Jumaat, 10 April 2009

KEBERKESANAN BLOGGER BPN DAN BLOGGER UMNO/BN.

TAHNIAH BLOGGER BPN DAN BLOGGER UMNO/BN. SAMADA MENYEDARI ATAU TIDAK DAN DENGAN MENGAMBIL KIRA PENAMBAHAN PENGUNDI MELAYU KEPADA BN SERTA AMAT KETARA SUSUTNYA SERANGAN DI BLOG DAN INTERNET OLEH BLOGGER PEMBANGKANG SEBENARNYA MEMBERI KESIMPULAN KEBERKESANANNYA PERJUANGAN SAUDARA SEKALIAN.

PENGORBANAN MASA, WANG RINGGIT, SERTA JERIT PERIH KERANA SATU TUJUAN DEMI MEMERTABATKAN AGAMA DAN BANGSA HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA.

PERJUANGAN KITA SEBENAR BARU BERMULA….YA ALLAH BERILAH SAHABAT KU SEKELIAN RUANG DAN KESIHATAN SEMPURNA UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN GENERASI KAMI. NYALAKAN API PERJUANGAN DI HATI MEREKA SEKELIAN.

MARILAH KITA TERUSKAN PERJUANGAN MULIA INI. MARILAH KITA BERSATU, BERDIRI TEGUH DI BELAKANG UMNO/BN DAN BERASPIRASI UNTUK MENJADI SEBAGAI SATU KUMPULAN BLOGGER TERKUAT YANG PASTINYA AKAN MENJADI SEBAGAI SALAH SATU TENAGA PENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN PIHAK UMNO/BN DI MASA-MASA MENDATANG.


PERPATAH MENGATAKAN…BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA. JIKA PATAH SAYAP KITA..PARUH...BERTONGKAT PARUH AKAN KITA DAKI JUA..INSHALLAH.!!

18 Comments:

Tanpa Nama said...

SALAM ZIARAH BANG TUAH
ALHAMDULLILAH AHLI BPN SEMAKIN MENINGKAT DGN MENDADAK SEJAK 2 MENJAK NI. ITU BERMAKNE PERJUANGAN KITA TAK SIA2. RAMAI BLOGGERS BARU YG MENYOKONG PERJUANGAN BPN KERANA MEREKA SEDAR HANYA KERAJAAN BN YG MAMPU MEREALISASIKAN HARAPAN RAKYAT MALAYSIA MELALUI SLOGAN DS NAJIB 1 MALAYSIA UTK SEMUA.

AYUH KITA TERUSKAN MEMBERI SOKONGAN TAK BERBELAH BAGI KPD DS NAJIB DAN BARISAN KABINET BARU BELIAU.

KPD AHLI BPN YG LAIN, KITA CUBA GUNAKAN BAHASA YG SEDERHANA. TAK PERLU MENGIKUT RENTAK PIHAK LWN. INGATLAH BAHASA ITU MENUNJUKKAN BANGSA.

Panglima Perang Cyber said...

salam abang tuah..


Kejayaan kita syukuri, kekurangan yang masih ada kita baiki..

perjuangan kita masih jauh dan jangan kita buka ruang perpecahan dalam gerakan kita ini dengan menghina sesama sahabat bpn...


Maafkan kesalahan orang lain dan pasti kita dimaafkan Allah.

Selamat berjuanga ...

Tanpa Nama said...

wakakakaka....... penawar untuk sedapkan hati.

Tanpa Nama said...

Bapa yang pilih kasih (Najib) akan menyebabkan anak tidak selesa dan tidak puas hati dalam rumah sendiri(UMNO). walaupun di mulut anak (Khairy) masih menyokong bapanya tetapi dalam hatinya mesti bernanah. adiknya (razali ibrahim) dapat bahagian tersendiri tetapi dia sebagai abg diketepikan. jiran-jiran(pembangkang) nampak krisis keluarga kita. keluarga kita ni pasti akan runtuh sebab bapa yang pilih kasih ni.
dari Penyokong senyap.

apa komen bang tuah

Mohammad Roslan said...

