Penulis ingin memberikan sedikit pendapat berkaitan PPSMI yang menjadi isu amat kontraversi sejak kebelakangan ini.
Pertamanya, sebelum kita membuat bantahan kita perlulah faham tujuan dan matlamat subjek Matematik dan Sains di ajar didalam bahasa Inggeris.
Tidak juga relevan saranan sesetengah pihak agar subjek BI dijadikan subjek wajib lulus dan dihapuskan PPSMI disekolah. Mungkin fahaman mereka dengan menjadikan BI subjek wajib lulus makanya akan dapat meningkatkan usaha dan pengusaan pelajar di dalam subjek bahasa Ingeris dan seterusnya boleh mengantikan fungsi PPSMI.
Perlulah difahami bahawa PPSMI bukan bertujuan mengantikan subjek BI. PPSMI juga tidak bertujuan mengajar dan memahirkan pelajar didalam suku-kata, komunikasi dan kesusasteraan bahasa Inggeris.
Pada pendangan penulis PPSMI leBIh bertujuan bagi meningkatkan penguasaan pelajar kepada kefahaman dan pengunaan istilah-istilah saintifik, mathematik dan teknikal di dalam bahasa Inggeris. Walau pun begitu PPSMI juga sedikit sebanyak secara tak langsung akan membantu pelajar didalam subjek BI mereka.
Matlamat utamanya akan memudahkan pelajar apabila meneruskan pengajian keperingkat tinggi didalam atau luar negara, dimana pengunaan istilah-istilah teknikal dan saintifik bahasa Inggeris adalah begitu meluas sekali.
Begitu juga apabila pelajar menamatkan bidang pengajian dan masuk ke alam perkerjaan. Dengan berbekalkan keupayaan penguasaan bahasa Inggeris dengan baik pastinya peluang mereka untuk di pilih ke jawatan exsekutif di syarikat-syarikat swasta terutamanya yang berasaskan teknologi adalah lebih cerah. Kita kena faham hakikatnya kebanyakan syarikat swasta adalah miliki bukan melayu dan mereka ini adalah “production orientated company”. Mereka mengutamakan para exsekutif yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik di samping bahasa Malaysia bagi memudahkan perjalanan urusan pentabiran, operasi atau hubungan pelanggan. Dari pandangan penulis bukan melayu amat mengkagumi orang melayu yang baik penguasaan bahasa Inggerisnya.
Sebagai mana persoalan yang kerap ditimbulkan kenapa orang Perancis, German, Switzerland, Russia dan lain-lain negara Eropah mengunakan sepenuhnya bahasa ibunda mereka baik didalam pertuturan dan penulisan harian mau pun didalam bidang industri negara masing-masing.
Pada pandangan saya adalah tidak sesuai sekiranya kita membandingkan mereka dengan kita. Mereka adalah penduduk negara maju yang mampu menghasilkan peralatan atau kelengkapan sendiri tanpa memerlukan bantuan atau teknologi transfer dari amerika atau britain. Jadi keperluan mereka untuk mengunakan bahasa Inggeris adalah tidak terlalu mendesak.
Tapi kita jangan terlepas pandang bahawa walau pun mereka mengunakan bahasa ibunda masing-masing tetapi mereka tetap fasih berbahasa Inggeris. Sebagai contoh, orang Italy tetap terpaksa berkomunikasi mengunakan bahasa Inggeris dengan orang Jerman atau Switzerland atau UK sekiranya mereka hendak berkerjasama atau membuat Join Venture berkaitan industri dan teknologi. Malah bahasa Inggeris jugalah yang dicetak di dalam manual dan bahan rujukan teknologi tersebut.
Seperkara lagi sekiranya Malaysia membuat perolehan kelengkapan atau membuat pemindahan teknologi dari negara seperti Jerman atau Italy adakah kita mengunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda mereka ketika membuat urusan. Tentulah jawapannya kita terpaksa mengunakan bahasa Inggeris malah manual rujukan termasuk kontraknya juga akan dicetak didalam bahasa Inggeris.
Jadi begitulah contoh-contoh pentingnya bahasa Inggeris khususnya berkaitan industri teknikal dan saintifik kepada ahli teknologis.
