Jumaat, 10 April 2009

BPN - ERA BARU BERPOLITIK.

Salam Kepada Semua Blogger BPN,

Mamak sentiasa mengikuti perkembangan BPN sejak diusulkan oleh Pang5 yang pada ketika itu hanya mempunyai ilham dan iktizam. Mamak amat kagumi perjuangan Pang5 ini.

Seorang yang mamak sentiasa kagumi dengan perjuangan ialah sahabat baik Mamak Abang Tuah. Kami dan ramai blogger-blogger UMNO yang muda suatu masa dulu berjuang bermati-matian di blog Pemuda Enggang.

Ketika itu ramai blogger UMNO atau yang masih di dalam kekeliruan dikumpulkan oleh Abg Tuah untuk berhempas pulas dengan bandit-bandit dari pakatan yang penuh dengan fitnah..memaki..hamun..ugutan berserta dengan perkataan lucah yang tak pernah mamak yang tua nie dengar selama ini.

Kami tetap bersabar dan kadangkala kami terpaksa menjawab berjela-jela untuk mematahkan tuduhan blogger pembangkang. Dalam pada itu persahabatan di antara kami sebagai blogger pro UMNO menjadi lebih akrab dengan mengenali satu sama lain melalui hati bukan hanya dibibir sahaja.

Kami akan mempertahankan beramai-ramai sekiranya sahabat kami diserang bandit sehingga bandit itu di neutralkan. Ramai blogger pembangkang pada asalnya, kami jadikan rakan dan mereka kembali balik dalam UMNO..ini kejayaan kami di blog Pemuda Enggang kerana bila kami berbicara kami berbicara melalui hati bukan hanya menulis menyedapkan pembaca untuk mendapatkan jumlah pengunjung.

Di Pemuda Enggang yang kami sukai ialah moderator tak pernah tapis komen bloger pembangkang kerana beliau tahu kita ada jawapannya. Mamak yakin BPN akan menjadi medan blog UMNO yang hebat suatu hari kelak.

Walau pun blogger BPN tidak diiktiraf seperti blogger Rocky Bru, Blogger Datuk kadir Jasin dan Nobisha yang sering di jemput oleh MSM atau lain-lain tetapi yakinlah blogger BPN yang terdiri dari golongan muda ini juga akan menjadi lebih hebat dan menyerlah suatu hari nanti.

Era orang muda mengambil tempat dalam politik melalui blogging telah berlaku di Amerika untuk Presiden Obama. Maka keadaan ini akan berlaku juga di PR13 nanti sekiranya kerajaan pandai gunakan golongan orang muda dalam politik nescaya ada manfaatnya.

Maka mamak yang tua nie harap semua blogger BPN perlu bersatu dengan hati yang luhur dan ke arah satu perjuangan dan satu matlamat. Maka UMNO akan subur kembali seprti sebuah pohon yang rendang yang menghasilkan buah yang lebat. Buah yang lebat nescaya gugurkan buah yang ranum kebawah dan hasilnya boleh dirasai oleh semua pihak. Mamak ucapkan terima kasih pada semua blogger BPN yang sentiasa mendukung UMNO untuk masa depan negara dan bangsa Melayu. Wasssalam.

P/s: dari katil Hospital yang keras dan membosankan kerana di larang merokok...ha..ha


SUARA HATI PENULIS…

- SALAM MAMAK HJ. TERIMA KASIH DI ATAS ARTIKEL YANG BAIK DAN BERSEMANGAT INI. JUGA KAWAN BERASA SEDIH MENDENGAR MAMAK TAK SIHAT DAN MASUK HOSPITAL. KENAPA MAMAK TAK HABAK AWAI-AWAI..BOLEH KAMI IAITU TUAH, APAI, BROKUNTAKITE DAN SEKUPANGDUAS DATANG MELAWAT MAMAK.

MAMAK JAGA KESIHATAN ELOK-ELOK YA..DOA KAMI AGAR MAMAK CEPAT SEMBUH…UNTUK PENGETAHUAN MAMAK KAMI SEMUA SAYANG KAT MAMAK HAJI YANG SORANG NI.

OH YE MAMAK…AKHIRNYA KAWAN TELAH DAPAT BERTEMU DAN BERKUMPUL BEBERAPA KALI DENGAN APAI, BROKUNTAKINTE DAN SEKUPANGDUAS…MAMAK TENTU TERPERANJAT WALAU PUN BARU PERTAMA KALI MENGENALI WAJAH MASING-MASING TAPI TAK SANGKA RUPANYA KEMESRAAN KAMI SEUMPAMA ADIK-BERADIK. YE..MAMAK RUPANYA KAMI TELAH MENGENALI HATI MASING-MASING SELAMA BERBLOGGING.

ANTARA YANG KAMI BUALKAN ADALAH KISAH PERJUANGAN KITA SEMUA DAN NAMA MAMAK SENTIASA TAK LEKANG DARI BIBIR KAMI, MUNGKIN KERANA RINDU KAMI HENDAK SANGAT BERSUA DENGAN MAMAK…HEHEHE…

OK MAMAK JAGA KESIHATAN
WASSALAM.

4 Comments:

Bro Jinggo said...

Salam Hurmat Otai Mamak, abg tuah dan Ahli BPN sekalian….

Saya amat terharu dengan luahan yang diluahkan oleh Otai Mamak…

Bagi saya apa yang diluahkan oleh Otai Mamak adalah bertepatan dan saya menyokong dari hati saya sendiri dengan sejujur-jujurnya…

Di kesempatan ini juga saya mahu berkongsi sedikit pengalaman pahit saya ketika berjuang dialam maya menentang barisan pembangkang, sebelum BPN ditubuhkan….