Salam Kepada Semua Blogger BPN,

Mamak sentiasa mengikuti perkembangan BPN sejak diusulkan oleh Pang5 yang pada ketika itu hanya mempunyai ilham dan iktizam.Mamak amat kagumi perjuangan Pang5 ini.Seorang yang mamak sentiasa kagumi dengan perjuangan ialah sahabat baik Mamak Abang Tuah. Kami ramai blogger UMNO radikal dab yang muda Suatu masa dulu berjuang bermati-matian di blog Pemudaenggang.Ramai bloger UMNO atau masih dalam kekeliruan dikumpulkan oleh Abg Tuah untuk berhempas pulas dengan bandit-bandit dari pakatan yang penuh dengan Fitnah..memaki hamun,ugutan dan juga perkataan lucah yang tak pernah mamak yang tua nie dengar selama ini.Kami bersabar kadangkala. kami menjawab berjela-jela untuk mematahkan tuduhan blogger pembangkang.Dalam pada itu persahabatan di anatara kami sebagai blogger UMNO menjadi lebih akrab dengan kami mengenali satu sama lain melalui hati bukan hanya dibibir sahaja.Kami akan mempertahankan beramai-ramai sekiranya sahabat kami diserang bandit.Sehingga bandit itu di nuetralkan kami tetap menyerang.Ramai blogger pembangkang pada asalnya, kami jadikan rakan dan mereka kembali balik dalam UMNO..ini kejayaan kami di blog pemudaenggang kerana bila kami berbicara kami berbicara melalui hati bukan hanya menulis menyedapkan pembaca untuk mendapatkan jumlah pengunjung.Di pemudaenggang yang kami sukai ialah moderator tak pernah tapis komen bloger pembangkang keran beliau tahu kita ada jawapannya.Mamak yakin BPN akan menjadi medan blog UMNO yang hebat suatu hari kelak.

Walau pun blogger BPN tidak diiktiraf seperti blogger Rocky Bru,Blogger Datuk kadir Jasin dan Nobisha yang sering di jemput oleh MSM atau lain-lain tetapi yakinlah blogger BPN yang terdiri dari golongan muda ini lebih hebat dari blogger tua yang dah jadi veteran dalam journalisma menggunakan pragdism jounalism..ia itu journalisma yang lapuk dan basi.Era orang muda mengambil tempat dalam politik melalui blogging telah berlaku di Amerika untuk Presiden Obama.Maka keadaan ini akan berlaku juga di PR13 nanti sekiranya kerajaan pandai gunakan golongan orang muda dalam politik nescaya ada manfaatnya.Maka mamak yang tua nie harap semua blogger BPN perlu bersatu dengan hati yang luhur dan kearah satu perjuangan dan satu matlamat.Maka UMNO akan subur kembali seprti sebuah pohon yang rendang yang menghasilkan buah yang lebat.Buah yang lebat nescaya gugurkan buah yang ranum kebawah dan hasilnya boleh di rasai oleh semua pihak.Mamak ucapkan terima kasih pada semua blogger BPN yang sentiasa mendukung UMNO untuk masa depan negara dan bangsa Melayu. Wasssalam.

P/s: dari katil Hospital yang keras dan membosankan kerana di larang merokok...ha..ha

Tanpa Nama said...

MAMAK ADA KAT HOSPITAL MANA?

ISAC

Tanpa Nama said...

KESIAN AWAK...MAK BAPAK BAGI NAMA BAIK2/CANTIK2 TAPI AWAK X BERANI NAK PAKAI...YALAH ASYIK NAK MENGHENTAM ORANG MEMBUTA TULI...MENGADU DOMBA....DAH MACAM 'YAKJUD DAN MAKJUD" PULAK KAWAN TENGOK.....

BUKAN YB KJ X MASUK KABINET AWAK DAN SEGALA JUAK2 AWAK SUKA KE?

ISAC

Prof. Era Pasca said...

UMNO Tolak ISLAM, Tak Salah?
Kategori: Politik
“Sepatutnya sudah lama benda al-Quran ini dibaca dan digunakan dengan meluas oleh semua orang termasuk oleh orang Cina”.(Berita TV1 pada pagi 6 April 2009 dan rancangan Berita TV9 jam 8.00 malam). Inilah lebih kurang, bunyi kata-kata saya sewaktu diminta mengulas penggunaan dan sebutan ayat al-Quran oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, YB. Nga Ko Ming.

