Salam, menjadi kesalahan pada BN sekiranya meletak calon dari luar kawasan atau pun calon payung terjun dan sering kali UMNO akan dipersalahkan dikatakan tindakan tidak mengambil kira suara dan hati penduduk tempatan, maka BN akan dihukum dan berkeputusan akan kalah.
Apa yang berlaku di 2 bukit dan 1 batang ini BN optimis perlu mengambil kira sentimen penduduk tempatan, kajian dan siasatan dilakukan sebelum menamakan calon demi menjaga hati pengundi dan penduduk tempatan agar tujuan dan matlamat UNTUK BN BERBAKTI DAN MEMBELA NASIB RAKYAT benar2 di laksanakan, itu lah kejujuran BN selama ini, wakilnya harus mesra rakyat dan bela rakyat.sebab itu lah Sdr Ismail Safian anak tempatan yang berpendidikan tinggi diletakkan oleh BN sebagai Calon agar dapat meneruskan perjuangan untuk rakyat sebenar - benar perjuangan yg diharapkan oleh penduduk Bukit Gantang dari anak kelahiran Bukit Gantang ini, dari kampong ke kampong juga pulangnya.
Berlainan apa yang berlaku di pihak pakatan pembangkang terutama teman tumpukan kepada Bukit Gantang yang lebih popular keputusannya kelak berbanding bukit selambau dan batang ai, teman jangka perbuatan atas nafsu untuk memalukan BN dan Sultan Perak dianggap Nizar adalah layak diletakkan di Bukit Gantang walaupun Nizar orang luar Bukit Gantang malah ADUN di kawasan nun jauh di Pasir Panjang, adakah kerana sifat untuk benar2 untuk menabur bakti kepada penduduk Bukit Gantang atau semata2 untuk kepentingan diri untuk menunjukkan bongkak diri, untuk membalas dendam kepada UMNO terutamanya Sultan Perak, kenapa Nizar tidak meletakkan Jawatan yang disandang didalam borang penamaan Calon sebagai Menteri Besar, kalau tidak diletakkan jawatan tersebut seperti yang dinyatakan di TV 3 malam tadi maka SAH Nizar akur akan keputusan Tuanku Sultan dan sekaligus mengiktiraf Dr Zambri sebagai Menteri Besar yang sah, kalau itu reaksinya kenapa perlu saman menyaman, kenapa perlu Sultan di kutuk dan di caci malah menderhaka.
Apa nasib penduduk Bukit Gantang sekiranya ORANG LUAR menjadi wakil mereka, orang yang tak termampu untuk mengurus Pasir Panjang yang difahamkan kepada teman oleh sahabat2 di Pasir Panjang Nizar tidak memberi khidmatnya di sana dan kini mula untuk membalas dendam di Bukit Gantang, tentunya tak termampu untuk ditanggung, apakah Nizar langsung tidak dapat menolak apa yang di minta oleh Ngeh Ko Ham dan Nga Ko Meng agar bertanding di Bukit Gantang sejak awal2 lagi Ngeh telah merancang dan respond spontan Tk Guru Nik Aziz membantah cadangan Ngeh, kenapa cadangan Ngeh lebih popular dan dikuti oleh Nizar berbanding suara Tk Guru Nik Aziz sendiri?, apa rahsia di sebalik keputusan tersebut. Apakah kerana kelahapan sikap pimpinan Pakatan Pembangkang Perak ini, penduduk Bukit Gantang dijadikan mangsa.
Persoalan kenapa UMNO tidak boleh letak calon luar, kenapa dibezakan tindakan Pembangkang ini, apakah penduduk atau pengundi Bukit Gantang boleh dikotak katik kan semata - mata nak tunjuk bongkak diri Nizar dan Ngeh, Sedar lah wahai penduduk BG bahawa kelakuan ini lari dari matlamat sebenar mengapa kita memilih Wakil Rakyat, permainan politik ini harus kita sedari, harus kita tolak sejauh mungkin terutama seorang yang kita lantik terbukti PENGKHIANAT BANGSA, PENGKHIANAT ISLAM, PENGKHIANAT RAJA DAN PENGKHIANAT RAKYAT, adakah semata2 untuk Nizar meraih gaji buta sebagai ADUN dan kini mahukan gaji Ahli Parlimen pula, adakah termampu dik Nizar berbakti kepada orang BG, tidakkah nanti tercari - cari dimana WR kita untuk memohon sebarang bantuan dan pertolongan.