Satu keadaan yang amat mengerikan sekiranya PPSMI dihapuskan ialah nasib puluhan ribu pelajar yang telah lama mengikuti program tersebut. Tentunya mereka akan jadi mangsa situasi dan akan menghadapi masalah kesukaran mengadaptasikan semula bahasa melayu di dalam subjek Math dan Sains.
Mereka tentu menghadapi kesukaran bagi memahami istilah-istilah saintifik dan teknikal subjek Math dan Sains didalam bahasa Melayu dan tidak mustahil kelak akan menyebabkan merosotnya penguasaan mereka keatas subjek tersebut.
Jangan disalahkan PPSMI sekiranya masih terdapat kelemahan pelajar di dalam subjek pengusaan subjek Math dan Sains kerana pelajar melayu sedari dahulu lagi diketahui sedikit lemah dan ketingalan didalam mata pelajaran tersebut.
Jadi sebelum penulis mengakhiri artikel kali ini penulis kuat berpendapat hanya ahli teknologis yang faham betapa pentingnya PPSMI di teruskan.
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
21 Comments:
Sebelum Perancis, German, Switzerland, Russia Maju, mereka menggunakan PPSMI kah?
SALAM..
AMBOI HASBULAH PIT..
TAJAM BETUL PERSOALAN TU YE..
MAKLUM BLOGGER OTAILAH KATAKAN HEHEHE...
BIJAK SUNGGUH TENTU BANYAK MAKAN BERAS SIAM NIE..
PERANCIS, GERMAN, SWITZERLAND DAN RUSSIA TAK GUNAKAN PPSMI..TAPI MEREKA GUNAKAN 'BBPKB'..
'BANGSA BIJAK PANDAI KUAT BERUSAHA..'
Rasa-rasanya Bangsa Melayu kita nie boleh ikut ke..dah ujud 900 tahun hanya satu yang aku nampak ciptaan Melayu..LESUNG TUMBUK SAMBAL..hehehe..itu pun warisan zaman pra sejarah..
Jangan banding kita dengan mereka tahun 1930..bandaraya mereka dah ada pencakar langgit..kita masih naik sampan lagi..
Jadi dah terlambat melayu nak cipta sendiri semua orang lain dah cipta..jadi import ajelah..lagi mudah.
Tapi bila dah import nak guna macammana pulak..buku panduan operasi pun bahasa inggeris..
THINK..THINK..THINK..!!!!
MELAYU JANGAN JADI BANGSA YANG LAYU.. GAH HANYA DIBUMI SENDIRI.. PERJUANGAN ISLAM MELAYU DITONJOLKAN SEOLAH SETARAF PERJUANGAN ISLAM DIZAMAN RASULULLAH.. TAPI DIMANA KEGEMILANAGAN ISLAM BERIDENTITIKAN MELAYU BOLEH KITA LIHAT DI DUNIA LUAR.. KITA BOLEH LIHAT MASJID PAKISTAN.. MASJID INDIA DIBINA DIKEBANYAKKAN NEGARA EROPAH DAN ASIA.. TAPI MASJID MELAYU DIMANA? KITA MAU LIHAT MASJID USTAZ HADI ATAU MASJID TOK GURU NIK AZIZ DIBINA DI RUSSIA ATAU DI JEPUN..
BEGITU JUGA ISU PPSMI.. SEOLAH2 UMAT MELAYU AKAN JADI MURTAD JIKA MENGGUNAKAN PPSMI(rujuk demonstrasi lepas) . INSAFLAH UMAT MELAYU.. JIKA KITA MENGGUNAKAN APA JUA TEKNOLOGI TERKINI,KITA TAK BOLEH LARI DARI MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS..
TELEFON BIMBIT ATAU KOMPUTER MISALNYA... WALAUPUN DIPERBAGAI BAHASAKAN MENUNYA.. BAHASA INGGERIS MASIH DIPILH.. BERBANDING BAHASA MELAYU ATAU SEBENARNYA BAHASA INDONESIA.(YANG LEBIH SENANG PELAJARI DARI BAHASA MALAYSIA.)ISTILAH MENU DITERJEMAHKAN SECARA LUARBIASA..