Sebagai penjelasan lanjut, izinkan saya berkata begini.Islam ini pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah. Ia menjadi rahmat dan penawar. Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam. Ia bersifat “rahmatal lil ‘alamiin.” Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum,suku bangsa, warna kulit dan bahasa. Sepatutnya, al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunanya tanpa mengira sesiapa.Pada saya, kesediaan YB. berkenaan yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu perkembangan yang cukup menggalakkan. Tidak ada sebab ia tidak dialu-alukan. Jika dalam zaman awal Islampun, Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan cuba memahami al-Quran ?

Isu ini bermula sebaik saja pemimpin Umno mencetuskan keresahan demi meraih perhatian untuk mendapatkan populariti dan simpati ke atas partinya yang semakin dibenci orang. Saya diberi faham bahawa isu asal hanyalah kecil. Isu yang berbangkit ialah nama surah sahaja yang disebut salah tetapi ayat yang dikutip dan diterjemahan adalah betul.
Bacaannya masih OK; cuma intonasi dan sebutannya saja yang sedikit tersalah. Tetapi, taklah pula bacaannya itu sebaik seorang qari musabaqoh atau tilawah. Hatta, ada juga orang Islam baka, yang sudah lama Islamnya sekalipun; masih tidak sempurna dari segi tertib dan tartil, dari segi sebutan dan tajwid serta lafaz panjangpendeknya.

Apa yang saya nampak, YB. berkenaan tidak mentafsir. Dia cuma membaca terjemahan "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan". Dia terjemah perkataan “ehsan” sebagai 'belas kasihan'. Itu saja.

Dalam Islam, ada satu perkara yang disebut “ Li iilaafi-quraisy “ seperti yang terkandung didalam surah Quraisy ayat 1. Maksud bergerak dari kalimat ini saya ertikan sebagai “menjinak atau menjinakkan.” Menjinakkan siapa, jika tidak orang-orang yang belum Islam kepada Islam? Disini, apa salah orang Cina jika dia baca Quran dengan tujuan untuk berjinak-jinak dengan Islam? Jika katakan tersalah(katakan), maka dengan lemah lembut dibetulkan. Tak berbangkit sama sekali soal keperluan lapuran Polis oleh sesiapa. Pada saya, ini percubaan menutup ruang dan menyekat langsung laluan non-Muslim mendekati Islam seperti yang pernah dilakukan oleh sebahagian dari penguasa masjid di tempat-tempat tertentu yang menghalang orang non Islam dari memasuki masjid. Sedangkan dalam surah ‘Abasa, jelas yang Nabi SAW menerima, menegur dan membimbing orang Islam dan non Islam didalam masjid.

Berbalik kepada isu, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang dari jenis Islam baka inipun turut tidak salah ? Hal ini boleh disahkan oleh guru-guru tajwid seluruh negara pada bila-bila masa. Ambil saja surah al-Fatihah yang menjadi ummul kitab.Saya tidak suka mencabar tetapi saya hampir pasti akan kekurangan yang juga turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya ini.satu lagi ialah apa gunanya Quran jika tidak untuk dibaca?Bagaimana orang bukan Islam mahu memahami jika diharamkan mereka dari bertatih membaca al-Quran. Ini permulaan.Kita kena faham. Hatta, Saidina Umar sendiri diwaktu belum Islam(kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia satu tulisan dari Surah Toha lalu beliau membacanya dalam keadaan genggam dan lepas. Sebenarnya kufur zaman dulu adalah orang Cina atau Indialah di zaman sekarang. Sepatutnya, kita berbangga apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita.

Salah satu punca kelemahan dalam menguasai ilmu pembacaan al-Quran ini ialah tidak dapat menguasai tulisan jawi. Ini kerja siapa jika tidak dari kerja pemimpin Umno akibat dari “dasar anti- jawi” mereka yang amat dungu? Pemimpin Umno yang sebelum inilah? Dalam keadaan pemimpin Umno yang meninggalkan Quran dan telah membunuh tulisan jawi itu, tiba-tiba, apabila ada pemimpin Cina membaca Quran dalam pelat yang dipandang salah, pemimpin Umno sibuk mendesak DAP mengemukakan permohonan maaf secara terbuka. Disini soalan pertama saya, mana lebih besar dosanya, menolak Quran dan mengherdik hukum Islam dengan dosa cuba membaca al-Quran? Soalan kedua saya, apa kata, jika dalam satu masa terdekat, ada pihak yang dapat buktikan yang ada juga pemimpin Melayu dari Umno yang membaca Quran dengan salah? Mahu atau wajarkah mereka dimalukan dengan dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka?

