Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil P059, Parlimen Bukit Gantang, Datuk Mahmood Morshidi mengumumkan dan mengesahkan tiga calon akan bertanding pada pilihan raya itu yang akan berlangsung 7 April ini.
Pertandingan tiga penjuru tersebut melibatkan parti Barisan Nasional (BN), Pas dan wakil Bebas.
BN diwakili oleh Ismail Saffian, 48; Pas, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 52 dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris, 44. – Utusan.
Manakala di Bukit Selambau mengikut laporan utusan online telah sah pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau mencatatkan sejarah tanah air apabila sebanyak 15 calon akan bertanding pada 7 April ini.
Jumlah calon tersebut merupakan yang paling ramai bertanding dalam sejarah pilihan raya negara kerana sebelum ini jumlah paling ramai pernah dicatatkan ialah lapan orang.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir berkata, sebanyak 15 kertas pencalonan telah diterima dan kesemua calon terlibat layak untuk bertanding selepas tempoh pencalonan dan bantahan ditutup pada pukul 11 pagi.
``Sebanyak sembilan bantahan telah diterima bagaimanapun selepas tempoh bantahan ditutup tiada calon yang ditolak,'' katanya ketika mengumumkan calon-calon pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I di sini kira-kira pukul 12 tengah hari ini.
Lebih 10,000 penyokong daripada kedua-dua parti berkumpul di luar pusat penamaan calon dan keadaan dilaporkan terkawal dan tidak ada insiden buruk dilaporkan berlaku sehingga tengah hari ini.
Selain calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Manikumar yang menggunakan lambang parti masing-masing, 13 lagi calon Bebas menggunakan pelbagai logo yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Senarai calon mengikut susunan nombor dalam kertas undi dan logo adalah seperti berikut:-
1. R. Loganathan (Bebas) - logo kelapa sawit
2 . Tan Hock Huat (Bebas) – kunci
3. Radzi Md. Lazim - Bebas - kerusi
4. S. Manikumar (PKR) - logo PKR
5. Mohd. Fadzil Abdul Wahab (Bebas) - kepala harimau
6. Abdul Rahim Abu - (Bebas) - jam loceng
7. L. Sarala (Bebas) – basikal
8. Datuk S. Ganesan (BN) – dacing
9. A. Jayagopal (Bebas) – paying
10. S. Moganakumar (Bebas) - buku
11 . Khamis Awang (Bebas) - ayam jantan
12. Husaini Yaacob - (Bebas) –bas
13. M. Vanesan - (Bebas) ikan
14. Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (Bebas) – telefon
15. T. Chandrarajan - (Bebas) kapal terbang
sumber utusan online dan sekupangduas
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
5 Comments:
AbgTuah,
Pembangkang pasti pening kepala dengan situasi begini. Maklumlah, mereka bukan boleh tengok benda-benda pelik. Lihat bagaimana peningnya mereka bila dapat tubuh kerajaan negeri. Kucar kacir.
Apapun, rakyat kini melihat satu perubahan besar sedang berlaku dalam kepimpinan baru UMNO yang akan merubah persepsi rakyat terhadap BN.
Faktanya: UMNO tidak kalah dalam PRU12. Yang kalah ialah MCA & MIC. Kenapa UMNO dianiayai?
NIZAR, JUJURKAH UNTUK MEMBELA RAKYAT DI BUKIT GANTANG ATAU TUNJUK BONGKAK DIRI
Salam, menjadi kesalahan pada BN sekiranya meletak calon dari luar kawasan atau pun calon payung terjun dan sering kali UMNO akan dipersalahkan dikatakan tindakan tidak mengambil kira suara dan hati penduduk tempatan, maka BN akan dihukum dan berkeputusan akan kalah.
Apa yang berlaku di 2 bukit dan 1 batang ini BN optimis perlu mengambil kira sentimen penduduk tempatan, kajian dan siasatan dilakukan sebelum menamakan calon demi menjaga hati pengundi dan penduduk tempatan agar tujuan dan matlamat UNTUK BN BERBAKTI DAN MEMBELA NASIB RAKYAT benar2 di laksanakan, itu lah kejujuran BN selama ini, wakilnya harus mesra rakyat dan bela rakyat.sebab itu lah Sdr Ismail Safian anak tempatan yang berpendidikan tinggi diletakkan oleh BN sebagai Calon agar dapat meneruskan perjuangan untuk rakyat sebenar - benar perjuangan yg diharapkan oleh penduduk Bukit Gantang dari anak kelahiran Bukit Gantang ini, dari kampong ke kampong juga pulangnya.