ITU ADALAH HASIL KEPAKARAN YANG DIHASILKAN OLEH PAKAR2 BAHASA MELAYU DI MALAYSIA..
NEGARA JEPUN PUN "MENJEPUNKAN" BAHASA INGGERIS DALAM KEHIDUPAN SEHARIANNYA....
AKUILAH MELAYU MASIH ketinggalan.
PPSMI adalah kunci ilmu UNTUK MATHEMATIK DAN SAINS..
hehehe bahasa inggeris pertuturan amat berlainan dari bahasa inggersi teknikal yop oiii.
teman sendiri dari darjah 1 sampai graduate memang dlm aliran melayu. takde hal baca buku kimia dlm english.
english teman pun bukan le hebat sangat. belajar sains dan math dlm english sangat lah berbeza dgn kepetahan bercakap dlm bahasa inggeris.
teman rasa ramai menteri yg hebat bahasa inggeris mereka tapi adakah mereka hebat masa belajar sains dan math dulu?
SALAM BRO TUAH
BARU HARI NI SY MELANGKAH MASUK KE BLOG TUAH. MMG BERTUAH HEHEHE. PSL PPSMI APA YG BRO KATA SEMUANYA BENAR. BILA LG KITA HARUS DUDUK DI TAKUK LAMA?
DAH SAMPAI MASANYA KITA MENONGKAH ARUS, MEMILIKI KEISTIMEWAAN YG SEPATUTNYA KITA MILIKI SEPERTI BANGSA LAIN DAH MAJU SEBELUM INI. KEGEMILANGAN EMPAYAR ISLAM DI ZAMAN RASULLULAH MERENTASI PELBAGAI BENUA, SERTA MEMPELAJARI DAN MENGUASAI BAHASA ASING HARUS DICONTOHI...WALLAHUALAMM
Salam Abang Tuah..
Jika ditanya kepada saya apakah saya bersetuju jika matapelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris, jawapannya saya bersetuju.
Saya mengambil contoh kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia iaitu negara Jepun. Bagaimana negara Jepun boleh menjadi negara maju dengan hanya menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Jepun.Bagaimana Jepun boleh maju kehadapan dengan hanya menggunakan Bahasa Jepun?
Apabila Jepun kalah didalam peperangan dunia ke-2, rakyat Jepun bertekat untuk membangunkan semula negara mereka. Atas arahan Maharaja Jepun, rakyat Jepun yang berkebolehan telah dihantar untuk pergi belajar keseluruh dunia terutamaya kesebelah Eropah, Amerika Syarikat dan juga dibenua Asia.
Ilmu Sains dan Matematik mereka banyak belajar dari Amerika Syarikat manakala untuk Teknologi dan kejuruteraan, guru mereka yang sebenar adalah negara Jerman. Pelajar-pelajar teknikal dan kejuruteraan Jepun diwajibkan mengambil matapelajaran Jerman disamping Bahasa Inggeris. Para pengkaji bahasa Jepun berusaha menterjemahkan kesemua buku-buku Jerman yang berkaitan dengan sains dan teknologi kedalam bahasa Jepun termasuk sekali kamus kejuruteraan yang lengkap. Segala istilah kejuruteraan diterjemahkan kedalam bahasa Jepun. Segala rujukan semuanya lengkap. Sebab itu mudah bagi mereka mempelajari sains dan teknologi didalam bahasa Jepun kerana terjemahan dan rujukan mereka adalah sangat lengkap.
Semua rancangan-rancangan TV yang dalam bahasa asing akan diterjemahkan kedalam bahasa Jepun. Disana segala-galanya adalah dalam bahasa Jepun.Dan menjadi masalah kepada orang asing yang pergi ke Jepun untuk berkomunikasi didalam bahasa Inggeris kerana tidak ramai rakyat Jepun yang boleh berbahasa Inggeris.
Dan apabila mereka pergi kepada peringkat global, pada permulaannya mereka menghadapi besar iaitu bahasa iaitu bahasa Inggeris. Mahu tak mahu mereka terpaksa mengikuti kelas bahasa Inggeris semula sebelum mereka pergi keluar negara untuk urusan perniagaan. Kita boleh lihat tahap bahasa Inggeris rakyat Jepun yang bekerja ataupun yang ada urusan perniagaan di sini.