Saya perlu ingatkan di sini bahawa kita sedang hidup di zaman IT. Ingatlah bahawa bukti cukup mudah untuk dicari. Saya pernah tengok keajaiban teknologi internet yang ditunjukkan oleh kawan-kawan dan anak cucu saya. Di sana ada kamera digital, adanya “youtube”, ada 3G, ada pen drive, CD, email dan pelbagai lagi rangkaian produk rakaman yang cukup sofistikated.

Dalam hal begini saya lebih gemar kita semua melakukan muhasabah. Jika takdirnyalah, rakan-rakan kita dari yang “belum Islam” ini ada kekurangan dari segi sebutan ayat-ayat Quran, kenapa kita tidak berfikir untuk adakan kelas-kelas asas pengenalan ilmu al-Quran kepada non Islam? Dalam hal ini, gunakanlah semua rangkaian radio dan telivisyen kita untuk mengadakan slot-slot rancangan berupa kelas “mesra al-Quran” seperti yang ada dalam rancangan “learn a word a day” atau belajarlah satu perkataan satu hari . Mungkin juga ia boleh disusuli dengan kelas-kelas malam percuma di semua masjid dan surau. Mungkin juga, kelas-kelas tuisyen malam disekolah-sekolah boleh juga diatur seperti sistem sekolah dewasa di awal tahun 60 han. Atau , kita ada IKIM, JAKIM, YADIM, dan Jabatan-Jabatan Agama Islam setiap Negeri. Saya percaya, kita boleh melakukan sesuatu ;mengambil kesempatan dan menafaat dari trend keghairahan baru yang sihat ini demi membangun bersama Islam dan mendekatkan non Islam kepada Islam.

Di sini, tidak bolehkah kita sama-sama cuba berfikir dalam kerangka pemikiran sebuah kerajaan. Janganlah terlalu mahu berpolitik secara berparti dalam serba-serbi sehingga segenap perkara hendak dipolitik mengikut syak wasangka kepartian. Sikit-sikit menuntut maaf.Ini seperti yang didesak oleh Naib Ketua Bahagian Hulu Terengganu misalnya dalam akhbar semalam bertarikh 7 April 2009. Sikit-sikit lapuran polis. Sikit-sikit ini perkara perkauman, menghasut, sensitif dan boleh menimbulkan pecah belah. Jika kita tidak sensitifkan isu ini maka tidak sensitif lah ia. Perkara ini bukannya susah sangat tetapi sengaja nak dikeliru dan nak disusah-susahkan. Mungkin dalam kekeliruan dan kemarahan yang sengaja di api-apikan itulah Umno mengharapkan dirinya dijulang. Sekarang, orang sudah ramai yang cerdik. Ini khususnya dikalangan orang-orang muda. Mereka biasanya lebih cepat menghidu dan dapat membezakan terus antara durian dengan tempoyak.

Sebagai penutup, mari kita mendalami keluhan dukacita YB. Nga di atas pendirian terbaru Umno ini. Kata beliau, “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.” Pendek kata, pelik sungguh Umno ini. Dia tolak Islam tak salah. Orang Tionghua nak dekati Islam melalui bacaan al-Quran di kira salah ?

Sejak kalah di kedua bukit, Umno ini, betul-betul sudah menjadi sebuah parti yang meracau. Tidak cukup dengan seribu satu masalah di kedua tangan, dia masih menimbulkan masalah. Kehadirannya cukup menimbulkan serba salah. Ajaran yang dibawanya semakin sehari semakin salah.


Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar kelantan
Tanggal: 7 April 2009

Tanpa Nama said...

salam Abang Tuah.
saya menyokong dari belakang.
Jangan takut warga BPN teruskan usaha Melayukan gagah di nusantara, walaupun saya tidak sebagai ahli tapi menyokong kuat para Blogger Pembela Negara.
Sedkit takut kerana para Exco BPN macam ada gunting dalam lipatan kata Garamanis.
Betul ke?

Tanpa Nama said...

