Kini selesailah pemilihan umno 2008 – 2011, dan telah kita ketahui keputusan barisan Majlis Tertinggi serta barisan kepimpinan Pemuda dan Wanita.
Kepada yang terpilih diucapkan tahniah, andalah yang cemerlang diantara yang terbaik. Kepada yang tidak berjaya anda sebenarnya tetap menang kerana telah berjaya menghidupkan demokrasi di dalam UMNO dengan sempurna dan selagi anda terus berjuang dengan UMNO selagi itulah anda tetap terbaik dan terpilih sebagai barisan wira dihati kami.
Dengan barisan kepimpinan yang terpilih serta teruji kewibawaannya diiringi pula dengan wadah-wadah pembaharuan, pastinya UMNO akan terus bangkit serta terus mendapat keyakinan dan kepercayaan rakyat.
Bagi memantapkan lagi UMNO dan untuk kepentingan semua, tugas pemimpin-pemimpin yang terpilih tersebut adalah untuk terus gigih berusaha bagi menterjemahkan wadah-wadah janji perubahan atau tranformasi kepada satu realiti. Ya, jangan sesekali dilupakan bahawa ianya perlu juga diserta dengan penerapan nilai dan semangat setiakawan yang rapat dan erat bagi memastikan objektif dan matlamatnya tercapai dengan sempurna.
Juga, adalah perlu dan penting bagi semua ahli melakukan perubahan dalam diri sendiri dahulu iaitu transformasi sifat dan sikap jika mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional terus berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.
Madsudnya, kita semua perlu menanam di dalam diri kita sifat dan sikap yang positif dan elakkan berperasangka antara sesama sendiri. Tanamkan sifat-sifat Sid’dik, Amanat dan Fatanah. Anggaplah dengan berakhirnya sesi pemilihan UMNO ini sebagai titik noktah kepada tempoh ketabsuban yang keterlaluan kepada calon-calon masing-masing. Keutamaan sekarang adalah perubahan, penyatuan dan penyusunan semula barisan saf UMNO. Penulis juga yakin usaha ini akan lebih berjaya sekiranya di perkukuhkan lagi dengan penerapan formula dan wadah semangat setiakwan.
Marilah kita buktikan bahawa kita serius didalam usaha kita. Ayoh kita buktikan dan praktikkan kemantapan fomula dan wadah berani berubah serta semangat setiakawan yang telah digarap itu akan mendatangkan hasil dan matlamatnya….iaitu kejayaan..!
Dimanakah medan terbaik untuk kita mulakannya? Ya, di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang AI lah medan terbaik untuk kita mempraktik dan menguji kemantapan formula dan wadah baru kita. Inshallah…di situlah nanti kita akan lebor dan kuborkan barisan pembangkang.
Ayoh Para Bloggger Pro UMNO, kita ketepikan perbezaan, kita jadikan lokasi tersebut sebagai permulaan titik perjuangan kita sebenarnya.
How to Expand Your Business with UCaaS
Setahun yang lalu
7 Comments:
Tahniah
Uji Minda anda : Dimanakah maksud ayat dibawah ni biasa disebut-sebut??
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.
Salam Tok Mudim..
Rabbighfirli...warhamni...
wajubni...warfa'ni...warzuqni
...wahdini..wa'afini...wa'fuanni
Apa makna ayat ni...?
Selepas PAU berakhir di PWTC, kita telah saksikan bahawa rasuah sangat berkuasa dalam UMNO.
Menteri2 yang kedekut atau takut memberi rasuah - semua tewas.
Paling malang kaum wanita UMNO, cuma 'sebiji' sahaja yang memang dalam semua jawatan dan AJK MT UMNO, kecuali di sayap 'Wanita dan Puteri'.
Mengapa jadi begini?
Jawapan nya kerana wanita behati bersih dan mulia - 100% anti rasuah.
Cuma dibahagian wanita sahaja sudah nampak berubah dan bersih.
Malang nya dibahagian lain, terutama nya 'pemuda' masih tidak beruba, BAHKAN SEMAKIN BERTAMBAH TERUK.
UMNO tidak akan berubah, rasuan sudah jadi darah daging UMNO.
Cuma rakyat yang pintar dan sedar sahaja boleh merubahkan UMNO.
"KUBURKAN UMNO"
SALAM LEBAI..
TAK BAIK MAIN TUDUH IKUT RASA HATI AJE...
KALAU TEROK PUN ITU AJELAH TERBAIK YANG ADA..KENA JUGA KASI REPAIR HINGGA OK...
ABANGTUAH
Sala lebai mangkok!
memang lebai ini tak gelarkan diri pun sebenarnya mangkok jugaklah..pandai cakap pasal politik dah khatam habis ke?rasuah yang dimaksudkan ada dimana-mana.bukan di UMNO je..tanya kat anuar belum setahun jaggung dah pandai curi batu dari quarry..orang tanya kenapa letak jawatan nak lanjutkan pelajaran..tanya ketuanya tak tahu..tanya ketua menteri tak tahu..tapi UMNO buang pemimpin yang berasuah dan hebahkan kepada media masa...apakah semua pemimpin pakatan rakyat itu malaikat?.fikirlah mangkok hayun seketika..jangan sedapkan mulut je..mefitnah orang..kerana fitnah itu lebih kejam dari membunuh kawan...
salam, lebai mangkuk ayun, DS Najib dalam ucapan pengulungannya di akhir Perhimpunan menasihatkan seluruh ahli UMNO agar tidak mengamalkan fitnah memfitnah seperti amalan pembangkang kerana memfitnah lebih buruk dari membunuh, itu lah seruan presiden UMNO yang ke - 7 yang ditakuti oleh semua pihak.
Tuduhan mike rasuah berlaku dalam pemilihan UMNO itu adalah cakap - cakap dari mulut penghuni neraka.
Ini lebai memang mangkuk. Mangkuk betoi. hang ingat, PR tak rasuah? Silap-silap, lagi hebat.
Post a Comment