Disebabkan ini saya amat bersetuju jika mata pelajaran sains,matematik dan kejuruteraan diajar kedalam bahasa global iaitu bahasa Inggeris. Melainkan jikalau penterjemah atau pengkaji bahasa dinegara ini bersedia untuk menterjemahkan kesemua buku-buku yang berkaitan dengan sains, matematik dan kejuruteraan kedalam bahasa Malaysia. Ini kena serius. Jika dilihat dikedai-kedai buku dinegara ini berapa banyak yang sudah diterjemahkan sepenuhnya kedalam bahasa Malaysia. Amatlah kurang sama sekali.
Yang saya amat kuatirkan sekali adalah ( sebagai contoh ) apabila kita berjaya menguasai sains, matematik dan kejuruteraan didalam bahasa Malaysia dan kita sebagai sebuah negara industri penuh pada masa itu akan mengalami masalah yang sama seperti Jepun. Teragak-agak hendak bertutur dan menulis bahasa Inggeris apabila pergi ke globalisasi?
Semua ini saya sudah alami sendiri apabila penguasaan bahasa Jepun saya adalah lebih baik daripada bahasa Inggeris. Dan sekarang cuba untuk menguasai semula BI apabila saya dapati saya ketinggalan dalam banyak perkara. Lebih-lebih lagi apabila bekerja dengan syarikat multinasional. Wallahuallam.
Salam perjuangan
Haprakkah melayu kalau belajar bahasa inggeris? Akan jadi dajalkah melayu kalau belajar bahasa inggeris. hanya melayu yang tidak mahu maju dan nak duduk dalam hutan sahaja yang tidak mahu menuntut ilmu.
bro tamingsari, ada pembetulan sikit laa..
kisah kebangkitan negara Jepun bermula sebelum meletusnya perang dunia yg pertama lagi oleh Maharaja Meiji.. ketika itu beratus ribu pemuda pemudi Jepun dihanar ke Barat (Eropah & US) untuk mempelajari teknologi pembuatan.. sebab itu mereka mampu menghasilkan kapal perang, kereta kebal, kapal terbang, senjata canggih dan menjadi kuasa besar di Asia Timur sehingga mampu menawan kota Manchuria & Korea, mengebom Pengkalan Tentera US di Pearl Harbour dan seterusnya menakluk Asia Tenggara...
HIDUP PPSMI..
HAI ABG TUAH LAMA TAK NAMPAK??
PALOI NI ABG TUAH, ANAK IKAN ANWAR NI...
Very interesting post.
Will feature your post in our website http://mylivingwall.com and link readers bank to your blog.
All the best!
http://mylivingwall.com
parpu,
anak ikan muahahahaha. mike kenai teman ke? kalau kita tak tahu sesuatu atau ragu2 tak payah le nak menipu org. Allah lebih tahu. teruskan perjuangan mike. hujah dgn matang.
Salam Ahmad Junaidy..
Terimakasih diatas peringatan itu. Memang benar revolusi perindustrian bermula semasa pemerintahan Meiji ( 1868-1912 )dimana mereka di kerah seluruh dunia untuk menimba ilmu mempelajari ilmu sains dan kejuruteraan. Revolusinya banyak tertumpu kepada kelengkapan ketenteraan, infrastruktur dan lain-lain lagi. Era kebangkitan electronics dan otomotif bermula selepas perang dunia kedua. Yang menariknya adalah walaupun Jepun sudah menjadi negara maju tetapi jangan terkejut sehingga penghujung tahun 1980an masih ada lagi "tandas angkut " dinegara matahari terbit itu..
PPSMI merupakan jalan paling singkat untuk menjanakan ilmu kepada generasi baru, memandangkan masyarakat Malaysia, khususnya orang Melayu terlebih-lebih lagi generasi mudanya, SANGAT-SANGATLAH TIDAK SUKA membaca kecuali berita-berita politik, hiburan dan sukan.
Dan kerana memahami KEPERLUAN generasi muda Melayu itu jugalah, maka tidaklah banyak buku-buku yang berkaitan matematik dan sains dalam Bahasa Melayu melainkan buku-buku topikal ulangkaji atau ramalan kertas soalan dan itu pun diterbitkan oleh syarikat-syarikat penerbitaan kepunyaan orang Cina.