ADA RAMAI ORANG2 YANG BERPENDAPAT KALAU DILIHAT SEKALI IMBAS DSAI DENGAN YB KJ ADA PERSAMAAN...

SAMA2 MUDA SEMASA MENYERTAI UMNO, DIBENTANGKAN PERMAIDANI MERAH UNTUK MASUK UMNO, BIJAK, PANDAI BERPIDATO...BANYAK BUAT DUIT MASA DALAM UMNO, BERPENGARUH DAN LAIN2 LAGI.

CUMA DSAI BILA BELIAU DIKETEPIKAN BELIAU MEMERANGI UMNO BERMATI2AN. SANGGUP MENGERAHKAN SELURUH PENYOKONGNYA MERUSUH, BERDEMONSTRASI, MEROSAKKAN HARTA BENDA AWAM...MEMBURUKKAN NAMA NEGARA DI MATA DUNIA DI TENGAH2 KEGAWATAN EKONOMI 1998/1999. BAYANGKAN KALAU GANDINGAN TUN MAHATHIR/TUN ABDULLAH KENCUNDANG KETIKA ITU...TAK KE KITA NI SEKARANG AKAN MENJADI PEMINTA2 SEDEKAH! HUTANG KELILING PINGGANG! IMF PUN KITA TERHUTANG...

SEMUGA YB KJ TIDAK AKAN BERTINDAK BEGITU. PEJUANG TULIN BUKAN MENETAPKAN JAWATAN PERDANA MENTERI SEBAGAI MATLAMAT UTAMA! MARUAH ANAK BANGSA LEBIH UTAMA! KALAU DAH JADI MACAM SINGAPURA NANTI SATU SEN PUN X GUNA....MASA TU NANTI MUNGKIN DALAM KABINET HANYA AKAN ADA SEORANG PM MELAYU (ITU PUN KALAU DYMM SPBYDP AGONG X LANTIK BUKAN MELAYU/ISLAM KALAU X PUN BOLEH TENGOK AJE LAH...) DAN SEORANG MENTERI MELAYU YANG MENJAGA HAL-EHWAL EHWAL RAJA2 MELAYU, ADAD ISTIADAT MELAYU DAN SEJARAH MELAYU.

TENGOK DATO ZAHID HAMIDI, KENA MASUK ISA LAGI TU... BERJUANG TETAP BERJUANG, SETIA TETAP SETIA...ADA REZEKI DAPAT JADI VICE PRESIDENT UMNO....UMUR YB KJ PUN MUDA LAGI...YANG PENTING SUMBANGAN KEPADA ANAK BANGSA...DAN BERSIHKAN SEMUA PERSPEKTIF PEMBANGKANG TERHADAP DIRI YB DAN JADIKAN IANYA SEBAGAI PENGALAMAN BERGUNA. BAK KATA ORANG TUA2, SESAAT DIHUJUNG JALAN BALIK KEPANGKAL JALAN.

TUJUAN UMNO DITUBUHKAN ADALAH UNTUK MEMERTABATKAN BANGSA MELAYU DAN DALAM MASA YANG SAMA MEMBERI PELUANG YANG TERBUKA UNTUK KAUM2 LAIN.

ISAC

Tanpa Nama said...

BRO BAGINDA REFORMASI,

WA TAK FIKIR SURAT TU TOK GURU NIK AZIZ YANG TULIS....KALAU SETIAUSAHA YANG TULIS, SILAP2 TOK GURU TAK SEMPAT SKRIN/BACA PUN...

TAK KAN TOK GURU NAK MENULIS BENDA2 YANG ADA BERBAU ANDAIAN/ PERSPEKTIF JAHAT.....

ORANG ALIM SELALUNYA CAKAP X BANYAK...(KALAU CAKAP BANYAK2 DITAKUTI AKAN MEMBAWA MASUK KE NERAKA), DICACIPUN MEREKA DIAM.

TETAPI CUBA TENGOK HARAKAH...PENUH DENGAN CACIAN, MAKIAN, TUDUHAN2 DAN ANDAIAN2 JAHAT....NAK KENA SEBAT 80 ROTAN KE....KATA NAK JALANKAN UNDANG2 ISLAM?

