DI KAWASAN PASAR)...WAL HAL DIANTARA SETIAP SUAPAN ITU PENGEMIS TUA YAHUDI ITU TIDAK HENTI2 MENCACI RASULLULAH SAW. BAGINDA HANYA MENDIAMKAN DIRI....TANPA DIHADIRKAN PEMBELAAN TERHADAP DIRINYA.... SUBHANALLAH...ITU LAH PERIBADI YANG MULIA....BUKAN KE ULAMAK ITU PERWARIS NABI2 ? WAJIBLAH IKUT….JANGAN SAMPAI NANTI KERANA AWAK SEORANG DUA ORANG KATA “ULAMAK TU ULAR DALAM SEMAK”. KAN KE MENCEMARKAN INSTITUSI ULAMAK? BAHAYA NANTI BOLEH KACAU BILAU ORANG ISLAM KALAU IANYA BERLAKU….WALIYAZUBILLAH….

SEPATUTNYA JIKA ANDA MENGAKU HENDAK MENEGAKKAN DAULALLAH ISLAMIAH...BERPOLITIKLAH CARA ISLAM.... JANGAN TERIKUT RAKAN2 YANG KURANG IMANNYA...INI SEKARANG DAH TERBALIK PULAK….ORANG UMNO YANG KONONNYA KURANG DIDIKKAN AGAMA, PULAK YANG LEBIH BERADAB KETIKA BERKEMPIN….PAS DAN SEKUTUNYA PULAK YANG BILA BERKEMPIN BANYAK MENGELUARKAN IDEA2 KEMPEN YANG X ISLAMIK…SEPERTI GAMBAR2 WAKIL BN DENGAN GRO/PEREMPUAN (SESETENGAHNYA KATANYA PUN PALSU), KONONNYA SURAT DARI ORANG UMNO/BN SENDIRI MENYURUH PENYOKONG UMNO/BN MENGUNDI PEMBANGKANG, DYMTM SBYD AGONG X TERIMA DS NAJIB ANGKAT SUMPAH PM DLL....

KALAU X IKUT SUNNAH NABI JANGANLAH MENGAKU AWAK LEBIH ISLAM DARI YANG LAIN...DAN LEBIH BAIK DIGUGURKAN SAHAJA PERKATAAN "ISLAM" DALAM PAS. KERANA IA BOLEH MENYESATKAN ORANG ISLAM. ZAMAN INI KALAU MASUK POLITIK MEMANG BEGITU MENCABAR...KERANA ORANG ISLAM KENA JAGA TUTUR KATA, KENA HINDARKAN SANGKA BURUK DAN PERASANGKA, KENA JAUHKAN ANDAIAN2 JAHAT DAN CACI-MAKI SEGALA...

MACAMANA PULAK LIM GUAN ENG BOLEH NAK DISAMAKAN DENGAAN SATU2 NYA PEMIMPIN BANI UMMAYYAH YANG ADIL? IAITU KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ???? SAYA PERNAH TERBACA, HANYA KUBUR BELIAU (KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ) SAHAJA YANG TIDAK DI APA-PAKAN SELEPAS KEJATUHAN PEMERINTAHAN BANI UMMAYYAH. KUBUR2 PEMERINTAH YANG SEBELUMNYA HABIS DIGALI DAN DICEMARI KERANA RAKYAAT TIDAK PUAS HATI DENGAN PEMERINTAHAAN MEREKA YANG ZALIM. INI JUGA BOLEH DIJADIKAN CONTOH KEPADA KITA. SAYA RASA KEFAHAMAN ISLAM SESETANGAH PEMIMPIN BANI UMMAYYAH KETIKA ITU (TAK PERLU DISEBUTKAN NAMA) ADALAH JAUH LEBIH BAIK DARIPADA MANA2 ULAMAK KITA MASA KINI. DIANTARA PEMIMPINNYA ADALAH SALAH SEORANG SAHABAT YANG TELAH DIJANJIKAN SYURGA OLEH ALLAH (KALAU X SILAP SAYA). TETAPI ADAKAH DASAR PEMERINTAHAAN MEREKA BOLEH DIIKUT? KITA INI HANYA IBARAT DEBU2 PADA KUDA PERANG PARA SAHABAT……ULAMAK ZAMAN SEKARANG PUN SAMA….KALAU MEREKA TERSILAP, JANGANLAH KITA MENGIKUT MEREKA MEMBABI BUTA ATAU BERTAKLIK MEMBUTA TULI……UNTUK ORANG ISLAM CUBA MENGENAL ISLAM MEMANG BAGUS….TAPI BUKAN UNTUK “MENJUAL MURAH AYAT2 SUCI AL-QURAN”, UNTUK KEPENTINGAN DIRI…… DAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK..YANG PENTING UMAT ISLAM/MELAYU MESTI BERSATU!!!!!