Kita banding dengan BN yang meletak anak Kampong Bukit Gantang, yang berpelajaran tinggi, yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kerajaan di Majlis Perbandaran Taiping sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran yang tentunya pernah berjasa berkhidmat kepada penduduk di seluruh Bukit Gantang dan Taiping, umurnya muda berbanding Nizar, kelayakan nya cukup, hingga telah menjawat jawatan Pengarah di Jabatan Sisa Pepejal yang berpendapatan besar kini sanggup meletak jawatan yang disandang, tahu selok belok jalan dan kampong di BG tanpa sesat, setiap pelosok tanah pernah dijejak dan dipijak, ramah wataknya, tidakkan rugi penduduk BG jika peluang sebegini rupa WR kita tolak.
Apakah Nizar hanya seorang yang terlalu gopoh, terlalu bongkak, dan terlalu mengikut telunjuk bangsa lain hingga sanggup menderhaka kepada Raja nya? Jika inilah sikapnya maka ini bukan pemimpin namanya, jika pemimpin begini yang kita pilih nescaya runtuh lah negara dan negeri maka rakyat yang akan hancur. Nizar tak perlu buktikan kebongkakannya semata2 untuk membuktikan dia benar, sedangkan dia sendiri tahu pengisian Undang2 Tubuh Negeri Perak termaktub Tuanku Sultan berkuasa sebenarnya menetapkan siapa MB.
Ayuh anak muda, ayuh pakcik dan makcik, sedarlah, Allah S.W.T hanya beri satu peluang untuk kita betulkan dan rebut, jika peluang ini kita tolak maka jangan di ratap apabila kita kehilangannya kelak, fikirlah semasak-masaknya sebelum diundi, kerana sekali kita tersilap undi maka kita juga lah yang akan menanggungnya. walhal terbukti sebelum PRU12 UMNo dan BN lah bangunkan BG, BN lah berjasa kepada kita hingga ke tahap ini kehidupan kita, BN lah yang menjaga anak cucu kita hingga menjadi orang yang berpelajaran tinggi seperti Ismail Safian dari kampong datang nya ke kampong lah baktinya disumbangkan.
Selamat Mengundi..
Penulisan saudara kuntakinte.
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
31 Comments:
piiiirraaaaah...
tambah lagi..
pap ..pap... piiiiirraaaaaaaahhhhhh..
hahaha...itu aje boleh kata...itu menujukan pemangkang dah ketandusan idea...tarakkkk modal lagi..alamat awal kepupusan PR di Perak hahahaha...
Ohhh ye PAP tu parti di Singapura...
Kempen dah bermula aktif..
Ada harapan BN akan menang besor dengan majoriti -5000.
Uji minda anda:
Bilakah maksud ayat dibawah ni biasa disebut-sebut??
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah kau, perbaikilah aku, angkatlah darjat aku,berilah aku rezeki,pimpinlah aku, afiatkan aku dan maafkanlah aku.
Nothing wrong with BN fielding anyone for any election.That's BN's perogative. The voters decide so why so worked up. We shall know after the votes are counted.
UMNO jujurkah membela dan mengangkat martabat Melayu dengan lebel Rasuah.
Abang Tuah. Jujurkah dalam menulis blog, atau sekadar mendapat sedikit habuan dari pehak yang mengamalkan rasuah?
Tepuk dada tanya diri sendiri dulu...
Salam Anon...
Keutamaan ku adalah agamaku...bangsaku...negaraku.
Berbulan-bulan aku berblogger...berjaga malam..tanpa mengenal erti penat...sehingga pernah dimata ku terbit 'RING' kerana kekurangan tidor..
Perbelanjaan ku untuk terus menjadi blogger mempertahankan kerajaan dan UMNO ini banyak juga memakan belanja...bil letrik aku naik...aku guna 2 line internet di ..Broadband bagi kegunaan untuk blogging luar kawasan dan Streamix dirumah..Aku tambah komputer ku lagi dua agar tidak tergendala aku berblogging sekiranya salah satu rosak.
Pengorbanan ku yg kecil ini..tidak sesekali mengharapkan balasan..mau pun upah..