Kerana KEPERLUAN itu jugalah, kita boleh tengok, takdak satu pun blog atau laman web sains dan matematik dalam bahasa Melayu di Internet. Kalau ada pun, pengunjungnya hanyalah sebulan tidak sampai seorang berbanding blog-blog politik, sukan dan hiburan yang rata-rata pengunjungnya adalah generasi muda Melayu yang memperjuangkan Bahasa Melayu KUNUNNYA!
Salam,
Berkenaan PPSMI ini di negara-negara Eropah (EU)pun setuju menjadikan Bahasa Inggeris ini jadi Bahasa Rasmi EU dalam masa terdekat ini.Malang bagi kita di Negara ini Bahasa Melayu seringkali menjadi alat untuk ahli politik tak caya setiap kali Menteri Pelajaran Bertukar setiap kali Bahasa melayu diolahkan mengikut prepsi untuk populariti ahli politik tersebut.Niat ahli politik cuma, kononnya sesiapa jadi Menteri Pelajaran ada peluang yang besar nak jadi PM...Dalam sesi pengolahan ini Bahasa melayu menjadi berbagai bagai perubahan;Contohnya bahsa Melayu Baku!,perkataan seperti "air"..kalau ditukar bahasa Melayu penang "ayaq" kalau perak "ayor"kalau bahasa Inggeris dikatakan "udara".Mana satu kita nak sebut? air atau air (udara atau ayaq).Paling kelakar ialah menjadi bahasa melayu baku yang dibawa oleh DSAI....ejaan ikut bahasa Inggeris tapi sebutan mengikut bahasa melayu..dalam sebutan perkataan pula,yang paling bermasalah adalah perkataan seperti "gulai"...ayam digulai..masak kari ke atau digulakan ayam itu?...dulu di TLDM mengunakan perkataan "stern"bermakna belakang kapal..tetapi mengunakan bahsa melayu menjadi "buritan"ha!ha!Mamak masih sokong Bahasa melayu dijadikan bahasa lingua tanah-tanah Melayu..pada masa sama kita perlu mempertingkatkan bahasa inggeris sebagai bahasa dunia.Jangan terlalu emosional dalam perkara ini ..negara India yang terkenal dengan berbagai bahasa (247)telah mengalaminya..kita akan sedar sendiri apa yang diperlukan...adik mamak seorang yang pelajar dari aliran Melayu dan berjaya ke UK untuk melanjutkan pelajaran dalam IT dan berjaya ke Australia mengambil Phd dalam jurusan Forensik.Dan kini menetap di N.Zealand dan menjadi Pensyarah..maka disini mamak ingin nak sebutkan kecerdikan sesorang tidak bergantung pada bahasanya..cuma kerja keras mempelajari bahasa lain seperti Bahasa Inggeris amat memadai.Kalau nak ahli-ahli Sains atau Cendikiawan Hadiah Nobel daya cipta yang tulen diperlukan maka bahasa ibunda memainkan peranan utama kerana ia adalah hasil cipta yang ori tidak ada saduran.Janganlah beremosidalam perkara ini kita duduk semeja kita bincang dengan data untuk mengukuhkan pendapat kita.Kedua dua pihak perlu berbincang dan ambil keputusan segera jangalah ia dijadikan isu politik nescaya anak Melayu yang akan datang berdepan dengan kemelut ini.Bukan ahli politik yang bertegang leher.Wassalam.
ha, betoi sangat tu mamak.
salam abe tuah..
singgah setelah membaca komen2 yang hangat2 membara tersenyum membaca komen c paloi bin mulau nak bagi tau c parpu kari dah nama pun paloi bin mulau memang lah maknanya tu untuk pengetahuan kawan2 ku yang tidak tahu adalah buduh bin gila. uh uh
DEBAT : BLOGNET SAMBUT CABARAN BPN
BLOGGER UMNO BPN AJAK BLOGGER PAKATAN RAKYAT BLOGGER NETWORK DEBAT!!!