Berlainan apa yang berlaku di pihak pakatan pembangkang terutama teman tumpukan kepada Bukit Gantang yang lebih popular keputusannya kelak berbanding bukit selambau dan batang ai, teman jangka perbuatan atas nafsu untuk memalukan BN dan Sultan Perak dianggap Nizar adalah layak diletakkan di Bukit Gantang walaupun Nizar orang luar Bukit Gantang malah ADUN di kawasan nun jauh di Pasir Panjang, adakah kerana sifat untuk benar2 untuk menabur bakti kepada penduduk Bukit Gantang atau semata2 untuk kepentingan diri untuk menunjukkan bongkak diri, untuk membalas dendam kepada UMNO terutamanya Sultan Perak, kenapa Nizar tidak meletakkan Jawatan yang disandang didalam borang penamaan Calon sebagai Menteri Besar, kalau tidak diletakkan jawatan tersebut seperti yang dinyatakan di TV 3 malam tadi maka SAH Nizar akur akan keputusan Tuanku Sultan dan sekaligus mengiktiraf Dr Zambri sebagai Menteri Besar yang sah, kalau itu reaksinya kenapa perlu saman menyaman, kenapa perlu Sultan di kutuk dan di caci malah menderhaka.
Apa nasib penduduk Bukit Gantang sekiranya ORANG LUAR menjadi wakil mereka, orang yang tak termampu untuk mengurus Pasir Panjang yang difahamkan kepada teman oleh sahabat2 di Pasir Panjang Nizar tidak memberi khidmatnya di sana dan kini mula untuk membalas dendam di Bukit Gantang, tentunya tak termampu untuk ditanggung, apakah Nizar langsung tidak dapat menolak apa yang di minta oleh Ngeh Ko Ham dan Nga Ko Meng agar bertanding di Bukit Gantang sejak awal2 lagi Ngeh telah merancang dan respond spontan Tk Guru Nik Aziz membantah cadangan Ngeh, kenapa cadangan Ngeh lebih popular dan dikuti oleh Nizar berbanding suara Tk Guru Nik Aziz sendiri?, apa rahsia di sebalik keputusan tersebut. Apakah kerana kelahapan sikap pimpinan Pakatan Pembangkang Perak ini, penduduk Bukit Gantang dijadikan mangsa.
Persoalan kenapa UMNO tidak boleh letak calon luar, kenapa dibezakan tindakan Pembangkang ini, apakah penduduk atau pengundi Bukit Gantang boleh dikotak katik kan semata - mata nak tunjuk bongkak diri Nizar dan Ngeh, Sedar lah wahai penduduk BG bahawa kelakuan ini lari dari matlamat sebenar mengapa kita memilih Wakil Rakyat, permainan politik ini harus kita sedari, harus kita tolak sejauh mungkin terutama seorang yang kita lantik terbukti PENGKHIANAT BANGSA, PENGKHIANAT ISLAM, PENGKHIANAT RAJA DAN PENGKHIANAT RAKYAT, adakah semata2 untuk Nizar meraih gaji buta sebagai ADUN dan kini mahukan gaji Ahli Parlimen pula, adakah termampu dik Nizar berbakti kepada orang BG, tidakkah nanti tercari - cari dimana WR kita untuk memohon sebarang bantuan dan pertolongan.
Kita banding dengan BN yang meletak anak Kampong Bukit Gantang, yang berpelajaran tinggi, yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kerajaan di Majlis Perbandaran Taiping sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran yang tentunya pernah berjasa berkhidmat kepada penduduk di seluruh Bukit Gantang dan Taiping, umurnya muda berbanding Nizar, kelayakan nya cukup, hingga telah menjawat jawatan Pengarah di Jabatan Sisa Pepejal yang berpendapatan besar kini sanggup meletak jawatan yang disandang, tahu selok belok jalan dan kampong di BG tanpa sesat, setiap pelosok tanah pernah dijejak dan dipijak, ramah wataknya, tidakkan rugi penduduk BG jika peluang sebegini rupa WR kita tolak.
Nizar hanya seorang yang terlalu gopoh, terlalu bongkak, dan terlalu mengikut telunjuk bangsa lain hingga sanggup menderhaka kepada Raja nya, ini bukan pemimpin namanya, jika ini pemimpin yang kita pilih nescaya runtuh lah negara dan negeri maka rakyat yang akan hancur. Nizar tak perlu buktikan kebongkakannya semata2 untuk membuktikan dia benar, sedangkan dia sendiri tahu pengisian Undang2 Tubuh Negeri Perak termaktub Tuanku Sultan berkuasa sebenarnya menetapkan siapa MB.