JIKA BETUL IKHLAS DAN KERAJAAN UMNO X NAK JALANKAN UNDANG2 ISLAM, KALAU AWAK DAH TERTUDUH ORANG TANPA 4 ORANG SAKSI LELAKI YANG ADIL...PANGGIL LAH ORANG AWAK SENDIRI SEBAT AWAK SEBANYAK 80 KALI...BARULAH BOLEH MENJADI CONTOH DAN TELADAN...INI TIDAK BERSELINDUNG DISEBALIK NAMA2 DAN GAMBAR2 TOK2 GURU....

TOK GURU, BETUL TAK APA YANG SAYA CAKAP NI?

INGAT LETAK GAMBAR2 TOK GURU TU ESOK BILA DAH MATI DOSA2 AWAK TU BOLE WAIVE MACAM TU AJA KE?

DALAM ISLAM KALAU KITA NAMPAK HATTA ANAK BULAN RAMADHAN/SHAWAL SEKALIPUN KALAU TANPA DISAKSIKAN OLEH 2 ORANG LELAKI YANG ADIL, ORANG LAIN PUN X WAJIIB PUASA/RAYA. YANG WAJIB CUMA AWAK SEORANG AJE... YANG LAIN KENA IKUT PENETAPAN KERAJAAN...

ISAC

Tanpa Nama said...

BRO BAGINDA REFORMASI,

ADA INGAT TAK SATU KISAH DI MANA SATU KETIKA DI ZAMAN HIDUPNYA RASULLAH SAW, BAGINDA SETIAP HARI MENYUAP SEORANG PENGEMIS YAHUDI YANG BUTA DENGAN PENUH SOPAN (DI KAWASAN PASAR)...WAL HAL DIANTARA SETIAP SUAPAN ITU PENGEMIS TUA YAHUDI ITU TIDAK HENTI2 MENCACI RASULLULAH SAW. BAGINDA HANYA MENDIAMKAN DIRI....TANPA DIHADIRKAN PEMBELAAN TERHADAP DIRINYA.... SUBHANALLAH...ITU LAH PERIBADI YANG MULIA....

SEPATUTNYA JIKA ANDA MENGAKU HENDAK MENEGAKKAN DAULALLAH ISLAMIAH...BERPOLITIKLAH CARA ISLAM.... JANGAN TERIKUT RAKAN2 YANG KURANG IMANNYA...

KALAU X IKUT SUNNAH JANGAN MENGAKU AWAK LEBIH ISLAM DARI YANG LAIN...ZAMAN INI KALAU MASUK POLITIK MEMANG BEGITU MENCABAR...KERANA ORANG ISLAM KENA JAGA TUTUR KATA, KENA HINDARKAN SANGKA BURUK DAN PERASANGKA, KENA JAUHKAN ANDAIAN2 JAHAT DAN MAKI-HAMUN SEGALA...

ALLAH HU AKBAR!!!!!!

ISAC

Mohammad Roslan said...

Isac atau Anom,
Komen awak itu mcm biasa baca ...kat mana?..ini komen abg tuah...ha.ha..ok tentang guna Anom pendapat mamak begini:

So my take on blogging and identity is this:If you want to meet more intresting people in the real world and your employer is not bothered by it,use your real name.If you are happy keeping your online and off line seperate then all means , use a pseudonym.This issue is not really not about the bloger credibility.

Generasi Pejuang Bangsa said...

btul sdr ..ini kejayaan pertama BPN dlm pilihanraya kecil

keberkesanan kempen kita dlm blog2 telah berjaya menambahkan undi melayu terutama dr generasi muda.

teruskan perjuangan

hidup BPN

AbgTuah said...

KEPADA ANON 23:31
DISINI KAWAN TERANGKAN SECARA TERPERINCI BERKAITAN SENARIO BERKAITAN SITUASI YANG DI MADSUDKAN. IKUTI KOMEN ANON DI PERAK BANGKIT…ARTIKEL JAWAPAN GARAM MANIS DAN PEGHURAIANNYA MENGIKUT KEFAHAMAN KAWAN.


Anonymous said...
PERAK BANGKIT!!

HATI HATI DENGAN PENGKHIANAT BANGSA DI DALAM BPN. MEREKA MENYAMAR. SAYA SUDAH DAPAT KESAN BEBERAPA BLOGER BPN YANG SUKA GUNA REVERSE PSYCHOLOGY!!