Tak sangka pulak BPN boleh melompat naik hangin bila aku tulis artikel BLOGGERS PEJUANG VS BLOGGERS UPAHAN. Aku tulis artikel tu selepas baca komen Panglima Perang Cyber (PPC) kat posting wak raden banjar tentang dana bloggers. PPC ayatkan "tak ada duit lepas Nizar jatuh ke?". Lebih kurang maksudnya, geng BloggersNetwork@Perak/Malaysia (blognet) ni jenis makan upah la. Bila kerajaan Perak dah dirampas maka blognet pun tak berduit. Begitulah khayalan BPN.
Mula-mula ada sorang guna nama Undi Pas Dapat Syurga? meracau kebengangan tulis komen. Macam biasa, tak ada point pun. Aku respon komen tu sikit. Just ulang balik point dalam artikel asal, betapa kelirunya jiwa raga UMNO. Lepas tu terus ParpuKari dan GOMO mengamuk. Macam biasa la, almaki walhamun. GOMO berkobar-kobar mencabar blognet berdebat. Cabaran itu disambut ....
GOMO meracau begini;
SEMEMANGNYA DAH ADA BUKTI YANG BLOGGER PAKATAN NI ADALAH BLOGGER UPAHAN ANWAR AL-JUBURI. JANGAN NAK BERSELINDUNG LAGI DENGAN HAL INI.
FITNAH TAK PERNAH PUTUS-PUTUS PUAK LU ORANG NI.
BILA AJAK BERDEBAT TAKUT.
MELARIKAN DIRI.
SOALAN YANG DI AJUKAN TIDAK DAPAT DIJAWAP.
HAPRAK LAH LU ORANG NI SEMUA PUAK PEMBANGKANG.
LU ORANG CAKAP SAHAJA BILA DAN DI MANA UNTUK KITA BERDEBAT DALAM MASAALAH RAKYAT.
KAMI DI BPN SEDIA DAN TERIMA PERDEBATAN INI.
JANGAN MENYALAK TAK TENTU PASAL SAHAJA.
APA ANWAR AL-JUBURI DAH SEMAKIN PANAS SEKARANG DAN KAU ORANG PULA YANG DAPAT TEKANAN????
Aku dah jawab kat komen tu, macam ni;
Tuan GOMO, inilah yang aku tunggu-tunggu. Kalau tuan-tuan sedia berdebat, aku sanggup uruskan majlis tu.
Cadangan aku:
Tempat : Sekitar Taiping
Tarikh : antara 20 Mac - 6 April (di kesempatan ramai orang ada kat Bukit Gantang)
Pendebat : 2 BPN - 2 BloggersNetwork
Format :
(a) Setiap pendebat berhujah selama 30 minit satu pusingan.
(b) Dua pusingan -
pusingan satu: blognet - bpn - blognet - bpn
pusingan dua : bpn - blognet - bpn - blognet
Wakil (cadangan):
- bpn - (2 antara 5): PPC/PB/ParpuKari/Gomo/Taiping Mali
- blognet - (2 antara 5): MSK/PakKaramu/KulupSakah/TopengPerak/CyberBoron
Ok. Setakat ini dulu cadangan aku. Harap dapat maklum balas dan kerjasama daripada tuan-tuan BPN.
So, sekarang aku tunggu maklum balas daripada BPN. Harap-harap debat ini jadi kenyataan. Kawan-kawan kat Taiping tolong bagi cadangan tempat yang sesuai. Kalau dapat mana-mana dewan yang besar sikit lagi baik. Tentu ramai nak tengok muka bloggers UMNO yang mencarut siang malam tu. Jangan bawak kasut spare sudah la.
AKU TUNGGU!!!
ko tu mundur dr jepun & korea pastu nak cakap bahasa teknologi, aku nak tanya kenapa tulisan melayu (jawi) dah ganti ke rumi. bangsa lain guna tulisan takda haprak macam korang
MCA: Malaysia is a secular state
17 Mar 09 : 2.00PM
By Gan Ping Sieu
editor@thenutgraph.comeditor@thenutgraph.com
AS MCA Political Education Bureau head, I have reservations over the written reply given by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to Member of Parliament for Bukit Gelugor Karpal Singh in the Dewan Rakyat on 12 March 2009 that "Malaysia is a 'negara Islam'."