Tapi yang paling aku kagum ialah..setelah aku mempertahankan UMNO/BN..dengan perbagai usaha dari penulisan ku, tak pernah aku di sogokan mau pun di upah.
Jadi wahai anon..awak telah tersilap sangka terhadap kesemua blogger pro UMNO ini..
UMNO kena bersih dr semua perkara mungkar dulu kalau nak selamat. Bukan nak cakap besar, PR is too far ahead dr segi persediaan dan plan mereka untuk negara. Pemimpin UMNO masih bermimpi dengan harta karun yg mereka samun dari wang rakyat. Nampak sangat website ini hendak menyembunyikan apa yg benar seolah-olah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Sendiri pikir and memohon taufik/hidayah. Benang yg basah mungkin boleh diregang dgn tangan tapi tetap basah.
Tanya lah diri sendiri ,
Siapa yang mengrampas hak orang demokrasi orang perak , penduduk perak memilih PR bukan BN ...
Siapa yang makan rasuah , PAS atau UMNO ..
BN telah merajui Perak selama 50 tahun , apa yang anda nampak di perak .. semua masuk poket sendiri ..
Sudah lah .. balik ke pangkal jalan ..
Untuk kebaikan anak anak saya , saya akan memilih parti yang tidak rasuah .. sebab saya percaya kepada agama ..
YANG TAK HENTI MENGATAKAN UMNO NI MUNGKAR HANYALAH PIHAK PEMBANGKANG...SEBABNYA..
1. KERANA MEREKA NI DI PIHAK YANG BERLAWANAN..JADI MANA-MANA PIHAK YANG BUKAN DENGAN MEREKA ADALAH TETAP KELIHATAN SALAH PADA KACA MATA POLITIK SEMPIT MEREKA
2. MUNGKIN PEMIKIRAN MEREKA NI DAH DI BLOK-BLOKKAN SEHINGGA APA YG DIDENGAR PENTAS DICERAMAH DAN UCAPAN PARTI MEREKA ADALAH SEMATA-MATA BENAR...TIADA SELAIN BENAR..
3. DENGAN CARA MENJATUHKAN IMEJ MELALUI PERBAGAI TAKTIK KOTOR SEPERTI MEMFITNAH..MENTOMAH...MENGAIBKAN ADALAH SATU CARA YG TERPALING MUDAH UNTUK MENGUJUDKAN PERSEPSI KELEMAHAN INTEGRITI...TRANSPARENCY...COMPETENTCY KERAJAAN BERTUJUAN UNTUK MELEMAHKAN DAN SETERUSNYA MENJATUHKAN KERAJAAN...
JADI WAHAI KOMENTATOR2 PIHAK PEMBANGKANG...BERTANYALAH SECARA JUJUR PADA DIRI AWAK...APAKAH PARTI AWAK TU TERLEBIH BAIK DARI UMNO NI...BUKANKAH KEBELAKANGAN INI KELIHATAN DAN KEDENGARAN BERBAGAI ISU YG BERKAITAN DENGAN KEKORUPAN KERAJAAN PR TELAH BERLAKU. JADI TEPOK DADA TANYA SELERA..
Cuba main cara gentlement dulu baru UMNO boleh dabik kemenangan kalau ada pun dengan megah. Menang dengan cara kawal semua media, SPR, polis and sbgnya, rakyat tetap pandang sinis bro. Lg-lg kalah, lg lah rakyat tak respect UMNO langsung. UMNO kena terima kenyataan bhw Melayu tak semestinya akan masuk syurga dengan mempertahankan hak2 Melayu/Sultan semata2. Mengaku menjadi satu kewajipan rakyat menghormati Sultan selaku pemimpin negeri atau negara selagi menjalankan tugas memimpin mengikut lunas2 negara. UMNO pada hakikatnya tidak menjalan pentadbiran ikut adat Melayu sepenuh pun ini kan pula Islam. UMNO takde malu kah nak kata mereka berjuang untuk Melayu and Islam. Jangan nak berlakon la. Mungkin dulu ada juga sikit. Lani haprak sungguh. Semua nak kembang harta sendiri, anak bini dan saudara mara. Sebab tu la Allah turun bala untuk UMNO. Muhassabah UMNO dengan erti kata yg sebenar bukan dengan retorik. Hanya dengan ubah pemimpin belum ada perubahan beb. Kena tunjuk (action) yg nak berubah. Bukan masa kempen pilihanraya je. Orang dah serik la.