MEREKA MENCARUT..MEMAKI HAMUN..SEMATA UNTUK MEMBUAT AHLI UMNO DAN BN BERTAMBAH BENCI DENGAN KITA!!

SELAMA INI KITA TERPERANGKAP BRO!!

AWASI MEREKA INI SEPETI YB RAZ YANG SEBELUM INI SAYA NAMPAK BERIA-RIA MENGHENTAM UMNO DAN BN DI RUANGAN SIASAH. AWASI EZAM MD NOR,KUDA TUNGGANGAN PKR YANG MENYAMAR MASUK DALAM UMNO. JARUM MEREKA AMAT HALUS. LOKMAN ADAM,GARAMANIS (CUCU TUN GHAFFAR BABA )PUTERI NAFISAH DAN HAMPIR SEPARUH EXCO BLOGGER PEMBELA NEGARA. MEREKA SEMUA TELAH DI ARAHKAN ANWAR LIWATI UNTUK MENGHANCURKAN GERAKAN KITA.

PERCAYALAH!! JIKA KITA LEWAT MEMBUAT ROMBAKAN MAKA KITA AKAN MENANGIS DI KEMUDIAN HARI!!!..

KOMEN GARAM MANIS:
1. GM ambil komen ini dari blog Perak Bangkit. Blogger yang menggerunkan Fuxkatan Riot. Yang menarik GM diangkat sebagai cucu Tun Ghaffar Baba. Hebat betul. Selain itu ada beberapa nama sahabat blog yang turut di'HURUHARA'kan oleh juak-juak yang sedar akan keberkesanan ruangan maya ini untuk menghadapi Fuxkatan Riot.

2. Apa yang GM lihat, kehadiran organisasi BPN di dalam medium ini jelas tidak disenangi oleh Fuxkatan Riot dan taktik kotor yang terpaksa mereka lakukan adalah dengan menimbulkan senario TAHYULISTIK iaitu kononnya terdapat ahli BPN yang bersifat DOUBLE AGENT dengan tujuan untuk merosakkan organisasi ini. Taktik yang selalu digunakan oleh Anwar Ibrahim Munafikun.

3. Untuk juak-juak penjilat anda benar-benar mengelabah.


BEGINI KOMEN KAWAN;

BEBERAPA BULAN YANG LALU KAWAN ADA MENEGUR GARAMMANIS DI BLOGNYA BERKAITAN KETIDAKPUASAN HATI BEBERAPA BLOGGER BPN TERHADAP ARTIKEL YANG DISIARKAN OLEH GARAM MANIS. TEGURAN ITU DI TERIMA DENGAN BAIK OLEH GARAM MANIS DAN GARAM MANIS MENERANGKAN SEBAB-SEBAB MENGAPA DIA MENGELUAKAN ARTIKEL SEDEMIKIAN. ARTIKEL TERSEBUT TAK PAYAH LAH KAWAN UMUMKAN DISINI.

BEBERAPA HARI YANG LEPAS KAWAN TERBACA SATU KOMEN DI BLOG PERAK BANGKIT DARI ANON YANG MEMAKLUMKAN KEPADA PERAK BANGKIT BAHAWA BERLAKU PENYUSUPAN DAN PENYAMARAN DIDALAM KEDALAM BPN DAN LEBIH SEPARUH EXCO-EXCO BPN TERLIBAT.

YANG MEMUSKILKAN KAWAN IALAH SEKIRANYA DIAMATI CARA PENULISAN DAN CARA ANON TERSEBUT BERKOMUNIKASI DENGAN PERAK BANGKIT TAK UBAH SEPERTI GAYA KAWAN. TETAPI YANG MELEGAKANKAN KAWAN IALAH KAWAN SENTIASA MEMBAHASAKAN DIRI "KAWAN" BUKAN "SAYA" APABILA BERKOMUNIKASI DENGAN PERAK BANGKIT. JADI SEKIRANYA ADA YANG MENGESYAKI IANYA DILAKUKAN OLEH KAWAN MAKA DISINI KAWAN TEGASKAN CHARACTER KAWAN TIDAKLAH SEDEMIKIAN.