KENA TENGOK PERMASALAHAN KITA INI DALAM RUANG LINGKUP YANG LEBIH BESAR……IKUT SEJARAH MELAYU ORANG MELAYU ISLAM BEGITU MUDAH MENERIMA ORANG BUKAN ISLAM YANG BAIK, LIHAT SAHAJA BABA & NYONYA YANG DATANG KESINI SEJAK ZAMAN PUTERI HANG LI PO….LIHAT SAHAJA ORANG2 BUKAN MELAYU DI UTARA & PANTAI TIMUR SEMENANJUNG…..MEREKA SEMUA BOLEH BERTUTUR BAHASA MELAYU DENGAN BAIK DAN DITERIMA DENGAN BAIK DALAM KOMUNITI MELAYU WALAUPUN MEREKA KUMPULAN MINORITI. KITA JUGA BOLEH MENERIMA MEREKA YANG BUKAN MELAYU SEBAGAI “MELAYU” APABILA MEREKA MEMELUK ISLAM DAN BERCAMPUR GAUL DAN MENGAMALKAN BUDAYA MELAYU IAITU KEBANYAKAN ORANG ASALNYA BERKETURUNAN INDIA DI PULAU PINANG DAN KEDAH.

TAPI LIHAT SENDIRI NASIB KETURUNAN KITA DI SELATAN THAI, SELATAN FILIPINA WAIMA DI SINGAPURA NEGARA YANG MAJU DAN LIBERAL ITU. DI MANAKAH KEDUDUKAN ORANG MELAYU? BOLEH MINTAK JADI TIMBALAN PERDANA MENTERI KAH MEREKA? KITA BUKAN HENDAK MENINDAS BUKAN MELAYU/BUMIPUTERA KITA CUMA HENDAK MENJAGA HAK KITA SEBAGAI PENDUDUK PERIBUMI…..

ALLAH HU AKBAR!!!!!!

ISAC

PEJUANG CYBER said...

Hari ini jika kita renungkan kembali ... Pasti ramai yang akan mengatakan bahawa, Pas tidak lagi seperti Pas yang dahulu, Pas sekarang tidak lebih dari sebuah parti sekular, tiada bezanya Pas mahupun PKR mahupun DAP. Mereka juga tidak lagi berani memperjuangkan apa yang mereka perjuangan dahulu. Islam hanyalah payung untuk mereka berselindung untuk mendapat sokongan orang-orang Melayu yang beragam Islam. Tidur sebantal dengan DAP sebuah parti yang terang-terang menolak Islam di bawah kepimpinan Lim Kit Siang, Karpal Singh dan juga Lim Guan Eng sudah jelas membayangkan bahawa jika mereka memerintah Malaysia, Islam akan hanya tinggal nama saja.
JOM KITA LANYAK PAS X - FILE : PAS BUKAN PARTI ISLAM LAGI

dino_yp@yahoo.com said...

Woi! ko orang ingat ularmak hamPAS nak dengar ker. Mufti kerajaan makan gaji, mesti ikut kerajjan, ularmak hamPAS semua Maksum-sum, terutama ularmak terbaru depa... apa nama Ustaz Nga...ker Ustaz Ngo... lebih kurang lah...

Taminsari said...

Salam Abg Tuah..

Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.

Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada. Ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik. Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa.

Demi DAP dan PKR, PAS dibawah pemimpin yang ada kini akan mengorbankan PRINSIP dan Undang-Undang Tubuh parti PAS sendiri. Ahli PAS dan penyokong PAS yang mahukan Islam ala-PAS, sedarlah bahawa tiada lagi perjuangan dan syariat Islam di dalam PAS. Perjuangan Hudud bukan lagi "make-up" buat PAS.

Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS. TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan.

Salam perjuangan

TAAVEEKUN PERAK said...

Agama dipolitikkan, inilah jadinya. Yang salah diagungkan, yang tak bersalah difitnah semahu-mahunya hingga membawa masuk wartawan asing dan menyogok orang asing dgn berita2 dan gambar2 yg diada2kan, semuanya DENGARCAKAP sahaja. Sumpah muhabalah sebut nama Allah SWT, tak nak terima. Surat akuan bersumpah RM5 senang2 diterima. Mengaku orang ISLAM apa begini? Kata tak percaya mahkamah, tak percaya hakim2 Malaysia tp surat akuan bersumpah cap mahkamah Malaysia , boleh pulak terima????

'Double standard' mainan pembangkang jelas terserlah terutamanya bila keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka. Kalau mereka menang, mereka benar, kalau kalah semua orang lain salah, hakim salah, pendakwaraya salah, polis salah, orang tu salah, orang ni salah...susahnya hidup mereka di bumi Allah ni kerana mereka sendiri menyulitkan keadaan...kerana ada orang yg tutup dua2 belah mata mereka.

Memang benar perbuatan beberapa kerat ahli UMNO di T'ganu menderhaka kpd Sultan TIDAK mendapat sokongan ahli UMNO di akarumbi. Kami juga terkejut melihat kebiadapan sesetengah orang UMNO ni tetapi kami tidak terikut dan merestui mereka. Bagi ahli UMNO yg masih waras, kami menyuarakan rasa kesal dgn perlakuan melampau mereka itu. Bukan semua ahli UMNO buta hati!!

Mengenai pengundi hantu pula, ia adalah ciptaan pembangkang yang dari dulu suka menuduh orang lain. Tidak ada istilah itu dalam SPR dan pilihanraya yang dulu2, yg ada cuma nama2 pengundi yg meninggal atau berhijrah ke luar negara tetapi ahli keluarga mereka tidak memberi maklumat untuk membatalkan nama2 mereka. Masalahnya, perayu undi pun jadi pengundi hantu bagi pembangkang!!! Kalau dah hidup penuh syak wasangka...

Pasal rasuah ni, sama saja dlm PR. Mungkin ada pengikutnya yg tak dapat bahagiannya sebab tu lah ada yg dok teriak2 dlm blog Tun ni!!! Kalau dapat laba, takkan nak bising2 di sini? Pemimpin2 PR ramai yg bila jumpa pemimpin2 kerajaan bertukar2 senyum ada makna, bersalam2 mesra makan semeja, tetapi pengikut2 mereka di bawah mereka api2kan membenci pemimpin kerajaan. HIPOKRIT!!! Sumbangan2, derma2 dari luar negara terutamanya dari US yg mendokong parti mata dajal tu, lumayan sekali dan org2 atasan PKR selama ni dpt duit raya tak kira musim. Bila ke kampung2, mereka minta derma dari ahli2 yg tak teragak2 menderma lagi biarpun anak2 tak berapa cukup nak beli buku...Semakla senarai pemberian dari badan2 amal US nun...

Tuduhan tanpa bukti adalah fitnah. Kalau kerajaan bertindak seperti yg didakwa menggunakan unit khas membunuh orang yg kerajaan tak suka, dah lama pemimpin pembangkang tu tak wujud!!! Tapi sepatutnya dah lama tak wujud sebab kerajaan masa tu dah racun dia dgn arsenik??? Lamanya kesan arsenik tu berjalan ye??? Cakap pakai lutut!