Tengok kat ground, apa mereka rasa sebelum blog, bro. Walaupun kita saudara seIslam, aku rasa la, buat dosa je la pertahan UMNO ni bila mereka ni buat byk kesilapan yg secara terang2 dilakukan. Bukan nak suruh sokong PR pun, tapi kalau dah tau UMNO buat dosa, kita sama2 pertahan UMNO buang masa je. Lebih baik blog untuk betulkan UMNO, dapat jugak pahala. Hakikatnya UMNO tengah rosak. Fokus utk pulih gajana dlm parti dulu sebelum nak janji kat rakyat apa nak buat. Rakyat nak UMNO bersih dulu bukan nak wakil dia orang. Rakyat kebanyakan sekarang kurang percaya ngan UMNO. Apa pun renung dulu la beb.
HANYA ORANG YANG BUTA MATA DAN HATINYA SAHAJA TIDAK NAMPAK PERUBAHAN YG TELAH DI BAWA DAN DI BUKTIKAN OLEH UMNO MELALUI TARAF PENGHIDUPAN...KEFAHAMAN DAN CARA PENDEKATAN AGAMA RAKYAT DAN UMAT MELAYU DIMALAYSIA INI.
SENGKANG MATA TU LUAS-LUAS DENGAN ANAK MANCIS..THEN PUSING KELILING MU...LIHAT PERBEZAAN SEMASA 50 TAHUN DAHULU DENGAN SEKARANG...
MASIH TAK NAMPAK PERBEZAAN KE...???
KATA TOK NUJUM PAK BELALANG...KALAU TAK NAMPAK TU MAKNANYA....
HEHEHE..BESOK SAMBUNG LAGI...GUA NAK zzzzzz...DULU BEB..
Inilah masalah UMNO, bila kita sindir, hentam, bg pendapat, serang atau lawan dia, tindak balas dia dia kata pembangkang tau membangkang je. Cuba fikir kalau orang yg bangkang UMNO ni salah seorang pengundi di Perak yg akan mengundi nanti, habis satu undi. Blogger kena pandai tarik hati pembaca dulu la kawan. Jangan berdegil macam tungkul kayu.
AYUH! KITA MUSNAHKAN FUCKATAN RIOT YANG DAH LEMAH DAN LUNYAI INI! MEREKA TERPAKSA MEMBAWA PENYOKONG2 DARI LUAR UNTUK MENAKUT-NAKUTKAN KITA! AAHHH! AKU SUDAH MASAK DENGAN CARA FUCKATAN RIOT INI!
MARI KITA RANAPKAN MEREKA WAHAI SAUDARAKU TUAH!
KITA KAN BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR!
http://parpukari.blogspot.com/2009/03/terima-kasih-nizar.html
abang tuah ni tak pernah senyum ke, senyum le sekali sekali asyik serius je, dah ke tak pakai baju... geletek sikit... eceh ceh ceh.
PARPU buat lawak, nak berjuang sampai titisan darah terakhir.. piiiirah
ke berjuang sampai tercabut kunyit, tak pun sampai titisan air kencing terakhir. hahahahahahhahahahahhahaha mujur tak boleh letak emocation
salam ABG TUAH!
Abg Tuah tak payah nak jawab segala hinaan, kutukan dari budak2 fanatik Pakatan Rakyat nih. Buanag masa je. Apa pun yang kita cakap pasti mereka bangkang. Cakap lah sampai berbuih mulut cam orang giler khinzir tu pun, mereka tetap tak setuju. Tu la aku ada cakap, derang ni (Fanatik PR) dah macam orang minum holy water jer. Dah tak kenal buruk baik.
Sememangnya BLOGGER2 Pakatan Rakyat di upah. Tak cukup di upah, mereka siap kutip duit dari orang ramai untuk berjuang melalui kempen "Tabung BloggersNetwork@Perak"! Adakah ini perjuangan yang ikhlas atau lebih seperti ASKAR UPAHAN!
Betul kata Abg Tuah, kita "ber BLOG" dgn duit sendiri demi masa depan AGAMA, BANGSA dan NEGARA dan tanpa mengharapkan apa jua balasan. Balasan ALLAH lebih bermakna dari upahan si PENDERHAKA!
Setelah selesai PAU 2008 di PWTC, UMNO telah memperlihatkan kehebatan pemimpin2 nya dalam bidang RASUAH.