MUNGKIN PIHAK YANG MELAKUKAN TAHU KAWAN PERNAH MENEGUR GARAM MANIS DAN TAHU JUGA KAWAN MEMANG BAIK DAN SELALU BERKOMUNIKASI DENGAN PERAK BANGKIT..JADI ADA KEMUNGKINAN DIA INGIN MENGUJUDKAN PERSEPSI BAHAWA DIA ADALAH KAWAN AGAR DAPAT MENGUJUDKAN KETEGANGAN DAN SETERUSNYA MERETAK KAN PERHUBUNGAN AHLI-AHLI BPN TERUTAMANYA AHLI MT BPN.

OK BERBALIK KEPADA CERITA BERKAITAN PENYUSUPAN…SEBENARNYA SEMEMANGNYA AHLI MT BPN TERMASUK YDP..TYDP DAN EXCO-EXCO BPN SEDIA MAKLUM DAN FAHAM BAHAWA TIDAK MUSTAHIL AKAN BERLAKU PENYUSUPAN. KAMI ADA BERBINCANG DIANTARA KAMI SECARA TERTUTUP PERIHAL KEMUNGKINAN PENYUSUPAN…BUKAN SEPERTI ANON TERSEBUT YANG BERBINCANG SECARA TERBUKA. SEKIRANYA KAMI MENGESYAKI SESIAPA DIANTARA KAMI ADDLAH SPY ANUAR YANG MENYUSUP MAKA KAMI AKAN SEGERA MELAPORKAN KEPADA PANGLIMA BUKAN KEPADA PERAK BANGKIT. KAMI SEMEMANGNYA ADA LANGKAH PENDEKATAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN BAGI MENGELAKAN IANYA DARI BERLAKU. KAMI MASIH TERUS MEMERHATI SECARA TELITI SEMUA AHLI BPN TERMASUK MT BPN BAGI MENGENAL PASTI AGENT YANG MENYUSUP DAN SEHINGGA KINI KAMI AMAT BERPUAS HATI KEMUNGKINAN UNTUK MEREKA MENYUSUP ADALAH TIPIS

JADI KONKLUSI DARI PENERANGAN DAN PENDAPAT SAYA IALAH ANON YANG MELAPORKAN KEPADA PERAK BANGKIT TERSEBUT MUNGKIN SEORANG PEMYAMAR YANG INGIN MELIHAT BERLAKU PERPECAHAN DALAMAN KEPADA BPN. INI AMAT BERBAHAYA KEPADA BPN…DI HARAP AHLI BPN TIDAK CEPAT MELATAH DAN MELENTING DENGAN SITUASI DAN TAKTIK MENGUJUDKAN SENARIO TAHYULISTIK SEBAGAI MANA PENDAPAT GARAM MANIS.

KEPADA ANON YANG MENINGGALKAN KOMEN DI PERAK BANGKIT, SEKIRANYA ANDA RASA ANDA BENAR DAN MEMPUNYAI BUKTI SAHIH YANG MANA PIHAK YDP DAN TYDP TERLEPAS PANDANG SILA HUBUNGI EMAIL SAYA. SEBAIK SAHAJA KAMI MENERIMA MAKLUMAT DARI ANDA SAYA AKAN TERUS MENGHUBUNGI PANGLIMA DAN AKAN MENJALANKAN PENYIASATAN BERKAITAN PERKARA INI.

abg_tuah2008@yahoo.com

PARPUKARI said...

ALHAMDULILLAH, ALLAH MAHA BESAR!

AYUH KITA TERUSKAN PERJUANGAN KITA, JANGAN LAH KITA DOK MERATAPI SIAPA DI PILIH DAN SIAPA TAK!

INI BUKAN MASA DAN TEMPATNYA!

MARI KITA RANAPKAN FUCKATAN RIOT INI!

AYUH KEJUTKAN MCA, MIC DAN GERAKAN SUPAYA BEKERJA LEBIH KERAS LAGI DAN NAIKKAN SEMULA BN!

Tanpa Nama said...

ABANG TUAH,

ISAC NI C FAHAM LAH...

ISAC

Tanpa Nama said...

YALAH BUKAN SENANG NAK SENANG...DALAM PERJUANGAN PASTI RAMAI MUSUH.... SAYA BIASA GUNA KAWAN DAN WA....

KENAPA TULIS KAT SINI X BOLEH PAKAI ID CHATROLL ? SAYA BARU 2 HARI GUNAKAN CHAT....KALAU BOLEH GUNA TOLONG AJARKAN...

ISAC

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online