Mungkin jua pada waktu itu saya dan Otai mamak, abg tuah dan rakan2 yang lain berada di aliran yang lain, maklumlah ketika itu bloggers pro umno tidaklah begitu besar bilangannya…

Saya akui ketika itu saya dan angkatan seperjuangan saya berasa agak sukar untuk menentang barisan pihak pembangkang, kerana mereka terlebih dahulu menerokai dunia alam saiber ini…

Sehinggalah satu hari saya disarankan oleh panglimacyber untuk bersatu tak kiralah anda dari aliran yang mana, pro mana UNTUK MEMERTABATKAN DAN MEMPERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU!!!

Terus terang saya katakan saya bertuah kerana menjadi ahli BPN, kerana diBPNlah saya mempunyai ramai kenalan bloggers dan mempunyai rangkai yang terhebat dan digeruni oleh pihak pembangkang… Bahkan hubungan saya dengan rakan-rakan BPN yang rapat dengan saya bagaikan abg dan adik…
Dan saya juga percaya satu hari nanti ada diantara bloggers BPN yang akan mencipta nama seperti Rocky bru, Nobisha, Datuk Kadir Jasin Dll…

HARAPAN SAYA AGAR BLOGGERS PRO UMNO DAPAT BERSATU DIBAWAH NAUNGAN PARTI KERAMAT PARTI UMNO !!!HENTIKAN PERBALAHAN DIANTARA SESAMA KITA!!! TANAMKAN SIKAP KETERBUKAAN DIDALAM UMNO!!! AYUH KITA PERTAHANKAN HAK KITA!!! KEMBALIKAN KEGEMILANGAN UMNO!!! PERTAHANKAN MARUAH UMNO!!! KALAU BUKAN KITA !!! SIAPA LAGI YANG AKAN MEMPERTAHAN UMNO!!! KITA BUKAN BLOGGERS YANG LEMAH!!! BERJUANGLAH!!! BERJUANGLAH!!! BANGKIT!!! SEMARAKKAN JIWA ANDA DENGAN SEMANGAT PEJUANG-PEJUANG UMNO DULU KALA!!!

Salam Perjuangan

BJ

Bro Jinggo said...

Salam Ziarah

Khairy menyeru semua ahli pemuda memberikan sokongan padu kepada YAB Perdana Menteri

Satu pertemuan dan majlis ringkas minum pagi telah diadakan pagi tadi di mana YB Khairy Jamaluddin telah menjemput penyokong beliau dan juga Exco Pemuda UMNO Malaysia untuk bersama beliau bagi bertukar pendapat dan mendengar pandangan dari ahli-ahli Pemuda. Dalam ucapan ringkas YB Khairy telah menjelaskan kedudukan sebenar dan menyeru agar semua penyokong beliau untuk menerima keputusan Kabinet dan membantu beliau untuk melaksanakan kerja parti yang telah di amanahkan oleh Perdana Menteri. Beliau juga menyeru agar ahli UMNO tidak melabelkan diri mereka sebagai orang-orang pemimpin pemuda tertentu dan perlu membuang anggapan berkenaan kerana semuanya adalah Pemuda UMNO . Mereka mesti bersatu dengan semangat setiakawan sebagai Pemuda UMNO dibawah satu payung.

YB KJ juga menyeru agar semua ahli Pemuda UMNO untuk memberikan sokongan padu kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia kerana beliau juga selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan terus setia dan memberikan sokongan yang padu kepada YAB Perdana Menteri. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah membantu dan menyokong beliau semasa pemilihan dahulu dan baliau benar-benar berharap semua penyokong beliau jangan merasa kecewa… Meminjam kata-kata Ali Rustam , Dunia Belum Kiamat, Esok Masih Ada.

Beliau juga mengucapkan Syabas kepada dua pemimpin pemuda yang telah dipilih sebagai Timbalan Menteri dan beliau amat berbangga kerana pemuda diwakili oleh dua orang Timbalan Menteri. Beliau berkata , beliau sebenarnya tidak meletakkan harapan untuk menjawat jawatan dalam kerajaan ketika bertanding untuk merebut kerusi Ketua pemuda UMNO dan kerana itu beliau tidak merasa kecewa apabila dipanggil oleh Perdana Menteri sehari sebelum penamaan senarai kabinet.

Pemuda akan menjadi sebuah pertubuhan yang tidak terikat dan bebas untuk menyuarakan apa juga permasalahan yang diperjuangkan kerana beliau tidak terikat didalam kerajaan dan beliau berharap Pemuda akan menjadi sebuah sayap yang digeruni oleh kawan dan lawan seperti di zaman Datuk Harun Idris dahulu. Untuk mencapai matlamat ini pemuda perlu bersatu dan memupukan semangat setiakawan. Beliau juga berharap agar semua yang hadir untuk menyampaikan apa yang telah beliau nyatakan dan berharap semua ahli Pemuda memahami akan pendirian beliau .

Salam Setiakawan

BJ

PARPUKARI said...

BRO JINGGO, U MEMANG BEST LA BRO!

JOM KITA RANAPKAN FUCKATAN RIOT!

BRO MAMAK SEMOGA CEPAT SEMBUH OK!

kuntakinte said...

salam, mamak haji, lama tak bersua, tersentuh hati teman..malah makin rindu... mamak please jaga kesihatan baik2.

teman dah bertemu dgn abgtuah, apai dan sekupang dua tunggu masa nak jumpa mamak pulak.... teh tarik campur misai kucing satu!!!!!

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online