Hampir semua peminpin2 yang 'penakut atau kedekut' memberi RASUAH kepada perwakilan telah tewas.
Calun2 wanita telah mengalami kekalahan paling teruk.
Cuma sebiji sahaja yang menang dibahagian MT.
KJ yang didapati bersalah cuma diberi amaran sahaja dan dibenarkan bertanding.
Walaupun mendapat tempat tercorot pada pencalunan, tetapi boleh menang semasa pemilihan. Itu lah kehebatan UMNO.
EX-UMNO..MENGAPA TERLALU DANGKAL PEMIKIRAN DAN TANGGAPAN AWAK...HANYA MENUDUH TANPA MENGAMBIL KIRA BUKTI ATAU FAKTA.
TUDUHAN YANG AWAK BUAT HANYA KEFAHAMAN AWAK PEROLEHI MELALUI DARI MEREKA-MEEREKA YANG PAKAR DALAM MENIMBULKAN PERSEPSI SAHAJA.
BUKAN MUDAH HENDAK MENYOGOK WANG KEPADA PERWAKILAN TANPA DI KETAHUI OLEH BADAN DISPLIN UMNO. PERWAKILAN, MEREKA ITU MAKNUSIA JUGA MACAM KITA BERMULUT LIDAH, DAN SEKIRANYA BENAR APA YANG AWAK KATAKAN TENTU AKAN BOCOR JUGA AKHIRNYA.
PERWAKILAN BUKAN TERDIRI DARI MEREKA YANG TIDAK BERWANG...JADI BERAPA YANG HENDAK DISOGOKAN KEPADA SEORANG PERWAKILAN RM100...RM1000..KALAU SAYA PERWAKILAN SAYA TIDAK AKAN PERJUDIKAN KARRIER SAYA DENGAN JUMLAH CIPUT SEBANYAK ITU.
JADI BERAPA PULUH JUTA YANG PERLU DISEDIAKAN OLEH CALON UNTUK TERPILIH...UNTUK MENDAPAT SEHINGGA 300 HINGGA 400 UNDIAN.
APAKAH CALON SEBEGITU BERANI MENYOGOK WANG..TIDAKKAH CALON TERFIKIR BAHAWA MUNGKIN ADA DIANTARA PERWAKILAN TERSEBUT PERISIK DARI PIHAK LAWANNYA ATAU PUN PERISIK DARI BADAN LEMBAGA DISLIN ATAU SPRM.
JADI ADA OTAK TU BELAJARLAH BERFIKIRAN SECARA BAIK. JANGAN FIKIRAN TU MUDAH PERCAYA KEPADA SESUATU KABAR ANGIN YANG BERTUJUAN MENYEBARKAN PERSEPSI KEPADA UMUM.
Sepanjang PAU semua pemimpin2 UMNO berteriak melolong mahukan perubahan.
UMNO mahukan pemutihan.
UMNO mahu kembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO. Dan lain5 lagi.
Malang bagi UMNO,
Tidak ada dan tidak akan ada perubahan dalam UMNO selagi UMNO masih mengamalkan RASUAH.
Putih di idamkan, tetapi UMNO tetap bertambah HITAM dengan RASUAH.
Sudah sampai masanya UMNO di tolak oleh rakyat yang bijak dan sedar akan keburukan UMNO.
Rakyat hari ini jangan UMNO sangka masih berfikiran seperti nenek monyang semasa zaman pemerintahan Tungku dan Mahathir.
Rakyat hari ini sudah sedar apa yang telah berlaku dalam UMNO.
Perwakilan UMNO ini lah yang menjadi petualang dalam parti.
Pemimpin yang sanggup memberi lebih, maka pemimpin itu lah yang akan dicalunkan.
Lihat pada PAU yang lepas, pemimpin yang hendak nampak bersih tidak memberi rasuah semua nya tewas.
50 tahun lebih memerintah, baru sekarang hendak membersihkan UMNO, baru hendak memerangi rasuah dalam parti, sudah terlambat.
Rakyat sudah muak dan benci dengan janji2 UMNO yang kunun hendak membersihkan parti UMNO dari rasuah. Tetapi rasuah makin bertambah parah dalam parti UMNO.
RASUAH DAN UMNO SUDAH TIDAK DAPAT DIPISAHKAN.