Tindakan Tun menahan bantuan sekolah agama dulu mungkin ada baiknya kerana apa guna memberi kepada yg tak reti menghargai dan bersyukur, berterima kasih kepada yg memberi?? Anak2 kecil di pasti dan sekolah agama mereka diajar menghina pemimpin2 kerajaan terutamnya Tun sebagai PM, menggelarnya dgn gelaran2 yg terlalu kesat, gambar2 Tun diconteng2, dikoyak2 dan dipijak2 dan Tun dimakihamun semahu2nya. Saya pernah melihat gambar2 Tun diperbuat begitu kerana saya dah lama bertugas di Pantai Timur, dan lebih 26 tahun. Anak2 mereka ini bila naik sekolah menengah, otak mereka dipasak lg dgn fitnah2 dan mereka ditegah mengikuti berita arus perdana, tv haram dan akhbar arus perdana haram. Yg halal berita2 fitnah yg mereka sendiri ada2kan. Kalau kerajaan dianggap taghut, zalim, kejam, tidak Islamik, mengapa terhegeh2 meminta bantuan dari kerajaan? Nak makan share duit dari kerajaan taghut, zalim dan kejam?? Baik jangan subahat saudara saudari.

PR lagi teruk. Bukan setakat cedok bagi, mereka sendiri yang pergi kaut guna jentolak. Bekas TimbKM PP juga ada bahagian dlm kuari...tu yg diberitahu. yg kita tak tahu??? Sama2la kita lihat apa lg yg pembangkang terutamanya pemimpin no1 mereka yg semakin kuat temberang, berbohong, berangan tak sudah...Hingga hari ini gagal membuktikan dirinya suci, tak bersalah walhal member2 dia di MCKK dulu semua tahu benar siapa dia di kalangan mereka...

Mereka kata PR telus? Terlalu telus hingga aksi di bilik tidur pun dihidangkan, hubungan dengan suami orang beragama Islam pun dihalalkan 'my dedicated boyafriend' kunun!. Ramai yang berjuang untuk terus menikmati gaji lumayan menjadi MP, MB, EXCO dan sebagainya. Apa jadi dgn MB Selangor? Kenapa hanya isytihar gajinya saja tp tidak kesemua aset yg lain termasuk apa yg isterinya ada? Ingat saham2nya dlm Guthrie shj beratus juta RM. Apa dah jadi dgn beberapa MP dan ADUN PR yg lain? Kes2 mereka pun mencerminkan nafsu lbh besar dari perjuangan untuk rakyat . Yg bersekedudukan dgn perempuan lain sedangkan isterinya ada, yang main gila dgn suami orang dari lain bangsa dan agama, yg dah pasang lebih isteri sedangkan dulu mereka marahkan pemimpin2 UMNO bila ini berlaku? Dan ada yg rakus menghambat persen2 dari ahli2 perniagaan disekeliling mereka. Tolonglah celik2 mata tengok orang2 PR jugak. Kalau rajin memeriksa orang2 kerajaan, sila periksa juga dibelakang tabir org2 PR ni sebab mereka bukan MAKSUM, tak pernah buat salah, tak ada nafsu atau tak terliur dgn duit senang dapat???

AbgTuah said...

SALAM SEMUA..

TERIMA KASIH KERANA MELUANGKAN MASA DI BLOG TUAH...MEMANG HEBAT DAN BERFAKTA KOMEN-KOMEN ANDA SEMUA.

SAMA-SAMALAH KITA TERUS BERJUANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA KITA YANG DICINTAI INI.

Tok Pawi said...

Tengok dari satu sudut... Us. Nga berceramah dalam program tertutup, ditujukan kepada ahli-ahli Pas/PKR sahaja, bukan kepada masyarakat umum. Tidak banyak hasil yang dia dapat kerana perbuatannya hanya menyesatkan orang-orang yang memang sudah sesat.

zan said...

Salam saya sokong bahawa penggunaan kalimah suci Al-Quran bagi tujuan politik adalah bersifat kurang ajr dan patut parti tesebut dilaknat. Bagi pihak menyokong x ada penggangan kh? jgn ngaku ISLAM kalau munafik

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online