Ayuh anak muda, ayuh pakcik dan makcik, sedarlah, Allah S.W.T hanya beri satu peluang untuk kita betulkan dan rebut, jika peluang ini kita tolak maka jangan di ratap apabila kita kehilangannya kelak, fikirlah semasak-masaknya sebelum diundi, kerana sekali kita tersilap undi maka kita juga lah yang akan menanggungnya. walhal terbukti sebelum PRU12 UMNo dan BN lah bangunkan BG, BN lah berjasa kepada kita hingga ke tahap ini kehidupan kita, BN lah yang menjaga anak cucu kita hingga menjadi orang yang berpelajaran tinggi seperti Ismail Safian dari kampong datang nya ke kampong lah baktinya disumbangkan.
Selamat Mengundi..
Salam,
Inilah pertama kali dalam sejarah Negara begitu ramai calon bebas bertanding di kawasan DUN yang dikelilingi ladang kelapa sawit.Boleh masukkan dalam book of guiness rekod Malaysia..ha..ha...
kenapa perkara ini berlaku?.
1.Calon terdahulu adalah seorang Calon bebas yang menang bertanding tapi kalah dalam kehidupan seharian sebagai ahli politik yang jadi model insan untuk masyarakat diwakilinya.Dalam PR12 memanglah UMNO atau MIC tidak menumpukan perhatian sebenarnya pada kawasan undi Bukit selambau ini.Jadi kemenangan itu diperolehi itu bukan sebenarnya menang dengan kekuatan sebenar Barisan Nasional.
2.Menggundi calon bebas adalah seperti menebarkan garam di laut.Tanpa parti seseorang calon bebas tak kemana.Mereka ini kalau bertanding pun cuma ingin memasuki parti politik yang lain untuk mendapatkan Imbuhan pangkat atau wang.Janganlah penggundi Bukit Selambau merugikan undi yang perlu digunakan secara bijaksana..membazirkan terhadap calon bebas-bebas ini yang tak tentu hala tuju ideologi politik mereka.
3.Umno sekarang bukan UMNO yang ada pada di PR13 dengan nakhoda baru kapal UMNO terus gagah dalam menghadapi segala rupa badai.MIC pulak akan bermatian akan berkempen kerana maruah pemimpin besarnya dan partinya terletak pada pilihanraya ini.Pada amnya BN dah faham apa keperluan rakyat jelata dan terus menjadi parti yang akan membawa kemakmuran rakyat.kalau orang dah insaf perlu diberi peluang sekali lagi.Inilah masanya penggundi Bukit Selambau membuktikan mereka juga mahu arus pembangunan seperti ditempat-tempat lain untuk genarasi akan datang.Janganlah kerana marahkan pijat bakar kelambu.Parti rakyat yang berjanji mcm-mcm di pR12 tidak laksanakn satu apa pun janjinya.Sama seperti di Permatang Pauh.Kunjunglah ke Permatang Pauh apa perubahan yang telah berlaku?.Negara ini negara yang sedang membangun kalau tempat kita tidak membangun dengan inspirasi negara membangun apakah gunanya parti yang mewakili kita?.Maka cuma BN yang boleh lakukan ini kerana pengalaman memerintah selama51 tahun.Maka undilah BN untuk genarasi akan datang untuk menikmati dari negara yang makmur ini.Fikirkan dan renungkan janji palsu maha pembohong itu.Mereka ini tetap dalam pembohongan,Janji berbagai-bagai jenis.Janganlah termakan dengan janji pembohong ini.Undilah Barisan Nasional.Wassalam.
UMNO tetap UMNO, Najib tetap Najib, Kuntakinte tetap Kuntakinte, orang UMNO tetap orang UMNO, corruption tetap corruption. Semuanya xkan berubah. Yang selalu berubah hanya kata-kata. Rakyat hanya dijadikan aset untuk kepentingan diri; dibohongi,dianiaya dan dizalimi. Yang hendak dicari melalui pilihanraya ialah pemimpin yang boleh menggunakan politik untuk kepentingan rakyat, bukan untuk kepentingan perut sendiri. Calon yang diletakkan harus berjiwa besar dan menjadi pembela rakyat.
Kuntakinte, bagaimana jika tuan yang dizalimi dan tidak diberikan keadilan? Rasanya tuan akan lebih mengelupur.
Berfikirlah!!!
ha encik, depa dah sedar sedikit demi sedikit.
Post a Comment