UMNO ITU RASUAH, RASUAH ITU UMNO.
RASUAH SUDAH JADI DARAH DAGING UMNO.
Ex-UMNO, mungkin awak juga sebahagian dari mereka, entah entah awak pun didisplinkan oleh lembaga displin kerana rasuah...cakap tak serupa bikin...kafir harbi lagi byk rasuah menjijikan, pakatan pun kaki rasuah sebab mereka ni pun bekas bekas jugak. Jgn anggap semua orang dlm UMNO kaki rasuah, mak bapak pun pandai rasuah anak anak kecil mcm satu hari puasa RM1, bila exam - satu A RM50...bini pun kena "rasuah" bila laki nak kawin 2 atau berpacaran, minta apa ja pasti boleh dpt...bini pulak rasuah suami dengan cara mereka kalau nak beli barang mahal atau nak "bodek" sesuatu...hai rasuah banyak rasuah ni...
As'kum, Sdr. Tanpa nama dan ExUMNO, 50 tahun lama nya UMNO berjuang dan sentiasa membuat perubahan dan pembetulan samada dari segi organisasi ataupun individu pemimpin itu sendiri, ini bukan perkara baru relevan nya UMNO sentiasa membuat pembetulan diri kita kena akui berbanding parti - parti pembangkang lain yang baru diberi kuasa mula menampakkan ketidakbetulan dalam keputusan, dasar dan kelakuan, kenapa itu tidak kita bangkitkan tetapi apabila UMNO berbagai - bagai tuduhan.
Pemilihan UMNO dikatakan penuh dengan rasuah tuduhan yang akan mendosakan diri sendiri tanpa bukti, malah yang berbukti telah pun diambil tindakan oleh SPRM malah yang kena dengan J/Kuasa Disiplin digantung dan di hilang kelayakan bertanding, kenapa ini kita diam jenis manusia melayu memang begitu sentiasa nampak yang tak elok yang elok tak nampak otak dah rosak buat apa pun tak guna jelas apa pun tak akan masuk kepala otak. UMNO bukan macam pembangkang UMNO adalah UMNO salah tetap salah berbanding pembangkang walau pun berlaku rasuah exco mereka ketika itu tiada sebarang tindakan malah dipertahankan tindakan rasuah yang berlaku akhirnya makan tuan exco keluar parti jadi bebas sebab tak tahan lakunan pemimpin mereka dalam menghadapi masalah dan menipu mereka sendiri.
Betul apa yang dikatakan abgtuah kalau dah jumud dah tutup telinga dan otak cakap apa pun tak guna, sedangkan buka mata saja sudah nampak jasa UMNO dan kerajaan keluar rumah dah guna pakai perkara yang dilakukan oleh UMNO bersyukurlah paling tidak dapat berkat daripada melempar tohmahan je tak pasal2 dapat dosa.
Sdr. Ex umno;;
Kau ini adik beradik atau sama sepsis itu kapten Zahar (PJS ) yang keluar umno dulu.
Dapat projek sokong umno bila tak dapat marah dan terus keluar. Orang macam kau ini umno patut tendang dari dulu lagi. Yang merosak umno ialah orang2 mcm kau inilah
Abang Tuah, hari tu, bill mai, dekat dua ratus lebih. Aiyo, pening. Ni gara-gara blog lah ni. Kita mana ada diupah? Kita pakai duit sendiri o bukan macam depa tu.
Dok kata Umno rasuah, yang depa tu? Dah terang-terang masalah moral, bela lagi tu!
salam, UMNO dtuduh tak henti2 Rasuah... yang PKR semua Wakil Rakyat tak berakhlak nak sorok dalam kelambu buruk..piiirahh,
Ni bahana Ketua yang Sekor tu main pungkok habih semua duk ikut, 2 ekor makan rasuah lompat parti masuk bebas, tak bertuan cari tuan baru sokong UMNO, sekor lagi main all out satu malam dengan boyfren sampai tak sedar diri boyfren Melayu PKR ambil gambar curi celah sekakngkang kera patut jadi ANDARTU, sekor lagi bersekeduduk dengan betina tanpa kahwin, yang sekor lagi letak jawatan merajuk tipu kata pi sambung mengaji... tu baru bagi jadi pemerintah dah huru hara buat hal,,hak tu korang senyap macam beruk cari kutu...piiirahhhh
Post a Comment