I welcome the prime minister's statement that Malaysia is not a theocratic state and shall adhere to a parliamentary democratic system as enshrined in the Federal Constitution. But the reference of Malaysia as a "negara Islam" by the prime minister is wholly unnecessary, as the phrase "negara Islam" will only serve to confuse the rakyat and cause unwanted fear.
Historical documents
The MCA is of the position that Malaysia is nothing but a secular state. This is evidenced from the following historical accounts and the subsequent debates when the Federal Constitution was drafted:
The Alliance Memorandum submitted to the Reid Constitution Commission on 27 Sept 1956 clearly stated that "the religion of Malaya shall be Islam ... and shall not imply that the state is not a secular state."
When the Working Party, comprising the Alliance and the rulers' representatives and the High Commissioner, met on 22 Feb 1957 to review the Reid Commission draft on the possibility of the provision on religion being misinterpreted, the Alliance and Umno chief Tunku Abdul Rahman assured the Working Party that "the whole Constitution was framed on the basis that the Federation would be a secular state."
At the London Constitutional talks in May 1957, the Colonial Office did not object to the inclusion of an official religion after being assured by the Alliance leaders that they "had no intention of creating a Muslim theocracy and that Malaya would be a secular state."
On behalf of the Alliance, (later Tun) Tan Siew Sin told the federal legislature that the inclusion of the official religion "... does not in any way derogate from the principle, which has always been accepted, that Malaya will be a secular state and that there would be complete freedom to practise any other religion."
A year after Independence, on 1 May 1958, then Prime Minister Tunku Abdul Rahman clarified in the Legislative Council that "I would like to make it clear that this country is not an Islamic state as it is generally understood. We merely provide that Islam shall be the official religion of the state."
Judicial recognition
The above position has received judicial recognition. Former Lord President Tun Mohamed Salleh Abas, in Che Omar bin Che Soh v Public Prosecutor (1988), stated that the term "Islam" in Article 3(1) of the Federal Constitution meant "only such acts as relate to rituals and ceremonies... the law in this country is ... secular law."
The former Lord President Tun Mohamed Suffian Hashim also wrote that Islam was made the official religion primarily for ceremonial purposes, to enable prayers to be offered in the Islamic way on official public occasions, such as the installation or birthday of the Yang di-Pertuan Agong, Independence Day and similar occasions.
Constitution law expert Prof Dr Shad Saleem Faruqi and prominent legal scholar, the late Tan Sri Professor Ahmad Ibrahim, also shared the above observations.
The MCA is of the position that the guiding principles for public administration in our beloved multiracial country shall always adhere to universal values of equality, justice, fairness, transparency, mutual respect, the rule of law, etc., which transcends all religions.
Gan Ping Sieu
MCA Spokesperson and Head of MCA Political Education Bureau
Salam, teman heran masih ada yang hidup di dunia serba moden dan terbuka masih mengambil sikap mengudur ke belakang, ini lah dia kalau mempolitikkan pendidikan dik mereka - mereka yang menangguk di air keroh.
Heran ada mak bapak yang pandang rendah kepada kebolehan anak - anak sendiri, walhal mereka berkemampuan untuk mengamalkan apa yang di cipta oleh kerajaan semata - mata untuk kebaikan mereka di zaman mencapai 2020, semua negara mahu tak mahu terpaksa menghadapi sistem globalisasi.
Tak kan kita mahu anak bangsa Melayu datang dari Malaysia hanya tersipu, terperuk dan keterbelakang apabila berhadapan dengan bangsa - bangsa maju dari negara2 luar, kerana sepatah haram tak faham, tak heran lah siswazah kita dikeluarkan dengan 80 peratus tak boleh berbahasa Inggeris, kalau amalkan bahasa Inggeris tak semestinya hilang bahasa Melayu tak semestinya hilang bangsa.
Jangan lah Puak - puak pembangkang mengambil kesempatan memecahkan lagi amalan pendidikan di negara kita yang dah di patenkan dengan baik oleh pemimpin - pemimpin kerajaan.
teruskan abnagtuah.
salam abg tuah
PPSMI ini tidak seharusnya dijadikan isu politik di bukit gantang dan bukti selambau ..kita harap Najib dpt membuatkan keputusan sewajarnya mengenai PPSMI ini
Post a Comment